Pemerhatian Anggota Badan Dan
Naluri Haiwan
Pertama-tama sekali, di peringkat bahagian
badan dan bagaimana ia disusun, kita akan mendapati ikan normal bernafas
melalui udara yang larut di dalam air, sementara ikan berparu-paru:
Seperti Lepidosiren Paradoxa, mampu bernafas melalui udara di atmosfera. Ini dianggap sebagai salah satu langkah awal diambil oleh ikan untuk hidup di darat. Sesetengah ikan paru-paru tinggal di air cetek, sementara yang lain, hidup pada musim panas di dalam lubang lumpur, menutupi diri mereka dengan bahan bermukus (pent: berlendir atau lembap) yang melindungi
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 86
badan mereka. Semua ini adalah langkah evolusi
untuk hidup di daratan, dibantu oleh kapasiti mereka untuk bernafas di udara
atmosfera.
Ikan berparu-paru bernafas melalui insang
seperti ikan yang lain. Mereka juga mempunyai kantung udara yang asalnya
digunakan untuk terapung, namun telah berevolusi untuk bernafas melalui udara
atmosfera. Ikan paru-paru telah dianggap sebagai mengambil langkah yang jelas
ke arah membentuk dua kantung air menjadi dua paru-paru di masa hadapan,
seperti haiwan vetebrata yang menyedut udara dengan dua paru-paru.
Wujud juga sejenis ikan yang dikenali sebagai
ikan puyu (Anabas Testudineus) yang mampu memanjat, merangkak dan tinggal dalam
lumpur untuk suatu tempoh yang panjang, dan kemudian pulang semula ke dalam
air. Ia adalah ikan yang sebenar-benar ikan. Ia malah menggunakan penutup
insangnya untuk merangkak kerana siripnya tidak berevolusi untuk berjalan.
Ikan mudskipper (belacak / belodok / belontok)
adalah sejenis ikan amfibia yang berjalan dengan siripnya yang berevolusi di
atas lumpur dan bernafas melalui kulitnya serta insang yang sudah terbentuk.
Haiwan ini, atau ikan ini, tinggal di dalam air dan juga di dalam lumpur. Ia
membiak di dalam air dan telurnya juga menetas di dalam air. Jelas, ini adalah
langkah pertama ikan untuk tinggal di daratan dan berevolusi dari berenang di
atas air hingga berjalan di daratan.
Oleh itu, dalam garis keturunan organisme yang wujud di bumi hari ini, kita melihat ada ikan yang berevolusi untuk bernafas melalui udara atmosfera, kemudian ikan yang berevolusi untuk menahan kekurangan air selain dari turut mempunyai kemampuan bernafas dari udara atmosfera, seterusnya, kita melihat ada ikan yang mampu berjalan di atas lumpur, bernafas udara atmosfera dan menahan kekurangan air; dan ikan lain yang mempunyai sirip yang berevolusi untuk berjalan di atas lumpur.
Isu perubahan dan evolusi sebuah organ atau
anggota badan haiwan telah terbukti secara saintifik, jadi kita tidak boleh
mendakwa evolusi itu tidak wujud sedangkan kita dapat melihat urutan dan
tahap-tahap perubahan di hadapan kita. Berkenaan bagaimana evolusi ini terjadi,
ia dengan mudah boleh disebabkan oleh kewujudan air berlumpur. Dengan
berlalunya masa, persekitaran tersebut akan menapis ikan-ikan agar hanya
individu yang mempunyai pembuluh darah luaran yang berhubungan dengan udara
atmosfera sahaja - yang mewakili satu bahagian paru-paru bagi membolehkan
oksigen diambil terus dari udara atmosfera - dapat melepasi tapisan tersebut.
Maka, persekitaran akan menapis ikan-ikan tersebut agar hanya
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 87
ikan-ikan yang boleh merangkak di atas lumpur
sahaja dapat berpindah dari kolam yang berlumpur, di mana kehidupan tidak boleh
diteruskan di kolam tersebut, kepada kolam yang lebih baik agar kehidupan dan
reproduksi boleh berterusan. Dengan cara ini, proses penapisan akan berterusan
sehingga pelan genetik yang sesuai untuk persekitaran ini telah ditegakkan
dengan kuat - dengan kata lain, sehingga ikan dengan sifat yang bersesuaian
dalam persekitaran tersebut boleh terus hidup, membiak dan memperbaiki sifat
mereka ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit. Inilah cara bagaimana
evolusi terjadi
“Kita boleh melihat
banyak kes di kalangan haiwan bawahan, di mana organ yang sama melaksanakan dua
tugasan yang berbeza dalam masa yang sama; saluran pencernaan bernafas,
menghadam dan membuang najis dari larva pepatung dan ikan tongkol. Pada haiwan Hydra[a],
haiwan tersebut boleh dibalikkan luar dan dalam, dan permukaan luarnya akan
bertugas menghadam sementara perut akan berperanan sebagai medium pernafasan.
Dalam kes-kes ini, pemilihan semulajadi boleh membuat pengkhususan dengan
mudah, jika wujud kesempatan yang dapat ditambah, satu anggota atau organ, yang
sebelum itu telah melakukan dua fungsi untuk melaksanakan hanya satu fungsi dan
maka telah mengubah sifatnya secara menyeluruh dalam peringkat yang tidak
logik...... Wujud ikan dengan insang atau branchiae yang bernafas melalui udara
yang larut dalam air, dalam masa yang sama ia dapat bernafas melalui udara
terbuka dengan pundi apungan, iaitu sebuah organ yang mempunyai ductus
pneumaticus untuk bekalan, serta dipisahkan oleh pembuluh darah.
Illustrasi pundi
apungan di dalam ikan adalah contoh terbaik, kerana ia menunjukkan kepada kita
dengan jelas hakikat bahawa sebuah organ asalnya dibina untuk satu tujuan,
iaitu apungan, telah ditukarkan kepada sebuah organ yang mempunyai fungsi
berbeza sama sekali, iaitu, pernafasan. Pundi apungan juga telah ditukarkan
sebagai sebuah aksesori kepada organ pendengaran beberapa jenis ikan...
Semua ahli fisiologi
mengakui bahawa pundi apungan adalah homolog atau serupa secara ideal, di dalam
posisi dan struktur dengan paru-paru haiwan vetebrata yang mahu: maka pada
saya, tiada kesukaran yang untuk percaya bahawa seleksi natural (pemilihan
semulajadi) telah menukarkan pundi apungan kepada paru-paru, atau, organ yang
digunakan secara khusus untuk pernafasan.[1]
Yang kedua, pada peringkat naluri, terdapat
beberapa spesis semut yang mengambil hamba abdi, digunakan untuk berkhidmat
pada mereka.
___________________
[a] Hydra: ular air, polip air tawar, hidra,
sejenis ular zaman dahulu yang sukar dibunuh
[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species):
ms 301
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 88
Dalam satu spesis, naluri tersebut telah berevolusi secara sempurna sehinggakan semut-semut itu tidak dapat makan sendiri atau tidak dapat menjaga anak-anak mereka, kerana hamba melakukan semua kerja tersebut, dari membina sarang, menjaga anak-anak semut sehinggalah memberi makan kepada yang tua dan muda. Malah hamba semut ini membawa tuan-tuan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun di dalam spesis yang lain di mana naluri ini tidak sempurna, kita akan dapati bahawa semut-semut ini hanya bergantung kepada hamba sebagai bantuan untuk kerja domestik sahaja. Kita mungkin akan menjumpai spesis semut lain yang melakukan kerja-kerja lebih dari hamba mereka. Perbezaan ini menunjukkan secara jelas bahawa naluri mengambil hamba abdi bagi semut merah atau semut merah darah (F. Sanguinea dan Formica rufescens) adalah naluri yang berevolusi.
“Saya tidak akan
mengikuti sangkaan tentang asal-usul naluri F. Sanguinea (semut merah). Namun
sebagai semut yang asalnya tidak mengambil hamba, kita melihat mereka membawa
pupa spesis lain jika ia berada berhampiran dengan sarang mereka. Wujud
kemungkinan pupa tersebut disimpan sebagai makanan, namun ia telah berkembang
sempurna; dan semut-semut tersebut seterusnya dibesarkan secara tidak sengaja,
dan mengikuti naluri mereka dan membuat apa-apa kerja yang boleh. Jika
kewujudan hamba-hamba ini terbukti berguna kepada spesis yang mengutip mereka,
atau dengan kata lain, lebih menguntungkan untuk menangkap pekerja dari
membiakkan mereka, maka naluri mengutip pupa sebagai makanan boleh diperkuatkan
oleh seleksi semulajadi dan dikekalkan dengan tujuan berbeza, iaitu membesarkan
hamba. Apabila naluri itu diperolehi, ia telah dilaksanakan dalam kadar yang
kurang dari F. Sanguinea dari British, seperti yang kita dapat lihat, tidak banyak
dibantu oleh hamba dari spesis yang sama di Switzerland, saya tidak melihat
sebarang kesukaran bagi seleksi semulajadi untuk menambah atau mengubah naluri
– dengan andaian setiap modifikasi akan bermanfaat kepada spesis tersebut –
sehinggalah terbentuknya semut yang terlalu bergantung kepada hambanya, seperti
Formica Rufescens (semut merah darah).[1]
_________________
[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species) ms
419
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan