5.15.4 Altruisme
Timbal Balik
Altruisme timbal balik mempunyai prinsip "tolong aku, dan aku akan tolong kau”
yang dibina oleh gen, dan tidak dapat berubah kepada "aku tolong kau tanpa balasan” tanpa mengira betapa banyak kesilapan
yang terjadi ketika aplikasi hukum kerana penipuan ataupun perkara serupa,
kerana isunya adalah bersifat biologi. Jika kita tidak menganggap ianya
biologikal, maka mengkaji altruisme timbal balik sebagai kes genetik ala-Darwini
tidak mempunyai sebarang makna.
Malahan, berkenaan penipu yang mengambil tanpa
memberi pulangan, pemilihan semulajadi selalunya akan memupuskan individu yang berterusan
memberi walaupun ditipu. Kepupusan si pemberi dalam kehadiran si penipu adalah
tidak dapat dielakkan, walaupun jika si pemberi adalah majoriti. Oleh itu,
takdir mereka adalah kepupusan dalam kehadiran penipu, yang akan berterusan
mengambil kesempatan, sehingga ke akhirnya.
Secara alaminya, sang penipu tidak dikira
sebagai seorang altruis dari awal lagi kerana dia hanya mengambil dan tidak
memberi. Maka yang tinggal hanyalah pendendam, dan dia membalas berdasarkan
prinsip “kau tolong aku, aku
tolong kau, namun aku ingat muka kau. Jika kau tipu, aku tidak akan tolong
lagi.” Ini adalah model yang tersebar luas untuk altruisme timbal balik dalam
alam semulajadi. Ia adalah hasil dari evolusi, yang perlu dikira apabila
mempertimbangkan isu altruisme timbal balik.
Hakikatnya agak sukar untuk membayangkan
bagaimana sifat altruistik timbal balik boleh tersilap dan bertukar menjadi
sifat altruisme sejati. Sebagai contoh, jika seekor kelawar pontianak
memuntahkan lebihan makanannya untuk tentangganya yang lapar, maka pasti dia
mengharapkan balasan dari tetangga tersebut. Jika tetangganya tidak membalas
budi tersebut, si kelawar mangsa itu tidak akan ditipu lagi, kerana dia adalah
seekor pendendam, mengingati wajah dan tidak akan memberi dua kali kepada penipu.
Pemberian kali pertama kepada sang penipu bukanlah bermaksud wujud kesilapan
pada hukum, kerana hukum yang dibina oleh gen menyatakan, “Ambil inisiatif dan
beri makan kepada kelawar lapar yang meminta darah, namun ingat wajahnya. Jika
dia tidak membalas budi, jangan beri lagi. Jika dia memberi, teruskan proses
altruisme timbal balik bila-bila salah seekor dari kalian ditimpa masalah dan
tidak dapat mencari haiwan untuk dihisap darah.”
Walaupun jika kita mengatakan kesilapan terjadi
dalam melaksanakan hukum genetik dan si pendendam mengulangi altruisme terhadap
si penipu dua atau tiga kali, Ini tidak bermakna yang jahat akan menjadi naif
dalam apa cara sekalipun. Ini kerana perkara ini
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 302
bergantung kepada mengingati wajah dan
mengenalpasti kawan. Jika si pendendam menjadi si rugi, takdirnya adalah
kepupusan akibat si penipu tersebut. Akibatnya, altruisme timbal balik tidak
akan menghasilkan altruisme sejati selagi ia bergantung kepada kemampuan untuk
mengenalpasti individu berdasarkan sifatnya, dalam pertukaran altruistik yang tidak
asli dan bersifat luaran.
Oleh itu, niat jahat pasti akan berlaku dalam
evolusi, dan perbezaan yang tepat individu tidak dapat dielakkan dalam
transaksi altruistik bersama, sama ada dengan pengecaman muka atau tempat
kediaman dengan tepat pihak lain dalam amalan, yang membezakannya sebagai pihak
lain dalam amalan peribadi itu.
“Sungguh melucukan
untuk menonton simulasi komputer yang bermula dengan majoriti besar burung
mudah tertipu, minoriti burung pendendam yang sedikit melebihi kadar kritikal,
dan minoriti burung penipu dengan jumlah yang hampir sama, dan perkara pertama
yang berlaku ialah kehancuran bencana kawanan yang mudah tertipu kerana burung
yang licik akan mengambil kesempatan daripadanya dengan ganas. Si penipu
menikmati peningkatan populasi mencapai kemuncaknya sehingga “burung (sucker)” yang terakhir dihapuskan
. Namun burung tebing (cheater) masih perlu berhadapan dengan burung pendendam.
Semasa kemerosotan pesat kawanan yang mudah tertipu, jumlah burung pendendam
perlahan-lahan berkurangan bilangannya, dan mereka dikhianati oleh penipu yang
berkembang maju, namun mereka berjaya menyelamatkan nyawa mereka. Selepas
burung terakhir yang mudah tertipu hilang, burung yang menipu tidak lagi boleh
terus mengeksploitasi secara mementingkan diri sendiri. Kemudian burung-burung jahat
itu itu perlahan-lahan akan mula melebihi bilangan burung yang menipu.
Akibatnya, kumpulan mereka mendapat momentum yang mantap. Walaupun kumpulan
burung jahat berkembang pesat, kumpulan burung licik itu runtuh kepada
kepupusan dan kemudian mengimbangi dengan menikmati hak istimewa dan kebebasan
relatif daripada burung jahat yang terhasil daripada hasil ini.
Namun burung-burung
penipu dan kejam perlahan-lahan berpaling ke arah ketiadaan, dan burung jahat
sahaja yang menguasai. Secara paradoks, ternyata kehadiran burung naif telah
mengancam burung jahat pada peringkat awal kerana burung naif bertanggungjawab
untuk perkembangan sementara burung-burung penipu.`
Secara kebetulan,
saya perhatikan bahawa contoh hipotetikal yang anda cadangkan tentang bahaya
dan tidak mendapat manfaat daripada pembersihan, adalah sangat munasabah. Tikus
terpencil (terasing) cenderung mengalami kudis busuk pada bahagian kepala
mereka yang tidak dapat dicapainya. Didapati dalam salah satu kajian bahawa
tikus yang diletakkan dalam kumpulan tidak mengalami masalah ini kerana mereka
menjilat kepala antara satu sama lain.
Mungkin menarik untuk
menguji teori altruisme timbal balik dengan pengalaman. Memang nampaknya tikus
adalah subjek yang sesuai untuk eksperimen sedemikian.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 303
Di samping itu,
Trivers membincangkan simbiosis yang diperhatikan bagi ikan yang lebih bersih.
Adalah diketahui bahawa kira-kira lima puluh keluarga, termasuk ikan kecil dan
udang, memakan parasit yang mereka pilih dari permukaan ikan yang lebih besar
milik keluarga lain. Ikan besar tersebut, jelas menerima manfaat pembersihan
tersebut, sementara ikan pembersih itu mendapat bekalan makanan yang baik.
Perhubungan ini bersifat simbiotik. Di dalam banyak kes ikan yang besar ini
membuka mulutnya dan membenarkan ikan pencuci ini masuk mencuci gigi, dan
seterusnya keluar melalui insang yang turut mereka bersihkan. Mungkin akan ada
orang yang menyangka ikan besar ini secara licik menunggu setelah mereka
dibersihkan, dan kemudiannya menelan ikan pencuci tersebut. Namun sebaliknya,
ikan pencuci ini selalunya akan dibiarkan keluar dengan selamat. Ini merupakan
suatu sifat altruisme terpampang yang hebat, kerana selalunya, ikan pencuci ini
mempunyai saiz yang sama dengan mangsa ikan besar tersebut.`
`Ikan pencuci
mempunyai corak berjalur dan paparan tarian istimewa yang melabel mereka
sebagai pencuci. Ikan besar cenderung untuk tidak memakan ikan kecil yang
mempunyai corak seperti itu dan mendekati mereka dengan tarian yang tepat.
Sebaliknya mereka akan menjadi seperti berkhayal dan membenarkan pencuci
memasuki secara bebas dalam dan luar mereka. Mengenangkan sifat gen penting
diri, adalah tidak menghairankan jika wujud penipu yang mengambil kesempatan
akan hal ini. Wujud spesis ikan kecil yang kelihatan seperti pencuci dan menari
dengan cara yang sama untuk menjamin keselamatan berdekatan ikan besar. Apabila
ikan besar telah menjadi khayal, ikan penipu tersebut tidak memakan parasit,
sebaliknya menggigit kepingan besar sirip ikan besar dan terus melarikan diri.
Walaupun dengan kewujudan penipu ini, hubungan antara ikan pencuci dan
pelanggan mereka selalunya aman dan stabil. Kerjaya sebagai pencuci memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian komuniti batu karang.
Setiap pencuci
mempunyai kawasannya, dan ikan besar telah dilihat beratur untuk perhatian ikan
pencuci tersebut, persis seperti terlihat di kedai gunting rambut. Mungkin
kerana sifat ketekunan-kawasan inilah yang memungkinkan evolusi altruisme
timbal-balik dalam kes ini. Manfaat pada ikan besar tersebut yang mampu untuk
datang kepada ‘kedai gunting rambut’ yang sama, berbanding terus menerus mencari ‘kedai’ yang baru, pastinya
melebihi kos menahan diri dari memakan pencuci tersebut. Memandangkan ikan
pencuci ini bersaiz kecil, ia tidaklah sukar untuk dipercayai. Kewujudan ikan
yang memimik ikan pencuci
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 304
mungkin secara tidak
langsung akan membahayakan ikan pencuci yang sebenar dengan mewujudkan tekanan
kecil kepada ikan besar untuk memakan ikan berjalur. Sifat ketekunan
berdasarkan kawasan pada ikan pencuci sebenar akan membolehkan para pelanggan
mencari mereka dan mengelakkan ikan penipu.`
`Memori jangka
panjang dan kemampuan untuk mengenalpasti individu telah terbentuk baik pada
manusia. Oleh itu, kita menjangkakan altruisme timbal-balik mungkin telah
memainkan peranan penting dalam evolusi manusia. Trivers pergi lebih jauh
dengan mencadangkan bahawa banyak sifat-sifat psikologikal kita - cemburu,
penyesalan, kesyukuran, simpati, dan lain-lain - telah dibentuk oleh pemilihan
semulajadi untuk penambahbaikan lebih baik bagi menipu, mengesan penipu dan
mengelakkan dari dilihat sebagai penipu. Antara yang menarik perhatian adalah ‘penipu licik’ yang kelihatannya seperti membalas budi, namun secara konsisten
membayar kurang dari apa yang diterima. Malah berkemungkinan juga otak manusia
yang membengkak dan kecenderungannya untuk menaakul secara matematik, telah
berevolusi sebagai sebuah mekanisme untuk menipu dengan cara yang lebih licik,
serta lebih mampu mengesan penipuan dari orang lain. Wang adalah token formal
untuk altruisme timbal-balik yang dilambatkan.`
`Tidak wujud
pengakhiran untuk spekulasi yang menakjubkan bahawa idea berkenaan altruisme
timbal-balik timbul apabila kita mengaplikasikannya kepada spesis kita.
Walaupun nampak menggoda, saya tidaklah lebih pandai dalam berspekulasi dan saya
serahkan kepada para pembaca untuk menghiburkan diri mereka.”[1]
Jika kita mencari sifat altruistik
timbal-balik yang dibina oleh gen di dalam manusia semasa tempoh awal evolusi,
dan yang masih wujud atau tidak bertukar kepada altruisme sejati (seperti yang
saya jelaskan sebelumnya), kita dapati ia tertubuh pada kita dalam semua kerja
dan transaksi kita antara satu sama lain. Bekerja dan memberikan perkhidmatan
untuk suatu bayaran semuanya adalah pertukaran altruisme timbal balik. Transaksi
yang lepas dan jualan semasa juga merupakan pertukaran altruisme timbal balik.
Oleh itu, sifat altruisme timbal balik wujud hari ini di dalam bentuk
pertukaran altruisme timbal balik, seperti yang terjadi di masa dahulu, dan ia
tidak bertukar kepada altruisme sejati yang disengajakan.
Adakah tepat untuk mengaitkan sifat
altruisme sejati di dalam manusia sebagai berasal dari altruisme timbal-balik
tanpa bukti, khususnya setelah mendapat penjelasan ini?
_____________________
. 1. Sumber (Dawkins - The Selfish Gene): ms
294 296
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 305
Dawkins berkata:
“Saya mencadangkan hal yang sama dalam naluri
untuk berbuat kebaikan, untuk mencapai altruisme, untuk bersifat pemurah, untuk
bersifat simpati dan kasihan. Di zaman nenek moyang kita, kita hanya berpeluang
untuk bersifat altruistik pada kaum kerabat kita dan ‘pembalas budi’ yang berpotensi. Kini, had tersebut tidak lagi wujud, namun peratusan
asas masih berkekalan.”
Cadangan Dawkins yang mana dengannya, beliau
cuba untuk menjelaskan moraliti dan altruisme jelas tidak mempunyai nilai. Apa
yang dibina oleh gen kita pada badan kita adalah altruisme terhadap kaum
kerabat kita, kerana mereka adalah kerabat. Kita dapat mengenalpasti mereka
sebagai kerabat kita melalui sifat mereka, bukan kerana kedekatan mereka dengan
dari segi jarak fizikal atau kerana mereka mempunyai kontak terus dengan kita,
sehingga membuatkan altruisme kepada kaum kerabat bertukar menjadi altruisme
terhadap sesiapa sahaja yang berada hampir dengan kita. Malahan, isu altruisme
timbal-balik ini ditadbir oleh metode sang pendendam yang memberi dan
menantikan sebuah hasil dari rakannya. Jika rakannya tidak membalas budi, maka
beliau akan dibuang keluar. Ini adalah sesuatu yang dibina oleh gen, dan ia
hanya berubah secara genetik. Ia tidak akan berubah hanya kerana perubahan cara
hidup.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan