Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 261
Teori Rekaan Pintar
Teori Rekaan Pintar adalah teori yang
bergantung kepada pembuktian wujudnya rekaan pintar dalam susur galur organisme
dan bahagian-bahagiannya serta menyatakan rekaan ini menunjukkan kewujudan
pereka kepada semua organisme ini, sekaligus membuktikan kewujudan Tuhan. Ada
dua perbahasan Rekaan Pintar.
Perbahasan pertama menyatakan bahawa
penciptaan terjadi dalam hanya satu peringkat. Perkara yang ingin dibuktikan
adalah organisme-organisme ini telah direka dengan menunjukkan ketepatan dan
kerumitan jasad hidup dan bahagian-bahagiannya, maka menunjukkan semuanya
dicipta dalam keadaan yang kita lihat hari ini, tanpa melalui apa-apa proses
evolusi. Ini adalah pendekatan yang paling terkenal dan biasa ke atas teori
rekaan pintar. Bagaimanapun, kami telah menunjukkan bukti-bukti evolusi, di
mana bukti-bukti tersebut masyhur dan kukuh sehingga kepercayaan bahawa penciptaan
terjadi dalam satu peringkat boleh dianggap naif.
Pendekatan kedua adalah dengan membentuk teori
rekaan pintar dengan cara yang berselari dengan evolusi. Pendekatan ini
bermatlamat untuk membuktikan bahawa organisme itu telah direka melalui
kerumitan, kecanggihan dan ketelitian susunan jasad-jasad hidup dan
bahagian-bahagian mereka. Ia juga bermatlamat untuk membuktikan evolusi itu
bermatlamat. Maka wujud suatu Tuhan di sebalik evolusi yang mahukan agar
matlamat ini tercapai.
Permasalahan kedua-dua pendekatan ini ialah
kewujudan "lubang-lubang besar" dalam rekaan itu, sedangkan pereka
tersebut adalah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Tuhan dengan
kedudukan seperti itu sepatutnya mencipta sebuah rekaan bersepadu yang tidak
mempunyai sebarang cacat-cela, contohnya seperti kelemahan tulang belakang
dalam badan manusia. Sebab utama kelemahan ini adalah tulang belakang manusia
direka untuk jasad yang melengkung. Ia bukan secara ideal untuk jasad tegak
seperti jasad manusia. Itulah sebabnya ramai manusia di bumi ini mengalami
sakit belakang, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Selain
itu, wujud juga isu saraf laring (laryngeal) dan pemanjangannya, yang dianggap
oleh para pakar perbandingan anatomi sebagai kesalahan dalam rekaan. Pastinya saraf
ini tidak direka secara individu untuk setiap spesis kerana panjangnya tidak
memberi apa-apa manfaat untuk individu. Malah, ia sangat buruk, kerana
panjangnya menjadikan saraf ini lebih terdedah kepada kerosakan, berbanding
jika ia lebih pendek, mengikut kadar yang diperlukan.
Berkenaan dengan mereka yang mempercayai
penciptaan terjadi dalam satu peringkat, mereka tidak boleh membantah
penghujahan di atas secara logik. Ini kerana kecacatan saraf laryngeal adalah kecacatan
besar. Ia adalah kesalahan yang cukup untuk membantah teori rekaan pintar badan
dan segala bahagian badan untuk setiap spesis. Oleh kerana kecacatan ini menunjukkan sesuatu yang bercanggah dengan
rekaan yang sempurna dan rekaan yang direka dengan pintar, ia hanya boleh
dilihat sebagai warisan evolusi.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 262
Berkenaan dengan mereka yang mempercayai
kedua-dua evolusi dan rekaan pintar, iaitu mempercayai bahawa sang pereka
tersebut adalah Tuhan Mutlak, dengan kata lain Dia adalah Maha Mengetahui
dan Maha Berkuasa, hujah ini masih terpakai, kerana kewujudan kecacatan dalam rekaan jasad hidup yang membantah sifat
Maha Mengetahui si pereka. Walaubagaimanapun, jika mereka mengatakan apa yang
Tuhan katakan dalam Quran, iaitu penciptaan, atau rekaan dan perlaksanaan
proses penciptaan dilakukan oleh Tangan-tangan Tuhan, iaitu wujud makhluk Tuhan
lain yang menjadi orang tengah dalam proses penciptaan, maka rekaan yang tidak
sempurna ini boleh dijustifikasikan sebagai kesalahan kecil pada awal rekaan
yang kemudiannya menjadi lebih besar akibat proses evolusi, sehingga ia menjadi
warisan evolusi yang terkumpul, yang tampak sebagai kecacatan yang jelas dalam rekaan.
Ia juga adalah indikator utama bahawa pencipta
yang asal itu adalah Tuhan Maha Kuasa, iaitu Tuhan Mutlak. Bagaimanapun,
pencipta lansung itu bukan Tuhan Maha Kuasa. Sebaliknya, pencipta yang langsung
itu adalah satu makhluk yang telah disucikan, yang memulakan proses ciptaan
berdasarkan perintah Tuhan Maha Kuasa. Ketidaksempurnaan itu dijelmakan sebagai
makhluk ciptaan cahaya yang mengandungi sedikit kegelapan, kerana hanya
Tuhan Maha Kuasa sahaja yang merupakan entiti cahaya tanpa kegelapan,
pencipta yang terbaik. Dia telah mencipta intelek yang pertama, Muhammad,
seterusnya menciptakan cahaya-cahaya pertama darinya, dan memerintahkan baginda
untuk memulakan proses penciptaan seperti yang dikehendakiNya, dengan kekuatan
dan keperkasaanNya. Inilah sebabnya, Tuhan yang Maha Kuasa berfirman :
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن
طِينٍ * ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ * ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ
مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ
أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
﴾
[Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati dari tanah; Kemudian Kami
jadikan "pati" itu air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami
ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna
kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.] [1]
Lihat sahaja bentuk bentuk tunggal dan bentuk
majmuk yang digunakan di dalam ayat tersebut: “kami ciptakan, kami
jadikan, kami ciptakan, maka kami ciptakan, maka kami ciptakan, maka kami
balut.. kami membentuknya.” Ayat tersebut diakhiri dengan kenyataan
entiti yang lebih dominan dari mereka yang memulakan proses penciptaan adalah
Tuhan Maha Kuasa: {Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta.}. Tuhan menjelaskan status para pencipta ini
sebagai tangan-tanganNya, dengan kata lain, Tuhan, sebagai pencipta terbaik,
memulakan proses penciptaan melalui mereka:
﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾
[Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan
Kami. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak
terhingga.][2]
Sesetengah orang mungkin mengatakan tulang
belakang manusia yang bengkok, atau cara saraf laryngeal disambungkan mungkin
mempunyai manfaat tertentu dalam perjalanan evolusi, atau pada waktu tertentu
dalam kehidupan. Hakikatnya, walaupun jika hal tersebut terbukti tanpa
keraguan, ia masih tidak menafikan isu ini
___________________
[1] Al-Quran Surat Al-Muminun ayat: 12 14
[2] Al-Qur’an Surat Al-Zhariyat ayat 47:
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 263
menunjukkan sejarah warisan evolusi, dan oleh
itu, ia menafikan dakwaan proses ciptaan terjadi dalam satu peringkat.
Sebagai tambahan, ia juga masih tidak
menafikan hakikat bahawa ia bukan sebuah rekaan dari pencipta Yang Maha
Mengetahui dan Maha Berkuasa. Sebuah rekaan yang lebih baik boleh dibayangkan,
maka ini menunjukkan ia bukan rekaan yang terbaik, paling ideal dan paling
sempurna. Oleh itu, tiada jalan keluar dari menerima apa yang Tuhan sebutkan
dalam Quran: Tangan-tangan Tuhan adalah “orang tengah” dalam proses penciptaan.
Rumusan:
Di dalam bab ini, kami telah membuktikan
evolusi sebagai bermatlamat dengan membuktikan mesin kecerdikan superior adalah
matlamatnya dari awal. Setelah itu, melalui tanda-tanda dan isyarat, kami telah
membuktikan bahawa:
Mutasi kadang-kala bersifat patuh-hukum dan
oleh itu, membuktikan ia bermatlamat.
Evolusi juga merupakan hasil dari aktiviti
terancang mutasi dan pemilihan, adalah patuh-hukum dan bermatlamat.
Para penentang kami mengandaikan yang
sebaliknya, namun tidak mampu mempersembahkan bukti tuntas dan kukuh untuk
kerambangan mutlak, samada pada tahap mutasi genetik atau pada hasil terakhir
evolusi, atau kita sebutkan sebagai hasil yang telah dicapai evolusi setakat
ini. Ini sendiri telah memadai kerana mereka yang mahu menyangkal kewujudan
tuhan telah berada dalam keadaan tangan kosong tanpa sebarang bukti tuntas, dan
tidak mampu untuk menyimpulkan bahawa tuhan itu tidak ada pada tahap ini.
Inilah isunya jika mereka tidak mahu untuk mengakui kewujudan tuhan berdasarkan
bukti yang dipersembahkan di dalam bab ini, atau sekurang-kurangnya mengakui
bukti berkenaan mesin kecerdikan sebagai matlamat evolusi.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan