Halaman

Sabtu, 21 Ogos 2021

Barang kemas wanita

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 159

 

Pakaian dan perhiasan wanita >> Barang kemas wanita

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Saidi, Qaim, Aali Muhammad. Saya mohon kepada Allah agar tuan dalam keadan baik dan sihat, insya Allah .. Tuan, saya mempunyai beberapa soalan sajak lama dulu, tetapi saya tidak berkesempatan untuk bertanya kepada tuan. Soalan saya adalah mengenai hukum meletakkan cincin di hidung, yang disebut dalam bahasa Inggeris Nose Piercing? Saya harap tuan akan menjawab dan membantu saya, Saidi wa Maulai.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati anda, tidak ada masalah dengannya.][1]

 

S / Saidi wa Maulai, saya faham bahawa dibenarkan untuk meletakkannya secara umum, tetapi adakah dibenarkan meletakkannya di hadapan orang asing (ajnabi)? Saya harap tuan menerangkan kepada kami.

J / [Tidak dibenarkan jika untuk tujuan perhiasan.][2]

 

S / Berkenaan dengan memakai sarung kaki lutsinar, apakah ia dibenarkan atau dilarang, dan memakai emas dan keluar dengan itu dibenarkan atau tidak? Dan semoga Allah meneguhkan anda di jalan yang lurus, jalan para imam dan para Mahdi.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Wajah, telapak tangan dan kaki seorang wanita boleh dizahirkan, dan dia mesti menutup segala yang lain daripadanya dengan cara tutup yang betul. Memakai stoking (sarung kaki) tidak wajib bagi seorang wanita. Dibolehkan bagi seorang wanita untuk memakai emas dan ianya mustahab, tetapi dilarang untuk menunjukkannya di hadapan lelaki kecuali untuk suami dan muhrim, kecuali cincin perkahwinan, yang biasanya tidak dianggap sebagai perhiasan, jadi itu dibenarkan memakainya dan menunjukkannya di hadapan lelaki.][3]


_____________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - hlm. 363

[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, hlm. 136

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 160

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Adakah dibenarkan memakai kalung (rantai) untuk lelaki? Sebilangan ansar mengatakan bahawa ia tidak dibenarkan kerana menyerupai wanita.. Adakah ini betul? Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Dibenarkan memakai kalung (rantai)  untuk lelaki, dan jika seorang lelaki ingin memakai kalung, adalah mustahab kalung itu dari perak atau batu yang bertulis dengan nama Allah atau ayat dari Al-Quran, dan adalah mustahab bagi seorang wanita untuk memakai kalung emas yang bertulis dengan nama Allah atau ayat dari Al-Quran.] [1]

 

S / Adakah boleh menusuk (mencucuk) bahagian badan dan meletakkan anting-anting, misalnya?

J / [Dibolehkan menusuk (menebuk) bahagian bawah telinga dan meletakkan anting-anting padanya untuk lelaki dan wanita.] [2]


______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm.98

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 34

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                           

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan