Ali, Fatimah dan Anak-Anak Mereka
Merosakkan Rekaan Gen Penting Diri, Maka Tidakkah Kalian Terfikir?
Dawkins berkata:
Mari kita cuba
memahami apa yang dirancang oleh gen penting-diri milik kita, kerana kita
mungkin mempunyai peluang untuk merosakkan rekaannya, sesuatu yang tiada lain spesis
dapat melakukannya. (Dawkins 1989, 3).
Hakikatnya adalah, seorang yang adil akan
mengatakan bahawa kita, spesis manusia, sememangnya telah menganggu gen-gen
penting diri. Moral-moral agung, atau altruisme sejati yang disebarkan oleh
para Nabi dan Rasul Tuhan serta diajarkan oleh agama-agama samawi telah
memusnahkan sifat penting diri ini. Gen penting diri akan berkata, “Anak aku adalah lebih baik dari anak
saudara ku; saudara kandung ku adalah lebih baik dari sepupuku; sepupuku adalah
lebih baik dari orang yang tidak dikenali; anak-anak di kota ku adalah lebih
baik dari anak-anak di kota yang lain; anak-anak negara aku adalah lebih baik
dari anak-anak negara yang lain, anak-anak kaumku adalah lebih baik dari anak-anak
kaum yang lain, dan negara aku adalah lebih baik dari negara lain.”
Para Nabi dan agama-agama telah membawa ajaran
kebaikan dan altruisme kepada orang / entiti asing lebih dari diri kita dan
anak-anak kita, dan semua moral (akhlak) altruistik ini tersebar di kalangan
manusia. Saya hanya akan menyebutkan sebuah kisah di sini, sebuah kisah sejarah
yang terkenal di dalam Islam, dan diceritakan di dalam Quran. Ia adalah kisah penganut
risalah Islam itu sendiri, mereka adalah keluarga Muhammad (S), yang merupakan
Nabi agama Islam. Ia adalah kisah Ali dan Fatimah binti Muhammad (S) dan
anak-anak kecil mereka, menahan kelaparan setelah memberikan makanan mereka
kepada para fakir:
﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا * إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا﴾
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 277
{Mereka juga memberi makan benda-benda makanan
yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang
tawanan. Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih} [1]
Surah Al-Insan ini menceritakan tentang
manusia sebenar yang berjaya menang ke atas haiwanisme, dan datang untuk
menyelamatkan manusia lain dari sifat genetik penting diri haiwanisme
mereka. Mereka tidak mencari reputasi melalui altruisme ini, kerana ia adalah
rahsia. Mereka asalnya menjaga ia sebagai rahsia, dan tidak mengumumkannya atau
meminta balasan manfaat darinya. Mereka memberi dan tidak mengambil apa-apa
sebagai balasan. Pemberian ini bukanlah mudah bagi Ali dan Fatimah, kerana ia
membahayakan nyawa anak-anak mereka.
Hasil dari orang-orang ini, dan individu lain
dari kalangan Nabi dan Utusan Tuhan, hari ini kita dapat melihat individu,
kumpulan dan malah negara yang melebihkan orang asing dari diri mereka,
walaupun jika mereka hanya memberikan dalam jumlah yang sedikit dan tidak
memberi kesan kepada mereka. Mungkin wujud motif dalam pemberian mereka pada
waktu tertentu, namun umumnya ia adalah langkah ke arah yang betul hasil dari tokoh-tokoh
agung ini. Mereka adalah contoh-contoh altruistik tertinggi dicontohi oleh umat
manusia.
Hari ini, kita telah mempunyai kejayaan
sebenar ke atas sifat penting diri genetik, namun semuanya adalah jasa para
Nabi dan Rasul agung yang telah meletakkan contoh tertinggi altruisme sejati
agar dapat menyelamatkan manusia dari sifat haiwan mereka.
Saya percaya, ahli biologi evolusi atau ahli
sosiobiologi ateis sepatutnya akan digerakkan oleh tindakan Ali dan Fatimah
untuk sekurang-kurangnya menyemak perkiraannya, mengenangkan mereka adalah
orang yang men-diagnos penyakit penting diri genetik, dan memberikan penawar
kepada penyakit tersebut lebih seribu tahun sebelum ahli biologi evolusi
men-diagnos penyakit tersebut.
Dari Ibn Abbas, dia berkata: “Berkenaan dengan
firman Allah: [Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang
azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.] katanya lagi: Al-Hasan
dan Al-Hussain telah jatuh sakit, jadi datuk keduanya, Rasulullah (S) dan
sekalian warga Arab datang menziarahi mereka. Mereka berkata, ‘Wahai bapa Al-Hasan, mengapa kamu tidak
melakukan nazar untuk anak-anak kamu?’ Jadi Ali berkata, ‘Jika mereka sembuh dari penyakit mereka, aku akan berpuasa selama tiga
hari atas rasa syukur kepada Allah. Fatimah juga menyatakan perkara yang sama,
sementara seorang amah bernama Fidhah Nubayah berkata, ‘Jika kedua tuan-ku sembuh, aku akan berpuasa atas rasa syukur kepada
Allah.’ Kemudian keduanya
sembuh, dan Keluarga Muhammad tidak mempunyai sikit mahupun banyak.
Ali telah pergi kepada Syam’un Al-Khaibari dan meminjam tiga gantang barli.
Fatimah mengambil satu gantang, menggilingnya
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 278
dan ia membuat roti.
Setelah Ali bersolat bersama Rasulullah (S), kemudian
beliau pulang. Makanan telah dihidangkan. Namun tiba-tiba, seorang fakir datang
berdiri dihadapan pintu dan berkata, ‘Salam ke atas kalian wahai keluarga Muhammad. Aku adalah seorang Muslim
yang miskin, berilah aku makanan, dan semoga Allah AWJ memberi kalian makanan
dari hidangan di syurga.’ Ali mendengarnya dan mengarahkan agar dia diberi makanan, lalu mereka
tidak memakan apa pun pada hari dan malam itu selain meminum air. Pada hari
kedua, Fatimah mengambil satu gantang lagi dan ia membuat roti, Ali
bersolat bersama Nabi (S). Apabila makanan dihidangkan di hadapannya, seorang
anak yatim datang dan berkata: Salam ke atas kalian, Keluarga Muhammad. Aku
adalah seorang yatim, anak Muhajirin. Kedua ibu dan bapaku telah syahid, jadi
bolehkah kalian memberi aku makanan?’ Maka mereka memberi dia makan, dan berlalu hari kedua tanpa merasa apa
pun melainkan air. Pada hari ketiga, Fatimah membakar satu gantang lagi,
sementara Ali bersolat bersama Nabi. Apabila makanan dihidangkan, seorang
tawanan berdiri di hadapan pintu dan berkata, ‘Salam ke atas kalian, ahli rumah nubuwah. Kalian telah menawan kami,
namun tidak memberi kami makan. Berilah, kerana aku seorang tawanan.’ Mereka memberinya makanan dan setelah
berlalu tiga hari dan malam tanpa makanan melainkan air. Rasul Allah datang
menziarahi mereka dan melihat kelaparan yang sedang mereka hadapi, maka Allah Ta’ala
menurunkan ayat Quran:
﴿هَلْ أَتَىٰ عَلَى
الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا............... إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا
نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا﴾
Dari ayat 1-9 Surah Al-Insan (76).[1]
_________________
[1] Sumber (Ibn al-Atheer - Asad al-Ghaba):
Bahagian 5, m/s 530 531. Peristiwa sejarah ini diriwayatkan oleh lebih daripada
satu jalan Sunni dan Syiah, seperti yang diriwayatkan, misalnya, oleh al- Hakim
al-Hassani dalam keterangan wahyu, al-Baydawi, Abu al-Saud, dan Fakhr al-Din
al-Razi dalam tafsiran mereka, dan ia telah diriwayatkan oleh Ali Majmla.Ibn
Ibrahim dalam Tafsirnya: Bahagian 2 ms 398 , dan telah diriwayatkan oleh Syeikh
Al-Saduq dalam Al-Amaliah: hlm.257.
1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? 2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. 3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. 4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. 5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, 6. (yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. 7. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. 8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. 9. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. [Surah Al-Insaan 76: ayat 1-9]
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan