Halaman

Rabu, 11 Mac 2015

Soalan 235: Al-Raj3ah dan Makan Dan Minum di Mahsyar

Soalan 235: Al-Raj3ah dan Makan Dan Minum di Mahsyar

S 1: Terdapat satu ayat dalam yang -Quran mengatakan sesuatu yang sama makna seperti yang diriwayatkan oleh Ahl Bait, bahawa tidak semua bangsa akan berada di Raj3ah, bahkan terdapat juga umat yang tidak termasuk di Raj3ah, Umat manakah ini? Apakah ayat Al-Quran yang membicarakan mengenai perkara ini?

S: 2 Adakah ketika berada di Mahsyar manusia makan dan minum kerana lapar dan dahaga atau tidak? Apakah dalil ini dari Al-Quran atau lain-lain.

S: 3: Apakah dalil-dalil mengenai kemaksuman para Imam (as) naqal dan akal.

Penghantar: Dari Iraq

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

J S 1: Al-Raj3ah tertakluk (berkaitan) pada manusia dan jin bukan berkaitan dengan sesuatu umat tetapi kepada setiap peribadi, sesiapa yang benar-benar beriman akan dikembalikan dan yang benar-benar kufur akan dikembalikan, iaitu, orang-orang yang diuji semula di Raj3ah, mereka imam-imam yang adil dan dikhususkan pada pengikut mereka, dan para imam-imam (pemimpin) kufur dan dikhususkan pada pengikut mereka. Masalah Al-Raj3ah ini telah diterangkan secara terperinci dalam banyak tajuk sila semak [56].

Ayat-ayat yang merujuk kepada Al-Raj3ah sebahagian orang dari sesuatu umat,ada banyak, sebahagiannya adalah:

﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاء بِالْهُدَى وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ﴾

Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata". [57],

ini adalah Raj3ah Rasulullah Muhammad dan Aali Muhammad (as) kerana mereka adalah Al-Quran.

Dan Dia SWT berfirman:

﴿يَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجاً مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَ﴾

Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-kelompok). [58],

dan ayat ini adalsh Raj3ah para imam kufur dan dikhususkan pada pengikut mereka.

J S 2: Dari Abi Hamzah Al-Tsinali dari Abi Al-Rabi3, dia berkata: (Aku mengerjakan Haji dengan Abi Ja'far (as) dalam tahun di mana Hisham bin Abdul Malik mengerjakan haji, dan bersamanya Nafi3 hamba Omar bin Al-Khattab, Nafi3 menunggu Abi Ja'far (as) di penjuru Ka’bah. Setelah bertembung dengannya, dia berkata: Wahai Amir Al-Mukminin, siapakah orang yang boleh mencukupkan (memberi kepuasan kepada) manusia? Beliau berkata: Orang ini, Muhammad bin Ali bin Al-Hussein (as). Beliau berkata:.Aku akan mendatanginya dan bertanya kepadanya mengenai masalah yang tidak akan dijawab melainkan seorang Nabi atau Washiy Nabi. Beliau berkata: pergilah kepadanya nescaya akan memalukan kamu. Pergilah Nafi3 sehingga melangkah orang ramai dan menghampiri Abi Ja'far, dia berkata: Wahai Muhammad bin Ali saya membaca Taurat, Injil, Zabur dan Furqan, telah diketahui halal dan haramnya, saya akan bertanya kepada kamu mengenai masalah yang tidak akan dijawab melainkan seorang Nabi atau Washiy Nabi atau seorang anak Nabi. Maka Abi Ja'far (as) mengangkat kepalanya dan berkata: Tanyalah apa yang kamu cari..... dia berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang firman Allah (AWJ):

﴿يَوْمَ تُبَدَّلُ الأَرْضُ غَيْرَ الأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ﴾

pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan langit-langit,

Bumi mana yang diganti?, berkata Abi Ja'far (as): mereka makan roti putih sehingga Allah mengosongkan untuk menghisab makhluk-makhluk, beliau berkata:. Mereka semua sibuk makan. Berkata Abi Ja'far (as): Adakah mereka ketika itu sibuk atau berada di dalam api neraka? Nafi3 berkata, bahkan mereka berada dalam neraka. Beliau berkata: Allah AWJ telah berfirman:

﴿وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُواْ عَلَيْنَا مِنَ الْمَاء أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ﴾

Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: "Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu". [59],

apa yang mereka sibukan apabila menyeru dengan makanan kerana mereka makan Zaqum, dan menyeru minuman kerana kefasikannya dari neraka (Jahim). Lalu dia berkata: Benarlah kamu wahai anak Rasulullah) [60].

J S 3: kemaksuman adalah urusan batin, maka dalilnya adalah dalil Khalifah Ilahiyah, dan ia adalah peraturan mengenal hujjah, ia telah banyak diterangkan secara lebih terperinci di dalam kitab-kitab, satu daripadanya bertajuk Al-Idhhaat (Pencerahan-pencerahan) [61].


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

______________________________
(وَهُوَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ)
(Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.) [Al-Qashash 28:70]  dan dalam jawapan kepada Soalan: Kenapa masa untuk mencipta bumi dan perbekalannya empat hari manakala mencipta langit-langit dalam dua hari pada hal langit-langit lebih besar?, dan tajuk-tajuk lain.
[57] – Al-Qashash 28:85.
[58] – Al-Naml 27:83.
[59] – Al-A3raaf 7:50.
[60] – Al-Ihtijaj: Jilid  3 halaman 59
[61] - lihat Al-Idhhaat: Jz 2, dan mutiara yang lain yang ditulis oleh tangan Al-Yamani, Aali Muhammad (as).    



Tiada ulasan:

Catat Ulasan