Halaman

Selasa, 1 Februari 2022

Bab 2.8 Bukti Evolusi:

 Bab 2.8 Bukti Evolusi: Menggunakan Prinsip Umum Evolusi Kosmik Terhadap Kehidupan Di Muka Bumi

 

Menggunakan Prinsip Umum Evolusi Kosmik Terhadap Kehidupan Di Muka Bumi

 

Di peringkat alam semesta secara keseluruhannya, kita dapati, mengikut Teori Dentuman Besar (Big Bang), alam semesta mempunyai permulaan yang ringkas, kemudian ia mula berkembang dan menjadi semakin kompleks. Oleh itu, bilangan besar jirim, bintang,

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 89

 

 

planet dan galaksi adalah tunggal atau bermula dari satu titik ketunggalan. InsyaAllah, kita akan membincangkan kemunculan kehidupan ini dengan terperinci, dan kita akan melihat bahawa alam semesta ini sedang berkembang berdasarkan pemerhatian astronomikal pada alam ini serta menggunakan efek Doppler (Kesan Doppler atau Anjakan Doppler) padanya. Kita juga akan mendapati kelajuan setiap galaksi bergerak dari satu sama lain semakin bertambah, dan planet baru, bintang dan galaksi terbentuk berterusan. Oleh itu, alam semesta ini sentiasa menggandakan dirinya, bertambah dan membesar pada kadar yang sangat pantas. Disebabkan kehidupan di bumi adalah sebahagian dari alam ini, maka tiada masalah jika kita menganggap ia turut ditadbir oleh prinsip evolusi kosmik yang sama. Permulaannya sangat ringkas, kemudian semakin berganda dan kompleksiti akan muncul dari permulaan ringkas ini.

 

Selain dari selari dengan sains, ia juga selari dengan doktrin keagamaan yang benar berkenaan penciptaan dan bersesuaian dengan kaedah Tuhan (sunnah Allah) yang tidak berubah. Ketujuh-tujuh langit, dan potensi kewujudan (atau umumnya, kewujudan yang diciptakan) bermula dengan pancaran permulaan yang ringkas. Kemudiannya, muncullah kepelbagaian dan kompleksiti selepasnya. Semakin kita bergerak menjauhi sumber kewujudan (atau dengan kata lain, semakin makrifat kita berkurangan), kita boleh melihat bahawa objek yang wujud bertambah dan rumit (kompleks). Sebagai contoh: setiap kali kita menjauhkan diri (dimensi kognitif) daripada sumber kewujudan, kita akan mendapati makhluk membiak dan menjadi lebih kompleks dan percanggahan antara kewujudan bertambah. Langit keenam mempunyai lebih banyak kompleksiti dari langit ketujuh dan yang kelima lebih daripada yang keenam, dan seterusnya.

 

Selain itu, jika kita mengkaji alam (langit) fizikal itu sendiri, kita akan dapati, menurut teori Dentuman Besar (Big Bang), alam ini mempunyai permulaan yang ringkas, dan bergerak ke arah kompleksiti (rumit) dan kepelbagaian. Jadi apakah masalahnya jika kehidupan di bumi turut ditadbir oleh prinsip kosmik yang sama, atau apa yang kita sebut sebagai kaedah (sunnah) ketuhanan yang tidak berubah. Malah, keperluan kepada kaedah Tuhan yang tidak berubah menyatakan seperti itu. Oleh itu, ia mempunyai permulaan yang ringkas, kemudian muncul kompleksiti dan kepelbagaian dari permulaan ringkas tersebut, sama seperti kaedah Tuhan terhadap tujuh langit dan alam (langit) fizikal.

 

Ada juga orang yang mengatakan alam fizikal bergerak ke arah keruntuhan dan kemusnahan, maka kehidupan di bumi pasti juga sedemikian, kerana bumi terikat kepada perundangan kosmik yang sama. Dengan pernyataan ini, mereka percaya dan membantah prisip evolusi, atau teori evolusi.

Walaubagaimanapun ini adalah tidak benar dan kenyataan keraguan yang tidak cerdik (naif). Walaupun jika kita mengandaikan alam ini sedang bergerak ke arah kehancuran - walaupun hakikatnya ia masih muda - ia tidak bermakna alam ini bermula sebagai kompleks dan pelbagai. Sebaliknya, telah terbukti secara saintifik bahawa alam ini mempunyai permulaan yang ringkas, dan kemudian Dentuman Besar terjadi. Kemudian kepelbagaian dan kompleksiti terjadi secara beransur-ansur. Jadi walaupun kita mengandaikan bahawa kehidupan di bumi bergerak ke arah keruntuhan dan kemusnahan, ia tidak akan memberi kesan kepada kesahihan Teori Evolusi, kerana ia terjadi pada waktu penghujung, serta sama sekali tidak bermaksud alam ini bermula sebagai pelbagai dan kompleks dalam apa jua keadaan. Mungkin permulaannya boleh sahaja sangat ringkas, dengan hanya satu sel sebagai contoh. Selepas itu, kepelbagaian dan kompleksiti mula terjadi. Kepelbagaian dan kompleksiti ini kemudian akan bergerak ke arah keruntuhan dan kehancuran seperti mana yang terjadi dalam kehidupan manusia.

Kehidupan yang bermula sebagai sel ringkas dalam rahim seorang ibu, kemudian ia membiak dan menjadi semakin kompleks.

 

Manusia tumbuh dan membesar dan sampai ke masa muda, kemudian menuju ke arah keruntuhan dan kemusnahan, menjadi tua dan mati. Kita telah membincangkan hal ini dengan terperinci dalam bab pertama.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan