Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 90
Bab 2.9 Degenerasi atau Atrofi
dan Kehilangan Organ
Degenerasi (kemunduran) atau Atrofi dan
Kehilangan Organ
Degenerasi, atrofi (penyusutan) dan kehilangan
organ juga menunjukkan bukti untuk evolusi dalam keadaan kesan proses ini
sangat mudah dilihat. Ini kerana ia adalah sebuah proses evolusi, dan
kehilangan atau terbantutnya sebuah organ adalah kerana kehilangan
kebergunaannya. Contoh Degenerasi (kemunduran) :
Kehilangan Organ adalah organ yang disusutkan
seperti kaki bagi sebahagian ular, dan sayap sebahagian burung yang dibantutkan
seperti burung cormorant (Burung Dendang Air), seekor burung yang cekap
menangkap ikan dengan menjunam ke dalam air.
Satu lagi contoh adalah organ tidak berfungsi
atau buta seperti Ikan Gua Buta.
Ikan Gua Buta Meksiko
Sebab terjadinya degenerasi - kemunduran adalah
apabila organ itu tidak lagi digunakan, dan secara ekonominya tidak
menguntungkan untuk haiwan tersebut, seperti yang telah saya jelaskan
sebelumnya. Sebagai contoh, mata ikan gua yang buta tidak mempunyai kegunaan
kerana ia tinggal di dalam gelap. Jika dibiarkan terbuka dan berfungsi, ia akan
merugikan tenaga kerana ia memerlukan tenaga berterusan. Apabila mata ikan gua
terbuka dan berfungsi serta digunakan, ia akan memakan tenaga seperti mana
organ badan yang lain. Hasilnya, ikan akan memerlukan lebih banyak makanan,
seterusnya menyebabkan kehidupan, keberterusan hidup dan reproduksi (pembiakan)
menjadi semakin sukar. Maka, apabila manfaat sesuatu organ itu hilang, spesis
haiwan tersebut akan menghapuskan sifat itu sedikit demi sedikit, samada dengan
mengurangkan saiznya atau menutup terus organ tersebut dengan pertumbuhan
kulit. Ini berlaku apabila mutasi yang bersesuaian wujud. Haiwan yang mendapat
mutasi genetik ini akan menghapuskan organ ini dan badan mereka akan menjadi
lebih ekonomikal. Ini menjadikan mereka lebih kuat untuk terus hidup kerana
mereka memerlukan makanan yang kurang. Oleh itu, apabila makanan tidak banyak,
persekitaran akan memilih haiwan yang paling sesuai untuk keberterusan hidup.
Beginilah perubahan terjadi dalam spesis haiwan, dan perubahan ini terjadi
secara beransur-ansur, sebagaimana proses evolusi yang lain.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan