Halaman

Rabu, 15 Oktober 2014

Soalan 426: Nabi Allah Shamuel (Ismail) dan Thalut


Soalan 426: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                   
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Salam atas Ahl Bait Nabi, tempat datangnya risalah dan turunnya Wahyu, Dari kehendak Allah tempat anda memulakan.



Datanglah Ayat yang mulia:

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمْ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ... ﴾

{Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang di jalan Allah". "...} [Al-Baqarah 2:246]

1 - Siapakah Nabi yang mulia ini? Namanya dan sifat dan keadaannya?

2 - Mengapa Allah tidak memilih Nabi ini yang menjadi Raja?

3 - Adakah raja Thalut raja umum ke atas Bani Israel, atau ia hanya dalam hal kepimpinan tentera?

4 - Adakah Thalut (as) hujjah kepada Nabi ini yang telah disebut dalam Ayat ini?

Pengirim: Abu Yusuf – Iraq

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                   
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Jawapan untuk soalan 1 - 2 - 3 - 4: Nabi itu Nabi Allah Shamuel (Ismail) dari keturunan Ya’kub (as​​).Ada pun sifat dan keadaannya hampir sama dengan keadaan Ismail bin Nabi Allah Ibrahim (as), ibunya Hannah juga mandul seperti Sarah (as) isteri kepada Nabi Allah Ibrahim, dan dia telah bernazar kepada Allah Yang Maha Suci, dia (anaknya) telah berkhidmat di rumah Allah seperti Maryam (as​​), dan Allah mengutusnya sebagai Nabi kepada Bani Israel.

Dan pada zamannya Banu Israel telah derhaka terhadap perintah Allah Yang Maha Suci. Dan pada hari-hari akhir hidupnya mereka kembali dan bertaubat dan generasi soleh muncul dari mereka dan mereka meminta daripada-Nya supaya dia melantik untuk mereka seorang Raja agar mereka berjuang di bawah panji-panjinya. Oleh itu, beliau melantik Thalut dengan perintah Allah SWT, dan Thalut telah diperintahkan dengan perintah Nabi Allah Ismail (as​​), dan selepas Thalut dan tenteranya mencapai kemenangan ke atas Jalut (Goliath) dan tenteranya, Allah memerintahkan Nabi Allah Ismail (as​​) untuk melantik Daud (as) sebagai Khalifah selepasnya, yang merupakan seorang askar dalam tentera Thalut.

Adapun mengapa tidak Nabi Allah Ismail (as) dijadikan Raja, sesungguhnya dia adalah seorang Nabi dan Khalifah Allah di Bumi-Nya dan beliau adalah Raja yang telah dilantik oleh Allah, tetapi mereka meminta seorang Raja supaya mereka boleh berperang di bawah panji-panjinya dan berjuang bersama mereka, kerana pada zaman itu adalah satu kemestian Raja keluar bersama tentera dan turut sama berperang, manakala Nabi Allah Ismail (as) adalah seorang lelaki tua yang berumur dan juga pada hari-hari akhir hidupnya. Dan untuk ini, mereka meminta darinya (as​​) agar dia melantik untuk mereka seorang Raja yang mempunyai keupayaan untuk berperang.

Semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam setiap yang baik, dan menjadikan anda dari kalangan orang-orang yang melihat dan orang-orang yang mendengar Kalimah Allah Yang Maha Suci, dan menyedarinya.

Dan Salam atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan

Jamadi Al-Awwal, 1431 Hijrah       


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan