Budaya Homo Sapiens
Ada dua jenis makhluk mirip manusia yang
berevolusi dari Homo erektus Afrika dan berjaya mengharungi beberapa ratus ribu
tahun yang lalu. Dua makhluk tersebut adalah Neanderthal Eropah dan sekumpulan
kecil Homo sapiens, sesetengah darinya telah bermigrasi melalui Bab El-Mandeb
dan kemudian memenuhi bumi ini. Walaupun Neanderthal mempunyai purata saiz otak
yang lebih besar dari Homo sapiens, mereka tidak mengembangkan sebuah budaya
atau ketamadunan seperti Homo sapiens yang berhijrah dari Afrika. Ikatan sosial
yang wujud di antara Homo sapiens tidak wujud dalam kumpulan Neanderthal.
Kurang lebih tiga puluh lima ribu tahun yang lalu di Eropah, Homo sapiens telah
membina tugu dan hasil seni untuk meluahkan diri mereka, sementara Neanderthal
tidak mampu mencapai tahap tersebut. Jadi, apakah faktor yang telah menyusup
masuk ke dalam kumpulan kecil tersebut yang berhijrah keluar melalui Bab
El-Mandeb? Apa yang telah terjadi terhadap kumpulan terpilih tersebut, sehingga
mampu menghasilkan generasi yang bisa memenuhi bumi ini.
Adakah ada yang mampu mencadangkan sebuah
hipotesis yang membolehkan soalan ini dijawab? Hakikatnya, tidak wujud
penjelasan saintifik yang mencukupi berkenaan apa yang terjadi kepada minda
Homo Sapiens yang berhijrah dari Afrika. Neanderthal telah hidup selama ratusan
ribu tahun di Eropah namun tidak mampu mencipta apa-apa perkembangan budaya
atau ketamadunan, malahan tidak juga dalam hal kehidupan sosial, bahasa atau
lukisan. Apa yang mampu dicapai oleh Neanderthal hanyalah mencipta peralatan
ringkas batu, dan wujud spekulasi samada benar atau tidak mereka adalah pereka
asal, memandangkan mereka mungkin mempelajari hal ini dari Homo
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 284
Sapiens yang berhijrah ke Eropah. Pada masa
yang sama, kita dapati dalam tempoh kurang dari enam puluh ribu tahun,
penghijrah Homo sapiens telah mencapai tahap merekodkan hukum moral pada tablet
tanah liat yang telah sampai kepada kita melalui bangsa Sumer. Adakah boleh
kita mengabaikan hakikat wujud satu perubahan mendadak yang terjadi pada
makhluk duniawi ini, yang telah menyebabkan ia bersikap dengan cara tersusun,
dan bukan cara haiwani seperti di masa lalu, sehingga dia mula bercucuk tanam, berpenghasilan,
mengembala binatang, pembinaan, menyusun atur kehidupan sosial, berbicara dan
seterusnya, menulis? Apa yang menyebabkan manusia menjadi berkembang secara
signifikan, sementara Neanderthal di Eropah tidak berkembang walaupun mereka
mempunyai otak yang lebih besar?
Wujud satu rahsia yang telah menyebabkan
loncatan kualitatif yang sangat jelas di dalam Homo sapiens, dan ia tidak boleh
dinisbahkan kepada saiz otak semata-mata, atau sekadar mencapai atau melebihi
isipadu kritikal otak. Sesetengah saintis menjelaskan perbezaan manusia dan
keseluruhan haiwan yang lain berdasarkan nisbah saiz antara otak dan badan.
Walaubagaimanapun, jika isunya bergantung kepada otak yang besar, maka pasti
Neanderthal akan berkembang, kerana ia mempunyai purata saiz otak yang lebih
besar dari manusia moden (Homo sapiens), malah pada waktu tertentu, sepuluh
peratus lebih besar. Walaubagaimanapun, berbanding dengan apa yang telah
dicapai oleh manusia moden, Neanderthal tidak mempunyai apa-apa pencapaian.
Manusia moden telah merekodkan budaya dan kehidupan sosial mereka di Eropah,
sementara Neanderthal tidak merekodkan apa-apa yang berharga. Malah, kehidupan
sosial Neanderthal juga sangat ringkas. Mereka tidak mempunyai ikatan seperti
manusia moden, yang mempunyai kecenderungan untuk kehidupan sosial. Oleh itu,
tidak ada jalan lain melainkan mengakui sesuatu yang baru telah memasuki
persamaan ini, menyebabkan kemajuan intelektual dan kebudayaan, serta kemajuan
ketamadunan yang telah membuatkan manusia moden (Homo sapiens) mengambil
loncatan kebudayaan dan ketamadunan, yang mana antara ciri paling terserlah
yang direkodkan adalah cita-cita moral tertinggi, seperti altruisme dan
keadilan.
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan