Terjemahan Dari bahasa Asal:
السلام عليكم ..
بسم الله الرحمن الرحيم،
إقرأ باسم ربك الذي خلق، اقرأ وربك الأكرم
الذي علم بالقلم، علم الإنسان ما لم يعلم.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
Soalan 281: Al-Mahdu Yang DijanjikanBacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang
menciptakan,* Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah ,* Yang mengajar
(manusia) dengan perantaran kalam,* Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya..*
Allah SWT menjadikan Al-Haq (kebenaran) secara
fitrah pada kita. Imam Al-Hassan (as) berkata:
\ ".. tentang mengingat dan terlupa,
hati manusia telah diciptakan untuk mematuhi kebenaran dan terdapat tutupan pada
kebenaran. Jika pada masa itu seseorang berselawat kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad dengan selawat yang sempurna, tutupan yang menutupi kebenaran itu akan
terbuka dan hati akan nercahaya dan mengingat apa yang terlupa jika dia tidak berselawat
kepada Muhammad dan keluarganya atau kurang berselawat ke atas mereka tutupan
itu akan menutupi kebenaran tersebut .dan hatinya akan berada dalam kegelapan
dan kemudian dia akan lupa apa yang dia ingat. " [248]
Kita harus mencari makrifah yang boleh
membawa kita untuk melakukan amalan yang soleh. Tambahan pula apa yang
dikatakan Imam Al-Shadiq (as): "Ilmu tidak bergantung kepada pembelajaran.
Ilmu adalah cahaya yang Allah limpahkan sinarNya ke dalam hati sesiapa yang
Allah kehendaki "
Saya percaya kita berada bersama-sama di
sini kerana Allah telah memberi petunjuk kepada kita dan memberi kita makrifah.
Saya dapati sedikit dalam kitab-kitab Islam dalam tempoh selepas Imam Al-Hujjah
(as.) mati. Dan saya tidak banyak mengetahui mengenai anak-anak Al-Hujjah. Saya
mahu lebih maklumat dan merasakan bahawa tempat terbaik untuk mencarinya adalah
dalam an Ahlul Bait (as).
Walaupun saya tidak pernah melihat dengan
mata saya atau banyak mendengar secara terperinci mengenai Ahmad Al-Hassan,
saya pasti bahawa dia mempunyai tujuan yang luar biasa. Saya boleh berkongsi
dengan kamu kemudian bagaimana ini berlaku.
Tolong, jika kamu mempunyai sebarang
maklumat yang boleh membantu saya mengenainya dalam perkara ini, sila hantarkan
kepada saya. Juga, saya harap beritahu dia bahawa saya sedia membantu.
Tolonglah tanyakan dia, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu.
Salam dan doa dengan linangan air mara
Dihantar oleh: Tahira - Syaitan Al-Akbar (iaitu
Amerika)
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم،
الحمد
لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته |
Terdapat banyak riwayat-riwayat tentang keturunan Imam Mahdi (as) yang akan memerintah dunia selepasnya, Para ansar telah menulisnya dalam kitab mereka dengan penjelasan dan dalil-dalil mereka, seperti kitab (Al-Rad Al-Hasim 3alaa Munkari Zhuriyat Al-Qaim - Jawapan tegas untuk mereka yang menafikan Zuriat Al-Qaim), dan kitab (Al-Mahdiyin Fi Riwayat 'Ahl Al-Bait - Mahdi-mahdi Dalam Riwayat Ahl Al-Bait (as)), kitab (Al-Washiah wa Al-Washi), dan kitab-kitab lain, dan kamu boleh melihatnya melalui laman ansar Imam Mahdi (as).
Tetapi saya akan akan bawakan beberapa riwayat
di sini:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin
Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Mushili, daripada Ali bin Al Hussain,
daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada
bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah
Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal
Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin
Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah (S) kepada Ali (as) dimalam
sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali as) bawakan lembaran tulis
dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai
Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka
duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas
orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha,
Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi,
tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah
pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah
mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya
akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas
diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada
hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut
menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan
Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala
abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila
maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang
terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas
imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang
pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama :
nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad.
Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman
(dengan zuhur Imam Mahdi a.s). [249]
Dan dari Huzhaifah bin Al-Yaman, beliau
berkata: Aku mendengar Rasulullah (S) menyebutkan Al-Mahdi lalu bersabda: (dia akan
dibai’ah di antara rukun dan makam, namanya Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi, Inilah
ketiga-tiga namanya) [250].
Dari Abu Muhammad Al-Fadhil, dari Abi Hamzah,
dari Abi Abdillah (as), dalam hadits yang panjang, bahawa ia berkata: "Ya Aba
Hamzah, bahawa dari kami selepas Al-Qaim ada sebelas Mahdi dari anak-anak Al-Husain
(as). [251].
Dari Abi Bashir katanya: Aku berkata kepada
Al-Shadiq Ja`far bin Muhammad (as): Wahai anak Rasulullah, aku mendengar dari bapamu
(as) bahawa dia berkata: Selepas Al-Qaim ada dua belas Mahdi, Beliau berkata:
(tetapi mengapa dikatakan: Dua belas Mahdi, bukan mengatakan: Dua belas imam,
tetapi orang-orang daripada Syiah kami mereka menyeru manusia kepada wilayah-wilayah
kami dan mengetahui hak kami) [252].
Dari Ali ibn Al-Husain (as), beliau
berkata: "Al-Qaim akan bangkit dari kami - yang bermaksud Al-Mahdi - dan
kemudian setelahnya ada dua belas Mahdi-mahdi - berarti dari para imam dari
keturunannya" - [253].
Dan dari Yahya bin Al-Salam, diangkat
sehingga Abdullah bin Umar, beliau berkata: (Beri mereka khabar gembira, Dan
zaman orang-orang yang berkuasa akan dilenyapkan, dan kemudian dijadikan
selepas mereka penguasa, yang Allah perkasakan kepada umat Muhammad (S), Al-Mahdi,
kemudian Al-Mansur, kemudian beberapa orang imam-imam Mahdi) [254].
Dan dari Muammar bin Khillad, dari Abi Al-Hasan
(as) katanya: (Seolah-olah panji-panji dari Mesir seperti sayur-sayuran hujau
yang dicelup, sehingga Syam datang kepada anak pemilik wasiat) ([255]).
Diriwayatkan Hazlam bin Bashir katanya: Aku
berkata kepada Ali Bin Al-Hussein (as): Aturkan untukku keluarnya Al-Mahdi dan beritahu
padaku dalil-dalil dan alamatnya? Beliau berkata: (akan terjadi sebelum dia keluar,
muncul seorang lelaki berkata kepadanya: dia tidak suka keamanan di Tanah
Al-Jazirah, dan Tikrit dijadikan tempat tinggalnya dan terbunuh di sebuah
masjid di Damsyik, dan kemudian keluar Shu’aib Bin Saleh dari Samarkand,
Kemudian keluar Al-Sufiani yang terkutuk dari lembah kering dari anak Utbah bin
Abi Sufyan, Apabila keluaar Al-Sufiani, Al-Mahdi akan bersembunyi dan yang kemudiannya
keluar selepas itu) [256].
Dari Al-Mufadhdhal bin Omar, dia berkata:
Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Kedua-dua pemilik urusan ini akan
ghaib, salah seorang daripada mereka berterusan sehingga sebahagian daripada
mereka mengatakan dia telah meninggal dunia. dan berkata sebahagian daripada
mereka, dia telah dibunuh, dan sebahagian yang mengatakan dia telah pergi, sehingga
tidak tinggal urusannya pada para sahabatnya melainkan golongan yang sederhana,
Tidak kelihatan di tempatnya salah seorang anaknya atau yang lain melainkan penolong
yang mengikuti urusannya)" [257].
Kitab Fiqhu Al-Ridha (as): doa dalam solat
Witir dan apa yang dikatakan di dalamnya, dan ini adalah sesuatu yang tetap diamalkan
oleh sekelian Ahl Al-Bait (as): (....... Ya Allah curahkan selawat ke atas
baginda dan ke atas keluarga baginda dari Aali Thaha dan Yasin, terutama WaliMu
dan Washi NabiMu, dan saudara kepada RasulMu dan wazir baginda dan Wali yang
dijanjinya, Imam Al-Muttaqin, dan penutup para Washi bagi penutup nabi-nabi Muhammad
(S), dan anak perempuannya Al-Batul, dan Penghulu Pemuda Penghuni Syurga dari yang
dahulu dan yang akhir, dan ke atas para imam Al-Rasyidin, Al-Mahdiyin Al-Salafin,
Al-Madhiyin. dan ke atas Al-Nuqaba’, Al-Atqiya' Al-Bararah Al-Aimmah
Al-Fadhilin Al-Baqiyin dan ke atas anak BaqiyahMu di bumiMu, Al-Qaim dengan
kebenaran pada hari yang dijanjikan, dan ke atas Al-Fadhilin Al-Mahdiyin para
pemegang amanah). [258]
Doa kepada pemilik urusan (as) diriwayatkan
dari Al-Ridha (as): bahawa Al-Redha (as) telah menyuruh supaya berdoa kepada
Pemilik Urusan (Shohib Al-Amr) seperti ini: »Ya Allah lepaskanlah waliMu,
KhalifahMu dan hujahMu kepada ciptaanMu... Ya Allah, berikan kepada dirinya dan
keluarganya, kepada anak-anaknya dan keturunannya, dan kepada umat dan semua
rakyatnya apa yang menyenangkan matanya dan yang memudahkan dirinya, dan
himpunkan bagimya agar memiliki kerajaan-kerajaan semuanya. yang dekat, yang
jauh, yang kuat dan yang lemah... Ya Allah! Curahkanlah selawat (sanjungan) ke
atas wali-wali ahdi-nya (yang dijanjikannya) dan imam-imam selepasnya agar
mereka mencapai harapan mereka dan panjangkan kehidupan
mereka, berilah pertolongan yang paling disukai dan sempurna untuk
mereka apa yang telah diberikan kepada mereka daripada perintahMu kepada mereka
dan teguhkanlah tunggak-tunggak mereka dan jadikanlah kami pembantu-pembantu
dan penyokong bagi mereka, kerana mereka adalah lombong (gedung) KalimatMu dan
perbendaharaan IlmuMu dan rukun-rukun TauhidMu, tunggak-tunggak agamaMu dan
Penguasa-penguasa perintahMu dan yang Ikhlas terhadapMu dari hamba-hambaMu dan
Yang Engkau pilih dari penciptaanMu dan wali-wali keturunan dari auliakMu
dan anak-anak pilihan NabiMu. Dan Salam atas Baginda dan atas mereka,
serta rahmat Allah dan keberkatanNya.»
Dalam satu doa lain diriwayatkan dari Shohib
Al-Zaman (as), datang kepada Abi Al-Hasan Al-Dharab Al-Isfahani di Makkah, dengan
isnad tidak disebutkan dia secata tingkas: (Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha
Penyayang ....... Dan berselawatlah ke atas Wali-Mu dan Wali-wali Ahd-Mu dan
Imam-imam Dari Anak KeturunanNya, panjangkanlah umur-umur mereka dan
lengahkanlah ajal-ajal mereka, sampaikanlah penghujung cita-cita mereka di
dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu) [259].
Dan dikeluarkan kepada Al-Qasim Bin Al-‘Ala
Al-Hamdani wakil Abi Muhammad (as), bahawa Maulana Al-Hussain (as) dilahirkan
pada hari Khamis, tiga Bulan Syaaban. dan menghuraikannya dengan tenang akan
doa ini:
(Ya Allah, aku bermohon dengan hak anak yang
baru lahir pada hari ini yang dijanjikan dengan kesaksiannya sebelum permulaan
dan kelahirannya, dan yang menangisinya di langit dan di bumi, dan ke atasnya,
dan ketika datang kepada kematian ayahnya, Mati dalam kemuliaan dan ketua
keluarga, yang diperpanjang dengan pertolongan pada hari giliran, yang akan dibalas
akan kematiannya oleh imam-imam dari keturunannya, dan penyembuhan di tanahnya,
dan akan memenanginya kembali....dan para washi dari keturunannya selepas Al-Qaim
mereka dan keghaibannya. sehingga mereka menyedari keganjilan dan menuntut
balas dan meremukkan raksasa dan menjadikan mereka ansar yang terbaik,
semoga Allah berselawat ke atas mereka dengan pertukaran malam dan siang ......
dan menjadikan kita orang-orang yang menyampaikan kepada perintah-Nya, dan memperbanyak
selawat ke atas beliau apabila mengingat beliau dan ke atas semua washi-washinya
dan orang-orang pilihannya, yang Engkau ramaikan jumlah mereka, 12 bintang-bintang
gemerlap, dan hujah-hujah pada semua manusia ...) [260].
Dan dari Abu Bakr Al-Hadrami, dari Abi Ja’far
(as), dia berkata: Aku berkata kepadanya: Manakah bahagian terbaik dari bumi
sesudah Haram Allah AWJ dan Haram Rasul-Nya (S)? Beliau berkata: (Kufah, wahai
Aba Bakr ia adalah yang bersih lagi disucikan, di dalamnya terdapat kubur
Nabi-nabi, rasul-rasul dan bukan rasul-rasul dan Aushiak dan Shiddiqin, dan di
dalamnya terdapat Masjid Suhail, di mana Allah tidak utus seorang nabi melainkan
telah sholat di dalamnya, ia adalah tempat zahir keadilan Allah, dan di
dalamnya dijadikan QaimNya dan kaum-kaun selepasnya, yang menempatkan para nabi,
Aushiak dan orang-orang yang soleh). [261]
Dan dari Abu Basir, dari Abi Abdillah (as),
katanya, beliau berkata kepadaku: (Wahai Aba Muhammad, seolah-olah aku melihat Al-Qaim
(as) turun di Masjid Al-Sahl serta pengikut dan keluarganya, saya berkata: Adakah
terdapat rumahnya, semoga aku menjadi tebusanmu. Beliau berkata: Ya, di sinilah
terdapat rumah Idris, dan rumah Ibrahim Khalil Al-Rahman (as), dan Allah tidak mengutus
seorang nabi pun melainkan telah sholat di dalamnya, dan ada kediamannya) [262].
Dan dari Nashr bin Al-Sindi, dari Abi Daud
Sulaiman bin Sufian Al-Mustadraq, dari Tsa’labah bin Maimun dari Malik Al-Jahni,
dari Al-Harith bin Al-Mughirah, dari Al-Ashbagh bin Nabatah. Dan diriwayatkan
oleh Saad bin Abdullah, dari Muhammad bin Al-Husain bin Abi Al-Khattab, dari Al-Hasan
bin Ali bin Fadhdhal, dari Tsa’labah bin Maimun dari Malik Al-Jahni, dari
Al-Harith bin Al-Mughirah, dari Al-Ashbagh bin Nabatah, beliau berkata: (Aku mendatangi
Amirul Mukminin (as) aku dapati dia sedang bermenung dan mengais tanah, dan aku
bertanya kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan mengais-ngais tanah?
Adakah kerana tuan mempunyai keinginan kepadanya?” Beliau menjawab: “Tidak,
demi Allah! Tidak sekali aku menginginkan Bumi atau keseronokan duniawi! Aku sedang
berfikir akan bayi baru lahir yang akan lahir dari keturunan kesebelas
keturunanku, beliau adalah Al-Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan
keamanan dan keadilan seperti ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia
akan hilang dan ghaib di mana sesetengah orang akan sesat dari kebenaran dan
beberapa orang lain akan mencari jalan mereka ke jalan yang betul.” Aku
kemudian bertanya: “Wahai Maulai, berapa lama akan hilang (dibimbangi) dan
ghaib ini akan berlalu?” Beliau menjawab: “Enam hari, enam bulan, atau
enam tahun. Aku menjawab: Adakah perkara ini akan berlaku? Beliau menjawab: Ya,
kerana ia seorang makhluk. Dan seperti aku pada engkau dalam perkara ini, Ya
Ashbagh? Mereka adalah yang terbaik dari umat ini dan yang paling bertakwa di
antara keturunan ini.” Aku berkata: Kemudian apa yang akan berlaku selepas
itu?”Beliau berkata: “Kemudian Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya, kerana
Dia mempunyai permulaan, kerelaan, kemahuan dan penamatan) [263].
Dan dari Ali bin Hassan bin Ali bin Fadhdhal,
dari Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid dengan isnadnya dari orang-orang yang soleh (as)
katanya: (berulang pada malam dua puluh tiga bulan Ramadan duduk dan berdiri
dan dalam semua keadaan, dan seluruh bulan dan apa yang boleh dilakukan, dan
apabila hadir dalam jangka waktu kamu,
berkatalah (berdoa) selepas memuji Allah Taala dan selawat atas Nabi dan
keluarganya (as): “Ya Allah jadikanlah untuk waliMu, orang yang bangkit dengan
urusanMu, Muhammad ibn Al-Hassan, kepada bapanya selawat dan salam, di saat ini
dan setiap saat, penjaga, pelindung, pemimpin, penolong, pemberi bukti,
pembantu, sehingga Kau menjadikan beliau di bumi didokong, disenangi di
dalamnya berpanjangan dan meluas dan jadikanlah untuknya, dari keturunannya Imam-imam
yang mewarisi.....) [264].
Iqbal Al-A3mal: ini adalah apa yang disebut
dengan lafaz naskah lama dalam Masyhad Khazanah Al-Kadzim (as), dan ini adalah
apa yang diriwayatkan darinya dan dilihat dari Abi Bashir, dan Abi Abdillah
(as), beliau berkata: (dia berkata: Allah AWJ memuliakan dan meagungkan
daripada yang meninggalkan bumi tanpa Imam yang adil, Katanya, aku berkata
kepadanya: Semoga aku menjadi tebusanmu, maka beritahu padaku apa yang lain
padanya, dia berkata: “Wahai Abu Muhammad, umat Muhammad tidak melihat
kelapangan selamanya, selagimana anak keturunan bani fulan di tampuk kekuasaan
sehinggalah Allah membinasakan kekuasaan mereka, apabila dibinasakan kekuasaan
mereka maka Allah akan mengurniakan buat umat Muhammad seorang lelaki daripada
kami ahlulbait yang berjalan dengan takwa, beramal dengan petunjuk dan tidak
mengambil rasuah dalam pemerintahannya. Demi Allah, aku tahu namanya dan nama
bapanya, kemudian datang kepada kami seorang yang mempunyai tahi lalat di pipi
dan dua tahi lalat di badan, seorang pemimpin adil lagi pemelihara, apabila dia
diamanahkan maka dia akan memenuhinya (bumi) dengan keadilan dan kesaksamaan
sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, penindasan dan kezaliman.)
[265].
Diriwayatkan dari Habbat Al-Irni berkata:
Amirul Mukminin [(as)] keluar ke Hirah dan berkata: “Ini akan disertai oleh
ini" dan dia menunjuk dengan tangannya ke arah Kufah dan Hirah
"sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan
kemudian di Hirah akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Al-Qaim
[Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana
ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12
Imam Yang Adil." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah
keluasannya Masjid Kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini?"
Seraya beliau (as) berkata: “Akan dibina empat buah masjid dan yang paling
kecil adalah masjid Kufah.” Dari sebelah ini ke sebelah ini - dan dia menjnjukkan
tangannya ke arah orang-orang Basrah dan orang-orang Barat [266]
Dan dari Abi Al-Harits Bilal bin Farwah, mengajukan (kepada
Nabi (S)), beliau berkata: (Umat ini tidak akan musnah sehinggalah diikuti oleh
dua belas Khalifah, semuanya keluarga Nabi, kesemua mereka beramal dengan
kebenaran dan agama yang dibimbing, di antara mereka dua lelaki, telah salah
seorang daripada mereka selama empat puluh tahun, yang seorang lagi tiga puluh
tahun). [267].
Dan dari Jabir Al-Ja’fi, dari Abi Ja’far
(as), berkata: Berdiamlah di tempatmu, jangan menggerakkan tangan dan kaki
sampai engkau melihat tanda-tanda yang akan kusebutkan berikut ini padamu: Akan
dikirim utusan ke Madinah, Dia membunuh seorang lelaki yang membantu
menyelamatkan Al-Mahdi dan menolongnya di sana, dan mengambil keluarga
Muhammad, yang muda dan tua, tidak dibiarkan seorang pun daripada mereka
melainkan dipenjarakan atau keluar sebagai tentera dalam mencari
kedua-dua lelaki. Dan akan keluar darinya Al-Mahdi yang bersembunyi mengikut
perjalanan Musa sehingga ia pergi ke Mekah, dan dikejar oleh tentera sehingga
tentera itu berada di Al-Baida’, tentera itu dihapuskan, mereka
ditenggelamkan, tidak seorang pun dari mereka terselamat melainkan pemberi
maklumat. Kemudian berdiri di antara rukun dan Maqam dan mendirikan sholat
dan dia pergi bersama pembantunya. Dia kemudiannya berkata: Wahai manusia,
sesungguhnya kami memohon bantuan Allah atas mereks yang menzalimi
kami, dan telah merampas hak kami, dari orang-orang yang membantah kami di
sisi Allah, maka akulah orang yang mula-mula pada Allah dan orang-orang yang
membantah kami di sisi Adam. Akulah orang pertama bersama Adam .... dan
Allah mendatangkan tiga ratus dua belas lelaki termasuk lima puluh wanita,
mereka berkumpul di Mekah, mereka dibawa bersama-sama tanpa tempoh yang
ditetapkan, seperti ribut awan musim luruh, sebahagian daripada mereka
mengikuti sebahagian yang lain, Ia sepotong ayat dari firman Allah: Di mana
saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu [268]
Maka berkata seorang lelaki dari Aali Muhammad
(as) yang merupakan penduduk qariah yang dizalimi.
Kemudian ia keluar dari Mekah dan bersamanya
tiga ratus dua belas membai’ahnya di antara rukun dan Maqam dan bersamanya ada yang
dijanjikan Nabi Allah (S), panjinya dan senjatanya dan wazirnya bersamanya, lalu
penyeru menyeru di Makkah dengan namanya perkaranya dari langit, sehingga didengar
semua penduduk bumi, namanya nama nabi. Apa yang kamu keliru tidak lagi mengelirukan
kamu apa yang dijanjikan Nabi Allah (S), panjinya dan senjatanya dan jiwa yang suci
dari anak Al-Hussein, maka jika kamu keliru maka ini tidak lagi mengelirukan
kamu iaitu suara dari langit dengan namanya dan perkaranya dan kepada kamu
serta keganjilan daripada keluarga Muhammad (as), sesungguhnya bagi
keluarga Muhammad dan Ali itu panji dan selain mereka juga panji-panji, maka
tinggal tetaplah di muka bumi dan jangan kamu mengikut seorang lelaki dari
mereka sehinggalah kamu melihat seorang lelaki dari keturunan Al-Hussain,
bersamanya janji Nabi Allah, panjinya dan senjatanya. Maka sesungguhnya janji Nabi
Allah berada di sisi Ali bin Al Hussain, kemudian berada di sisi Muhammad bin
Ali, dan Allah berbuat apa yang dikehendakinya. Maka sertailah mereka ini
selamanya, dan kepada engkau dan kepada yang mengingatkan engkau. Apabila keluar
seorang lelaki daripada mereka bersamanya tiga ratus dua belas lelaki
bersamanya panji Rasulullah (S). Dia pergi ke Madinah sehingga dia melewati Al-Baida’
sehinggalah dia berkata, "Inilah tempat orang-orang yang ditenggelamkan......”
kemudian berjalan hingga datang keuzuran adalah orang-orang bersamanya, dan
banyak orang telah bergabung dengannya, dan Al-Sufiani pada masa itu di lembah Al-Ramlah.
Sehingga mereka bertemu pada hari penggantian, orang-orang yang bersama dengan Al-Sufiani
dari Syi'ah Aali Muhammad (as), dan keluar orang-orang yang bersama keluarga
Muhammad pergi kepada Al-Sufiani, dan mereka adalah Syiahnya sehingga bertemu dengan
mereka, dan setiap orang keluar untuk melihat mereka. Itu adalah merupakan hari
penggantian). [269]
Dalam Khutbah yang panjang oleh Amirul
Mukminin (as): (.... dan Aku bersumpah bahawa jika mereka memecahkan apa yang
ada di tangan mereka, kita boleh menguji sebahagian dan janji yang dekat
dan masa berlalu dan bintang berekor muncul kepada kamu di timur dan bulan
kelihatan bersinar, Apabila kamu melihat demikian maka kembalilah bertaubat dan
ketahuilah bahawa jika kamu mengikut jalan Timur, maka kamu telah mengikut
jalan Al-Rasul (S), dan kamu akan dibimbing daripada buta, pekak dan bisu, Dan pada
kamu mencukupi perbekalan yang dicari dan kesenangan dan kamu lemparkan berat yang
berlebihan ada di leher kamu dan Allah tidak menyingkirkannya melainkan dari orang
yang melampau dan zalim dan dan mengambil apa yang bukan untuknya. Dan
orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali. ). [270]
Dan dalam riwayat: (.... dan membebaskannya
daripada kebutaan dan menyembuhkannya dari sakit, maka aku berkata: Ilahi dan
tuanku bilakah terjadi demikian? Maka Allah AWJ mengilhamkan: terjadi demikian
apabila ilmu terangkat, dan timbulnya kejahilan, ramai yang membaca, sedikit
yang beramal, dan banyak berlaku pembunuhan, sedikit ulama yang membimbing, dan
ramai ramai ulama yang sesat dan khianat, ramainya penyair (penyanyi), dan umatmu
mengambil kuburan sebagai masjid, Al-Quran dihiasi, dan masjid diperindah dan
banyak ketidakadilan dan kerosakan, dan timbul kemungkaran yang diseru umatmu, mencegah
yang makruf, lelaki cukup dengan lelaki dan wanita dengan wanita, dan orang-orang
kafir menjadi pemerintah, para penguasa durhaka dan pembantu kepada kezaliman
sekutu mereka, kelompok mereka yang memberi pendapat daripada mereka yang fasiq,
akan ada tiga penenggelaman: penenggelaman di Timur, penenggelaman di Barat,
dan penenggelaman di Jazirah Arab, kemusnahan Basrah di tangan seorang lelaki
dari keturunanmu diikuti oleh orang kulit hitam, keluar seorang lelaki dari
anak Al-Hussein bin Ali, dan kemunculan Dajjal, keluar di timur dari Sajistan,
dan kemunculan Al-Sufiani, Aku berkata: Tuhanku, dan bilakah terjadi selepasku fitnah?
Allah mewahyukan kepadaku dan memberitahu kepadaku bahawa dengan bala Umayyah
dan fitnah anak bapa saudaraku, dan apa yang terjadi akan terjadi hingga Hari
Kiamat, jadi aku mewasiatkan perkara tersebut ketika jatuh kuasa anak bapa
saudaraku di bumi, risalah akan dilaksanakan)) [271].
Dan dari Jabir bin Yazid Al-Ja’fi, katanya: Aku
mendengar Aba Ja’far Muhammad bin Ali (as) berkata: ("orang-orang lelaki dari
Ahlulbait kami akan berkuasa selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan
", dan katanya: Aku bertanya kepadanya: Bilakah ia berlaku? Dia berkata,
selepas Al-Qaim (selawat Allah atasnya) mati, Aku berkata: berapa lama Al-Qaim
di dunia sehingga dia mati? Dia berkata: sembilan belas tahun dari hari Kiamat
ke hari kematiannya) [272].
Dan dari Yunus bin Abdul Rahman, dari
Maulana Abi Al-Hasan Ali bin Musa Al-Redha (as), beliau telah menyuruh supaya
berdoa untuk Al-Hujjah Shohib Al-Zaman (as) Berikut adalah doa beliau (selawat Allah atas
keduanya):
(Ya Allah, curahkan;ah selawat ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, dan lindungilah waliMu dan khalifahMu dan hujahMu
atas MakhlukMu, dan lidahMu yang menjelaskan tentangMu atas izinMu, penyampai dengan
hikmahMu dan melihat dengan pandanganMu.
dan menjadi saksi kepada hamba-hamba-Mu, penunggang Mujahid, yang bekerja
keras, hamba-hambamu yang berlindung denganMu.
.
Ya Allah, lindunglah ia dalam lindunganMu
dari kejahatan yang telah Engkau ciptakan, Engkau adakan dan Engkau beri bentuk,
peliharalah dia di hadapan dan di belakangnya dan di sebelah kanan dan di
sebelah kirinya dan dari atas dan dari bawahnya dengan pemeliharaanMu yang
tidak hilang dari pemeliharaanMu padanya, dan peliharalah RasulMu dan washi
RasulMu dan bapa-bapanya, Imam-imamMu dan tunggak-tunggak agamaMu (selawat
Allah atas mereka semua), dan Tempatkanlah dalam ketenanganMu yang kukuh di
antara orang-orang yang sentiasa dekat denganMu dalam lindungan dan kekuasaanMu
yang tak terkalahkan. Ya Allah, selamatkanlah dalam lindunganMu yang kuat yang
tidak pernah terabaikan mereka yang dalam perlindunganMu
Tempatkanlah dalam ketenanganMu yang kukuh
di antara orang-orang yang sentiasa dekat denganMu dalam lindungan dan
kekuasaanMu yang tak terkalahkan, selamatkanlah dalam lindunganMu yang kuat
yang tidak pernah terabaikan mereka yang dalam perlindunganMu dan tolonglah
dengan pertolonganMu yang perkasa. Dan kuatlah dia dengan tenteraMu yang
mengalahkan. Dan kuatkan dengan kekuatanMu dan ditambah dengan
malaikat-malaikatMu, Ya Allah, biarlah dia memimpin dengan pimpinannya,
berlindung dengan perlindungnya dan memakai perisai dan diperkuat bunyi
deruman malaikat-malaikatMu, Ya Allah, sampaikanlah yang terbaik dari apa yang
telah dicapai oleh orang yang mengatakan dengan keadilanMu bagi sesiapa yang
mengikuti para Nabi.
Ya Allah, rapatkan melaluimya perbezaan
pendapat yang menimbulkan kekeliruan, dengannya penindasan dibasmikan dan
menzahirkan keadilan, dihiasi dengan kehidupan yang panjang dan mengekalkan bumi,
kuatkan dengan pertolongan ansarnya dengan digeruni, berikan kemenangan (pembukaan)
yang mudah. dan jadikan baginya dari sisimu ke atas musuhmu dan musuhnya
pertolongan kekuasaan. Ya Allah, jadikanlah Al-Qaim yang dinanti-nanti, dan imam yang mencapai kemenangan
(pertolongan), kuatkan dia dengan pertolongan kegagahan dan (pembukaan)
kemenangan yang hampir, dan wariskan padanya seluruh dunia timur dan barat yang
diberkati padanya dan wahyukan padanya sunnah nabiMu (selawar Allah atasnya dan
keluarganya), sehingga tidak akan takut sesuatu kerana kebenaran yang ditakuti pada
mana-mana penciptaan, Dan kuatkan orang yang mertolongnya dan hilangkan
keyakinan orang yang mengabaikannya dan binasakan
ke atas orang yang menyusahkannya dan musnahkan orang yang curang kepadanya,
Ya Allah, bunuhlah para penguasa kafir, pada
rencananya dan tunggak-tunggaknya dan pendukungnya, dan binasakanlah
ketua-ketua yang membawa kesesatan, dan bid’ah dalam Syari’ah dan mematikan
sunnah dan mengukuhkan kebatilan dan dengannya akan dihina para penguasa zalim
dan dengannya akan dicucuk orang-orang kafir, munafik dan semua orang-orang atheis,
di mana sahaja mereka berada dan dari mana mereka datang timur maupun barat
dunia atau di daratan atau lautan, di dataran atau di pergunungan, sehingga
Engkau tidak akan meninggalkan seorang pun dari mereka dan Engkau tidak akan
meninggalkan satu jejak pun dari mereka. Ya Allah, sucikanlah tanah-Mu dari
mereka, sembuhkanlah hati hamba-hambamu dari mereka, yang akan menyatukan orang
mukmin, yang menghidupkan semula sunnah para Rasul dan ajaran peraturan para
nabi, dan dia akan memperbaharui dengan menghidupkan AgamaMu dan menggantikannya
dengan hukum-hukumMu dan di tangannya akan ditundukkan yang baru, digantikan
dengan yang benar dan tulen, tidak ada kelemahan atau bid’ah padanya, sehingga Engkau
meneranginya dengan keadilan terhadap kezaliman dan memadamkan api kekufuran dan
menunjukkan dengannya hak dan keadilan yang tidak diketahui, dan menjelaskan
masalah hukum.
Ya Allah, dia adalah hamba-Mu yang telah
Engkau ikhlaskan untuk diri-Mu, dipilih dari penciptaanMu, yang Engkau pilih
atas hamba-Mu untuk menjaga perkara-perkara yang tidak kelihatan dari Engkau, melindungi
daripada dosa-dosa, Dan dia bebas dari kecacatan dan membersihkannya (dari
kekejian), menolak dari kotoran, dari menyerah kepada keraguan.
Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi
kesaksian kepadanya pada hari kiamat. dan pada hari apabila peristiwa yang
menggembirakan itu datang
bahawa dia tidak melakukan suatu dosa pun, dan
dia tidak mengamalkan apa-apa yang menyalahi, dan dia tidak melakukan apa-apa
perbuatan yang tidak mentaati Engkau, dan dia tidak membenci apa-apa yang Engkau
haramkan, dan dia tidak menukar aoa yang Engkau telah fardhukan. dan dia tidak
mengubah apa yang telah Engkau syari’atkan. Dan dia adalah Imam Al-Taqi Al-Hadi
Al-Mahdi Al-Thahir Al-Taqi Al-Wafi Al-Ridha Al-Zaki.
Ya Allah, curahkanlah selawat ke atasnya
dan ke atas bapa-bapanya dan berikanlah kepada dirinya dan anak-anaknya,
keluarganya, keturunannya, umatnya, dan semua rakyatnya apa yang menyejukkan
matanya dan menggembirakan dirinya,
dan Engkau himpunkan semua kerajaan di
bawah miliknya; yang dekat dan yang jauh,
yang kuat dan yang lemah, sehingga berjalan
pemerintahannya mengalahkan setiap pemerintahan dengan haknya mengatasi seluruh
yang batil.
Ya Allah, bawakan kami di tangannya Minhaj
(pendekatan) bimbingan dan hujah yang
besar dan cara hidup yang sederhana, yang disebabkan oleh kasih sayang padanya dan
kemudian bertemu dengannya. Ya Allah, tolonglah kuatkan kami untuk mentaatinya,
membuat kami berdiri teguh mengikutinya, dan berikanlah kami dengan nikmat
kepatuhan kepadanya, dan masukkan kami bersama kumpulannya yang dipimpin dengan
perintahnya, orang-orang yang sabar bersamanya, orang-orang yang mencari
keredhaan-Mu dengan nasihatnya, sehingga Engkau akan mengumpulkan kami pada
hari kiamat sebagai ansarnya dan pendukungnya, dan yang menguatkan
kekuasaannya.
Curahkanlah selawat ke atas Muhammad dan
keluarga Muhammad dan jadikanlah kami
melakukan segala perkara ini ikhlas keoadaMu bebas dari segala keraguan,
kekeliruan, sifat riya’ dan sum’ah, supaya kami tidak bergantung kepada yang
lain selain Wajah Engkau dan tidak pada yang lain selain Engkau dan letakkan kami
di sekitarnya dan dudukkanlah kami dengannya di Syurga. Dan lindungilah kami
dari keletihan, kemalasan dan kelesuan dan jadikan kami orang-orang yang menolong
agamaMu bersamanya dan muliakan dengan menolong waliMu dan janganlah Engkau
gantikan kami dengan orang lain selain kami, kerana mudah bagiMu untuk
meletakkan orang selain kami, tetapi sangat sukar bagi kami jika Engkau melakukannya.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah curahkanlah selawat ke atas wali-wali
ahdi-nya dan mencapai harapan mereka dan tambahkan umur mereka, dan tolonglah mereka
bagi menyempurnakan untuk mereka Perintah-Mu yang Engkau sokong mereka dalam
urusan agamaMu,
dan jadikanlah kami pembantu mereka
dan penyokong agamaMu. Dan curahkan selawat
ke atas bapa-bapanya yang disucikan para
Imam pembimbing ke jalan yang lurus,
Ya Allah Sesungguhnya mereka adalah lombong kalimahMu
dan penyimpan ilmu-Mu, penguasa perintah-Mu, yang ikhlas dari hamba-hamba-Mu, yang
terpilih dari kalangan makhluk-makhluk-Mu,
para walimu, keturunan para waliMu,
dan keturunan pilihan dari pilihanMu.
curahkanlah selawatMu dan rahmatMu.
dan keberkatanMu atas mereka semua, Ya
Allah dan yang bersamanya dalam urusannya dan pembantunya dalam mentaatiMu, orang-orang
yang Engkau jadikan bersama mereka [273].
Dan dari Al-Mufadhdhal, dari Abi Abdillah
(as), beliau berkata: (Allah AWJ berfirman: Aku telah mewajibkan hamba-hambaKu dengan 10
perkara, jika mereka mengetahuinya aku akan membuat mereka tinggal di Malakut
Ku (KerajaanKu) dan dibenarkan masuk syurga Ku. Pertama: mengenali Ku.
Kedua: mengenali Rasul Ku dalam penciptaan Ku dan menerimanya dan
membenarkannya. Ketiga: Mengenali AuliakKu dan bahawa mereka adalah para
Hujaj (Hujjah-hujjah) kepada ciptaan Ku. Sesiapa yang berwalikan mereka telah berwalikan
Aku, dan sesiapa yang memusuhi mereka telah memusuhi Ku. Dan mereka adalah yang
berilmu antara Aku dan ciptaan Ku. Dan sesiapa yang menolak mereka akan
menerima neraka Ku dan berlipat ganda kepadanya Azab Ku. Keempat: Mengenali
peribadi-peribadi khusus yang telah dilantik daripada pencahayaan
Kebesaran Ku. Dan mereka adalah pendiri keadilan aku. Kelima:
Mengenali pendiri-pendiri (Qaim-qaim) dengan kelebihan mereka dan
membenarkan mereka. Keenam: Mengenali musuh Ku Iblis dan siapa dirinya dan
penyokongnya. Ketujuh: Menerima urusan (perintah) Ku dan mempercayai Rasul
Ku. Kelapan: Untuk menjaga rahsia Ku dan rahsia auliak Ku. Kesembilan:
Untuk meninggikan orang-orang Shafwa Ku (orang-orang yang Aku telah
pilih) dan menerima daripada mereka. Dan kembali kepada mereka dengan apa yang
kamu perselisihkan, sehingga penjelasan itu datang daripada mereka. Kesepuluh:
Adalah dia menjadi saudaranya dalam Agama dan dalam Dunia, bagi
Syariah yang sama. Apabila mereka seperti itu, aku akan masukkan mereka ke
Kerajaan (Malakut) Ku dan kamu akan selamat dari Al-Fazi’ (kejutan) Besar dan
mereka bersama Ku di 3illiyin (tempat tertinggi). [274].
Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):
(Kamus Hadits-hadits Imam Mahdi (as)): (Apabila Al-Sufiani
menghantar tentera kepada Al-Mahdi maka mereka akan ditenggelamkan di Al-Baida’ dan
akan sampai penduduk Syam, mereka berkata kepada Khalifah mereka: telah
keluar Al-Mahdi maka berbai’ah padanya dan mentaatinya dan jika tidak kami akan
membunuhmu dan kemudian dihantar kepadanya bai’ah, dan Al-Mahdi akan berjalan
sehingga sampai Bait Al-Maqdis dan dibawakan kepadanya peti-peti khazanah dan
akan disertai orang-orang Arab, Parsi dan ketenteraan dan orang-orang Rom dan
lain-lain dalam mentaatinya bukan secara pertempuran, sehingga masjid-masjid
dibina di Constantinople dan selainnya. dan keluar menemuinya seorang
lelaki dari Ahli Baitnya bersama orang-orang Timur membawa pedang di
bahunya selama lapan bulan, membunuh dan menghukum dan menuju ke Bait Al-Maqdis
tidak disedarinya sehingga dia mati)) [275]
Dan dari Al-Rasul Muhammad (S): (... Ketahuilah, sesungguhnya Allah telah memandang kepada penduduk bumi lalu memandang dan memilih dari mereka: Dua orang
lelaki. Yang seorang adalah aku lalu diutusku sebagai seorang rasul dan nabi,
dan yang seorang lagi adalah 'Ali bin Abi Talib, dan diwahyukan kepadaku supaya
mengambilnya sebagai saudara, teman rapat, wazir, washi dan Khalifah. Ketahuilah, bahawa dia adalah penguasa (wali)
bagi setiap orang mukmin selepasku, Barangsiapa
yang berwali kepadanya telah berwali
kepada Allah dan orang yang memusuhinya telah memusuhi Allah. tidak mencintainya kecuali
orang beriman dan tidak membencinya kecuali orang kafir. Dia adalah pasak bumi selepasku
yang dengannya bumi kekal, Dia adalah kalimah taqwa Allah, dan adalah taliNya yang kuat yang
tidak akan putus .
﴿يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ
وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ﴾
|
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah
dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya,
walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. [276),
Ketahuilah, sesungguhnya Allah telah memandang kali kedua lalu memandang dan memilih
selepas kami dua belas oramg washi dari Ahl Baitku, dijadikan mereka pilihan umatku
seorang demi seorang terbit seperti bintang-bintang di langit, Apabila hilang
satu bintang datang bintang yang lain pula. mereka adalah para Imam yang telah
mendapat petunjuk, tidak dimudaratkan oleh tipu daya dari perencanaan mereka tidak
dikecewakan oleh pengkhianatan mereka) [277].
Dalam riwayat Amirul Mukminin (as): (...
berkata kepadanya: Adakah benar soalan
kamu mengenainya? Dia berkata: Ya Amirul Mukminin, Khabarkan padaku mengenai firman
Allah SWT:
﴿إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ﴾
Sesungguhnya
Kami telah menurunkannya pada malam Al-Qadar.
berkata (as)
: Ya, Wahai Baihas. Adakah engkau bertanya mengenainya selainku? dia berkata:
Tiada kemuliaan pada mereka dan ilmu ini tidak ada yang mengetahuinya selain
nabi atau washi. beliau (as) berkata: Pada mengenai firman Allah SWT:
|
﴿إِنَّا
أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ﴾
Sesungguhnya
Kami telah menurunkannya pada malam Al-Qadar.
|
Maka cahaya diturunkan ke atas dunia. Dia berkata:.
Bagaimanakah diturunkan? Dia (as) berkata: Apabila Tuhan bersemayam di atas
‘arasy, Dia ingin menyinari cahaya dengan cahaya kami dan cahaya kami adalah dari
cahayaNya, Allah memerintahkan cahaya itu supaya berkata-kata lalu ia
berkata-kata di sekitar ‘arasy, maka para malaikat mengetahuinya, lalu mereka
tersungkur sujud kerana kemanisan (kemerduan) kata-kata cahaya kami,
dengan demikian dipanggilnya Al-Qadar, maka ianya untuk kami dan untuk
orang-orang yang berwalikan kepada kami, bukan kepada orang lain ianya dilimpahkan,
Apabila cahaya kami bangun pada waktu pagi di ‘arasy, malaikat-malaikat akan memberi
salam kepada kami, apabila Allah menciptakan Adam, dia mengangkat kepalanya dan
memandang cahaya kami, kata Adam: Tuhanku dan Tuanku sejak bilakah cahaya mereka
di bawah ‘arasyMu? Allah SWT berfirman: Wahai Adam sebelum Aku menciptakan kamu
dan menciptakan langit dan bumi, gunung-gunung, lautan, syurga dan neraka, sejak
dua puluh empat ribu tahun dahulu dan engkau adalah sebahagian dari cahaya mereka,
dan apabila Adam (as) diturunkan ke dunia, dunia dalam keadaan gelap, Adam (as)
berkata: dengan izin Tuhan mereka? Adakah engkau tahu apa keizinannya? Dia menjawab,
tidak. Beliau berkata: Allah Taala menurunkan kepada Jibrail: Ya Tuhan, dengan
hak Muhammad dan Ali, melainkan dikembalikan kepadaku cahaya yang aku miliki,
maka Allah TWT mengutusnya ke dunia maka Adam adalah disinari dengan cahaya
kami, Dengan demikianlah ia dipanggil malam Al-Qadar, apabila ditinggalkan Adam
(as) di dunia dan hidup di dalamnya empat ratus tahun, Allah diturunkan
kepadanya tabut cahaya kepadanya dengan dua belas pintu pintu-pintu, tiap-tiap
pintu washi Qaim berjalan dengan perjalanan para nabi. Dia berkata: Wahai
Tuhan, siapakah mereka ini? Allah AWJ berfirman: Wahai Adam, yang pertama dari
nabi-nabi adalah kamu dan Nuh yang kedua, Ibrahim yang ketiga, yang keempat
Musa, yang kelima Isa dan Muhammad nabi keenam penutup nabi-nabi. washi yang
pertama daripada mereka Syits anakmu dan kedua Sam bin Nuh dan yang ketiga
Ismail bin Ibrahim dan keempat Yusya3 bin Nun, dan kelima Syam3un Al-Shafa dan
keenam Ali ibn Abi Talib (as) dan yang terakhir daripada mereka adalah anak Muhammad
Al-Qaim, yang akan memenangkan agamaKu atas segala agama, walaupun dibenci oleh
orang-orang musyrik. Beliau berkata: Lalu Adam menyerahkan tabut-tabut kepada Syits
dan dipegang Adam, oleh itu Allah berfirman:
﴿إِنَّا
أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا
لَيْلَةُ الْقَدْرِ *
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ﴾
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada
malam Al-Qadar.* Dan tahukah kamu apakah malam Al-Qadar itu? * Malam Al-Qadar itu
lebih baik dari seribu bulan.
Dan cahaya kami diturunkankan Allah ke dunia
ini, supaya orang-orang mukmin dilimpahi dengan cahaya kami dan akan membutakan
orang-orang kafir.
Pada
firmanNya:
﴿تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ﴾
|
Pada malam itu turun malaikat-malaikat ia
adalah ketika Allah mengutus Muhammad (S) bersamanya tabut dari mutiara putih
yang mempunyai dua belas pintu, padanya ada lembaran putih yang mengandungi
dua belas nama-nama yang dikemukakan kepada Rasulullah (S) dan perintah dari
Tuhannya bahawa ia adalah hak untuk mereka dan mereka adalah cahaya-cahaya. Dia
berkata: siapakah mereka, Wahai Amirul
Mukminin? Dia berkata: Aku dan anak-anakku Al-Hassan dan Al-Hussein dan Ali Bin Al-Hussein,
Muhammad bin Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa
bin Jaafar, Ali bin Musa, Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Al-Hasan bin Ali
dan Muhammad bin Al-Hasan Shohib Al-Zaman (selawar Allah atas mereka semua), dan
selepas mereka adalah yang mengikut kami dan syi’ah kami yang mengakui wilayah
kami sementara yang meningkarikan wilayah kami adalah musuh-musuh kami. Dan
beliau berkata:
﴿ِّبِكُلِّ
أَمْرٍ﴾
pada mengatur segala urusan.
dari segala yang ada di langit dan di bumi kepada kami di wakru pagi dan petang sehingga
hari kiamat, ia adalah cahaya keturunanku, dunia disinari cahaya dari kami
sehingga terbit fajar hingga ke hari kiamat) [278].
|
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
✡✡✡✡✡
--------------------
|
[248] – Al-Imamah Wal-Tabshirah: hal 107.
[249] - Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh Al-Tusi: hal150
[250] - Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh Al-Tusi: hal
454.
[251]- Mukhtashar Bashair Al-Darajat: hal 38.
[252]- Kamal Al-Din: hal 358.
[253]- Syarah Al-Akhbar: J 3 hal 400.
[254]- Syarah Al-Akhbar: J 3 hal 400.
[255]- Al-Irsyad Oleh Al-Syeikh Al-Mufid: J
2 hal 376.
[256]- Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh Al-Tusi: hal
443.
[257]- Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh Al-Tusi: hal
161.
[258]- Fiqh Al-Redha Oleh Ali Bin Bawabaih:
hal 402.
[259]- Mishbah Al-Muttahajid: hal 406.
[260]- Mishbah Al-Muttahajid: hal 826.
[261]- Kamil Al-Ziyarat: hal 76.
[262]- Mustadrak Al-Wasail: J 3 hal 417.
[263]- Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh Al-Tusi: hal
165.
[264]- Bihar Al-Anwar: J 94 hal 349.
[265]- Iqbal Al-A3mal: J 3 hal 116.
[266]- Tahzhib Al-Ahkam: J 3 hal 253.
[267]- Syarah Al-Akhbar: J 3 hal 400.
[268]- Al-Baqarah 2:148.
[269]- Bihar Al-Anwar: J 52 hal 222.
[270]- Al-Kafi: J 8 hal 66.
[271]- Kamal Al-Din: hal 251.
[272]- Mukhtashar Bashair Al-Darajat: hal 213.
[273]- Jamal Al-Usbu3: hal 310 - 313.
[274]- Bihar Al-Anwar: J 66 hal 13.
[275]- Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as)
J 3 hal 119.
[276]- Al-Taubah 9:32.
[277]- Kitab Salim Bin Qais - Ditahqiq
Muhamad Baqir Al-Ansari: hal 380.
[278]- Ilzam Alnasib: J 1 hal 101.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan