Halaman

Ahad, 22 Ogos 2021

Penjaga (Wali Al-Amr)

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 174

 

Mengenai perkahwinan >> Penjaga (Wali Al-Amr)

 

S / Seorang wanita yang telah berkahwin berusia 35 tahun, adakah dia dibenarkan ziarah Imam Al-Ridha (as) dengan izin suami dan tsnps bukan Muhrim? Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda berlimpah-limpah.

J / [Wanita itu dibenarkan untuk pergi ziarah Imam Al-Ridha (as) tanpa Muhrim jika dia mendapat kebenaran suaminya seperti yang dinyatakan dalam soalan, Semoga Allah memberikan kejayaan anda untuk mengetahui kebenaran dan menyokongnya.][1]

 

S / Soalan saya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as):

Saya ingin berkahwin dengan seorang gadis yang bapanya adalah seorang Sunni dan ibunya seorang wanita Syiah yang telah meninggal dunia (rahimaha Allah). Dia tinggal bersama neneknya, sebelah ibunya, dan membesar dengan mengasihi Ahl Al-Bait, yang kini adalah Syiah Jaafari, tetapi bapanya apabila kami menyampaikan hasrat kami, di berkata: Aku tidak akan kahwinkan anak perempuanku dengan orang Syiah, adakah jalan keluar dari perkara ini? Adalah diketahui bahawa gadis ini berusia 21 tahun dan bersetuju untuk berkahwin. Terima kasih banyak-banyak.

 J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Sekiranya dia berusia 21 tahun, tidak wajib mendapatkan persetujuan dari bapa atau datuknya atas perkahwinannya, dan dia boleh membuat keputusan berkahwin untuk dirinya sendiri jika bapanya menolak.

Dan kekuatan kuasa bapa dan datuk (dengan syarat iman dan adil) pada yang baligh yang berumur di bawah 18 tahun sama ada janda atau dara. 

 

_______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 1, hlm. 101

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 175

 

Dan tidak kuat bidang kuasa mereka terhadap dara yang boleh mengurus dengan baik (dari berumur 18 tahun), dan kekuatan bidang kuasa berpindah pada dirinya sendiri untuk perkahwinan kekal dan memberi keputusan.

Walaupun pada salah satu dari perkahwinannya, tidak akan berlaku ikatan perkahwinannya (aqad nikah) kecuali dengan persetujuannya. Tetapi ia makruh untuk berkahwin oleh dirinya tanpa izin wali.

Orang dewasa (baligh) jika mendapat sokongan wali,,ia tidak dibenarkan untuk menikahinya dengan yang secocok dengan keinginannya, ia dibenarkan untuk berkahwin oleh keputusan dirinya walaupun makruh.] [1]

 

S / Adakah hak wali Al-Amr (ayah atau suami) melarang (mengharamkan) sesuatu pada anak perempuannya atau isterinya? Maksudnya bukan sholat atau puasa dan seumpamanya, melainkan larangan melakukan sesuatu atau wajib untuk meninggalkan sesuatu dari masalah kehidupan dan jika dia melarangnya, bolehkah saya melakukannya? Secara amnya, apakah hak bapa terhadap anak-anak lelaki dan perempuan?

J / [Tidak seorang pun boleh mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Adapun perwalian bapa yang beriman, kedudukannya telah dijelaskan seperti dalam masalah perkahwinan, dan hak-hak suami dan isteri dijelaskan di dalam Kitab Al-Syarai3.][2]

                                            

S / Adakah dibenarkan melakukan akad nikah, menghadiri, atau upacara perkahwinan pada bulan Muharram selepas hari kesepuluh?

J / [Dibenarkan.][3]

 

_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, hlm. 101

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 50

3 - Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan