Halaman

Jumaat, 25 Februari 2022

5.5 Apakah Altruisme Yang Kami Maksudkan?!

  

Apakah Altruisme Yang Kami Maksudkan?!

 


Sebagai individu, haiwan-haiwan (termasuk manusia) selalunya akan bertindak mementingkan diri. Dalam alam semulajadi, tiada siapa yang memberi makan, atau menjaga individu lain tanpa sebuah harga. Pada tahap individu, haiwan tidak memberi makan atau menjaga satu sama lain. Sikap altruisme yang jelas, berbanding sifat penting diri pada tahap individu adalah sangat jarang dilihat di dalam alam semulajadi. Si jantan mungkin akan memberikan makanan atau membina sarang untuk betina kerana ia mahu mewariskan gennya kepada generasi seterusnya dengan mensenyawakan telurnya, selanjutnya si betina akan memberikan makanan kepada fetus (janin), dan ibu bapa mungkin akan menyediakan makanan dan perlindungan untuk anak-anak mereka - namun adakah ini altruisme sejati? Dan jika ini bukan halnya, maka apakah altruisme yang kita maksudkan apabila kita mahu membuktikan keunikan manusia, iaitu kemampuan mempunyai moraliti (akhlak) - dan altruisme yang mendasari moraliti?

Di dalam agama, kita bercakap tentang altruisme sehingga ke tahap tertentu apabila kita membahaskan pertempuran kita dengan “keakuan” pada tahap kemasyarakatan dan persekitaran kita. Inilah sebabnya perlu untuk kita mendefinisikan dengan jelas dan terang berkenaan altruisme yang kita maksudkan, agar kita dapat menghalang orang yang berniat tidak baik untuk mencapai matlamat menjahilkan manusia melalui hukum palsu mereka. Ia adalah hukum yang mereka semua gunakan, samada mereka adalah ulama, ateis atau mereka yang mengambil jalan pertengahan antara keduanya, iaitu hukum atau falasi (hujah lemah) yang berbunyi, “Lihat, ada walnut di tangan aku dan ia berbentuk bulat.” Kemudian mereka menunjukkan sesuatu yang berbentuk bulan di tangan yang lain dan mengatakan, Lihat, ia bulat, maka ia pasti walnut.”

Umumnya, kita semua terbiasa dengan apa itu altruisme dan ia bercanggahan dengan sifat mementingkan diri. Kita boleh mendefinisikan ia sebagai melebihkan individu lain lebih dari diri kita atau lebih dari kerabat rapat kita dengan tingkah laku tertentu.

Jika kita lihat sekeliling kita, kita akan mendapati haiwan kadang-kala menunjukkan sifat altruistik. Sebagai contoh, kita boleh mengenal pasti tingkah laku para ibu dan bapa terhadap anak-anak mereka, dan tingkah laku lebah pekerja terhadap lebah permaisuri, dan para pekerja yang lain, serta keseluruhan sarang tersebut. Bagaimanapun, adakah ini adalah tingkah laku altruistik yang asli? Hakikatnya, ia sebenarnya adalah tingkah laku genetik penting diri. Ini kerana ia berasaskan sifat genetik penting diri, sifat pilih kasih semulajadi dan pilihan kelangsungan hidup ke atas jasad yang membawa gen yang menyebabkan sifat altruistik ini, iaitu, ibubapa yang memberikan makanan dan menjaga anak mereka, lebah pekerja yang mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan sarang, permaisuri dan saudara betina permaisuri tersebut. Gen-gen ini membawa sifat keberjayaan dari sisi mewariskan, meneruskan dan terus hidup merentasi beberapa generasi. Hakikat sebenar biologikal adalah penjagaan ibu dan bapa ke atas anak-anak mereka adalah kerana kewujudan gen dalam susunan genetik mereka yang mendorong mereka melakukannya (sebagai contoh dengan memberi kesan kepada susunan sistem saraf, otak atau kelenjar dan hormon). Salah satu sebab susunan genetik mereka berjaya tersebar dan terus hidup adalah kerana kewujudan gen ini yang mendorong tingkah laku altruistik tersebut.

Penerangan berkenaan bagaimana susunan genetik ibu bapa mendapat manfaat dari kelangsungan hidup anaknya adalah sangat mudah: anak-anak membawa peratusan tertentu gen dari ibubapa mereka. Sebagai contoh, seorang bayi manusia membawa setengah dari gen bapa dan ibunya.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai susunan genetik yang mengandungi gen altruisme terhadap anak-anak mereka, yang memberikan mereka keperluan untuk mencapai umur remaja dan reproduksi, gen mereka akan terus hidup dan kekal sehingga generasi seterusnya. Altruisme seperti ini (ibu bapa pada anaknya) mempunyai asal-usul sifat genetik penting diri, dengan kata lain, ia terbina di atas sifat gen penting diri, dan bukan altruisme tulen. Berkenaan ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan elok,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 280

 

 

atau susunan genetik mereka tidak kuat mendorong mereka ke arah altruisme agar dapat memberikan keperluan kepada anak-anak mereka (sebagai contoh, sarang, makanan dan perlindungan), mereka tidak akan mampu mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya. Ini kerana, ringkasnya, mereka tidak akan berjaya membesarkan anak mereka sehingga mencapai umur remaja dan reproduksi, serta mewariskan susunan genetik mereka kepada generasi masa hadapan. Inilah caranya bagaimana ibu bapa dihukum, atau, bagaimana susunan genetik - pelan genetik ini dihukum: gen yang spesifik kepada mereka tidak terus kekal dalam hidup ini dan meninggalkan perlumbaan.

Maka isu berkenaan ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dapat diterangkan sepenuhnya secara genetik.

Jika gen menemui strategi berjaya selain dari keibubapaan terus pada anak-anak mereka, maka mereka akan menggunakan strategi tersebut, seperti kes burung cuckoo. Burung ini bertelur pada sarang burung yang lain dan membiarkan burung tersebut membesarkan anak-anaknya. Cuckoo tidak mempedulikan anaknya sendiri dan tidak mempunyai rasa sayang pada mereka. Hubungan antara cuckoo dan anak-anaknya berakhir sebaik sahaja ia memberikan keperluan mereka, iaitu dengan meletakkan mereka di dalam sarang burung lain yang tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membesarkannya bagi pihak burung cuckoo. Ini adalah bukti jelas bahawa gen mengawal perkara ini di dalam badan.

Hal yang sama juga dalam kes lebah pekerja. Lebah ini sangat rapat dengan saudara betina mereka, malah lebih ramai dari ibu-ibu mereka, kerana mereka semua membawa salinan identikal gen bapa mereka. Oleh itu, wujud sebab logika mengapa mereka gigih mengorbankan diri mereka dengan menyerang musuh, walaupun dengan menyengat akan menyebabkan kematian mereka. Gen altruistik ini berjaya dalam reproduksi dan survival, kerana ringkasnya, ia lebih mampu untuk mempertahankan sarang secara keseluruhannya. Seekor lebah pekerja yang mati memberikan manfaat yang lebih terhadap gennya berbanding jika ia terus hidup, kerana dengan mengorbankan dirinya untuk saudara betina mereka dan untuk mempertahankan ibu mereka, iaitu permaisuri lebah, ia telah menyumbang kepada survival sejumlah besar salinan gennya yang berada dalam badan semua saudara betina lebah pekerja. Ia juga menyumbang kepada survival gen pada telur dan sperma yang berada di dalam badan permaisuri lebah. Sudah tentu, susunan genetik seperti ini akan lebih mampu untuk terus hidup dari gen yang tidak mengorbankan diri mereka. Alam akan memilih gen yang berani mengorbankan diri, atau dengan kata lain, yang lebih sesuai dan mampu terus hidup, kekal dan melawan keadaan semulajadi yang mengelilinginya.

Umumnya, sifat penting diri gen dapat menerangkan sifat altruistik suatu organisme kepada organisme yang lain, apabila mengorbankan diri adalah lebih bermanfaat kepada gen berbanding jika ia terus hidup, tanpa mengira hubungan mereka.

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 281

 

 

Altruisme ibu bapa terhadap anak mereka juga boleh diterangkan secara genetik. Gen yang menjalankan fungsi ini akan lebih disukai dan lebih mampu untuk terus hidup berbanding gen yang tidak membenarkan atau menggalakkan altruisme ibubapa terhadap anak-anak mereka. Dengan cara yang sama, kita boleh menerangkan tingkah laku altruistik seorang abang sulung terhadap adiknya, atau tingkah laku seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Kita juga boleh mengetahui mengapa sesetengah haiwan membersihkan antara satu sama lain, dan mengapa kelawar memberi makan kepada jiran mereka - ini kerana mereka mengharapkan manfaat di masa hadapan, walaupun tanpa sedar.

Walaubagaimanapun, teori gen penting diri tidak boleh menjelaskan mengapa seseorang akan mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan seorang asing atau seorang anak yang tidak berkaitan, atau mengapa dia memberikan makanan dan minuman kepada orang lain walaupun mereka memerlukannya. Dalam kes seperti ini, jika ia menyebabkan kematian sang altruis tersebut - atau sekurang-kurangnya, ketidakmampuan untuk mengembangkan gennya, atau mengurangkan peluangnya untuk hal tersebut - maka kerugian genetiknya akan lebih besar dari keuntungannya, jika difikirkan dari perspektif gen milik individu yang diselamatkan atau diberi makan, atau diberi keutamaan melebihi dirinya. Ini boleh dijelaskan dengan lebih lanjut menggunakan nombor: hidup saya adalah bersamaan dengan seratus peratus pindahan dan survival gen berfungsi saya, sementara kehidupan seorang orang asing adalah bersamaan dengan pindahan satu bahagian gen berfungsi saya, gen yang kami punyai bersama, lebih kurang lima peratus, jadi kehilangan nyawa saya jelas memaksudkan kerugian yang lebih besar terhadap survival gen saya. Oleh itu, teori gen penting diri tidak dapat menerangkan altruisme seperti ini, di mana gen milik altruis rugi dengan banyak sekali. Penjelasan tingkah laku altruistik seperti ini tidak boleh didasarkan kepada sifat penting diri gen.

Malahan, altruisme timbal balik seperti ini, bukanlah altruisme tulen. Memandangkan ia adalah strategi evolusi yang dipilih, kita menjangkakan ia untuk menjadi lebih lazim apabila wujud keperluan kepadanya, seperti halnya sesetengah haiwan yang membersihkan satu sama lain, atau kelawar yang memuntahkan makanan untuk jiran mereka, kerana kolam gen yang membawa gen ini akan dipilih oleh pemilihan semulajadi, dan akan menang. Kolam gen yang tidak membawa altruisme timbal balik seperti ini akan meninggalkan perlumbaan persaingan, kerana takdir spesis itu adalah kepupusan. Sebagai contoh, kelawar pontianak tidak boleh hidup lebih dua hari tanpa makanan, dan altruisme timbal balik adalah satu-satunya talian hayat bagi banyak individu yang tidak dapat mencari makanan pada satu-satu malam. Atas sebab itu, altruisme timbal balik adalah talian hayat untuk keseluruhan spesis itu, maka pastilah ia dipilih oleh pemilihan semulajadi. Umumnya, altruisme timbal balik dijelaskan dengan baik secara saintifik.

Wujud juga altruisme demi reputasi. Realitinya, kita boleh sebutkan ini juga adalah sejenis altruime timbal balik,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 282

 

 

juga, khususnya jika matlamatnya mengorbankan makanan untuk kepentingan orang lain adalah demi untuk kebanggaan dan kedudukan, dan seterusnya memiliki keuntungan yang lebih besar, seperti menarik perhatian dan mengahwini lebih ramai wanita. Ini bermaksud gen individu tersebut akan berjaya dipindahkan kepada generasi seterusnya dengan cara yang lebih luas. Oleh itu, altruisme jenis ini, yang akan diteliti lagi, telah dijelaskan secara genetik.

Pastinya, altruisme bukan tulen seperti ini adalah didasarkan kepada sifat penting diri gen. Ini bukan matlamat perbahasan kita kerana kita sedang membahaskan altruisme moral (akhlak), yang tidak berkaitan dengan kepentingan diri dan manfaat gen.

Kita tidak bercakap tentang altruisme hubungan keluarga atau altruisme timbal balik, yang boleh dijelaskan secara genetik. Kita tidak bercakap tentang altruisme demi menjadi terkenal, yang mana mungkin kadang-kala boleh juga dijelaskan secara genetik. Semua jenis altruisme ini boleh memberi manfaat kepada badan yang melakukan altruisme ini kerana ia memberikan mereka peluang yang lebih untuk survival.

Sebagai tambahan, kita juga tidak bercakap tentang altruisme yang berlegar di antara para individual dan kumpulan sebagai unit budaya, yang mempunyai asas kepentingan diri yang dipindahkan di antara para individu dan kumpulan sebagai unit budaya, seperti sifat menunjuk-nunjuk dan sifat sepertinya, yang mana motifnya adalah keperluan dan kemahuan sang altruis itu.

Jika ini adalah halnya, maka apakah jenis altruisme yang kita maksudkan dan yang kita gunakan sebagai bukti bahawa manusia itu istimewa dan unik dari sisi moral berbanding keseluruhan haiwan yang lain?

Kita sedang bercakap tentang altruisme yang tidak dapat dijelaskan secara biologi dengan mengaitkan ia dengan sifat penting diri gen, yang mengunakan badan dan anggotanya sebagai mesin ideal untuk survival dan pemindahan mereka. Kita sedang bercakap tentang altruisme yang tidak dapat dijelaskan dengan mengatakan bahawa matlamat sebuah budaya adalah untuk mencapai sesuatu kelebihan psikologikal, walaupun dalam jangka masa panjang.

Kita sedang bercakap tentang tingkah laku altruistik yang tidak memberi manfaat kepada gen dan tidak boleh dijelaskan oleh sifat penting diri gen, atau dianggap hanya sebagai sebuah altruisme tidak tulen yang dangkal, memandangkan ia tidak didasarkan kepada asal usul sifat penting diri biologikal. Kita sedang bercakap tentang altruisme yang mana sang altruis tersebut tidak mengharapkkan sebarang manfaat, pujian malah walaupun kata-kata penghargaan di masa hadapan sebagai balasan.

Ini membawa kita kepada soalan yang penting: apa yang membawa kita ke arah altruisme tulen ini? Apa yang menyebabkan ia muncul di sisi kita secara khusus?

Hakikatnya, ia perlu dimulakan dengan sebuah kaedah dan individu-individu. Jika kita mengkaji sejarah hal ini -

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 283

 

 

kerana sejarah adalah satu-satunya cara untuk menjawab soalan ini - kita akan mendapati kaedah yang dipenuhi dengan tingkah laku altruistik yang tulen dan dimuliakan ini adalah kaedah keagamaan, dan para pahlawan altruisme adalah para nabi dan orang-orang suci. Tulisan tertua yang kita temui di dalam artifak berkenaan altruisme adalah teks keagamaan dan seruan yang dibuat oleh individu keagamaan. Ini adalah isu yang telah diceritakan oleh ketamadunan tertua, seperti Sumer dan Akkad, yang mana individu-individunya seperti Nuh dan Ibrahim dianggap sebagai asal usul agama samawi (seperti Yahudi, Kristian dan Islam). Selain itu, agama-agama ini juga telah meneruskan sistem moral Sumer dan Akkadia yang sama.

Seruan altruisme adalah seruan keagamaan, dan para pahlawannya di alam ini adalah para Nabi, Rasul dan pembawa risalah ketuhanan.

﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسيراً﴾

[Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.]

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan