Selasa, 16 April 2019

Soalan /285: Arahan khusus dansecara ghaib


Soalan /285: Arahan khusus dansecara ghaib

Saya adalah seorang Syiah yang komited kepada mereka yang berkenaan dengan mengharapkan hari pertolongan ke atas golongan yang lemah dan kemunculan daulah kebenaran, dilihat secara kebetulan di laman web anda di Internet, yang membangkitkan rasa ingin tahu saya dan berkemungkin anda di pihak yang benar sedangkan saya tidak pasti terhadap riwayat yang disebut sebagai dalil yang tidak boleh dipertikaikan (dalil qat’ei).

Saya telah berjanji untuk menjadi tentera setia kepadanya jika dia telah memaklumkan saya melalui hubungan, dalil qat’ei mengkhususkan saya yang membuktikan kebenaran dakwahnya, dan dia diarahkan secara ghaib sebagaimana sepatutnya, dan Allah saksi atas apa yang saya katakan.

Shakaki Firas - Switzerland        

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
         
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas semua itu... Sangat ramai orang-orang yang meminta khabar-khabar ghaib dan jika Al-Syed Ahmad Al-Hassan
menjawab semuanya ini mungkin perlu memberitahu berjuta-juta orang bagi setiap orang secara individu, dan ini adalah bertentangan dengan kebijaksanaan, Ya Al-Syed Ahmad Al-Hassan memberitahu beberapa orang mengenai berita ghaib. tetapi atas permintaan sebelumnya, dan boleh didapati dalam kitab (Al-Rukya hujjah: J 2, J 3), dan Ini sahaja sudah mencukupi dari aoa yang diminta, tetapi semua orang mahu khabar khusus untuk diri sendiri, ia mengingatkan saya kepada firmanNya SWT:
﴿بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً﴾
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. [307].

Menurut tafsir ayat sebelumnya dan yang lain dari Ahl al-Bait (as) menunjukkan bahawa ia akan berulang sebelum Imam Mahdi (as) bangkit dan mereka semua akan meminta risalah mereka sendiri

Dari Jabir, dari Abi Ja’far (as), dalam sebuah hadits yang panjang yang diringkaskannya: (.......
﴿وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ﴾
dan supaya berkata orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit
(bermakna Syiah dan orang-orang yang lemah,)
﴿وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً﴾
dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan perumpamaan ini?"  (Allah AWJ berkata kepada mereka)
﴿كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ﴾
Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. ,
(orang-orang mukmin menyerah dan yang kafir ragu-ragu, dan Dia SWT berkata:
﴿وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ﴾
 Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri.
(tentara Tuhanmu adalah orang-orang Syiah, mereka adalah para syuhada Allah di bumi, Dia SWT berkata:
﴿وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ﴾
Dan ia tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.
﴿لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ﴾
(Iaitu) bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur.
Beliau berkata, bermakna hari sebelum keluar Al-Qaim (as) bagi sesiapa yang berkehendak sebelum benar-benar (masanya) dan akan maju mengikutinya, dan sesiapa yang hendak akan menangguhkannya, ........... dan Dia SWT berkata:
﴿وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ﴾
dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,
Beliau berkata: hari pembalasan: hari keluarnya Al-Qaim (as)....... Kemudian Allah Taala berfirman:
﴿بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka.
Beliau berkata: Setiap orang yang bertentangan dengannya ingin diturunkan sebuah kitab dari langit, maka Dia SWT berkata:
﴿كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ﴾
Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.
Ia adalah Kerajaan Al-Qaim (as), ...... ...) [308].

Dan saya bermohon kepada Allah agar melindungi kami dan melindungi anda dan menjadikan kami orang-orang yang membenarkan ayat ini.

Mengenai anda mengatakan bahawa riwayat-riwayat yang disebut sebagai dalil kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak mempinyai dalil qat’ei, kami melayani pertanyaan anda dan semoga anda memahaminya dan Insya Allah jawapan akan diberikan kepada anda dan saya akan menyebut kepada anda petunjuk di sekitar dalil wasiat, Jika anda mempunyai nota mengenainya, kami sedia memberi khidmat:

Saya katakan: Dalil pertama adalah: (Wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada kewafatan baginda): (dan bakinya adalah perkataan yang disebut dalam jawapan sebelumnya).

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡

---------------------
[307]- Al-Mudatstsir 74: 31.
[308]- Bihar Al-Anwar: j 24 hal 325.

Tiada ulasan: