Halaman

Rabu, 15 Oktober 2014

Soalan 529: Apakah tafsiran permulaan dalam Surah : (حم، يس، حم عسق) ?


Soalan 529: Apakah tafsiran permulaan dalam Surah : (حم، يس، حم عسق) (Ha Mim, Ya Sin, Ha Mim 3ain Sin Qaaf)?

Terima kasih. Dihantar oleh: Syams Al-Shaba7– Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
     
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

 Semoga Allah memberikan anda kejayaan (taufiq) dalam semua perkara yang baik. Saya telah menjelaskan dalam [Kitab] Al-Mutashabihat  pengertian huruf berasingan di permulaan surah. Jadi saya meminta kepada anda untuk melihat dan membaca apa yang ditulis di dalam buku Al-Mutashabihat [1]. Juga [berikut] adalah soalan dan jawapan, dan ia adalah mengenai topik yang sama, anda boleh mendapat manfaat daripadanya:


Soalan 11: Apakah tafsiran (makna) huruf potong (hijaiyah) pada awal beberapa surah dalam al-Quran ?

Jawapan:
Dalam Firman Allah , { الم، المر، حم، يس [Alif,Lam,Mim], [Alif,Lam,Mim,Raa’], [Ha,Mim], [Ya,Sin]}:

Alif (ا): ertinya adalah Fatimah Al-Zahraa' (as). Alif (ا) adalah asal huruf, dan permulaan huruf. Dan Alif (ا) adalah perkara pertama yang datang selepas titik. Dan dari Alif (ا) huruf yang lain dibentuk. Dan ia adalah huruf Fatimah Al-Zahraa’ (as), yang dinaqal (dipindahkan) Rasulullah (S) dari Allah SWT, berfirman mengenainya:

(يا أحمد، لولاك لما خلقت الأفلاك، ولولا علي لما خلقتك، ولولا فاطمة لما خلقتكما)(

(Wahai Ahmad jika tidak kerana engkau, Aku tidak akan ciptakan falak-falak, dan jika tidak kerana Ali, Aku tidak akan telah ciptakan kamu, dan jika tidak kerana Fatimah, Aku tidak akan ciptakan kamu berdua) [43].

Dan kerana itu, huruf Fatimah (as), huruf Alif (ا), datang sebelum huruf Ali (as), huruf Lam (ل), dan sebelum huruf Muhamamd (S), huruf Mim (م). Maka hakikat pendahuluan huruf-huruf ini adalah untuk menjelaskan (dan jika tidak kerana Fatimah, Aku tidak akan ciptakan kamu berdua), makna, jika tidak kerana yang akhir dan yang padanya adalah Al-Makrifah Al-Haqiqah (makrifah sebenar), kerana jika tidaklah kerana makrifah apa yang dicipta atas Penciptaan, maka Allah telah menjadikan mereka supaya mereka menjadi orang-orang yang mengenal-Nya

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{dan Aku tidak menciptakan jin dan Manusia melainkan untuk menyembah (mengabdi pada)-Ku} [44]

Dan Lam (ل): ia adalah untuk Ali (as). Jika Ali adalah Pintu Zahir, dan Fatimah (as) adalah Pintu Bathin, kemudian memberi perhatian kepada [hakikat bahawa] jika anda menterbalikkan huruf (Alif (ا) dan huruf Lam (ل)) gandingan ini akan membentuk: (لا) "La", ditulis huruf (Alif (ا)  di dalam (bathin) huruf Lam (ل), maka huruf Lam (ل) adalah bahagian luar (zahir) yang mengelilingi huruf Alif (ا).

Dan ini adalah (لا / Tidak) dengan menolak ketuanan manusia (Hakimiyah Al-Nas), di mana ia adalah permulaan Kalimah Tauhid (لا إله إلا الله - La ilaha illa Allah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah). Ia juga adalah sama (لا / Tidak) daripada Perjuangan Al-Hussein, yang ditegakkan untuk menolak ketuanan manusia (Hakimiyah Al-Nas), dan mewujudkan Keluhuran Allah (Hakimiyah Allah).

Maka La ilaha illa Allah (لا إله إلا الله - Tidak ada Tuhan melainkan Allah), atau (لا / Tidak) Al-Hussein, bathinnya adalah Fatimah (Al-Rahmah - Kasih), dan meminta untuk membimbing para penzalim, dan zahirnya adalah Ali (Al-Quwah - Kekuatan) dan memerangi para penzalim; kerana Lam (ل) adalah ribuan lipat ganda dengan kekuatan, makna, ia menunjukkan kekuatan Allah, Yang Maha Suci:

﴿وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ﴾

{dan Kami telah melunakkan besi untuknya} [44].

Juga bahagian dalamnya, Alif (ا), rahmat bagi orang yang beriman, dan zahirnya, huruf Lam (ل), adalah hukuman balas bela bagi orang-orang kafir oleh Al-Qa'im. Dan Qa'im telah dinyatakan dalam beberapa riwayat bahawa Ali ibn Abi Talib, atau Binatang Bumi (Daabbah Al-Ardh), dan ia adalah gelaran yang sama di antara Al-Qa'im dan Ali ibn Abi Talib.

Dan huruf Mim (م): [adalah] Muhammad, dan ia telah berulang 17 kali dalam Al-Quran. Dan huruf Mim (م) adalah lengkung menaik [2], dan ia kelihatan seperti wau terbalik [Wau (و)].
Huruf Raa' (ر): [adalah] Al-Hassan (as)
Huruf Haa’ (ح): [adalah] Al-Hussein (as)
Huruf Sin (س): [adalah] Imam Al-Mahdi (as)
Ya Seen (يس) bererti bahawa akhirnya adalah Sin (س), kerana Ya (ي) di sini adalah satu petunjuk hingga akhir, [kerana Ya (ي) huruf terakhir dalam abjad Arab].
Huruf Sin (س) telah berulang-ulang 5 kali, ia adalah jumlah yang sama bagi orang-orang dibawah Jubah (Ashab Al-Kisaa’); kerana Al-Mahdi (as) mewakili Lima Orang Ashab Al-Kisaa’.

Pada Kalimah Tauhid, La ilaha illa Allah (لا إله إلا الله Tidak ada Tuhan kecuali Allah). Terdapat tiga huruf di dalamnya iaitu (ا), (ل) dan (ه). – (Alif, Lam dan Haa')
Dan anda kenal Alif (ا) dan Lam (ل), adapun huruf Haa '(ه), ia adalah untuk mengesahkan Yang Pasti (Tetap) [Li Itsbaat Al-Tsabit], kerana ia adalah huruf pertama perkataan هو (Huwa * Dia), bagi nama Yang Agung (Al-Ism Al-A3dzam). Maka Haa '(ه) adalah untuk mengesahkan Yang Pasti (Tetap), dan untuk menjelaskan Kewujudan-Nya dan makrifat-Nya dan penyaksian-Nya. Dan wau [huruf kedua هو (Huwa / Dia)] adalah untuk menjelaskan keghaiban-Nya dan tidak menyedari-Nya, kerana Dia Maha Suci dari disaksi lagi Maha Ghaib.
Oleh itu, Haa '(ه) adalah petunjuk (dalil) penyaksian dan makrifah, dan dengan Muhammad (S) Allah dikenal, Maka Muhammad adalah pemilik Pembukaan Yang Nyata
(إنا فتحنا لك فتحاً مبيناً)
{Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,}.
Dia adalah Haa' (ه), kerana dengannya Allah yang Maha Suci, yang dikenal, dan dia adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah.
Oleh itu, Tauhid adalah dengan tiga huruf: (أ، ل، هـ) Alif, Lam dan Haa', dan mereka adalah: Fatimah, Ali dan Muhammad.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram ​​1432 Hijrah



✡✡✡✡✡

____________________________
[43] - Mustadrak Safinat Al-Bihar, jilid 3, halaman 334.
[44] - Al-Zhariyat 51:56
[45] - Surah Saba' 34:10.

[2] Jika anda ingin tahu tentang Arc of Ascension, rujuk viewtopic.php? F = 118 & t = 6125, Soalan 169 daripada Al-Mutashabihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan