Halaman

Rabu, 11 Mac 2015

Soalan 239: Seruan Hujaj Supaya Mengenal Hujjah

Soalan 239: Seruan Hujaj Supaya Mengenal Hujjah
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad,.

Saidi Maulai, Ahmad Al-Hassan. Oleh kerana saya mendapat tahu dakwah tuan sesuatu yang besar dan tiada kedustaan dan tidak sedikit yang membenarkannya, tetapi, saya perlu menyelidikinya. Saya beusaha mendapatkan maklumat dengan memetik dari ilmu tuan yang berlimpah-limpah, penerangan-penerangan dan kata-kata dari pendirian tuan atas kerosakan agama dan penganut-penganut agama dan menegakkan kebenaran yang tuan panggil dengan mengikut nama-nama urusannya..

Maka dengan itu, Ya Maulai doakan saya agar Allah membuka hati saya kepada kebenaran dan dan agar saya mengenali dakwah tuan dengan sebenar-benar makrifah supaya tidak gagal dengan kebaikan ini dan tidak menjadi orang-orang yang menyesal. Maulai, tuan tahu bahawa diri-diri kami tidak menyenangkan dan penglihatan kami kabur kerana terbiasa dengan pertikaian. Dan dosa kami yang tak terhingga menghijab kami dari yang hak. Saya bermohon kepada Allah dengan hak bapa-bapa tuan, supaya menjadikan saya salah seorang ansar tuan dan dari khadam-khadam tuan.

Adapun soalan saya, Maulai, adalah soalan salah seorang adik-beradik perempuan saya mengenai tafsiran ayat:

﴿وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ * أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ﴾

Sesungguhnya sebelum mereka telah Kami uji kaum Fir'aun dan telah datang kepada mereka seorang rasul yang mulia * (dengan berkata): "Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang dipercaya kepadamu, [79].

Hamba yang berdosa lagi hina dan serba kurang yang jauh dari Allah

Dihantar oleh: Adil Budan dari Maghribi

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Saya bermohon kepada Allah supaya menjauhkan anda dari kejahatan yang jahat, dari murka dan nerakaNya dan mengurniakan anda kebaikan dari yang terbaik dan syurga. Dialah Waliy dan Dialah tempat berpaling (menghadap) orang-orang soleh.

Pada firmanNya SWT:

﴿أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ﴾،

"Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang dipercayakan kepadamu.* 


maksud patuhilah perintah ku kerana aku adalah Khalifah Allah di bumiNya. Berikut ini adalah rayuan dari Ibrahim (as) sendiri:

﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾

Dan serulah kepada manusia untuk berhaji (menziarah Hujjah), niscaya mereka akan datang kepada kamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [80],

iaitu, perkataan Al-Hujah sendiri menyeru manusia seluruhnya kerana mematuhi perintah-Nya, dan beriman dengan-Nya dan taat kepada-Nya, dan tidak perlu disediakan dalil (bukti); kerana sepatutnya manusia mengenaliNya jika ia adalah benar; kerana mereka mempunyai hubungan dengan Allah dan hakikat perhubungannya dengan Allah yang mengutusnya serta yang menciptakan dan menanamkan (menempatkan) mereka di bumi ini. Tetapi pada hakikatnya mereka (manusia) mensia-siakan hubungan ini, mensia-siakan nasib mereka, malah menjadi buta tidak melihat atau mendengar daripada Allah. Dengan itu ia menjadi masalah pada mereka dan mereka patut dihukum; kerana mereka tidak mengenal dan membezakan Khalifah Allah di muka bumiNya, kerana alat-alat untuk membezakannya ada di sisi mereka, itulah persoalan dari Allah dan Dia SWT mendengarnya. Allah juga memberikan kepada mereka kemampuan, tetapi mereka mensia-siakannya, bagaimanapun rahmat Allah melazimi kebanyakan risalah-risalah, maka Allah mendatangkan tanda-tanda dan Al-Hujaj bersama para rasul supaya mereka mengenalkan manusia yang mencemarkan dan menghilangkan fitrah mereka yang dikurniakan Allah kepada mereka Makrifah Al-Hak.

Jadi manusia perlu menjawab dari ilmu dan makrifah (belajar) sebaik sahaja diseru oleh Hujah Allah:
﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ﴾
Dan serulah kepada manusia untuk berhaji (menziarah Hujjah), niscaya mereka akan datang kepada kamu.

Maka sebaik sahaja diseru mereka akan datang kepada kamu, bahawa mereka sepatutnya mengenal kamu dan datang kepada kamu, dan Allah SWT tidak memerintahnya supaya memberi bukti (dalil) pada permulaan lagi.

Sekarang, di manakah seruan dan perkhabaran (berita) untuk berdakwah, di sana manusia yang tidak mencemarkan fitrah mereka dan mereka mendengar daripada Allah dan meminta kepada Allah, mereka menjawab sebaik sahaja rayuan dikeluarkan dan mereka adalah hujah kepada seluruh manusia dan mereka seperti orang lain, hanya mereka tidak mencemarkan fitrah mereka dan mereka mengenal bahawa Rasul adalah hak (benar) dari Allah, maka sebaik sahaja seruan (أذّن - serulah) mereka datang kepadaNya (يأتوك - kepada kamu).

Pada hakikatnya semua manusia datang kepadaNya sepertimana dikhabarkanNya SWT, tetapi makhluk yang lain, Allah mengetahui siapa mereka, tetapi yang pasti mereka tidak lupa jika dipanggil dengan nama ini.


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

______________________________
[79] - Al-Dukhan 44:17-18.
[80] - Al-Hajj 22:27.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan