5.15.3 Altruisme
Kaum Kerabat
Individu yang bersifat altruistik terhadap
kaum kerabatnya bermaksud telah mengenalpasti mereka sebagai kaum kerabat pada
pelbagai peringkat . Wujud motivasi dalaman untuk menjaga mereka, bergantung
kepada tahap kerapatan, memandangkan kerabat tersebut membawa peratusan
tertentu gen individunya. Lebih tinggi peratusan tersebut, maka akan lebih
besar penjagaan tersebut, begitulah juga sebaliknya . Ini membuatkan perlu
untuknya mempunyai kemampuan mengenalpasti mereka dari wajah, dan inilah
sebabnya dia menjaga anaknya lebih dari anak saudaranyaو dan menjaga saudaranya lebih dari
sepupunya . Masalahnya tidak berkaitan dengan kerapatan ruang . Atas sebab ini,
kerapatan seorang asing dari perspektif ruang / jarak tidak menyebabkan kesilapan
kepada naluri altruisme kaum kerabat dan diarahkan kepada orang lain apabila
mereka tinggal rapat, sebagai contoh, setelah manusia awal menetap di
perkampungan pertanian awal.
Sememangnya kita boleh membayangkan sebuah
mutasi kadang-kala terjadi membuatkan sifat altruisme kaum kerabat terarah juga
kepada orang asing. Bagaimanapun, mutasi seperti ini lama kelamaan akan pupus,
lambat atau cepat, kerana kolam gen seperti ini tidak mampu bersaing dengan
sifat altruisme eksklusif untuk kaum kerabat sahaja. Ini kerana mereka yang
bersifat altruistik kepada kerabat akan lebih berjaya memindahkan gen mereka
dengan cara yang lebih besar. Oleh kerana persaingan antara individu spesies
yang sama adalah lebih sengit, akibatnya, lama kelamaan, kumpulan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 301
yang mengandungi gen mutan akan keluar dari
perlumbaan, dan hanya altruistik saudara-mara akan kekal.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan