Halaman

Khamis, 12 Mac 2015

Soalan 242: Domba Yang Mengenal Suara Gembalanya


Soalan 242: Domba Yang Mengenal Suara Gembalanya

Kepada Tuan anak Maula: Saya bersumpah kepada tuan dengan yang dikasihi, tuankah yang menyeru? Letih rohku terganggu... saudara-saudara Yusuf tidak mengenal Yusuf sehinggalah dia sendiri mengenalkan dirinya kepada mereka. Jadi bagaimana orang seperti diri saya akan mengenal? Saya bersumpah kepada tuan dengan datuk tuan dan bapa tuan berikanlah dan katakan pada saya, adakah tuan benar-benar anak kepada Imam Mahdi dan yang diutus sebelumnya (zuhurnya). Saya tidak terkejut jika dari Allah, namun ia bermain di fikiran saya ini, tetapi apabila tidak memohon petunjuk dari keutamaan tuan diharapkan mempunyai pilihan?! Dan sebelumnya petunjukNya pada masa dahulu atas Al-Syed Khamenei adalah:

﴿فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْناً﴾

maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. [81],

Yang saya muliakan Al-Zahraa’daripada (haknya) masa saya mencari tetapi tidak mendapat jawapan. Bagaimanakah caranya untuk yakin dengan tuan? Dengan rahmat Allah berikanlah jawapan atas kesakitan saya ini. Tentulah tuan tahu apa yang saya maksudkan dan tuan mempunyai ubatnya dan saya mahu jawapan daripada tuan, bukan dari Sheikh Al-3uqaili atau yang lain, cukuplah rintihan saya yang tidak berpendidikan ini. Wa Al-Salaam..

Penghantar: Zainab – UAE

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

﴿فَوَرَبِّ السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ﴾

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. [82]

Dia SWT berfirman:

﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾

Dan serulah kepada manusia untuk berhaji (menziarah Hujjah), niscaya mereka akan datang kepada kamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [83],

ini adalah apa yang dipertanggung jawabkan kepada Ibrahim (as) dan ini adalah tugas semua para nabi (as) dan aushiak sebagai orang-orang yang diutus, iaitu: menyeru manusia kepada kebenaran.

Adapun memberi petunjuk (hidayah) bukanlah tugas (tanggungjawab) mereka dan ia didahului oleh bukti dan tanda-tanda dengan itu tidak ditugaskan kepadanya melainkan ia hanya urusan kehendak Allah SWT di mana untuk memalukan orang-orang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang belum mengetahui, yang ditangguhkan Allah SWT. Kerana manusia telah mencemarkan fitrah mereka dan memekakkan telinga mereka daripada mendengar suara kebenaran dan menyelubungi hati mereka dengan melihat kebendaan dan keinginan (nafsu), maka dosa-dosa mereka ini kerana kekufuran mereka untuk membuat perubahan dengan pertamanya mendengar kata-kata kebenaran dan seruan kebenaran, maka Dia SWT berfirman:

﴿لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Tidak ada paksaan dalam agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [84],

kufur kepada taghut (pelampau, penzalimm perosak agama) menyediakan sekurang-kurangnya persekitaran kebebasan. sesuai untuk mendengar seruan kebenaran dan mendengar seruan Allah.

Domba (biri-biri) mengenal (seruan) suara yang baik dari gembalanya, orang-orang yang (cenderung) dengan Allah mendengar seruan Allah, mengenal seruan Allah, kata-kata Allah dan (hikmah) kebijaksanaan Allah serta sangat peka untuk membezakan kebodohan seruan syaitan.

Ini semua adalah kesan
﴿فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ﴾
Karena barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah

Sesiapa yang ingkar kepada Thaghut semestinya mengenal suaranya dan gambaran jeliknya, yang diperbaharui pada setiap zaman, ia adalah Namrud dan ulama yang tidak beramal pada zaman Nabi Ibrahim (as), dan Firaun dan ulama agama pada zaman Musa (as), dan Pilatus dan Herodes, Kaisar Rom dan ulama Yahudi yang tidak beramal di zaman Isa (as), dan Kisra dan Kaisar, pemerintah dan ulama Hanif (Al-Ahnaf) ulama Kristian dan ulama Yahudi pada zaman Muhammad (S), dan orang-orang ini dan para pemerintah umat Islam dan ulama Islam di zaman Imam-imam (as), dan semua ulama Syiah yang tidak beramal pada masa ini . Adakah anda melihat bagaimana bulatan (pusingan) taghut yang luas dan besar dan betapa besarnya bilangan taghut, maka Dia SWT berfirman:

﴿ما تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلاَّ أَسْمَاء سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَآؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ أَمَرَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ﴾

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan (hukum) itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" [85],      

Daerah (bulatan/pusingan) taghut termasuk semua orang-orang yang tidak beriman dengan penghakiman Allah, atau orang-orang yang mengaku (ikrar) dengan lisan mereka bahawa penghakiman Allah dan melanggarnya dengan perbuatan dan amalan mereka. Mereka semua adalah orang-orang mengikuti taghut dan menjadi pengikut-pengikut taghut dan hamba-hamba taghut yang tidak menyembah Allah. Jika mereka sujud, sujud mereka kepada syaitan, dan jika mereka ziarah Hujaj (berhaji) haji mereka kepada syaitan, dan puasa mereka puasa kepada syaitan, sebab apa yang mereka ikrarkan kerana (untuk) syaitan sama ada dengan kata-kata atau perbuatan mereka dan apa yang mereka ingkarikan kepada Allah sama ada dengan kata-kata atau perbuatan mereka. Ibadah mereka secara zahir dan tidak bernilai di sisi Allah, tetapi kamu melihat mereka malaikatNya berdiri hanyalah berolok-olok dengan Dia SWT – Semoga dilindungi Allah - apa yang lebih dahsyat kedudukan ini, seperti yang disifatkan Allah Yang Maha Suci:

﴿وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِيَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ﴾

Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. [86]

Orang-orang yang cenderung dengan Allah mendengar kata-kata Allah, dan menjadi pengikut (Syiah) Muhammad dan Aali Muhammad (as). Mereka adalah orang-orang hakikat yang mengenal (seruan) suara Gembala yang sangat Soleh.

Apakah manusia mensia-siakan suara Imamah? Tidakkah si anak mengenal suara bapanya yang mengasihinya. Sebab ia telah mendengar dalam hiruk-pikuk banyaknya (bisingnya) suara-suara di dunia, bolehkah dia mendengarkannya?!




Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

______________________________
[81] – Maryam 19:26
[82] – Al-Zhariaat 51:23.
[83] – Al-Hajj 22:27.
[84] – Al-Baqarah 2:256.
[85] – Yusuf 12:40.
[86] – Al-Anfal 8:35.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan