Halaman

Khamis, 16 Oktober 2014

Soalan 522: Pohon Ibrahim merujuk kepada Al-Yamani? Dan apakah dia huruf Shaad ( ص)

Soalan 522: Pohon Ibrahim merujuk kepada Al-Yamani? Dan apakah dia huruf Shaad ( ص)



Soalan 522
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الحمد لله .. وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan
وفدت على الكريم بغير زاد من الحسنات والقلب السليم
وحمل الزاد أقبح كل شيء إذا كان الوفود عـلى كريم
[......]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Semoga Allah menetapkan Tuan dan semua Ansar Tuan supaya diperkukuhkan, dan Dia menetapkan saya bersama tuan dengan keberkatan doa tuan. Ya Tuan dan Ya Maulai, saya menulis kepada Tuan dengan tujuan untuk berhubung dengan Tuan supaya tidak terputus. Tuan, [ini] surat keempat, dan tidak ada jawapan dari tuan, Saya berharap ia sesuatu yang baik.


Soalan:
1.. Apa yang dimaksudkan dengan huruf "Shad - ص" dalam Al-Quran? Dan adakah ia sebuah sungai di syurga?
2. Ada sebuah Hadits yang diriwayatkan daripada Nabi Allah Ibrahim (as): (Di sini [di tempat ini] akan tumbuh pohon seperti Pohon Adam (as) di Syurga 3adn.

Setelah mendapat izin anda, saya telah menulis yang berikut dalam forum ...... saya harapkan penjelasan Tuan. Bukankah ini dalil bahawa ada seseorang akan lahir di akhir zaman dan akan wujud di tempat itu - tempat pertemuan dua sungai (Al-3abd Al-Sholeh) - dan kisahnya terkenal dan ia adalah rujukan jelas kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan kaitannya dengan Pohon Adam ... dan menurut tafsiran, Pohon Adam adalah lambang pengetahuan Muhammad dan Aali Muhammad (as) seperti mana mereka (as) riwayatkan. Dan ia adalah pohon yang dilarang Allah kepada Nabi Adam (as) di Syurga 3adn.

Dan ini adalah tajuk yang saya tulis di forum:

Pohon Adam:
Al-Qurnah (Sudut) dan Pohon Adam di "Qadhaa' Al-Qurnah" (Utara Basrah):

Tempat yang diberkati ini, di mana sungai Furat dan Dajlah bertemu, telah diberi penghormatan dengan kunjungan Saidina Ibrahim Al-Khalil (as) pada tahun 2000 SM di mana ia berdiri dan berdoa di sana dan berkata: (Di sini [di tempat ini] akan tumbuh pohon seperti Pohon Adam (as) di dalam Syurga 3adn).

Dalam sejarah, sungai Furat dan Dajlah telah terpisah dalam jangka masa yang lama sebelum keduanya bertemu di "Al-Qurnah", dan tidak seorang pun tahu siapa yang menanam "Pohon Adam" ini, atau Pohon Ibrahim Al-Khalil (Nabi (as)) sebagaimana sebahagian daripada orang-orang yang tinggal di sana menamakannya, mungkin ia adalah Nabi Ibrahim (as), kerana ia tidak begitu jauh dari rumahnya yang pada hari ini adalah berhampiran dengan Ziggurat Sumara (Zaqurah Sumar) 80 Km dari bandar Zhi Qar atau Nasiriyah.

Di Delta Selatan, di mana kedua-dua sungai besar bertemu di Al-Qurnah (75 Km ke utara dari pusat kota Basrah), Pohon Adam tumbuh, dan dari akarnya keluar sungai kekal di bandar ini "Syath Al-Arab" , dan ia adalah pokok dengan dahan kering kecuali [bahagian] kecil, ia tetap masih berdiri dan walaupun telah gugur ribuan penduduk Iraq, tetapi ia adalah yang terakhir dari saksi-saksi tidak hadir pada tamadun yang menarik di pendalaman bumi dan sejarah.

Seorang Syeikh berumur 90 tahun sedang berdoa di tempat itu, beliau berkata: "Air tempat ini tetap selama-lamanya, tidak ada tanah di dalamnya, tetapi kedua-dua sungai Furat dan Dajlah hanya ditemui dengan lumpur dan selut di kawasan pokok itu, begitu banyak tanah berkumpul sehingga ia timbul dan menjadi tanah daratan".

Nota: Apa yang saya rasa penting tentang dalam topik ini adalah riwayat dari Nabi Ibrahim (as): (Di sini [di tempat ini] akan tumbuh pohon seperti pohon Adam (as) di dalam Taman Eden), Bukankah ini dalil bahawa ada seseorang akan lahir di akhir zaman dan akan wujud di tempat itu - tempat pertemuan dua sungai (Al-3abd Al-Sholeh) - dan kisahnya terkenal dan ia adalah rujukan jelas kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan kaitannya dengan Pohon Adam ... dan menurut tafsiran, Pohon Adam adalah lambang pengetahuan Muhammad dan Aali Muhammad (as) seperti mana mereka (as) riwayatkan. Dan ia adalah pohon yang dilarang Allah kepada Nabi Adam (as) di Syurga 3adn

Dan ilmu hanyalah di sisi Allah (SWT) sahaja dan semata-mata.

Maafkan saya kerana memperpanjangkannya ... itu adalah kerana bagaimana baik kita berfikir tentang Tuan ... Saya rindu berjumpa Tuan dan berhubung dengan Tuan jika itu mungkin. Semoga dalam perlindungan Allah dan pemeliharaan dan keselamatan-Nya, pada Tuan dan keluarga Tuan yang mulia dan semua ansar Tuan.

Dan ini adalah pautan dari topik di forum:



Sender: Muhammad Al-Safar - Kuwait

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan.

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada segala perkara yang baik. Saya cuba, insya Allah (jika dikehendaki Allah), untuk dapatkan masa yang cukup untuk membalas surat-surat yang saya terima, dengan nikmat Allah kepada saya.

Jawapan kepada Soalan 1: Allah SWT berfirman:

﴿ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ﴾

{Shaad (ص), demi Al Quran yang mempunyai keagungan.(kemuliaaan))} [2]
                                            
Shaad (ص): adalah salah satu huruf yang berasingan, dan ia merujuk kepada salah satu Imam, dan ini adalah satu perkara yang saya telah jelaskan sebelum ini, dan itu adalah bahawa setiap [huruf yang berasingan] merujuk kepada salah seorang daripada makshumin (as) [a]

Shaad (ص): adalah nama sebuah sungai di syurga, dan ia adalah sungai dari air kehidupan dan pengetahuan yang membawa kehidupan ke hati-hati dan ruh-ruh (jiwa-jiwa). Dan jika Allah menghendaki untuk mewujudkan, memunculkan dan mengalirkannya di dunia ini, ia juga akan menjadi sebab untuk menghidupkan jasad orang yang mati, sama seperti apa yang berlaku kepada ikan paus Musa dan Yusyak (as) ketika mereka melupainya berdekatan Al-3abd Al-Sholeh, jadi mata air kehidupan atau pengetahuan, yang muncul berhampiran paus pada masa itu, adalah menjadi sebab untuk hidup selepas ia mengambil jalan dan berenang ke laut. Dan ini juga merupakan petunjuk dan tanda kepada Musa (as) di mana dia boleh mengenal Al-3abd Al-Sholeh yang membawa kehidupan pada hati-hati dengan mata air kehidupan dan sungai kehidupan dan pengetahuan.

Sungai ini - sungai pengetahuan dan kehidupan - ditunjukkan dengan jelas oleh Imam Al-Shadiq (as) khususnya, dan Allah menghendaki untuk memudahkan melalui dia (as) penyebaran pengetahuan Aali Muhammad dan menyebarkan di kalangan manusia. Jadi huruf Shaad (ص) ini merujuk kepada Imam al-Sadiq (as).

Ilmu (Pengetahuan) dan makrifah adalah buah dari Yaqin (kepastian) dan sabar khususnya, Allah SWT berfirman:

﴿وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ﴾

{Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.} [3],

sehingga huruf ini juga merujuk kepada kesabaran.

Jawapan kepada Soalan 2: Semoga Allah membalas kebaikan anda kerana menulis topik yang mulia ini, insya Allah, dan ia adalah dari kejayaan (taufiq) Allah yang telah diberikan atas keikhlasan anda, wahai yang baik dan diberkati, saya memohon kepada Allah supaya Dia menghimpunkan anda bersama dengan Muhammad dan Aali Muhammad (as).

Dan Salam sejahtera kepada kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya

Ahmad Al-Hassan
Rajab Al-Asab 1431 Hijriah
____________________________
[a] Untuk mengetahui apa yang Imam Ahmad Al-Hassan (as) katakan mengenai huruf-huruf yang berasingan seperti yang terdapat dalam Al-Quran, dalam Soalan 529

[2] - Surah Saad 38:1.

[3] - Al-Sajdah 32:24. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan