Halaman

Sabtu, 21 Ogos 2021

Mengenai perkahwinan

 Mengenai perkahwinan      

o   Hukum-hukum Am

o   Penguasa (Wali Al-Amr)

o   Pasangan hidup yang tidak beriman

o   Kehamilan dan melahirkan anak

o   Masalah dan Penyelesaian

o   Poligami

o   Perkahwinan Yang Gagal

o   Hubungan Haram


Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 162

 

Hukum-hukum Am

 

S / Adakah terdapat had-had tertentu dalam hubungan seksual antara suami dan isteri, maksud saya adakah terdapat larangan, iaitu perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pasangan tersebut?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Setiap pasangan suami isteri boleh menikmati setiap bahagian tubuh pasangannya di mana-mana bahagian badan pada bila-bila dan di mana sahaja. jika keduanya ridha dengannya kecuali apa yang telah disebut larangannya kepada kita, Ia adalah hubungan seks antara mereka sebelum pada hari-hari haid, dan meliwat isteri pada dubur yang tidak di redhainya, Adalah diharapkan supaya tidak mengikuti sekatan dan had-had ke atas hubungan seksual antara pasangan yang dihasilkan oleh hawa nafsu dan kemahuan, dan berusaha kepada apa yang dituntut Fiqh yang dikaitkan dengan manusia yang mempunyai kecenderungan seksual yang berbeza pada apa yang mereka lihat.

Salah satu mustahab (galakan) yang paling besar yang dengannya dapat menghampiri diri kepada Allah SWT adalah kepuasan naluri seksual pasangan (suami atau isteri) untuk lebih dekat kepada Allah dan untuk mengukuhkan kebahagiaannya, dan ganjaran perkara ini tidak kurang dari ganjaran ibadah seperti solat dan puasa, hanya pasangan itu memerlukan kepada niat, bukannya hubungan seksual dengan pasangan hanya untuk memenuhi keinginannya sahaja tetapi juga berhasrat untuk memenuhi keperluan pasangannya dan memperkukuh kebahagiaannya untuk lebih dekat kepada Allah, dan supaya suami dan isteri mendapat ganjaran dengan kurniaan Allah atas mereka berdua.[[1]

 

S / Seorang wanita yang suaminya sakit gila secara berkala dan mengambil ubat untuk tetap normal, tetapi dalam hal mendekati dan berhubungan seks dengan isterinya, keadaan gila itu kembali kepadanya. Apakah hukum penolakan isteri untuk melakukan persetubuhan?

 

_____________________

1 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 48

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 163

 

J / [Dia tidak boleh menjauhkan diri dari suaminya kecuali untuk jangka waktu tertentu, misalnya, dengan harapan dia akan sembuh.] [1]

 

S / Adakah pancutan (ejakulasi di luar rahim) dibenarkan?

J / [Pancut luar (Azal) bebas dilakukan jika tidak disyaratkan dalam aqad (ikatan perkahwinan) dan dia tidak diizinkan oleh muhrim.] [2]

 

S / Adakah wanita boleh memulihkan selaput dara dengan pembedahan kerana dia ingin menikah? Dan jika dia boleh melakukannya, adakah dia wajib memberitahu bakal suaminya mengenai hal ini untuk menikahinya?

J / [Ia dibenarkan dan mesti diberitahu untuk dia selamat (aman) atas kehidupannya.] [3]

 

S / Apakah hukum isteri yang suaminya tidak dapat bersatu dalam perkahwinannya kerana keadaan psikologinya?

J / [Jika dia sakit mental, seperti yang tersirat dalam pertanyaan, dia mesti dirawat hingga pulih dari penyakitnya.] [4]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Salam atas Saidi wa Maulai, dan Imamku Ahmad Al-Hassan (as).

Tuan, dengan bertawakkal kepada Allah saya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan salah seorang ansariah dan saya ingin bertanya tentang nilai mas kahwin (mahar) pada masa ini di mana perlukah ditetapkan jumlah cadangan mas kahwin terendah dan nilai akhiran (tertinggi) mas kahwin dalam akad (janji) rasmi di mahkamah rasmi di negeri ini. Adakah kadar wajib untuk nilai mas kahwin sekadar mas kahwin (mahar) Al-Zahraa’ (as) atau ia boleh jadi lebih tinggi?


_______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm.42

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 42

[3] Himpunan Soal-Jawab hukum oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), yang diterbitkan oleh Al-Syed Watsiq Al-Husseini - Link ke siaran

[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 22

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 164

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Saya telah menerangkan dalam jawapan sebelum ini apakah mas kahwin (mahar) Al-Zahraa’ pada masa ini dan pada bila-bila masa. Ia adalah nilai perabot rumah untuk dua orang, dan itu adalah standard, yang bermaksud bahawa mas kahwin (mahar) adalah nilai kelengkapan rumah di mana kedua pasangan hidup.   

Jika anda mahu menetapkan jumlah tertentu atau nilai maksimumnya adalah lebih baik untuk tidak melebihi jumlah mahar bernilai empat puluh mistqal emas lapan belas karat atau bersamaan dalam mana-mana nilai mata wang, dan jika saya mahu membahagikan mas kahwin yang dibayar kepada jumlah cadangan mas kahwin terrendah dan nilai akhiran (tertinggi) mas kahwin maka dibahagikan nilai yang dinyatakan antara keduanya.

Yang afdhalnya - secara umum – elakkan sebarang mas kahwin yang tinggi walaupun bakal suami mampu dan kerana ia adalah sunnah (kebiasaan) yang buruk dalam masyarakat orang mukmin, Maka keberkatan seorang wanita adalah menerima mas kahwin (mahar) yang kecil dan adalah amat malang bagi yang meninggikan mas kahwin dan untuk tujuan bermegah-megah.][1]

 

S / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Seorang dari ikhwah ansariah Iran dalam syarat akad nikahnya boleh mengambil mas kahwin pada bila-bila masa yang dikehendakinya, dan kini selepas berlalu beberapa tahun perkahwinannya kerana beberapa perkara dia menuntut mas kahwin daripada suaminya, dan suaminya tidak dapat membayar mas kahwin secara tunai. Menurut mahkamah Iran peruntukan undang-undang untuk menahan hartanya itu sehinggalah mahar tersebut dibayar dari milikan atau wang itu kepada isterinya, dan jika suaminya tidak mempunyai wang atau harta (milikan) kecuali pada bahagiannya dalam warisan, peruntukan undang-undang mahkamah Iran akan menahan dan mengambil bahagian warisannya dan menjualnya walaupun dengan tiada keredhaan oleh seluruh warisnya, sebagai contoh, ibu dan adik beradiknya yang mempunyai hak bahagian warisan itu, yang akan dijual kepada seseorang bahagiannya, dan jika waris yang lain membantah dan tidak


 _____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 61

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 165

 

bersetuju untuk menjual warisan itu, mahkamah Iran memaksa mereka untuk membayar dengan bahagian lelaki itu diberi kepada isterinya sebagai mas kahwinnya, kini persoalannya ialah: adakah perkara ini sah di sisi syara’ dengan adanya semua syarat-syarat ini yang membawa kepada rasa tidak puas hati waris yang lain dan mengganggu mereka, jika mahkamah memberikan mas kahwin wanita itu dengan cara ini? 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Ia dibenarkan, tetapi yang lebih utama adalah kebajikan (kebaikan) di antara pasangan itu, dan hendaklah dia bersabar atas isterinya - bahawa dia dalam kesusahan - sehingga Allah memberi rezeki kepadanya.][1]

 

S / Adakah seorang wanita yang suaminya telah meninggal tanpa madkhul (bersetubuh) adakah berhak mendapat mas kahwin penuh dari harta peninggalannya, atau adakah dia mendapat separuh daripadanya, seperti dalam perceraian?

J / [Dia mendapat mas kahwin penuh.] [2]

 

S / Wanita-wanita yang bernazar untuk berpuasa selama satu bulan untuk mengesahkan nazar yang dibuatnya, tetapi kemudian didapati suaminya tidak menerima puasa nazarnya itu.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima

 

_______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 64

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Encik Ahmed Al-Hassan (saw) - Link ke penerbitan di Facebook

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 166

 

Jika disebabkan nazar boleh menghilangkan hak-hak suami seperti nazar berpuasa, atau berhaji atau berziarah, dan sebagainya, dan suaminya adalah seorang mukmin, maka tidak sah nazar seorang isteri jika tidak dengan izin suaminya.][1]

 

S / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima. Salam atas tuan, Saidi wa Maulai Imam Ahmad Al-Hassan (as) Saya harap anda menerima saya walaupun saya amat kurang terlibat dalam menyempurnakan dakwah tuan.

Tuan, adakah dibenarkan saya menjawab secara terperinci atau tentang positif atau negatif apabila ada yang bertanya tentang seorang wanita yang mahu dikahwininya, begitu juga tentang apabila seorang lelaki mahu melamar seorang wanita, dan apakah ketentuan-ketentuan yang dibenarkan dalam menerangkan tanggungjawab mengenainya?

yang bertanggung jawab kepadanya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Dibenarkan menjawab secara positif dan negatif tentang tanggungjawab perihal dan tingkah laku mengenainya, tetapi tidak boleh dicakapkan tentang sesuatu yang pribadi yang tidak diketahui dan dikenali sepenuhnya perkara itu untuk disebutkan.][2]

 

S / Sekiranya keluarga tinggal di negara-negara Barat yang membayar gaji kepada keluarga walaupun mereka tidak bekerja, maka gaji isteri dan anak-anak adalah hak mereka dan ayah tetap menjadi ketua keluarga dan dia adalah penjamin penghidupannya, atau adakah masalahnya berbeza? Seolah-olah wanita itu mempunyai pendapatan kewangan dan dia tidak bekerja, adakah lelaki itu berhak untuk menanggung tanggungjawabnya kepadanya dan memerintahkannya untuk membelanjakannya di rumah dan anak-anak, Adakah gugur kewajipan untuk nafkah keluarga darinya dalam hal seperti ini?

.

J / [Gaji isteri adalah hak isteri dan dia berhak untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan, dan suami tidak berhak bertanya kepadanya, dan suami tidak gugur dari memberi nafkah kepada isteri, malah wajib dia memberi nafkah kepada isteri. Gaji anak-anak yang belum

 

 ____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm 7, hlm. 67

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm 7, hlm. 69

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 167

 

dewasa adalah hak mereka, dan ayah bertanggung jawab memberi nafkah kepada mereka, dan dia mesti memenuhi kekurangan perbelanjaan mereka. Ini adalah ketetapan Syariah. Semoga Allah memberikan anda kejayaan dan semoga Allah memperbaiki keadaan anda.

Saya berharap anda saling berurusan dengan rahmah dan kasih sayang, dan perbaiki perkara yang sama, kerana anda adalah sebuah keluarga dan sepasang suami isteri, dan anda bukan syarikat perdagangan untuk menguruskan harta kewangan, jadi suami harus melakukan tugasnya terhadap isteri dan anak-anaknya dengan kasih sayang dan kerelaan, dan isteri harus baik, ramah dan bertoleransi dengan suaminya. Saya percaya bahawa seorang wanita sering dapat membina keluarga dan rumahnya dan memperoleh persetujuan suaminya dengan kata-kata yang tenang dan baik, dan dengan itu, dia mendapat redha Allah. Secara umumnya, walaupun suami bersikap kasar atau lalai dengan keluarganya, si isteri dapat memperlakukannya dengan baik dan belas kasihan, dan dengan ini dia mencari keredhaan Allah SWT dari awal hingga akhir, dan di sisi Allah ia berlanjutan dan berkembang, insya Allah, dan anda akan melihat buahnya di dunia dan akhirat.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Saya mahu berpindah dari Switzerland ke Mesir. Apa yang saya ada di Switzerland? Ibu, abang, isteri, anak-anak saya, pangsapuri yang disewa dan pekerjaan tetap.

Apa yang saya ada di Mesir? Sebuah komuniti Ansar Allah yang saya kenal dan sayangi dan yang mengajar saya jauh lebih baik daripada tempat saya tinggal, tempat di mana saya tinggal dan mengamalkan agama saya dengan halangan yang lebih sedikit daripada saya sekarang, dan saya mempunyai sejumlah wang yang saya simpan dan saya dapat hidup dari jangka waktu tertentu, insya Allah, dan Al-Hamdu Lillah. Saya juga boleh membeli sebuah apartmen atau rumah di Mesir. Saya dapat berada di tempat yang lebih baik dan lebih diredhai Allah. Allah lebih mengetahui.

Dalam keadaan saya sekarang, saya prihatin dengan kemungkinan berhijrah kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman mengenai hukum-hukum Islam. Bagaimana jika isteri atau ibu saya, misalnya, menentang saya mengenai perpindahan dan alasan pemergian saya? Adakah mereka mempunyai hak terhadap saya? Atau jika isteri saya berkata kepada saya: "Pergilah kamu seorang, saya tidak akan mengikuti anda, di sini anak-anak saya mempunyai sekolah mereka, dan saya mempunyai pekerjaan, tetapi di Mesir saya tidak tahu apakah kami mempunyai semua itu", yang bermaksud Saya harus meninggalkan anak-anak saya kepadanya, adakah saya harus tinggal bersamanya dan bersabar? Apakah tugas saya terhadap isteri dan anak-anak saya jika saya bercerai (dan pergi sendiri ke Mesir), haruskah saya memenuhi keperluan mereka?

_______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm.87

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 168

 

Semoga Allah memberkati tuan kerana menjelaskan perkara-perkara ini kepada saya, insya Allah, Allahumma Shalla 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsira.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Adalah lebih baik bagi anda sekarang untuk tinggal di negara anda di mana anda berada di Switzerland dan belajar agama anda dengan membaca dan meminta pertolongan saudara-saudara anda yang mukmin melalui Internet atau membuat perjalanan kepada mereka dan bercuti bersama mereka apabila anda berpeluang. Sedikit demi sedikit, insya Allah, anda akan mengetahui agama sebenar anda secara terperinci. Semoga Allah memberikan anda kejayaan. Saya tidak datang untuk menghancurkan rumah tangga manusia dan hubungan sosial mereka. Sebaliknya, saya datang kepada umat manusia, dan mengenalkan kepadanya kebenaran. Sekiranya dia mahukan pengetahuan dengan pergi kepada Allah dan menjadikan Rasulullah dan dutaNya dalam ciptaanNya. Apa yang saya minta kepada anda selama ini adalah anda belajar agama yang benar dan menjadi seorang yang diutus oleh Allah kepada saudara-mara dan masyarakat anda. Saya harap anda melindungi keluarga dan anak-anak anda dan membesarkan mereka dengan didikan Ilahiyah yang betul, dan mengajar mereka untuk mengingat Allah dan mentaatiNya Yang Maha Suci, dan menerapkan akhlak dengan akhlak Ilahiyah.

Dan ketahuilah bahawa perkahwinan dan membina sebuah keluarga, agar hubungan antara pasangan suami isteri menjadi padu dan diselubungi oleh cinta dan kasih sayang, yang dikehendaki oleh Allah; Oleh kerana ia membawa kepada kekebalan masyarakat manusia dari kerosakan akhlak. Adapun masa membujang, perceraian, memusnahkan keluarga, dan hubungan antara pasangan menjadi dingin atau tegang, ini adalah perkara-perkara yang tidak dikehendaki oleh Allah; Kerana ia membawa kepada penghancuran akhlak masyarakat manusia dan tersebarnya kerosakan di muka bumi, maka wahai orang-orang yang beriman, mulakanlah dengan isteri-isterimu dengan kebaikan, berbelas kasihan, kasih sayang dan kata-kata yang baik, semoga Allah memberi anda kejayaan.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum, bapaku.

 

_______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 97

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 169

 

Seorang mukmin ingin berkahwin dengan wanita yang beriman dan kedua mereka rela (suka) antara satu sama yang lain, tetapi istikhaarahnya buruk, sehingga mereka meninggalkan perkara itu. Sebenarnya, keadaan itu membuat saya banyak tertanya-tanya, dan selalu dikatakan bahawa pilihan itu membingungkan. Adakah mereka berdua di sini salah? Maksud saya, tidak menjadikan istikhaarah itu pada bentuk yang betul atau ianya betul, dan menerima istikhaarah itu walaupun dalam keadaan seperti itu?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati anda.

Pilihan ini dibuat dengan cara yang bercanggah dan keliru serta tiada pengetahuan tentang cara yang paling tepat atau betul. Bagi orang yang suka berkahwin dengan wanita atau wanita yang suka mengahwini lelaki, tidak ada gunanya membuat pilihan di sini, kerana perkara itu bergantung pada mengkaji perkara itu sama ada keduanya sesuai dan betul untuk.] [1]

                   

S / Wanita semasa akad nikah dengan "Al-Syed" membaca Al-Quran, terutama Surat Al-Fath. Adakah surah atau doa tertentu yang dibacanya menjadi penyebab kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan perkahwinannya di masa depan dari semua aspek akhirat dan dunia?

Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita kemurahan dan kemuliaan atas apa yang ada dalam jawapan tuan, wahai anak pemimpin kepada para pemimpin.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh. Semoga Allah memberkati anda.

Solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah Yang Maha Suci.

Dan berdoa untuk ikatan perkahwinan suami isteri ianya akan dijawab (mustajab), insya Allah. Saya harapkan doa anda.][2]

 

S / Seorang lelaki yang telah menikah selama kira-kira dua minggu, menginginkan keturunan yang sholeh untuk menyokong Al-Qaim dan Mahdi-mahdi (as), adakah adab sebelum melakukan persetubuhan, doa-doa atau sholat khas untuknya?

J / [Saya telah menerangkannya dalam Al-Syarai3, dan saya akan memetik teksnya kepada anda:

[Adalah mustahab bagi orang yang ingin bersetubuh agar sholat dua rakaat dan berdoa selepasnya, dan jika dia menyuruh wanita itu untuk datang kepadanya,

________________________

[1] Kitab Himpunan Pos – hlm. 494

[2] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 19 Jun 2018

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 170

 

suruhlah juga dia bersholat dua rakaat dan berdoa, dan agar mereka dalam keadaan suci, dan bahawa dia meletakkan tangannya di ubun-ubun isterinya ketika dia menggaulinya, dan berkata:

" اللهم على كتابك تزوجتها، وفي أمانتك أخذتها، وبكلماتك استحللت فرجها، فإن قضيت لي في رحمها شيئاً فاجعله مسلماً سوياً، ولا تجعله شرك شيطان"،

"Ya Allah, menurut kitab-Mu, aku menikahinya, dan dalam amanah-Mu, aku mengambilnya, Dan dengan KalimatMu, dihalalkan farajnya, dan engkau tetapkanlah sesuatu untukku di rahimnya, maka jadikan ia seorang Muslim yang sempurna, dan jangan jadikan dia sekutu syaitan."

Dan bersetubuhlah pada waktu malam, dan berdoalah semasa bersetubuh, dan minta kepada Allah Taala agar dikurniakan anak lelaki yang sempurna (Syarai3 Al-Islam: Jz 3)[1]

 

S / Apakah perkahwinan (nikah) dengan wanita Saiyidah yang keturunannya kembali kepada Rasulullah (S) dengan lelaki yang keturunannya bukan Syed dan tidak kembali kepada Rasulullah (S) diperbolehkan menurut pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)? Dengan rujukan beberapa sumber yang boleh dipercayai.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Ia dibenarkan.][2]

 

S / Adakah wanita Alawiyah (bangsawan) boleh berkahwin dengan lelaki yang nasab keturunannya tidak kembali kepada Rasulullah (shalawatu Allah 3alaih wa Aalih)?

J / [boleh.] [3]

 

S / Sekiranya perkahwinan kekal berlangsung secara syari’ah, dan disiarkan secaara rasmi dalam surat kabar negeri bagi wanita itu mendapatkan tempat tinggal atau bagi lelaki untuk mendapatkan tempat tinggal di negeri itu, apakah seorang lelaki boleh kehilangan haknya atas wanita dari pengukuhan dan lain-lain, dan adakah dibenarkan bagi seorang wanita untuk melepaskan haknya kepada seorang lelaki dari nafqah dan yang lain dan perkahwinan itu tetap berlaku di antara mereka dalam bentuk ini?

 

_____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - 3, hlm. 40

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm.46

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - 3, hlm. 42

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 171

 

J / [Dibenarkan.] [1]

 

S / Seorang ketua keluarga telah sampai pada tahap akhir penyakit Alzheimer, dan sekarang dia tidak menyedari apa-apa, dan isterinya telah mulai mengurus urusan perbelanjaan, dan dia diberitahu bahawa dia tidak berhak membelanjakan dari wangnya kecuali untuk perbelanjaan rawatan, makanan dan hal-hal peribadinya yang lain dan juga hal-hal yang sangat sempit, dan ini menyebabkan dia sangat malu menguruskan perbelanjaan untuk tetamu, misalnya, atau urusan rumah tangga yang lain. Adalah diketahui bahawa isteri tiada sumber kewangan lain.

Dan satu lagi perkara: Rumah itu dalam keadaan tidak baik dan dia ingin menjualnya dan membeli yang lain, untuk menjimatkan sejumlah wang untuk melaburkannya dan menggunakan faedahnya untuk membelanjakannya dan untuk dirinya sendiri, adakah dia berhak melakukannya?

J / [Adalah dibenarkan baginya untuk membelanjakan wangnya dengan cara yang diredhai Allah dan seperti yang biasa ia (suami) gunakan pada hari-hari dia sihat. Adapun menjual hartanya seperti rumah, tidak dibenarkan kecuali jika perlu, seperti untuk memberi rawatan kepadanya.][2]

 

S / Saya seorang wanita yang telah berkahwin selama 8 tahun dan suami saya bekerja, Al-Hamdu Lillah, tetapi hingga hari ini kami tidak mempunyai rumah, kereta, atau apa-apa, dan ketika salah seorang anak saya jatuh sakit atau saya mahukan sesuatu, saya tidak mempunyai wang, ketika dia menerima gaji setiap bulan dia hanya memberi kami sedikit untuk makanan, dan selebihnya dia menderma atau memberi, kadang-kadang dia memberikannya kepada orang yang tidak memerlukan atau mereka meminta wang untuk perkara yang tidak perlu, dan saya dan anak-anak tetap memerlukannya. Apa pendapat tuan atau penilaian (hukum) terhadap suami saya? Apabila saya mempunyai wang, saya akan berkongsi dengannya tetapi dia berkongsi wangnya dengan orang lain, Dan ketika saya memberitahunya bahawa saya tidak berpuas hati dengan perkara ini, dia memberitahu bahawa kepuasan kamu tidak penting bagi saya. adakah apa yang dikatakannya benar?

 

 

___________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm. 43

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm. 50

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 172

 

J / [Yang wajib bagi suami adalah untuk memberikan nafqah (perbelanjaan) yang diperlukan untuk keluarganya, dan dia berhak membelanjakan lebihan wangnya sesuka hatinya, sama ada dia membelanjakannya untuk keluarganya, atau untuk dirinya sendiri, atau membelanjakannya untuk tujuan kebajikan yang diredhai Allah.] [1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Tuan yang dikasihi, apa khabar tuan? Saya mempunyai soalan: Sekiranya ayah tidak setuju dan menolak pilihan anak lelaki untuk calon isterinya, apakah hukum bagi anak lelaki itu jika dia tidak setuju dengannya? Adalah diketahui bahawa ayah tidak beriman dangan dakwah ini, saya harap tuan dapat memberikan jawapan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati saudara yang dikasihi`

Kahwinilah orang yang dicintai selagi dia beragama dan berakhlaq.][2]

 

S / Seorang lelaki mengahwini wanita yang bercerai secara tidak hadir (di mahkamah Saddam) 10 tahun yang lalu, dan perceraian tanpa izin suami, dan dia kini beriman, dan begitu juga suami keduanya itu. Suaminya bertanya apakah perkahwinan mereka sah dari segi syari’ah atau tidak? Apa akibatnya jika perkahwinan itu terbatal? Adalah diketahui bahawa perceraian itu tanpa seorang pemimpin, dan kerana sudah didiamkan selama dua tahun (menurut kata-kata isteri) dan kebenaran dalam pengakuannya setelah itu (dia mengatakan bahawa dia biasa memukul saya dan meninggalkan saya selama 9 bulan dan tidak memberi belanja kepada saya) oleh itu hakim menceraikannya pada masa itu kerana alasan meninggalkannya sahaja.

J / [Yang pertama ia dianggap khulu' (tebus talak), dan oleh itu perkahwinan mereka sah.] [3]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Walidi Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Ada sesuatu yang terlintas di fikiran saya dan saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya, ketika saya melihat orang yang melakukan perjalanan untuk melancong ke negara-negara yang mempunyai alam semula jadi yang indah atau tempat-tempat pelancongan lain (adalah tidak berguna mengunjungi pintu gerbang

 

_______________________

[1] Kitab Jawapan Fiqh - Pelbagai Masalah, Jilid 4, ms 47

[2] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di Laman Facebook Rasminya - pada 5 Julai 2018

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Jamadi Al-Awwal 27, 1442 H. - Link ke penerbitan

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 173

 

atau mengunjungi muzium). Saya merasakan bahawa ia adalah membuang masa dan orang itu sepatutnya menggunakan waktunya untuk sesuatu yang bermanfaat.

Ini berlaku walaupun untuk penerbangan biasa untuk menghabiskan masa di luar rumah. Adakah pemikiran ini betul? Ada pula yang mengatakan bahawa seseorang harus memanjakan diri atau mengubah suasananya, terutamanya setelah sekian lama bekerja keras atau belajar ... dll. Saya tidak tahu apa yang betul. Apa yang harus kita lakukan sekiranya kita perlu "beralih udara"?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Semoga Allah memberkati anda.

Dengan keluar terdapat banyak faedah bagi suami isteri, anak-anak, saudara-mara, rakan atau rakan sekerja antara satu sama lain, dan dengan sebahagian dari mereka, dan ramai pula orang yang dapat menghitung banyak faedah yang mereka alami sendiri. Saya berpendapat bahawa kadang-kadang meninggalkan rumah dan melayan keluarga adalah perkara yang sangat diperlukan untuk membina hubungan keluarga dan hubungan yang selamat dan sihat, selain faedah psikologi dan ilmiahnya. Tidak perlu meninggalkan rumah atau pergi ke negara lain, atau daerah yang jauh, tetapi yang penting ialah ia mempunyai faedah yang diinginkan, seperti kedua pasangan dan anak-anak mereka keluar makan,

dan mengecualikan wanita yang terperap selama sehari daripada memasak misalnya.

Saya berpendapat bahawa keluar dari rumah, sama ada untuk melakukan perjalanan jauh, berjalan-jalan di tempat yang dekat, makan-makan, atau yang serupa dengannya, adalah perkara penting dan sering menjalin hubungan baik antara pasangan, dan ini sendiri adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh agama dan secara sosial, kerana ia menyumbang untuk memperkuat masyarakat dan mengurangkan masalah berpisah atau perceraian.][1]


______________________

[1] Ulasan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Di Laman Facebook Rasminya - pada 5 Julai 2018

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan