Halaman

Jumaat, 30 Julai 2021

Pendahuluan

 Pendahuluan


 بسم االله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

والصلاة على أشرف الخلق محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً. 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

Dan selawat dan salam ke atas semulia-mulia penciptaan, Muhammad dan keluarganya, para imam dan para Mahdi. Salam pengiktirafan.

[Sifat yang paling penting bagi seorang wanita adalah kewanitaannya, yang bermaksud kelembutan, kebaikan, belas kasihan, simpati dengan golongan yang lemah tertindas dan keunggulan akhlaq  mereka, yang bermaksud penyelesaian yang baik, penyayang dan adil.

Wanita itu pengasih dan lemah-lembut, tidak membenci dan berdengki.

Pendek kata, ia berlawanan dan bertentangan dengan lelaki yang jauh dari berlembut, dan dia tidak ganas

Sebaliknya adalah kekasaran lelaki, kegelisahannya, dan tingkah lakunya yang sering kasar dan ganas [1].

Tidak mungkin bagi mereka yang mengucapkan kata-kata ini melainkan bersikap adil dengan wanita, adil pada zaman banyak dihancurkan hak-hak wanita dengan pelbagai alasan, termasuk apa yang berkaitan dengan pemahaman yang salah pada nash-nash agama, termasuk apa yang berkaitan dengan adat istiadat dan tradisi masyarakat. Maka ada yang berpendapat bahawa auratnya itu mesti disembunyikan dari pandangan dan dari berada bersama dalam masyarakat, dan yang lain menganggapnya sebagai barangan murah untuk memuaskan naluri. Dalam kedua-dua hal tersebut, menanganinya adalah dianggap sesuatu yang melemahkan, meremehkan atau dipandang rendah. Ini menghasilkan sudut tanggapan sudut yang berbeza yang diperlakukan terhadap ciri-ciri (kelakuan) keperempuanan di seluruh dunia, sehingga kadang-kadang wanita itu berubah menjadi watak pendendam, dan pada masa lain dia berubah menjadi makhluk yang lemah dan patah hati.

Dan di antara semua itu, kaum wanita sibuk dengan takdir dari peranannya, dan dunia sibuk dengan cara yang salah padanya.

_________________________________

[1] - Dipetik dari ucapan yang diterbitkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) di laman Facebook rasminya - pada: 8 Mac 2020 sempena Hari Wanita Sedunia

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Mengenai Wanita - 8

 

Ramai pemikir Muslim dan mereka yang lain berusaha untuk menangani kewujudan ini dengan kajian dan penyelidikan.

Pandangan mengenai wanita dan peranannya serta pandangan agama-agama Samawi terhadapnya berbeza, dan di antara semua pandangan, sukar untuk mencari seseorang yang berlaku adil terhadap wanita itu dan meletakkannya dalam kedudukan di mana dia harus ditempatkan tanpa keterlaluan atau kelalaian. Kedudukan yang menjaga kemuliaannya, melindungi hak-haknya dan menjaga kesuciannya, dan pada masa yang sama memberinya peluang untuk melakukan sesuatu dalam masyarakat agar suaranya dapat didengar, dan inilah keadilan yang diinginkan oleh setiap wanita untuk bersama-sama sehingga menyebabkan semua tingkah laku keperempuanan ketika ini menjadi imbang, tenang, dan bahkan mungkin dilenyapkan. kerana rawatan kali ini akan menjadi matlamat dan merangkumi ilmu dan agama, iaitu, yang menyempurnakannya.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), yang kami yakini bahawa dia adil terhadap wanita, dia banyak menulis mengenai hal ini dan menjawab banyak pertanyaan, dan menjelaskan arah sebenar agama samawi yang melihat bahawa wanita sama dengan lelaki kecuali dalam beberapa perincian dan spesifik yang berkaitan dengan hukum-hukum. Adapun yang berkaitan dengan kerja, dia melihat bahawa: [Seorang wanita yang beriman adalah seperti seorang lelaki yang beriman, kerana dia bersholat, berpuasa, dan beramal dalam mencari redha Tuhannya, Yang Maha Suci secara lengkap, sama seperti orang lelaki yang beriman, kecuali dalam beberapa perincian dan kekhususan. Maka dia bertanggung jawab mengenal agamanya dan menyampaikan kepada manusia dan mengenalkan mereka dengan kebenaran dalam batas-batas kesanggupannya,

﴿لا يُكَلِّفُ االله نَفْساً الا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَ يْهَا مَا اكْتَسَبَتْ﴾

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa apa yang dikerjakanny

Jangan gagal menyampaikan kepada manusia dan mengatakan kebenaran, sama ada menyampaikannya secara bersemuka atau melalui media yang sedia ada, seperti Internet.[1]. Dari sisi kekeluargaan, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) melihat bahawa kebajikan terhadap isteri adalah permulaan kehidupan yang tepat, seperti yang dia katakan, "Bersikap baik kepada isteri yang beriman permudahkanlah perkara-perkara untuk kebaikan akhirat dan dunia, dan itu akan menghasilkan rezeki dan menangkis kemiskinan dan kejahatan [2], dan dengan demikian beliau banyak menjawab soalan yang berkaitan dengan wanita sehingga jika jawapan ini dibandingkan dengan ahli teori, sama ada pada ahli-ahli agama atau mereka yang lain, untuk mengadakan penyelidik mengenai kebenaran akan mendapati kalimat dan arahan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah seperti sinar cahaya yang menembusi kegelapan.

 

_________________________

[1] – Kitab Kitab Bersama Abdus Soleh  - Jilid 2, hlm. 86

[2] - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet- Jz 5, hlm.86

 

Terbitan Ansar Imam Mahdi (as) .......... 9

 

Yang terpenting dari segalanya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) memastikan untuk menjawab keraguan yang ingin ditimbulkan oleh penentang agama yang berasa musykil dengan hak persamaan wanita dalam keadilan Islam dan kewajarannya. Mereka percaya bahawa agama mengurangkan hak-hak wanita kerana mereka tidak sama dengan lelaki, dan wanita, dalam batas pemahaman mereka, disalah anggap kerana disyari’atkan kepada lelaki, antara apa yang dijawab oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as). Dan secara objektif, kenyataan berat sebelah banyak yang ketinggalan zaman yang diamalkan oleh mereka yang menentang (yang khilaf), jadi dia menyoal mereka dengan berani, dengan berkata:

... [Juga, siapa pun yang ingin mengkritik undang-undang tertentu dalam sistem perundangan dan yang disyariatkan, dia harus memperhatikan undang-undang ini sebagai bahagian dari sistem ini dan tidak memotong bahagian ini dan memperlakukannya secara terpisah dari sistem secara keseluruhan.

Dia seharusnya melihat hak-hak dan kewajiban wanita dalam undang-undang Ilahi setidak-tidaknya, tidak hanya melihat hak-hak dan mengatakan bahawa wanita diberi hak-hak lebih sedikit daripada lelaki dalam undang-undang Ilahi, mengapa tidak melihat kewajipan dan mengatakan bahawa lelaki itu menjalankan tugas lebih banyak daripada wanita dalam undang-undang Ilahi?

Contohnya, ada dua orang pekerja, salah seorang darinya ditugaskan untuk membina bangunan setinggi lima tingkat dan yang seorang lagi membina bangunan sepuluh tingkat. Adakah wajar saya memberikan kepada mereka bahan binaan yang sama dan jumlah yang sama untuk pembinaan tersebut? Dan jika anda memberikan kepada pembina sepuluh tingkat dua kali ganda dari pembina lima tingkat, adakah betul seseorang yang datang dan mengatakan anda tidak adil kerana anda tidak memberikan sama rata kepada keduanya sedangkan mereka berdua bekerja untuk anda?] [1].

Oleh itu, kita melihat bahawa keraguan yang ditimbulkan oleh pihak penentang dan menghasut kepada agama tidak lain hanyalah suatu yang berat sebelah yang berdasarkan pada memutarbelitkan fakta dan menunjukkannya dengan cara yang menyimpang jauh dari kesesuaian dan keadilan.

__________________________________

[1] - Kitab Al-Hawari Ketiga Belas – hal. 13

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Mengenai Wanita - 10

 

Dan jika seseorang yang berakal ingin melihat keseluruhan gambaran, maka Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) memberikan banyak tanggapan yang memuaskan terhadap isu-isu yang berkisar pada wanita, sama ada dalam bidang perundangan, sosial, amalan atau pelajaran, dan banyak lagi yang lain.

Hari ini, kami mengajak kaum wanita, kerana mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab, untuk membaca warisan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan mengetahui hak yang mesti dihadamnya. Kami menyeru semua orang yang berminat dalam masalah wanita untuk membaca dan merenungkannya, dan membaca pendapat-pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), yang telah kami kumpulkan dari kitab, risalah, arahan, halaman di media sosial, jawapan-jawapan dan komennya. Untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang garis besar cara agama samawi memandang wanita, hak-hak dan tugas mereka, Oleh itu, kami meletakkan kata-kata ini di tangan pembaca yang terhormat, agar mereka dapat mengembalikan kebenaran dan mengungkapkan kebenaran yang telah hilang atau diremehkan dengan banyak pendapat yang diperdebatkan. Sebagaimana Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengembalikan martabat wanita kepada mereka dan menetapkan simbol wanita dan kemanusiaan untuk mereka ikuti. [Dan wanita pada setiap masa dan tempat dapat mengambil pelajaran dari apa yang dilakukan Zainab (as) dan mendapat manfaat dari kekuatan kedudukannya dan mengikuti teladannya, kerana dia adalah simbol wanita dan manusia yang hebat, bahkan bagi mereka yang tidak mempercayainya ... Mana-mana wanita boleh melakukan tugas besar dalam hidup ini, yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kejujuran terhadap yang batil, yang zalim dan yang melampau batas.] [1]

Untuk mempermudah mengakses (mendapatkan) kandungan kitab, kami membahagikannya kepada bab-bab yang berbeza yang dikumpulkan dari jawapan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenai tajuk umum kepada bab-bab, kemudian jawapannya dibahagikan di bawah tajuk sederhana terperinci. Kami mulakan dengan jawapan yang berkaitan dengan kedudukan dan peranan wanita dan apa yang disebutkan tentangnya dalam nash-nash agama. Kemudian kami bincangkan peranannya dalam masyarakat dan politik, dan kami akhiri dengan hukum-hukum syari’ah yang berkaitan dengannya, begitu juga dalam keluarga atau perkahwinan dan lain-lain.

Kami berharap kami berjaya mencapai matlamat kami, iaitu: Keadilan terhadap wanita. Kadar kepentingannya dengan tujuan ini, adalah perlu bagi kami untuk menunjukkan betapa agama ilahi itu sendiri telah dicemar (dizalimi) dan diselewengkan atas nama wanita, kadang kala oleh lawannya, dan pada masa lain terdedah kepada takwilan (tafsiran) oleh yang bukan dari ahlinya..

______________________

1 – Disiarkan di halaman rasmi Imam Ahmad Al-Hassan (as) di Facebook - Tarikh: 29 Ogos 2020.

 

Terbitan Ansar Imam Mahdi (as) .......... 11

 

Dan kami berharap agar menjadi jelas bagi mereka yang membaca apa yang terkandung dalam kitab ini bahawa keadilan bagi agama ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan mengambil dari yang dilantik oleh Allah Ta’ala untuk mensyari’atkan dan melaksanakan dalam SyariahNya yang bertoleransi.

والحمد لله رب العالمين.

 

Dr. Haifa’ Behbehani

Rabi3 Al-Awwal / 1442 Hijrah

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan