Halaman

Sabtu, 31 Julai 2021

Wanita Dalam Islam: Hak-haknya dalam Syariah


WANITA DALAM ISLAM 

Ø  Hak-haknya dalam Syariah

Ø  Pintu terbuka baginya untuk kesempurnaan dan kemajuan

Ø  Persamaan lelaki dan wanita

Ø  Poligami antara zaman Nabi dan hari ini

Ø  Perkahwinan di bawah umur

                                                         

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 13

 

Hak-haknya dalam Syariah

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Llahi Wa Barakatuh. Bagaimana anda menjelaskan ayat-ayat pewarisan dan kesaksian yang melanggar hak-hak sivil (peradaban) dan hak-hak wanita?

J / [Bismi Llahi r-Rahman r-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin, Wa Sh-Shalla Allah 3alaa Muhammad Wa Aalil Muhammad Al-Aimmata Wal-Mahdiyina Wasallim Taslimaa ...

Sesiapa yang mengatakan bahawa wanita telah dianiaya oleh undang-undang syari’at tertentu seperti pewarisan atau kesaksian harus menjelaskankan kepada kita kiasan (bandingan) ukuran dan pertimbangannya berdasarkan ketentuan keadilan dan ketidakadilan. Oleh itu, dia memutuskan dan menyimpulkan bahawa wanita harus setara dengan lelaki dalam segala hal, walaupun kita semua melihat bahawa wanita tidak setara dengan lelaki dalam segala hal.

Begitu juga, siapa pun yang ingin mengkritik undang-undang tertentu dalam sistem perundangan dan yang disyariatkan, dia harus memperhatikan undang-undang ini sebagai bahagian dari sistem ini dan tidak memotong (gugurkan) bahagian ini dan memperlakukannya secara terpisah dari sistem secara keseluruhan.

Dia seharusnya melihat hak-hak dan kewajiban wanita dalam undang-undang Ilahi setidak-tidaknya, tidak hanya melihat hak-hak dan mengatakan bahawa wanita diberi hak-hak lebih sedikit daripada lelaki dalam undang-undang Ilahi.

Mengapa tidak melihat kewajipan dan mengatakan bahawa lelaki itu menjalankan tugas lebih banyak daripada wanita dalam undang-undang Ilahi?

Contohnya, ada dua orang pekerja, salah seorang darinya ditugaskan untuk membina bangunan setinggi lima tingkat dan yang seorang lagi membina bangunan sepuluh tingkat. Adakah wajar saya memberikan kepada mereka bahan binaan yang sama dan jumlah yang sama untuk pembinaan tersebut? Dan jika anda memberikan kepada pembina sepuluh tingkat dua kali ganda dari pembina lima tingkat, adakah betul seseorang yang datang dan mengatakan anda tidak adil kerana anda tidak memberikan sama rata kepada keduanya sedangkan mereka berdua bekerja untuk anda?

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 14

 

Saya berpendapat bahawa siapa pun yang mengatakan bahawa wanita telah dianiaya oleh undang-undang ini, kata-kata dan keputusannya tanpa belajar dan ia jauh dari kajian ilmiah yang tepat.][1]


S / Adakah berubah sebahagian hukum-hukum Syariah yang berkaitan dengan keadaan peribadi dalam beberapa kes sesuai dengan perubahan keadaan sosial dan ekonomi dari masa ke masa?

Saya faham bahawa seorang lelaki mempunyai lebih banyak hak daripada seorang wanita kerana tanggungjawab dan tugasnya lebih daripada seorang wanita, tetapi bagaimana jika seorang lelaki melanggar tanggungjawab ini dan tidak menunaikannya, maka adakah hak-hak ini berlanjutan atau gugur? Sebagai contoh, seorang suami yang tidak memberi nafkah pada keluarganya dan tidak menjaga anak-anaknya dan tidak mengasuh atau menyediakan keperluan dalam hidup mereka, maka jatuh ketergantungan tanggungjawab dan pendidikan seluruhnya pada wanita, maka adakah suami masih mempunyai hak seperti ketaatan, memimpin dll?

Malangnya, dalam masyarakat Arab dan Islam, terdapat fenomena keluarga yang diketuai oleh wanita, hanya kerana keseorangan atau ketiadaan suami, atau kehilangan atau bersama dengan suami disebabkan keadaan ekonomi meruncing dan penguasaan yang menindas. apa kesannya pada keadilan yang disebutkan di atas (suami mempunyai lebih banyak hak kerana dialah yang bertanggungjawab)? 

 

J / [...Perubahan hukum-hukum adalah milik khalifah Allah setiap masa, kerana hukum-hukum dapat diubah dan dibatalkan, dan ini adalah sesuatu yang saya sebutkan sebelumnya.] [2]

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata mengenai perlakuan masyarakat Barat terhadap Islam dan wanita:

] ... Dari sisi taghut penzalim itu, mereka melancarkan perang tidak henti-henti terhadap agama. Televisyen mereka memaparkan ayat-ayat dari Al-Quran Al-Karim, maka selepas beberapa ketika, lagu, wanita separuh bogel dan satu siri direka untuk menghapus prasarana masyarakat Islam atau untuk mengurangkan apa yang tinggal daripada susunan masyarakat Islam, yang mencukur janggut dan misai yang panjang seperti Majusi (Magi) di zaman purba, ini adalah Islam di sisi mereka!!

_________________________________

[1] - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet- Jz 7, hlm. 133 - Lihat lampiran

[2] Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi - 2 November 2014: hal. 204

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 15

 

Namun begitu, sesiapa yang berkata La illah Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dibunuh, perempuan mereka dihina dan rumahnya dimusnahkan. Bencana utama ialah sebahagian daripada mereka mendakwa bahawa mereka adalah orang-orang Arab dan mereka melakukan ini atas nama Ke-Arab-an. Mereka menyerang wanita, melanggar nama baik dan penjara mereka penuh dengan wanita dan kanak-kanak.

 

Pada hal lelaki ini adalah seorang Arab yang mulia, jika dia menentang, dia menentang kaum lelaki, dan tidak menyerang wanita. Jadi apakah dakwaan identiti keAraban dari orang-orang Roma, yang ditinggalkan orang Mongol dan tentera Tatar! Mereka telah menghitamkan wajah kemanusiaan. Mereka telah melakukan kejahatan yang memalukan dan kegilaan Firaun dan Namrud (la) yang rapat dengan Musa dan Nabi Ibrahim (as)] [1]

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menyentuh perlakuan wanita oleh sarjana yang tidak bekerja, dengan mengatakan:

... [Anda selalu dapati orang alim yang tidak beramal lagi sesat, menyeru manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi anda dapati dia tidak berbuat kebaikan, sebaliknya dia memakan wang anak yatim dan janda dan mengambil keuntungan dari orang-orang yang lemah dan tidak berjihad di jalan Allah.

﴿وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَن يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ﴾

Dan sungguh kamu akan dapati mereka, manusia yang paling haloba kepada kehidupan dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.][2] [3]

Dia (as) juga berkata:

 ... [Bahkan para taghut penzalim dapat melembutkan hati mereka dengan keadaan anak yatim yang lapar atau janda yang patah sayap, dan orang-orang sesat ini adalah para ulamak sesat yang tidak beramal dan para pengikut mereka, pemilik persatuan kebajikan dan mereka yang lain - Allah melaknat mereka dan menghina mereka dan memalukan mereka dalam kehidupan di dunia ini dan kepala mereka dimahkotakan dengan yang busuk - mereka mempergunakan janda dan orang-orang miskin untuk mendapatkan dan mengumpulkan wang dan kemudian menjarahnya atas nama orang-orang yang lemah dan tertindas, dan jika mereka memberikannya, maka ia akan berikan jumlah yang sedikit dan murah nilainya, dan demi Allah, saya malu untuk menyatakannya, dan amat menghairankan orang-orang yang keji ini melakukannya seperti kaum Lut pada zaman ini.

________________________

[1] Al-'ijl (Berhala Anak Lembu) -Jz 1 hal 14

[2] Surah Al-Baqarah: 96

[3] Pencerahan Dakwah Para Rasul Juzuk 2, hlm.8

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 16

 

Salah seorang dari mereka, dihitamkan Allah wajahnya di dunia dan akhirat, umurnya mencapai enam puluhan tahun, seorang wanita menghampirinya dan menutup pintu kepadanya dan mengajaknya melakukan maksiat atas nama mut’ah, dan yang lain menikahi seorang gadis berusia dua puluhan, pada hal usianya menjangkau tujuh puluhan, dan orang-orang sesat ini adalah hamba hawa nafsu dan mereka naik kereta terbaru dan memakai pengawal, dan saya tidak tahu apa yang ditakuti oleh mereka yang pengecut ini, para ulamak sesat lagi khianat. Mereka tinggal di rumah-rumah mewah yang dilengkapi dengan perabot terbaik.][1]

Jawapan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) kepada salah seorang yang musykil dengan siaran gambar di Pameran Buku Antarabangsa – Jerman

 

 Gambar disiarkan pada lampiran

 

S / Tuan tidak peduli, tuan bukan anak Nabi, saya tidak tahu washinya. Bagaimana tuan menyiarkan gambar wanita dengan kepala yang tidak bertudung?

Semoga Allah memberi petunjuk kepada tuan dan kepada kami.

J / [Semoga Allah memanjangkan usiamu, saudara yang dikasihi.

Nabi Muhammad (S) menghormati dan sekadar menghormati Safanah binti Hatim Al-Tha'i, dia adalah seorang perempuan yang kafir dengan baginda dan dia tidak bertudung.]

________________________

[1] Kitab  Pencerahan Dakwah Para Rasul (as)  - Jilid 2, hlm.20

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 17

 

S / Maksud saya, bolehkah saya bergaul dengan orang asing yang tidak bertudung (berhijab) ia adalah biasa bahkan Nabi pun sama, maksud saya, baginda melakukannya? ☺

Sunnah yang mesti kita ikuti, ini bermaksud perkara biasa, tidak dilarang?

J / [Bergaul, pasti, tidak dilarang.] [1]

 

S / Dia SWT berfirman:

﴿وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا﴾‏

Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.[2]

Apakah had-had nusyuz seorang suami? Adakah hukuman di dalam Syariah bagi suami yang nusyuz? Apakah hukum bagi suami yang mengabaikan rumahnya, isteri dan anak-anaknya?

J / [Isu tentang nusyuz suami, seperti yang saya sebutkan dalam "Al-Syarai3" [3], iaitu dia menafikan hak (perempuan)nya atau sebahagian haknya dan dia (isteri) mungkin akan menuntutnya.] [4]

 

 

________________________

[1] Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 15 Oktober 2018. Pergi ke siaran

[2] Surah Al-Nisaa’: 128

[3] Al-Syed Ahmad Al-Hassan berkata: [Dan jika suami nampaknya nusyuz untuk menafikan haknya, maka dia boleh membuat tuntutan, dan penguasa berhak untuk mewajibkannya, dan dia dapat apa yang telah ditinggalkan sebahagian hak-haknya, dari merayu pembahagian dan nafkah. Dibolehkan bagi suami untuk mengabulkannya.] Syarai3 Al-Islam, Jz. 3, pada mengatakan nusyuz.

[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4, hal. 46

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan