Hukum Zakat Fitrah
بسم الله الرحمن الرحيم
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
*Penting ... Baca Semua *
Hukum ini diambil dari kitab Syarai3
Islam (Juzuk II - Ibadat) oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan syarah oleh
Al-Syed. Watsiq Al-Husseini.
Hukum Zakat Al-Fitrah
1. Niat, diambil kira dalam Zakat Fitrah kerana
ia adalah ibadah, mesti ada dalam Niat dengan dinyatakan: Saya membayar
Zakat Fitrah untuk mengekatkan diri kepada Allah, dan tidak wajib melafazkan
Niat tetapi hanya menyimpulkan dalam hati mengenainya. [1]
2 – Kewajipan Zakat gugur daripada orang
yang telah dikeluarkan untuknya, misalnya isteri atau anak-anak diikuti oleh
suami atau bapa; maka mereka gugur dari menunaikan Zakat. [2]
3. Sesiapa dari keluarga tanggungannya yang
ingin membayar sendiri, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi (merdeka, kaya, mukallaf
(diberati syara’)) dan bayarannya jatuh pada pencari nafkah keluarga, sebagaimana
jika isteri ingin membayar sendiri atau ibu bapa pencari nafkah atau salah
seorang daripada anak-anak dan juga tetamu; kerana fitrahnya wajib atas tuan
rumah, melainkan jika dia mahu membayar sendiri maka gugurlah kewajipan tuan
rumah. [3]
4 - Adalah wajib membayar zakat kepada
pembantu perempuan yang menyempurnakan penyelenggaraan sama ada dia
seorang Muslim atau kafir. [4]
5. Tidak dikenakan Zakat pada kandungan yang
belum dilahirkan, dan zakat diwajibkan ke atasnya jika ia lahir sebelum bulan
baru satu Syawal tetapi jika dilahirkan selepas anak bulan syawal dan sebelum pencari
nafkah solat Hari Raya maka mustahab mengeluarkan untuknya. [5]
6. Waktunya dari terbit anak bulan syawal hingga
zawal hari selepas itu,
dan tidak dibenarkan untuk didahulukan
sebelumnya kecuali melalui (jalan) pinjaman. ,
Ia boleh dikeluarkan selepas terbit anak bulan
syawal dan melambat-lambatkannya sebelum Sholat ‘Eid Al-Fithri, adalah lebih
afdhal. Jika terkeluar dari waktu sholat - dan waktunya sehingga Zawal (rembang
- tengahari) - .
Sekiranya tidak melakukannya sebelum Zawal,
dia telah dianggap durhaka (berdosa) dan hendaklah memberikannya secara tunai. [7]
7. Dikeluarkan Zakat adalah satu sukatan
(Sha3), makanan yang biasa satu sukatan (Sha3) adalah tiga kilogram setiap
seorang [8], dan boleh dikeluarkan pada nilai pasaran [9].
8. Susunan keutamaan adalah dikeluarkan tamar,
kemudian kismis, dan kemudian makanan yang biasa dimakan oleh seseorang. [10]
---------------------------------------
1. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
2. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian
2 Zakat Fitrah):
3. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
4. Sumber sebelum: 120.
5. Sumber sebelumnya.
7. Sumber sebelumnya: ms 122.
8. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian
2 Zakat Fitrah):
9. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
10. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian
2 Zakat Fitrah):
Penterjemah:
Contoh Niat melalui (jalan) pinjaman
Niat: *Saya membayar Zakat Fitrah
atas diri dan tanggungan untuk mendekatkan diri kepada Allah,melalui (jalan)
pinjaman*. ,
·
Nilai zakat
makanan biasa – seperti beras: *adalah 3 kg mengikut harga pasaran
·
Jika selalu makan
beras RM2.50 se-kg (Kampit 10kg=RM25.00).
Maka nilai zakatnya RM2.50 X 3 = RM7.50 seorang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan