Halaman

Rabu, 23 Februari 2022

4.22 Bagaimana Kita Melihat Tuhan Dalam CiptaanNya?


 Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 260


Bagaimana Kita Melihat Tuhan Dalam CiptaanNya?

 

Satu lagi cara untuk kita melihat Pembuat Hukum, setelah kita menemui hukumnya, adalah seperti berikut:

Sememangnya, apabila kami menggunakan kewujudan hukum sebagai bukti untuk kewujudan Pembuat Hukum tidak dibatalkan hanya kerana kita tidak melihat Pembuat Hukum tersebut. Ini kerana kewujudan hukum dan ketersusunan dengan sendirinya menunjukkan kewujudan Pembuat Hukum dan Pengatur, walaupun kita tidak melihatNya sendiri. Cukuplah bagi kita untuk menyaksikan dan melihat ketersusunan dan kewujudan hukum yang menunjukkan kewujudan Dia. Sebagai contoh, mari kita andaikan suatu hidupan cerdik yang tinggal di sebuah planet ingin memerintah bumi menggunakan komputer dan robot mereka. Mereka mahukan komputer dan robot ini dibina di bumi. Demi mencapai matlamat ini, mereka telah menghantar sebuah mesej elektronik, yang sebenarnya adalah pelan untuk membina komputer dan robot canggih dengan teknologi yang tidak kita ketahui. Seolah-olah mereka cerdik pada darjat tertentu. Setelah menerima mesej elektronik tersebut, ia bergerak ke kilang-kilang yang menghasilkan litar, komputer dan robot, melalui internet, dan mesej itu dilaksanakan secara elektronik. Walaubagaimanapun, oleh kerana wujud perkara yang mengganggu proses pemasangan dan pengeluaran, seperti kesilapan manusia, kita pasti akan menjangkakan beberapa produk yang terhasil dari perlaksanaan mesej elektronik tersebut adalah komputer yang kurang canggih, rosak dan biasa. Semuanya akan dihasilkan bersama komputer dan robot canggih yang dirancang untuk dihasilkan oleh mesej elektronik tersebut.  Walaupun jika komputer dan robot yang cerdik dan canggih dihasilkan - dan seperti yang kita tahu, kecerdikan adalah hasil dari bahan kimia – dan kemudiannya mereka memerintah bumi sepenuhnya termasuk proses produksi dan pembinaan di dalamnya, dan kita melihat hasil ini tanpa mengetahui dari mana asal usul pelan tersebut, maka mungkin ramai dari kalangan kita mungkin menjejaki kesalahan pada penghasilan komputer tersebut pada pelan asal. Kesalahan juga mungkin terjadi melalui internet, atau virus yang menjangkiti sistem kilang, dan seterusnya. Kesimpulan ini mungkin dapat dijustifikasikan berdasarkan pemerhatian bahawa komputer dan robot yang bergred rendah dan biasa turut dihasilkan.

 

Hakikatnya, inilah yang dilakukan oleh ateis-ateis yang membuat teori seperti Dawkins dan pendukungnya menggunakan teori Darwin. Bagaimanapun, apabila seorang yang waras melihat hasil terakhir pelaksanaan pelan tersebut, mereka akan melakukan analisis dan menyiasatnya secara logik. Melalui isyarat dan tanda-tanda, mereka akan mengenali kewujudan penyusun atur dan pembuat hukum disebalik pelan tersebut, yang menulis hukumnya dan menghantarnya untuk dilaksanakan di bumi menggunakan sumber yang tersedia. Maka, kecerdikan adalah satu matlamat, dan satu cara untuk mencapainya adalah dengan pelbagai bahan kimia yang banyak wujud di bumi yang menjadi asas utama sistem saraf kita.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan