Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 150
Turunnya Adam Ke Muka Bumi
Dari apa yang telah kita bincangkan sebelum
ini, jelas sekali manusia boleh menjadi kera, atau malah khinzir, dari
perspektif keagamaan :
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ
اللَّهِ ۚ مَن
لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ
وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ
شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾
Katakanlah:
"Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di
sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh
Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai
kera dan babi."[1]
Satu lagi perkara yang jelas dari skriptur
keagamaan adalah penciptaan Adam tidak bermula di bumi.
Maksud "pengangkatan" dan
keselariannya dengan sains juga telah diterangkan kepada kita.
Sekarang, kita telah mencapai suatu titik
dalam diskusi kita di mana kita akan menerokai hubungan antara Adam (as) dan
teori evolusi. Kita akan mendiskusikan hal berkenaan jasad Adam dan Hawa serta
bagaimana jiwa mereka diturunkan ke bumi dan dihubungkan ke jasad mereka untuk
ujian.
Mari kita membuat suatu hipotesis berkenaan
jasad material Adam pertama.
1- Hipotesis pertama adalah jiwa Adam muncul
dalam bentuk jasad secara terus di bumi ini, memandangkan beliau asalnya
dicipta dari tanah dari bumi. Ilmu biologi menolak pernyataan ini. Data dari
analisis genetik yang terbaru telah membuktikan asal usul dan susur galur jasad
manusia. Sebagai tambahan, bukti bukti sudah semakin terkumpul dari analisis
genetik, fosil dan kajian teoritikal untuk mendukung teori evolusi.
2- Hipotesis (andaian) yang masyhur di
kalangan majoriti agamawan, iaitu badan Adam (as) dari unsur tanah
dan air dicipta di bumi ini. Kemudian roh memasuki jasad ini lalu diberi nyawa
kepadanya. Walaubagaimanapun, hipotesis ini bercanggah dengan teks Al-Quran,
yang jelas menunjukkan penciptaan Adam dan Hawa terjadi pada mulanya di syurga duniawi
yang terletak di Langit Pertama. Turunnya Adam ke muka bumi ini kemudiannya
terjadi dengan perintah Tuhan, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini
dengan terperinci. Malah, hipotesis ini ditolak mentah-mentah dari sisi
saintifik, ia bercanggahan dengan biologi dan analisis genetik atas sebab yang
sama dengan hipotesis pertama. Sesiapa yang menggunapakai salah satu dari
hipotesis ini perlu membuang sains, kajian saintifik dan fakta dari kamus
mereka. Tesis mereka tidak lebih dari suatu delusi (khayalan - waham) yang
mereka pilih untuk memperbodohkan diri sendiri. Ia adalah hipotesis yang
bercanggahan dengan sains samada secara umum atau terperinci. Asal usul badan
kita telah ditentukan secara terperinci baru-baru ini melalui kaedah saintifik
yang tepat. Jasad kita tidak wujud secara tiba-tiba untuk kita menyatakan
bahawa jasad Adam hanya muncul beberapa ribu tahun yang lepas.
________________
[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-Ma'idah Ayat:
60
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 151
3- Hipotesis ketiga adalah sejak awal masa,
sudah wujud sebuah undang-undang yang menyusun atur kemunculan kehidupan dari
pelan genetik, dan ia adalah benih pertama yang mempunyai matlamat. Matlamat
tersebut adalah untuk membentuk tubuh haiwan melalui perjalanan panjang evolusi
sehingga ia sesuai untuk disambungkan dengan jiwa Adam serta dipindahkan
sewaktu berada dalam rahim. Hal yang sama juga terjadi dalam kes Hawa:
﴿وَقَدْ
خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا * أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ
سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا * وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ
الشَّمْسَ سِرَاجًا * وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾
{Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan
kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan
memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit
bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta
menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi,
dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna}[1].
Ayat-ayat ini jelas menunjukkan kita terbentuk
secara berperingkat, sama halnya seperti pembentukan langit-langit atasan: satu
alam di atas alam yang lain, satu alam lebih terbentuk, berkembang dan dominan
berbanding yang lain. Kemudian ayat Al-Quran di atas diakhiri dengan pernyataan
penciptaan kita – kita manusia – pertumbuhan yang bersifat mutasyabih, kerana
ia merujuk kepada perihal "menumbuhkan" atau "menanam".
Kita hanya perlu melihat kepada tumbuhan di
bumi untuk mengetahui bahawa mereka bermula dengan benih dorman yang
mengandungi pelan genetik, pelan yang kemudiannya dilaksanakan oleh benih
tersebut apabila persekitaran yang sesuai muncul. Pokok kecil itu lalu melalui
proses pertumbuhan, dan dua daun pertama yang muncul dari pokok tersebut
mungkin berbeza dengan dedaun pokok tersebut yang akan muncul nanti.
{Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari
bumi} Dia menumbuhkan kita dari bumi, dan ia memerlukan pelan genetik
yang produktif untuk mencapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Hipotesis ini sesuai dengan penjelasan bahawa
Adam dan Hawa menjalani ujian di bumi ini tanpa mempunyai sebarang kelebihan
dari orang lain yang membuatkan mereka terkecuali dari ujian duniawi.
﴿قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي
هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ﴾
{Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya
dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa
yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan
mereka pula tidak akan berdukacita.} [Al-Quran 2:38].
Ini bermakna jiwa manusia diciptakan dari
tanah liat yang diangkat ke Langit Pertama itu kemudian diturunkan untuk
disambungkan kepada tubuh haiwan tertentu, dan ujian duniawinya berlaku selaras
dengan kemahuan Tuhan. Ini tidak bercanggahan dengan teori evolusi yang telah
dibuktikan oleh ahli biologi, khususnya berkenaan asal usul spesis manusia.
________________________
[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Nuh Ayat: 14 17
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 152
Malah ia selari dengan teori evolusi dan
perkembangan.
Tidak ada sebarang masalah untuk kita menerima
idea sebuah organisme yang terbentuk dari tanah dan air sehingga menjadi haiwan
fizikal yang hanya terdiri dari tiga roh (roh kehidupan, roh kudrat dan roh
syahwat), dan kemudiannya, jiwa (nafs) Adam disambungkan kepada jasad tersebut
untuk menjadi pencetus perubahan dari sifat haiwani kepada sifat manusia yang
menggalas pemberitaan dari langit, yang mempunyai budaya dan nilai moral.
Perkara ini juga menjelaskan loncatan ketamadunan dan kebudayaan yang bermula
di bumi Sumer ribuan tahun yang lepas dengan cara yang rasional serta dapat
diterima secara saintifik.
Hal ini berterusan selepas Adam (as) dengan
keturunannya apabila roh iman dan kudus dijelmakan dalam jiwa-jiwa mereka. Sebagaimana
jiwa mereka adalah cermin yang mencerminkan roh iman dan kudus, serta jiwa
mereka bersifat ketuhanan yang menyeru mereka untuk maju. Jika manusia
menggunakan kunci ini dengan betul, maka mereka akan lulus ujian, meningkat
naik ke darjat tertinggi dan memperolehi roh iman, dan kemudiannya Roh Kudus,
sehingga mereka menjadi manifestasi (tajalli) Allah di muka bimi.
Ini terpakai kepada semua orang, termasuk
Muhammad (S), makhluk terbaik:
﴿وَكَذَٰلِكَ
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا
كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا
نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ
لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ﴾
{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh
dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui apakah Kitab itu dan tidak
juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang
menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara
hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau adalah memberi petunjuk ke jalan
yang lurus}[1].
Bagaimanapun jika manusia membuang kunci ini
dan sekadar berpuas hati dengan roh-roh haiwani, maka mereka hanya memusnahkan
diri mereka sendiri dan terlepas peluang mereka untuk naik ke darjat lebih
tinggi, serta kembali kepada asal haiwani mereka: {Kami katakan kepada
mereka: Jadilah kamu kera yang hina.} [Al-Quran 7:166]
Ini adalah peringkat kedua. Ia datang selepas
peringkat penciptaan Adam di langit pertama, yang mewakili penciptaan Adam yang
sebenar. Peringkat yang lebih awal ini terdiri dari proses penurunan jiwa (nafs)
Adam (as) ke bumi untuk ujian dan sambungan jiwa Adam ke jasad material di alam
fizikal ini agar beliau dan keturunan beliau dapat diuji. Sambungan ini terjadi
setelah jiwa Adam diturunkan ke bumi dan berada di situ untuk suatu tempoh yang
dikehendaki Allah SWT, dan setelah Adam dan Hawa (as) mengamalkan beberapa
amalan ketuhanan di muka bumi ini.
Seterusnya, Allah SWT mahu menyambungkan jiwa
mereka kepada dua jasad material bumi, dan membuatkan mereka lupa
________________________
[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Nuh Ayat: 14 17
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 153
kepada keadaan mereka sebelumnya, agar ujian
dapat dimulakan.[1] Maka Adam dan Hawa dilahirkan dari makhluk yang
sama dengan mereka, setelah jasad makhluk-makhluk tersebut dipersiapkan untuk
menerima jiwa seperti Adam (as). Mereka juga memperoleh kemampuan untuk
menerima risalah ketuhanan dari Adam (as), yang dilahirkan dari kalangan mereka
dan diutuskan kepada mereka.
Aneh sekali apabila sebahagian orang boleh
menerima permulaan jasad Adam (as), bermula secara terus dari tanah liat, namun
menolak ia bermula dari makhluk hidup, walaupun hakikatnya, makhluk hidup lebih
tinggi darjatnya dari tanah liat mati!
___________________
[1] “Dan Sesungguhnya kamu telah
mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil
pelajaran?” [Surat Al-Waqi'ah ayat 62] iaitu, kamu berada di dunia
sebelumnya yang merupakan Alam Al-Zhar atau Alam Anfus di mana Adam diciptakan
di sana, dan kamu juga diciptakan di sana selepasnya. Alam Anfus atau Alam
Al-Zhar seperti mana yang kamu telah mengetahui pada penciptaan yang pertama. Mengapa
kamu tidak mengingat alam itu meskipun kamu berada di dalamnya dan mengetahuinya,
“Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka
mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?” Untuk alasan ini, Dia Yang Maha Suci berkata, sepertimana
kamu diciptakan di alam sebelumnya dan kamu mengetahuinya sebelumnya, tetapi Aku
melupakan kamu ketika disambungkan diri-diri jiwa kamu dengan jasad-jasad kamu
di bumi ini. Lalu dihijabkan diri-diri jiwa kamu dari mengetahui hal dan
keadaan sebelumnya. Dia Yang Maha Suci berkuasa mengulangi perkara ini sekali lagi
dan menciptakan kamu di dunia lain dalam keadaan yang lain dan mengulangi apa
yang terjadi pada kamu hari ini.
"نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بمَسْبُوقينَ *عَلَى أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنشئَكُمْ في مَا لَا تَعْلَمُونَ* وَلَقَدْ عَلمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلَا تَذكَّرُونَ"
Kami telah menentukan kematian di antara kamu
dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,* untuk menggantikan kamu
dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan
yang tidak kamu ketahui. * Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan
yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran? [Surat Al-Waqi'ah
ayat 59-62]
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan