Halaman

Ahad, 1 Ogos 2021

Pintu Terbuka Baginya Untuk Kesempurnaan dan Kemajuan

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 18

 

Pintu Terbuka Baginya Untuk Kesempurnaan dan Kemajuan

 

[Zainab binti Ali menjadi penyebab Imamah dan Khilafah Ilahiyah diteruskan....

Walaupun dia kehilangan imamnya dan keluarganya....

Dan penduduk bumi kehilangan pemilik (penguasa) pilihan terbaik dari saudara dan bapanya....

Dan semuanya berlaku dalam sekelip mata....

Tetapi dia tidak patah semangat seperti yang ditentukan oleh hal genetik semula jadi manusia ...

Dia memilih untuk segera bangun.

Dan pasukan tentera umatnya sendiri dilancarkan pada sepuluh Muharram dan sesudahnya .....

Dia menawarkan dirinya untuk mati dengan rela dan hati terbuka, dan menjalankan tugasnya dengan cara yang paling lengkap yang dapat dibayangkan, dan memelihara kehidupan Ali bin Al-Hussein Al-Sajjad (as), dan dia memiliki kurnia yang besar dalam kesinambungan Imamah dan salsilah para khalifah dan utusan Allah Yang Maha Suci .....

Dan wanita di setiap masa dan tempat dapat mengambil pelajaran dari apa yang dilakukan Zainab (as) dan mendapat manfaat dari kekuatan posisi kedudukannya dan mengikuti teladannya, kerana dia adalah simbol wanita dan kemanusiaan yang hebat, bahkan bagi mereka yang tidak percaya padanya.

Mana-mana wanita boleh melakukan tugas besar dalam hidup ini iaitu membela kebenaran, keadilan dan kesaksamaan menentang kebatilan, ketidakadilan dan kezaliman.

Setiap wanita harus memahami dengan baik bahawa banyak penilaian lelaki terhadap wanita atau kata-kata mereka mengenai wanita pada umumnya tidak bernilai pada hakikatnya, tetapi hanya ungkapan tentang apa yang membosankan fikiran mereka dan tidak banyak lagi mengisi kepala mereka dengan pemikiran seksual. Kebanyakan dari mereka, sama ada beragama atau tidak, menggambarkan wanita dalam fikiran mereka sebagai mainan seksual. Sama ada mereka mesti ditahan atau dimanfaatkan, sesuai dengan keadaan masing-masing....

Oleh itu, anda dapati pemikiran mereka ini dalam kegilaan seks. Sekiranya mereka beragama, mereka kurang tergugat pada Zainab yang berhijab, misalnya, dan jika mereka tidak beragama, atau atheis yang tidak sopan atau peniaga yang mengambil manfaat, maka sebahagian besar tergumam melihat wanita tidak sopan atau berbogel di setiap tempat dan masa ....

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 19

 

Orang-orang ini tidak dapat memandang wanita atau menganggap wanita sebagai manusia yang cukup (sempurna) bebas, pada hal mungkin sebahagiannya kadang-kadang lebih berkemampuan daripada lelaki, tetapi lelaki tidak dapat memenuhi tempatnya atau melakukan apa yang boleh dilakukannya.

#Jadilah_Seperti Zainab binti Ali - shalawatu allah 3alaiha.] [1]

 

Al-Hussein (as) menebus wanita dan kehormatan anda:

[ ... Dan ketahuilah bahawa tindakan dan penderitaan Al-Hussein (as) telah meringankan kamu sebanyak-banyak keringanan, yang kamu tidak ada kuasa untuk menanggungnya dari kezaliman orang-orang yang zalim, untuk mencapai keredhaan Allah Yang Maha Suci, dan akan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.

 

Bahawa Al-Hussein (as) telah menebus darah kamu dengan darahnya sendiri yang mulia dan suci, dan menebus isteri-isterimu dan anak-anak kamu dengan sebaik-baik perempuan seluruh alam dari dahulu hingga ke akhirnya selepas ibunya Fatimah (as), dan dia adalah Zainab (as), dan juga menebus bayi-bayi kamu.

 

Dan Imam Mahdi (as) dan saya hamba yang fakir lagi miskin, ciptaan Allah yang paling banyak, dibebankan ke leher kami dengan keutamaan Al-Hussein (as), dan agama Al-Hussein (as) telah menjadi lebih berat di belakangku, tidak sanggup bagiku memenuhinya melainkan apa yang dikehendaki Allah padaku....][2]

 

S /

بسم االله الرحمن الرحيم ولا حول ولا قوة إلا باالله العلي العظيم وصلى االله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليماً.

Salam atas kamu, wahai ansar Allah, dan atas kesetiaan dan keteguhan mereka, serta rahmat Allah dan keberkatanNya

_______________________

[1] Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 29 Ogos 2020.

[2] Kitab Mutasyabihaat Jilid 4, hal. 18

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 20

 

Adakah kita membantu imam secara individu? Contohnya; Apa tugas yang harus saya lakukan ketika saya mendengar bahawa Al-Hussain telah pergi berperang bersama wanita? Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya berada di zaman Al-Kazim dan mengetahui bahawa imam saya telah dibawa ke penjara bersama kaum wanita? Wajibkah bagi saya untuk menyokong Baqir Al-Sadr ketika mereka memenjarakannya dan saya berada di negara lain? Apa yang harus saya lakukan untuk menyokong Al-Khoei ketika dia berada dalam tahanan rumah? Perlukah saya menunggu arahan-arahan dari imam? Atau adakah saya menunggu arahan-arahan dari marajik seperti zaman Al-Kadzim (as)? Dan mereka mengecewakannya? Atau adakah betul untuk saya bertindak sendiri? Adakah betul bagi saya sekarang meninggalkan rumah dan keluarga untuk bergabung dengan tuan Ahmad (as)? Apa yang harus saya lakukan sekarang .. (menyampai dakwah)? Saya hampir mencapai seberapa banyak yang saya boleh? Saya mahu menyokong tuan dan tidak mengecewakan tuan? Bagaimana? Saya ingin mengelakkan dosa mengkhianati imam, jadi apa yang harus saya lakukan? Saya mahukan jawapan yang jelas, kerana saya melihat jawapan yang betul adalah bertindak sendiri dan mengambil tiket ke Iraq untuk bergabung dengan imam, dan tanpa memberitahu keluarga saya, suami saya, atau ahli keluarganya dan keluarga saya.. Keluarga saya adalah orang yang beriman kepada tuan, tetapi suami saya dan keluarganya tidak beriman. Jadi adakah saya harus meninggalkan mereka di tangan suami atau keluarganya yang tidak beriman? Dengan yang lainnya, saya tidak mempunyai kenalan dan tidak tahu jalan ke Iraq..Saya pergi dan berserah kepada Allah di sana dan dia menguruskan urusan saya ... Adakah ini betul?

Haruskah saya bertanya kepada Tuan Ahmad (as) sendiri? Saya takut dia akan mengatakan kepada saya sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hussein (as): Gunakanlah malam ini seperti yang unta lakukan... atau seperti yang dia (as) katakan kepada John.

Maulai Ahmad, semoga Allah merahmati tuan, jelaskanlah gambarannya kepada saya, dan saya mohon kepada Allah agar memberi saya kejayaan. Atau adakah soalan ini belum tiba masanya? Atau ia adalah masalah yang "jika ditimbulkan kepada tuan, itu akan membahayakan tuan"? Wahai tuan! Ya Ahmad, wahai anak mereka yang disucikan, mengapa tuan tidak menjawab permintaan saya? Tuan tidak kembalikan kepada saya .. Ujian ini telah menyibukkan tuan dari kami? Atau tidak senang? Jauh itu pada tuan, maka dengan kerehatan tuan saya merayu dengan memperlihatkan rasa kasih, Tuhanku, aku ingin menolong waliMu, jadi berikan padaku kejayaan dalam hal itu, dan berikan aku kejayaan atas apa yang Kau redhai. Adakah ia jelas?

J /

بسم االله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى االله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

.

Saya mohon kepada Allah agar memberikan kejayaan kepada anda dan menunaikannya.

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 21

 

Sokongan yang wajib bagi seorang mukallaf adalah menolong Allah Yang Maha Suci, dan ia dicapai dengan menolong Khalifah-Nya di bumi-Nya pada setiap saat, dan tidak wajib untuk menolong siapa pun kecuali khalifah Allah di bumi-Nya, bahkan jika dia menyeru kepada kebenaran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."[1]

Seorang wanita itu tidak perlu menolong khalifah Allah di bumi-Nya dalam kerja-kerja yang dia fikir boleh menjatuhkan kemuliaannya atau sesuatu yang dia lemah untuk melaksanakannya seperti jihad dan sebahagian jalan yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Secara umumnya, semoga Allah memberikan anda kejayaan atas segala kebaikan, salah satu cara terbaik yang sedia ada bagi wanita untuk menolong kebenaran adalah Media melalui internet atau mana-mana kaedah yang sedia ada, di mana dia boleh menyampaikan kebenaran kepada orang ramai untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Inilah jalan yang telah diambil oleh Fatimah Al-Zahraa' (as), Zainab (as), Khadijah, Asiah dan Mariam (3alaihimu ssalam). Anda memiliki wanita terbaik sekalian alam sebagai contoh dan ikutan terbaik. Oleh itu, ikutilah contoh perjalanan mereka yang diberkati lagi disucikan. Dengan harapan Allah akan merahmati dan memberkati anda sebagaimana Dia merahmati dan memberkati mereka, selawat Allah ke atas mereka.[2]

 

Soalan berikut ini diajukan oleh Sheikh ‘Alaa Al-Salem:

S / Saya ditanya oleh salah seorang mukminah tentang tugas wanita dalam menolong kebenaran pada masa ini (waktu pertanyaannya bertahun-tahun yang lalu), dan apakah had-had taqiyah, dan bagaimana menangani mereka yang memperlihatkan permusuhan kepada kita. Kerana jawapannya mempunyai pengajaran dan pelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang, terutama kepada mukminah, saya menyampaikan jawapan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) kepada soalan tersebut.

[Jawapannya

بسم االله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى االله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

[Seorang wanita yang beriman adalah seperti seorang lelaki yang beriman, kerana dia bersholat, berpuasa, dan beramal dalam mencari redha Tuhannya, Yang Maha Suci secara lengkap, sama seperti orang lelaki yang beriman, kecuali dalam beberapa perincian dan kekhususan. Maka dia bertanggung jawab mengenalkan agamanya dan menyampaikan kepada manusia dan mengenalkan mereka dengan kebenaran dalam batas-batas kesanggupannya.

,______________________

[1] Surah Muhammad: 7

[2] Al-Jawab Al-Munir Jz 7 hal.126

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 22

 

﴿لا يُكَلِّفُ االله نَفْساً الا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ﴾

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa apa yang dikerjakannya".[1]

Jangan gagal menyampaikan kepada manusia dan mengatakan kebenaran, sama ada menyampaikannya secara bersemuka atau melalui media yang sedia ada, seperti Internet. Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara ansar dengan menerbitkan artikel di laman web yang disiarkan di Internet dan dibaca oleh orang ramai di kebanyakan negara di dunia, yang memberi kesan yang besar dan menjadi sebab sebahagian manusia beriman dan dari negara yang berbeza. Kaum wanita beriman juga boleh menyusun sendiri untuk melakukannya menurut kemampuan mereka dan mengadakan majlis berkabung pada musibah tertentu kepada keluarga Muhammad (as) dan mengenalkan kepada orang ramai tentang kebenaran, menjelaskan kebatilan, dan mendedahkan orang-orang yang batil. Peranan Zainab (as), selepas peristiwa Karbala berperanan besar dalam menjelaskan kebenaran dan mendedahkan kebatilan. Saya mohon kepada Allah agar memberikan anda kejayaan atas kedudukan ini bagi menghadapi para pelampau pada zaman seperti kedudukan Zainab (as), bagi mendedahkan orang-orang yang batil, dan membongkar mereka serta menjelaskan kejahatan, kezaliman, dan penolakan mereka..

 

Adapun taqiyah, adalah untuk memelihara hidupnya orang beriman bagi mendukung kebenaran, dan bukan hanya untuk memelihara hidupnya sahaja untuk alasan melindunginya. Maka meninggalkan kebenaran bukan suatu taqiyah.

Dan saya mohon kepada Allah agar membuka semua alasan anda dan mempermudah urusan anda untuk mendokong kebenaran dan menunjukkan kebenaran melalui tangan dan dengan lidah anda, dan membuat anda berjalan mengikut jejak langkah solehah, Fatimah (as), Zainab (as), Khadijah (as), dan Mariam (as), dan wanita beriman yang soleh, isteri Firaun, yang memilih rumah di sisi Allah mengatasi perhiasan dunia:

﴿وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ﴾‏

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. [2], dan berdiri menentang para taghut penzalim dan mempertahankan kebenaran sehingga pergi menemui Tuhannya yang redha dan diredhai dengan perjuangan dan keberanian yang disebut oleh Allah dalam Kitab terbaik yang diturunkanNya, iaitu Al-Quran.

_________________

[1]  Surah Al-Baqarah: 286

[2] Surat Al-Tahrim: 11

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita – 23

 

﴿إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ *‏ لِمِثْلِ هَٰذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ 

Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja""[1] [2].

والسلام عليكم ورحمة االله وبركاته.

_____________________

[1]  Surah As-Saffat: 60-61

[2]  Kitab Bersama Abdus Soleh - Jz 2, hlm. 86

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan