Soalan
284: Dalil mengenai Al-Syed Ahmad Al-Hassan secara khusus bahawa dia adalah Wali Al-Hujah
Al-Salamu
3alaikum, saya harap dapat dihantar beberapa dalil mengenai Al-Syed Ahmad
Al-Hassan secara khusus bahawa dia adalah Wali Al-Hujah yang di-nanti-nanti. Terima
kasih banyak-banyak.
Ahmad
Al-Tamimi - Iraq
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً.
السلام
عليكم ...
Dalil-dalil
atas kebenaran dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan terlalu banyak dan tidak mungkin
disebur satu persatu dalam
jawapan ringkas ini, dan anda boleh lihat melalui terbitan ansar Imam Mahdi
(as) dan di laman web yang
sama, seperti: Kitab (Al-Balagh Al-Mubin) dan Kitab (Al-Washiah Wal-Washi)
dan puluhan Kitab-kitab lain.
Saya sekarang
akan menyebutkan kepada saudara
mengenai satu dalil dengan penerangan dan pengesahan dalil (wasiat):
Saya katakan:
Dalil pertama:
Wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada malam kewafatan baginda:
Al-Syed
Ahmad Al-Hassan mengisytiharkan dirinya adalah Al-Yamani yang dijanjikan dan dia
dari keturunan Imam Mahdi (as) dan dia adalah washi pertama dari Mahdi-mahdi yang
akan memerintah selepas Imam Mahdi (as), dan dia menerangkan gelaran Al-Yamani
adalah untuk nasabnya kepada Al-Rasul Muhammad (S), dan Al-Rasul Muhammad (S)
dari Mekah dan Mekah adalah sebahagian dari Tuhama dan Tuhama adalah
sebahagian dari Yaman, dan terdapat hadits-hadits yang menerangkan mengenainya,
iaitu sesiapa yang mempunyai nasab kepada Al-Rasul Muhammad (S) dia adalah
Yamani dari sudut ini, dan Mekah diterangkan dalam banyak nash yang ianya
adalah di dalam Yaman, dan terdapat sebab lain yang disebut dalam kitab (Al-Yamani
yang dijanjikan adalah Hujjah Allah), dan kitab (Al-Washiah Wal-Washi), dan Rasulullah
telah menuliskan nash dalam wasiatnya bahawa selepas baginda ada dua belas imam-imam, selepas mereka akan ada dua belas
Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as). Yang pertama dari Mahdi-mahdi
keturunan Imam Mahdi (as) bernama Ahmad. Inilah teks (nash) wasiat itu:
الشيخ الطوسي في الغيبة بسنده عن أبي عبد الله جعفر بن محمد، عن أبيه الباقر، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد، عن أبيه أمير المؤمنين (ع)، قال: (قال رسول الله (ص) في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): يا أبا الحسن، أحضر صحيفة ودواة، فأملا رسول الله (ص) وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع، فقال: يا علي، إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماماً ومن بعدهم اثنا عشر مهدياً، فأنت يا علي أول الأثني عشر إمام سمّاك الله تعالى في سمائه علياً المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الأكبر والفاروق الأعظم والمأمون والمهدي، فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك. يا علي، أنت وصيي على أهل بيتي حيّهم وميتهم وعلى نسائي، فمن ثبتها لقيتني غداًً ومن طلقتها فأنا برئ منها لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلّمها إلى ابني الحسن البر الوصول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الباقر، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه جعفر الصادق، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه موسى الكاظم، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الرضا، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد الثقة التقي، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه علي الناصح، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه الحسن الفاضل، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد، فذلك اثنا عشر إماماً ثم يكون من بعده اثنا عشر مهدياً، فإذا حضرته الوفاة فليسلّمها إلى ابنه أول المقربين (المهديين) له ثلاثة أسامي: أسم كاسمي وأسم أبي، وهو عبد الله وأحمد، والاسم الثالث المهدي، وهو أول المؤمنين)
Syeikh Al-Thusi
di dalam Al-Ghaibah dengan sanad daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad,
daripada bapanya Al-Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada
bapanya Al-Hussain Al-Zaki Al-Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin
Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah (S) kepada Ali (as) pada malam
kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka
Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia
sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya
akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang
Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam
tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul
Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’dzam, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada
sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini.
Wahai
Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih
hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa
yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau
ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan
aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas
umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya
(khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang
syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila
maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al
Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada
anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al
Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang
terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam.Maka itulah dua belas
imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab
yang pertama(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga
nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan
Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan
zuhur Imam Mahdi (as). ) [285].
Kata-kata
Nabi Muhammad (S) pada akhir wasiat tersebut: (dia adalah yang pertama
beriman) dalam menyifatkan yang pertama dari Mahdi-mahdi dari keturunan
Imam Mahdi (as) menunjukkan bahawa ia wujud sebelum Imam Mahdi (as), jika
tidak ia tidak mengesahkan keterangan (dia adalah yang pertama beriman),
bahkan keterangan ini membenarkan bahawa
beliau adalah salah seorang daripada tiga ratus tiga belas ansar Imam Mahdi
(as) yang utama, dan terdapat riwayat yang menunjukkan atau mengisytiharkan wujud
anak kepada Imam Mahdi sebelum dia diutus semula, dan dialah ketua yang
menyediakan (membuat persiapan) semasa kezuhuran, termasuk:apa yang diriwayatkan
oleh Syeikh Al-Thusi di dalam
Al-Ghaibah.
.... Dari
Hudzaifah bin Al-Yaman, katanya: Aku mendengar Rasulullah (S) bersada – dan
menyebutkan Al-Mahdi-: (Ia akan membai’ah di antara rukun dan maqam, namanya
Ahmad Abdullah dan Al-Mahdi, ketiga-tiga ini adalah namannya).[286]
Jika saudara
dapati nama-nama ini dan membandingkannya dengan yang pertama dari
Mahdi-mahdi dalam wasiat sebelum ini didapati
nama-nama yang serupa, Dengan itu diketahui bahawa bai’ah ini tidak menafikan
bai’ah Imam Mahdi (as) di antara rukun dan maqam yang disebut secara
terperinci di dalam kitab (Al-Washiah Wal-Washi).
Di
antaranya diriwayatkan: oleh Al-Syaikh Al-Mufid (rahimahu Allah) berkata
dalam Al-Irsyad 3an Al-Rida (as): Dia
berkata: Seolah-olah panji-panji dari Mesir seperti sayur-sayuran hijau yang
dicelup, sehingga Syam datang kepada anak pemilik wasiat) [255].
Imam
Mahdi (as) adalah pemilik wasiat-wasiat para nabi dan imam-imam (as) dan dia adalah
yang terakhir dari dua belas imam-imam
maksum dan itulah yang disifatkan oleh Al-Rasul Muhammad (S) dalam wasiat yang
dinyatakan di atas (yang terpelihara daripada keluarga Muhammad) dan pada riwayat
Imam Al-Shadiq (as): (Penyimpan apa yang diamanahkan). Ia adalah penjaga wasiat
para Nabi dan Imam-imam (as), dan riwayat tersebut mengatakan bahawa panji-panji
ini ditunjukkan kepada anak pejilik wasiat, iaitu kepada anak Imam Mahdi (as).
Di
antaranya di dalam Al-Ghaibah Syeikh Al-Thusi ..... dari Hazhlam bin Bashir, beliau
berkata: Aku berkata kepada Ali bin Al Hussain (as) riwayatkan padaku kemunculan
Mahdi, dalil-dalil dan tanda-tandanya, beliau (as) bersabda: "Sebelum
kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di
bumi Al Jazira (Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah
di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand,
dan kemudian Al-Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan
beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi
akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu."
[288].
Riwayat
ini menerangkan bahawa Al-Mahdi wujud sebelum kemunculan Al-Sufiani, dan
adalah diketahui bahawa Al-Sufiani muncul sebelum Imam Mahdi (as) dan ia adalah
alamat dari alamat-alamatnya, tetapi bukan selepasnya, maka riwayat ini tidak
terpakai kepada selain Mahdi pertama dari keturunan Imam Mahdi (as), yang
digambarkan oleh Nabi (S).Bahawa dia adalah orang yang pertama beriman dan
namanya adalah Abdullah, Ahmad dan Mahdi.
Di
antaranya juga: dari Abi Ja’far dalam khabar yang panjang, katanya: "...Kepada
kamu ada keganjilan dari keluarga Muhammad (as), bahawa bagi keluarga
Muhammad dan Ali ada panji dan ada pula panji-panji yang lain yang turut ada
di bumi. Janganlah sekali-kali kamu mengikuti salah satu daripada mereka
sehingga kamu melihat seorang lelaki anak Al-Hussein (as) kerana bersamanya
ada janji Nabi Allah, panji dan
senjatanya., Maka janji Nabi Allah akan pergi kepada Ali bin Al Hussein,
kemudian menjadi janji kepada Muhammad bin Ali, dan Allah melakukan apa yang
Dia kehendaki Maka sertailah mereka ini selamanya, dan ianya kepada
engkau dan kepada yang mengingatkan engkau. [289].
Anak-anak
Al-Hussein ini tidak mungkin menjadi Imam Mahdi (as), kerana jika kita mengatakan
demikian memerlukan kata kesucian untuk mengikuti setiap panji-panji sebelum bangkitnya
Imam Mahdi (as), dan ini memerlukan kesucian mengikuti panji-panji Al-Yamani,
yang merupakan panji-panji hidayah dan diperintahkan mengikutinya dan jika berpaling
darinya adalah dari ahli neraka .
Maka riwayat
ini tidak berkenaan kepada yang lain melainkan kepada Al-Yamani, diperintahkan
untuk taat kepadanya sahaja dalam era kezuhuran, dan kata-kata Imam Al-Baqir
(as): (padanya ada janji nabi Allah) janji itu adalah wasiat,
iaitu: bahawa anak-anak Al-Hussein adalah washi dan pemegang wasiat (janji), dan tidak ada washi dalam era kezuhuran
selain Imam Al-Mahdi (as) dan anaknya Mahdi Pertama seperti yang dijelaskan
pada riwayat sebelumnya, dan kami katakan bahawa riwayat ini tidak terpakai kepada Imam Mahdi
(as) tidak ditetapkan selain kepada Mahdi pertama, keturunan Imam Mahdi (as).
Adalah jelas
melalui riwayat-riwayat dan riwayat
wasiat ini dibandingkan dengan riwayat atau riwayat-riwayat Al-Yamani bahawa
satu-satunya panji yang diperintahkan untuk mentaatinya adalah panji-panji Al-Yamani
washi Al-Husseiniyah Al-Mahdawiyah; kerana tidak boleh beberapa panji untuk
ditaati pada satu masa, bahkan sebahagian riwayat sebelumbya dihadirkan ketaatan
dalam satu panji tidak lain.
Wasiat
pada masa akan mati kepada mukallaf diwajibkan Allah kepada hamba di dalam
ayat:
﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ
أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ
وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu
kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk
ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas
orang-orang yang bertakwa. [290].
tidak mungkin
berlaku Al*Rasul Muhammad wafat tanpa berwasiat sebelum kewafatan baginda sehingga
ia telah melanggar kitab Allah (jauh baginda dari yang demikian itu), dan dengan
itu mestilah Rasulullah telah berwasiat, maka tidak ada teks (nash) wasiat selain
riwayat yang disampaikan kepada saudara sebelum ini, dan dengan mengingkarinya
adalah menafikan wasiat tidak dilakukan oleh baginda, iaitu: teks (nash) yang
diriwayatkan oleh Al-Sunnah dari Al-‘Itrah Al-Thahirah (keluarga suci
Rasulullah).
Telah dinashkan
dan disyaratkan banyak riwayat-riwayat bahawa washi-washi diketahui dengan wasiat,
sebahagian dari hadits wasiat Al-Rasul Muhammad (S):
Antaranya:
Dari Al-Harits bin Al Mughirah Al Nashri, beliau berkata: Aku bertanya Abi
Abdullah (as): Dengan apa dikenali pemilik urusan ini? Beliau berkata:
(dengan ketenangan dan keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat) [291].
Dari Abi
Abdullah (as): ( Dalam sebuah hadits yang panjang, beliau berkata: (...
Pemilik urusan ini dapat dikenali dengan tiga sifat yang tidak ada pada orang
lain: dia adalah orang pertama yang menerimanya, dia adalah washinya, dan dia memiliki
senjata Rasulullah (S) dan wasiatnya... daro hadits.) (292).
Dan dari
Abi Abdillah (as) katanya: "Adakah kamu melihat yang berwasiat dari kami
mewasiatkan kepada mereka yang menginginkannya. Tidak demi Allah melainkan dia
adalah janji dari Allah dan RasulNya (S) kepada seorang demi seorang sehingga
perkara itu berakhir pada pemiliknya
Dan dari:
Abdullah bin Abi Huzhail katanya: apabila ditanya mengenai Imamah percakapannya akan menjadi panjang dalam menerankan
para imam (as) antaranya: (... Mereka keturunan Al-Rasul (atasnya dan atas
mereka salam) mereka dikenal dengan wasiat
dan imamah, bumi tidak akan kosong tanpa hujah dari mereka pada setiap masa dan zaman, setiap waktu dan musim ..).
Kemudian
Tamim bin Buhlul berkata, diberitahu padaku Abu Muawiyah dari Al-A’masy dari
Jaafar bin Muhammad (as) mengenai Imamah sepertinya, adalah sama. [294].
Dan dari:
Al-Baqir (as), beliau berkata: (... namanya nama nabi. Apa yang kamu kelirukan
tidak terkeliru pada janji nabi Allah kepada kamu dan panjinya dan senjatanya
...) [295].
Dan dari
Muawiyah bin Wahab, beliau berkata: Aku telah meminta izin ke atas Abi
Abdillah (as), maka dia izinkan bagiku, lalu aku telah mendengar dia berkata
di dalam ucapannya: Wahai yang mengkhususkan kami dengan wasiat, yang
memberikan kami ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki,
serta menjadikan hati-hati manusia cenderung kepada kami, dan menjadikan kami
pewaris-pewaris Anbiya). [296],
Dan dari
Muawiyah bin Wahab, dari Abi Abdillah
(as), beliau berkata: Aku mendengar dia berkata: (Wahai Yang memberikan kami
ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki, dan menjadikan kami pewaris para nabi dan menutup lami
sebagai umat-umat sebelumnya di atas dan yang mengkhususkan kami dengan
wasiat ) [297].
Antaranya:
Telah dikatakan kepada Abi Abdillah
(as): Dengan cara apa dikenalii imam itu? Beliau berkata: ( Dengan wasiat
yang nyata dan dengan keutamaan, bahawa seorang Imam tiada seorangpun yang
mampu mencabar mulutnya
perutnya atau keselesaannya (farajnya)
dan bukan seorang yang berkata dusta untuk makan harta rakyat dan sebagainya) ([298]).
Dan dari
mereka (as): (... keluar dari Mekah dan bersamanya ada tiga ratus dan belasan
orang orang yang membai’ahnya di antara rtkun dan maqam, bersamanya ada janji
nabi Allah (S), panji dan senjata baginda dan wazurnya ada bersamanya, lalu penyeru
menyeru di Mekah namanya dan urusannya dari langit, sehingga semua penghuni
bumi mendengarnya, namanya nama Nabi. Apa yang kamu kelirukan tidak terkeliru
pada janji nabi Allah kepada kamu dan panjinya dan senjatanya.) [299]
Antaranya:
Dalam khabar seorang rahib yang bertemu dengan Al-Rasul Muhammad (S) sebelum risalah:
(sehingga dia berkata: ......... Dia berkata kepada kami: Kamu dengarkanlah
dariku perkara ini, Demi Allah Nabi akhir zaman begitu hampir sekali, Allah akan
mengeluarkannya yang akan menyeru manusia kepada kesaksian La Ilaha Illa
Allah (bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah). Maka jika kamu melihatnya
hendaklah kamu mengikutnya. Kemudian dia berkata: Adakah dia anak bapa saudaranya Abu Talib, Anak
yang dikatakan baginya Ali?, kami berkata: Tidak, dia berkata: Sama ada dia anak
atau yang dilahirkan pada tahun itu, dia yang pertama beriman kepadanya, kami
mengenalinya dan kami dapati sifatnya dalam wasiat seperti kita ketahui sifat
nubuwah Muhammad (S). ........)[300].
Riwayat-riwayat
dan khabar-khabar ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa washi-washi
diketahui dengan wasiat, di antaranya wasiat yang khusus dari Al-Rasul
Muhammad (S).
Jika ada
orang yang berkata: Siapa yang mengatakan bahawa Ahmad disebut dalam wasiat Al-Rasul Muhammad (S) adalah sama dengan
Ahmad kamu sedangkan mungkin orang yang lain atau akan datang pada masa hadapan,
dan terdapat juga ramai orang yang menggunakan nama ini ??
Saya katakan
bahawa wasiat adalah dalil yang paling penting untuk menunjukkan para-Hujaj,
tiada sesiapa yang boleh membuat tuntutan wasiat secara palsu dan batil;
kerana jika kita kata ia boleh dilakukan untuk menafikan hakikat bahawa wasiat
sebagai panduan kepada dalil, tetapi akan
menjadi penyebab salah faham –semoga dilindungi Allah, maka tidak ada yang
dapat menuntut wasiat tersehut dan ia adalah nash tertulis dengan nama, dan sejarah
ini ada di hadapan kita menunjukkan tidak terdapat seorang pun yang mendakwanya,
bahawa Ali Al-Sajad yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) atau Al-Baqir
atau Al-Shadiq... dan sebagainya, Jauh Allah AWJ memungkinkan orang-orang
yang menyamar sebagai pendakwa dan memalsulan wasiat, dan ini dihadkan dengan
sendirinya dan metupakan mukjizat ilahi. Maka tidak menemui seorang pun yang
mendakwa bahawa ia adalah salah seorang dari dua belas imam (as) dan bahawa wasiat
itu menuliskan namanya.
Kemudian wasiat
Al-Rasul Muhammad (S) ini digunakan juga sebagai hujjah apabila dia bangkit
diutus oleh Imam Mahdi (as) ,
seseorang itu mungkin akan meragui Imam Mahdi (as) dan mengatakan bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari yang
disebut dalam wasiat ini, kita tidak boleh menidakkan kelahirannya di rumah
Al-Hassan Al-Askari dan tidak boleh menidakkannya apabila dia berwasiat kepada
kamu, jika saya mengatakan bahawa nama
Muhammad, yang disebut dalam wasiat itu, bukankah beribu-ribu manusia
menggunakan nama ini??!!
Tentulah jika
anda mengatakan keraguan ini terhadap Imam Mahdi (as) ia tidak akan selesai,
dan saya mengatakan dengan anda ia tidak akan selesai, tetapi persoalannya
ialah mengapa begitu bermasalah jika ia tidak selesai (lengkap)???
Adakah
terdapat jawapan selain bahawa Allah Taala tidak akan menjadikan wasiat Al-Rasul Muhammad itu, ramai pendakwa dan pedusta
yang membuat tuntutan dan penyamar yang membuat samaran, jika tidak,
bagaimana manusia boleh percaya bahawa ini adalah Muhamma bin Al-Hasan Al-Askari
(as) yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (S) dalam wasiat baginda, Dan dia
telah ghaib selama lebih daripada seribu tahun ??!!
Begitulah
Allah membantah terhadap orang Yahudi dan Nasrani kerana Muhammad telah disebut
di dalam kitab mereka. FirmanNya
|
﴿الَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوباً
عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيل﴾
Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi orang
ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada
di sisi mereka, [301].
:
FirmanNya lagi
﴿مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ
مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً
سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي
وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ
وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ
فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ
الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم
مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً﴾
|
Muhammad itu
adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras
terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat
mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda
mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka
dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang
mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi
besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati
penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir.
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang
saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. . "[302]
Firman
Allah SWT:
|
﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّراً بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾
Dan (ingatlah)
ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah
utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi
khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku,
yang namanya Ahmad". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan
membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang
nyata".([303]).
Soalan
yang sama datang di sini: Ya, nama Muhammad disebut di dalam Taurat dan Injil,
tetapi siapa yang berkata ini adalah Muhammad?? Mungkin dia Muhammad yang
lain yang akan datang pada akhir zaman? Apakah bukti (dalil) bahawa dia
adalah Muhammad bin Abdullah (S) ??!!
Sesungguhnya
ini adalah bantahan ulama-ulama Yahudi dan Nasrani semasa perdebatan mereka
dengan Imam Al-Redha (as). Maka pada akhirnya mereka mengaku pada imam bahawa Muhammad disebut di
dalam kitab-kitab mereka tetapi siapa
yang berkata dia adalah Muhammad yang dimaksudkan??!!
Al-Redha (as)
dalam hujahnya dengan wakil Kristian Katolik dan ketua Jalut, perdebatan yang
panjang dan diambil sebahagian darinya:: (... berkata wakil Katolik: apa sifatnya?
Beliau berkata: Tidak disifatkan melainkan apa yang disifatkan Allah, adalah
pemilik unta, tongkat, dan jubah)
|
﴿النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ
مَكْتُوباً عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ
عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي
كَانَتْ عَلَيْهِمْ﴾
orang-orang yang
mengikut Nabi orang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat
dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf
dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang
dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.
Panduan
dengan jalan terbaik dan pendekatan yang paling adil dan jalan yang lebih
tepat, Aku bertanya kepadamu wahai wakil Katolik dengan hak Isa Roh Allah dan
FirmanNya. Adakah anda mendapati sifat ini dalam Injil bagi nabi ini? Wakil
Katolik yang alim itu mengangguk-angguk dan tahu bahawa menafikan Injil adalah
kafir, lalu beliau berkata: Ya, sifat ini ada dalam Injil dan bahawa Isa telah
menyebut Nabi (S) ini di dalam Injil dan adalah sah di dalam Injil diakui di
dalamnya terdapat sifat Muhammad (S). Dia berkata: Maka jalur Ali dalam
perjalanan kedua. Aku dapati ia disebutkannya dan disebutkan washinya dan
disebutkan anak perempuannya Fatimah dan disebutkan Al-Hassan dan Al-Husain (as).
Apabila wakil
Kristian Katolik dan ketua Jalut mendengarnya mereka tahu bahawa Al-Redha (as).sangat
mengetahui Taurat dan Injil. Lalu mereka berkata: Demi Allah telah datang apa
yang kami tidak boleh menolaknya atau menafikannya melainkan kami akan mengingkari Injil, Taurat dan Zabur, Ia adalah
khabar gembira dari Musa dan Isa (as) kesemuanya, tetapi ia belum diakui pada
kami kesahihannya bahawa ia Muhammad ini, Walaupun namanya Muhammad tidak sah
bagi kami untuk mengakuii kamu dengan kenabiannya dan kami masih syak pada
Muhammad kamu.
Al-Redha (as)
berkata: Kamu berhujjah dengan keraguan, adakah Allah mengutus sebelum atau
selepas Adam hingga ke hari ini seorang nabi bernama Muhammad? Adakah kamu
menemuinya dalam beberapa kitab yang Dia turunkan kepada semua nabi selain
Muhammad? Maka mereka berdiam diri
dari jawapannya .. Al-Hadits) [304].
Kita melihat
bahawa Imam Al-Redha (as) menggambarkan masalah keraguan ihi sebagai
berhujjah dengan keraguan! Mereka menolak bahawa Muhammad (S) adalah nabi pertama yang disebut namanya
di dalam kitab, dan tidak ada seorangpun yang mendakwa selainnya, dan ini
adalah jawapan kepada semua ulama ahli kitab , Dan mereka tidak dapat menjawab
apa-apa mengenainya, dan tidak ada yang dapat mengatakan bahawa jawaban Imam Al-Redha (as) ini tidak lengkap, Dan boleh bagi
seorang yang bernama Muhammad menerapkan apa yang ada dalam kitab-kitab di
atasnya dan mendakwa sebagai Rasul Penutup; kerana ia mahukan jawapan Imam
Al-Redha (as) tidak lengkap dan jauh
tersasar.
Begitu
juga halnya dengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan
tidak seorang pun sebelumnya yang bernama Ahmed yang disebut dalam wasiat Al-Rasul
(S) sejak wafatnya Rasulullah (S) dan hingga ke hari ini selain Al-Syed
Ahmad Al-Hassan.
.
Dan
kemudian tentulah tidak adil kepada mereka yang menimbulkan masalah ini:
Dari Imam
Abu Muhammad Al-Askari (as) di dalam ayat:
﴿وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ﴾
Dan
janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil [305],
Beliau (as)
berkata: (Firman Allah ini ditujukan kepada beberapa orang-orang Yahudi yang
mencampur adukkan yang benar dengan yang palsu bahawa mereka mendakwa
Muhammad (S) seorang nabi dan Ali seorang washi, tetapi kedua mereka akan datang
selepas masa kita ini lima ratus tahun lagi.). [306].
Dan
banyak lagi riwayat lain yang memburuk-burukkan yang mengatakan bahawa Muhammad
tidak disebutkan dalam kitab-kitab dan bahawa ia akan datang pada masa
hadapan. Selain itu, Al-Syed Ahmad Al-Hassan tidak berhenti pada itu sahaja,
tetapi disokong dengan mukjizat ilmiah dalam mentafsir Al-Quran Al-Karim,
serta kesediaannya untuk bermubahalah (sumpah laknat) kepada sesiapa yang
mendustakannya dan bersedia melakukan Qasam Al-Bara’ah - Sumpah
isytihar tidak bersalah, serta Allah menguatkannya dari sisi ghaib dengari
beratus-ratus jika tidak beribu-ribu rukya Al-Shadiqah (mimpi benar) terhadap
Al-Rasul Muhammad (S) dan Imam-imam ma'sum
dan kebenaran suci Fatimah Zahra’ (as), semuanya adalah nash yang menyokong
bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as).
والحمد
لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
|
Al-Lajnah
Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
✡✡✡✡✡
-----------------
[285] -
Al-Ghaibah Al-Thusi: hal 250.
[286] -
Al-Ghaibah Al-Thusi : hal 305.
[287] - Al-Irsyad:
hal 250.
[288] - Al-Ghaibah
Al-Thusi : hal 294.
[289] - Ilzam Al-Nashib J 2 hal 96.
[290] - Al-Baqarah 2:180.
[291] - Al-Imam wa-Tabshirah: hal 138.
[292] - Al-Kafi: J 1 hal 428, Itsbat Al-Hadah: J 1 hal 88.
[293] - Al-Kafi:
J 1 hal 307.
[294] – 3uyun
Akhbari Al-Redha: J 1 hal 57.
[295] - Ilzam
Al-Nashib J 2 hal 96.
[296] - Bashair
Al-Darajat hal 149.
[297] - Bashair
Al-Darajat hal 149
[298] - Al-Kafi: J 1 hal 284.
[299] - ihar
Al-Anwar J: 25 hal 223.
[300] -
Kamal Al-Din: hal 190.
[301] - Al-A3raf
7:157.
[302] -
Al-Fath 48: 29.
[303] -
Al-Haf: 61 6.
[304] - Itsbat
Al-Hadah: J 1 hal 194.
[305] -
Al-Baqarah 2: 42.
[306] - Madinah
Al-Ma3ajaz J 1 hal 478.
|
1 ulasan:
Salam
Catat Ulasan