Adam Duniawi, Perjanjian, Ujian dan Iman
Para malaikat telah mengangkat tanah liat dari
bumi ke langit seperti yang telah diperintahkan Tuhan kepada mereka, seterusnya
Tuhan menggunakan tanah tersebut untuk membentuk Adam di Langit Pertama dan
ditiupkan kepadanya roh. Maka Tuhan menciptakan Adam, atau jiwa Adam di Langit
Pertama. Syurga Adam
Setelah selesai Allah ingin menurunkan Adam (as),
lalu beliau, atau diri-jiwa beliau, telah diperturunkan ke alam ini, bersama
Hawa (as). Jiwa Adam (as) seterusnya terus merayau-rayau sambil melaksanakan
beberapa amalan yang telah diperintahkan, seperti pencarian Batu Perjanjian,
membawanya, memohon keampunan dan melaksanakan tawaf di Al-Bait bersama Hawa.
Beliau berterusan dalam keadaan ini, sebuah jiwa yang merayau-rayau di muka
bumi, sehingga Allah mahu menyambungkan jiwa ini kepada suatu jasad. Jasad ini
bakal dilahirkan dengan membawa jiwa manusia pertama di bumi. Hawa juga melalui
proses yang sama.
Riwayat keagamaan berikut menunjukkan bahawa
pada awalnya, Adam tidak mempunyai jasad materi (unsur benda). Beliau hanya
mempunyai jasad halus-ringan (bererti tidak tumpat), atau dengan kata lain,
jasad tersebut adalah jiwa manusia. Bagaimanapun, setelah beliau diperturunkan
ke muka bumi, beliau disambungkan kepada sebuah jasad fizikal.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 154
Abu Abdullah Al-Shadiq (as) bersabda:
"Apabila Adam diturunkan dari syurga dan memakan makanan, beliau merasakan
keberatan dalam perutnya. Beliau mengadukan hal ini kepada Jibrail (as) yang
kemudiannya menjawab: "Wahai Adam, duduklah" , lalu beliau duduk dan
membuang air besar, maka rasa berat itu hilang dari beliau."[1]
Seterusnya, Tuhan berkehendakkan agar Adam dan
Hawa bertemu bersama secara fizikal, lalu untuk pertama kalinya, terbentuklah
keluarga Adam yang pertama, bertujuan membentuk perkampungan pertanian yang
paling awal. Tuhan memerintahkan Adam untuk bercucuk tanam, menternak dan
membiakkan haiwan ternakan. Hasilnya dapatlah dikatakan bahawa perjalanan
sejarah manusia, pertanian dan penternakan bermula dari Adam.
Abu Jaafar (as) menyebutkan bahawa Rasul Allah
(S) bersabda: "Apabila Allah Azza wa Jal menurunkan Adam (as) dari syurga,
Dia memerintahkan Adam untuk bercucuk tanam dengan tangannya dan makan hasil
tanaman tersebut, setelah beliau menikmati keselesaan di syurga. Selama dua
ratus tahun beliau bersedih dan menangis disebabkan dibuang dari syurga, oleh
itu beliau bersujud kepada Tuhan selama tiga hari dan malam tanpa mengangkat
kepalanya."[2]
Tempoh masa 200 tahun yang ditangisi oleh
beliau ini adalah masa yang diambil oleh jiwa beliau untuk diturunkan ke bumi
atas perintah Allah. Ini terjadi sebelum jiwa beliau disambungkan ke jasad
materi, dan sebelum beliau mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
Riwayat dari Bukair bin A’yan berkata: Aku pernah
bertanya Aba Abdillah Al-Shadiq (as): "Mengapa Tuhan meletakkan Rukun di
penjuru Kaabah dan bukan di tempat lain? Mengapa ia dicium? Mengapa ia
dikeluarkan dari syurga? Dan mengapa perjanjian dan persetiaan para hamba
diletakkan di dalamnya, dan bukan di tempat lain? Atas sebab apakah terjadinya
ini? Mohon dikhabarkan kepadaku. Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, ia
begitu pelik dalam prmikiranku?! Beliau (as) berkata: Engkau bertanya dan
bekerja keras pada masalah ini dan menyelidikinya, jadi fahamilah jawabannya: Kosongkan
hati mu, dan dengarkan, aku akan memberi tahu kamu, insya Allah. Bahawa Allah
TWT telah meletakkan Batu Hitam (Hajar Al-Aswad), sebuah permata dikeluarkan dari
syurga kepada Adam (as). Diletakkan di penjuru Ka’bah adalah disebabkan
perjanjian tersebut. Ini kerana ketika Allah mengambil anak-anak keturunan Adam
dari sulbi Adam, Dia mengambil perjanjian dari mereka di tempat tersebut, dan
di situlah diperlihatkan kepada mereka, dari rukun itulah burung-burung akan turun
kepada Al-Qaim (as) dan yang pertama membai’ahnya adalah burung tersebut, dan demi
Allah, ia adalah Jibrail (as). Di maqam itulah Al-Qa'im akan bersandar dengan
belakangnya.
Dan dia adalah hujjah dan bukti bagi Al-Qa'im,
dan dia adalah saksi bagi orang yang bertemu dengannya di tempat itu, dan saksi
bagi orang yang melakukannya
________________________
[1] Sumber (Al Rawandi – Qishash Al-Anbia):
hal.50
[2] Sumber yang sama.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 155
kepadanyalah persetiaan dan perjanjian yang
diambil Allah AWJ atas hamba-hamba-hambaNya. Tujuan mengucup batu tersebut
adalah untuk memperbaharui perjanjian dan persetiaan agar mereka dapat memenuhi
janji, yang terikat dengan perjanjian tersebut. Mereka datang ke rukun itu
setiap tahun dan memenuhi janji serta amanah yang mereka ambil. Tidakkah kamu
perhatikan ketika Haji, akan disebutkan: "Aku telah memenuhi amanah dan
janji persetiaan, agar Kau dapat bersaksi akan perkara itu." Demi Allah, tiada
yang memenuhinya kecuali pengikut kami, dan tiada yang menegakkan janji dan
persetiaan melainkan pengikut kami, dan mereka datang kerana mengetahuinya dan
membenarkannya. Orang lain juga datang (kepada batu tersebut), namun mereka mengingkarinya
dan mendustakannya. Ini kerana tiada sesiapa yang menegakkan perjanjian ini
melainkan kamu. Allah bersaksi pada kamu dan Allah bersaksi atas
ketidakpercayaan, penafian dan keingkaran mereka. Dan itu adalah hujah yang
disampaikan dari Allah kepada mereka pada hari kiamat. Dia akan datang dan dia
akan memiliki lidah yang berbicara dan dua mata dalam bentuk pertamanya yang
penciptaan mengenalnya dan mereka tidak mengingkarinya. Dia menjadi saksi bagi
orang-orang yang bertemu dan memperbarui perjanjian dan persetiaan dengannya
dengan memelihara perjanjian dan persetiaan dan memenuhi amanah tersebut. Ia
menjadi saksi bagi semua orang yang mengingkari dan menafikan dan melupakan
perjanjian dengan kekafiran dan keingkaran.
Berkenaan alasan Allah mengeluarkannya dari
syurga, tahukah kamu apa batu itu sebenarnya? Batu itu adalah salah seorang
dari malaikat yang dekat dengan Allah. Apabila Allah mengambil perjanjian dari
para malaikat, yang pertama beriman dan menerima perjanjian ini adalah malaikat
tersebut. Maka Allah menjadikan beliau pemegang amanah ke atas semua makhlukNya.
Allah telah memberikan kepada malaikat dan mengamanahkan perjanjian, serta
menjadikan semua makhluk beribadah dengan memperbaharui perjanjian mereka bersamanya
setiap tahun membuat pengakuan perjanjian dan persetiaan yang diambil Allah AWJ
atas mereka, kemudian Allah menjadikannya
bersama Adam di syurga, mengingatkan dia tentang perjanjian dan memperbarui
pengakuan dengannya setiap tahun..
Apabila Adam melakukan kesalahan dan telah
dibawa keluar dari syurga, Allah telah membuatkan Adam lupa akan perjanjian dan
persetiaan yang diambil Allah atasnya dan keturunannya terhadap Muhammad (S)
dan para washinya (as) – yang membuat dia bingung dan keliru. Apabila Allah mengampunkan
Adam, Dia menukar malaikat ini kepada bentuk mutiara putih dan mengeluarkannya
dari syurga kepada Adam (as) ketika beliau berada di tanah India. Ketika Adam
melihat mutiara itu, beliau lupa padanya dan tidak mengenalinya selain daripada
dia adalah permata. Allah AWJ membuatkan mutiara itu berbicara, katanya: “Wahai
Adam, tidakkah kamu mengenali ku?” Beliau menjawab: “Tidak”. Lalu ia berkata:
“Sesungguhnya syaitan telah menguasai mu dan menjadikan kamu lupa akan mengingat
akan Tuhan mu.“ Lalu ia terus bertukar kepada bentuk seperti sebelumnya di
syurga dan berkata kepada Adam: “Di manakah persetiaan dan perjanjian?“ Adam melompat
ke arahnya, terus beliau mengingati perjanjian dan menangis, beliau tunduk
padanya, mengucupnya dan memperbaharui ikrar persetiaan dan perjanjian.
Kemudian Allah AWJ menukarkannya menjadi batu
permata mutiara putih yang bersinar semula, dan Adam (as) membawanya di bahu
beliau atas dasar hormat dan harga diri. Apabila beliau merasa penat, Jibrail (as)
akan memikulnya untuk beliau sehinggalah mereka tiba ke Makkah. Beliau
menyimpan batu tersebut sebagai pendamping di Makkah, serta memperbaharui ikrar
siang dan malam.
Kemudian apabila Allah AWJ membina Kaabah, Dia
meletakkan batu tersebut di situ. Inilah sebab Dia TWT telah mengambil persetiaan
dari anak-anak Adam dari tempat yang sama. Dan di tempat itulah malaikat
itu menelan persetiaan tersebut. Inilah sebabnya ia diletakkan di penjuru
(rukun). Adam pergi dari tempat Al-Bait ke Shafa, dan Hawa menuju ke Marwa, dan
diletakkan batu itu di penjuru tersebut. Ketikamana Adam memandang dari Shafa
di mana batu itu diletakkan, beliau akan berkata:
كَبَّرَ اللَّهَ وَهَلَّلَهُ وَمَجَّدَهُ
Kabbara Allaha wa Hallalahu wa Majjadahu
Maha Besar Allah, KetuhananNya dan
KemuliaanNya!"
Maka oleh kerana itu, telah dijadikan sunnah bertakbir,
dan berdiri menghadap penjuru di mana Batu itu (terlihat) dari Al-Shafa.
Allah telah meletakkannya (Batu) Persetiaan
dan Perjanjian dan bukan selain daripadanya dari malaikat. Dan itu adalah
kerana apabila Allah Azza Wa Jalla mengambil Persetiaan untuk diriNya dengan
Ketuhanan (Ar-Rububiyah), dan bagi Muhammad (S) dengan kenabian dan bagi Ali
(as) dengan Al-Wasiah, malaikat merebut peluang untuk menyatakannya, jadi yang
pertama bergegas untuk berikrar adalah Malaikat, tidak ada yang lebih mereka
kasih daripada Muhammad dan keluarga Muhammad (as), dan oleh karena itu Allah
memilih malaikat itu daripada kalangan mereka dan dia menelan Persetiaan, dan
dia pada Hari kiamat nanti akan berkata-kata, dan kedua matanya melihat, dan
menyaksikan bagi orang-orang yang bertemu di tempat itu dan memelihara
Persetiaan.[1]
_________________________________
1. Sumber (Al-Kulaini - Al-Kafi) jld.4, ms 184-186; Dan
(Al-Shaduq – ‘Ilal Al-Syarai’): J 2, ms 429-431
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan