Halaman

Rabu, 15 Oktober 2014

Soalan 411: Bacaan bagi Menyembuhkan buta oleh a.s. Imam

Soalan 411: Menyembuhkan bagi buta oleh a.s. Imam
Soalan 411: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                      
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Kepada Tuan dan Maula saya Imam Ahmad Al-Hassan (3alaihi wa 3ala Abaihi Al-Salam).

Tuan Saya ada permintaan jika boleh. Saya mempunyai saudara yang lebih muda yang buta atau penglihatan yang lemah sejak zaman kanak-kanak. Allah telah memberkati dia mempercayai dakwah suci Tuan selepas bulan Ramadan Al-Mubarak. Saya mohon Tuan Ahmad Al-Hassan (as), jika boleh, mendoakan kepada Allah untuk penyembuhan atau untuk memberikan arahan untuk mengubati beliau, kerana Tuan dan bapa Tuan adalah orang-orang yang murah dan baik hati, supaya diberikanNya penyembuhan pada orang lemah ini. Saya mohon kepada Tuan dengan hak ibu Tuan Fatimah Al-Zahraa’ untuk berdoa kepada Allah untuk kita berpegang teguh dan mati demi dakwah yang suci ini.

Dan Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Penghantar: Ibn Al-Muthhir - Austria


Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                      
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.


Saya memohon kepada Allah untuk memberkati dia dengan penyembuhan, dan hendaklah dia 

Membaca Ayatul Kursi, seperti mana ia diturunkan, 7 kali selepas solat Subuh, sambil ia meletakkan hujung jari-jarinya pada matanya, selama 40 hari.

Juga hendaklah dia membaca Surah

Al-Fatihah,
Al-Tawhid (Al-Ikhlash),
Al-Qadr,
Al-Falaq Dan
Al-Naas

70 kali pada segelas air, dan membasuh matanya dengan air ini selama 7 hari. Dan jangan biarkan air yang berlebihan pergi (dibuang) ke tempat yang tidak suci. Semoga Allah member kejayaan pada anda.

Dan Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya..

Ahmad Al-Hassan


Zhul Hijjah 1430 A.H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan