Halaman

Rabu, 9 Februari 2022

Bab 3.12 Skriptur Agama Yang Disebutkan Sebagai Bercanggahan Dengan Evolusi: Perbandingan Isa Dan Adam

                 

Perbandingan Isa:

 

﴿إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

{Sesungguhnya perbandingan Isa di sisi Allah adalah sama seperti Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia.}[1].

 

Sesetengah orang membayangkan teks ini memadai untuk menafikan evolusi kerana ia bercanggahan antara satu sama lain. Berikut adalah cara mereka memahaminya:

“Ayat ini memberi respon kepada sesiapa yang berkata, ‘Isa telah dicipta tanpa seorang bapa, maka beliau adalah Tuhan.’ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah Adam juga diciptakan tanpa seorang bapa, kerana beliau dicipta dari tanah. Allah berfirman, ‘Jadilah engkau, maka jadilah ia’, jadi beliau diciptakan dari tanah. Maksud ayat ini bercanggahan dengan teori evolusi, kerana teori

 

_____________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Ali Imran Ayat: 59

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 160

 

evolusi mengisyaratkan bahawa Adam mempunyai ibu dan bapa, sedangkan ayat ini menunjukkan Adam diciptakan tanpa seorang bapa.” ia selesai.

 

Apa yang dimaksudkan dari perbandingan ini pastinya bukan merujuk kepada persamaan keduanya. Perihal Adam itu berbeza dengan hal Isa. Adam tidak dilahirkan dari hanya seorang ibu sepertinya Isa. Maka persamaannya adalah umum. Apa yang dimaksudkan dari ayat ini adalah penciptaan Isa melibatkan campur tangan ketuhanan, sama seperti penciptaan Adam. Walaupun jika kita mengabaikan pemahaman lain dalam ayat tersebut dan hanya mengatakan ia semata-mata untuk membatalkan ketuhanan Isa atas dasar beliau dilahirkan dari seorang ibu dengan memberikan contoh Adam yang diciptakan dari tanah serta tidak mempunyai ibu dan bapa, maka adalah memadai untuk kita nyatakan maksud ayat ini sebenarnya adalah berkenaan penciptaan Adam di Langit Pertama, yang merupakan penciptaan asal dan sebenar Adam yang mendahului turunnya beliau ke bumi.

Imam Ja’far Al-Shadiq (as) bersabda: “Para malaikat akan melewati Adam (as). Dengan kata lain, mereka melewati jasad beliau semasa beliau masih dalam bentuk tanah liat terbaring di syurga, dan mereka akan berkata, ‘Mengapa kamu diciptakan?”

Dan Allah tidak menyebut kejadian turunnya Adam ke bumi sebagai makhluk. Sebaliknya, ia turun, dan ia berlaku selepas Adam diciptakan daripada tanah yang diangkat ke Langit Pertama dan selepas roh ditiupkan kepadanya: {Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.} (Quran 2:38).

Menurut pemahaman ini, tiada percanggahan antara ayat Quran di atas dan teori evolusi. Oleh itu, jasad yang disambungkan dengan jiwa Adam setelah beliau diturunkan ke bumi datang dari ibu bapa biologikal. Ini memadai untuk membantah rumusan bahawa teks Al-Quran mempunyai konflik dengan teori evolusi. Sekurang-kurangnya kita boleh katakan ayat ini bersifat syubhah dalam hal ini. Maka, bagaimana ia boleh digunakan sebagai contoh skriptur agama yang mempunyai konflik dengan urusan saintifik yang didukung oleh lambakan bukti terkumpul, diajarkan di universiti-universiti seluruh dunia sebagai penjelasan tunggal kewujudan dan evolusi kehidupan material dan perkembangannya di bumi?

 

Malah, walaupun jika kita mengatakan ayat ini merujuk kepada penciptaan jasad Adam dari tanah di bumi ini, teks ini masih tidak bercanggahan dengan teori Darwin kerana sel pertama yang berevolusi itu dicipta dari air dan elemen (unsur) lain yang wujud dalam tanah. Ini bermakna, sebuah sel telah diciptakan dari air dan elemen bumi, dan ia berevolusi sehingga ia membentuk jasad material Adam (as). Akibatnya, benarlah Adam adalah manusia pertama yang diciptakan dari tanah, dan bukan dari ibu bapa Adam, kerana kedua ibu bapanya tidak mempunyai jiwa manusia atau roh. Oleh itu, telah terbukti bahawa kelahiran Isa (as) dari hanya ibunya adalah sama dengan penciptaan Adam – manusia bumi yang pertama – dari tanah dan tanpa ibu dan bapa, dengan cara yang tidak bercanggahan dengan evolusi

 

_______________________

[1] Sumber (Al Rawandi – Qishash Al-Anbia): ms 41

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 161

 

 

 

yang tidak bercanggahan dengan evolusi.

 

Untuk menjelaskan lagi, kita boleh katakan bahawa teks agama merangkumi dua keadaan: Adam dilahirkan dari ibu dan bapa, dan Adam dijadikan dari tanah tanpa ibu dan bapa. Ini kerana beliau diciptakan dari tanah di Langit Pertama dan tidak dilahirkan dari mana-mana ibu dan bapa. Sebagai tambahan, boleh dikatakan jasad dunia beliau tidak dilahirkan dari ibu dan bapa dari sisi di mana ibu dan bapa beliau tidak mempunyai jiwa manusia yang sama seperti Adam. Dapat juga kita sebutkan beliau dilahirkan dari lelaki dan wanita atau ibu dan bapa, memandangkan badan biologi beliau datang dalam keadaan tersebut.

 

Bahkan, kita boleh juga menyebutkan analogi antara Adam dan Isa sebagai berikut: Mereka berdua turut dilahirkan dari seorang ibu, seperti mana manusia yang lain, namun mereka tidak sama dengan manusia yang lain dengan cara yang berbeza. Isa hanya dilahirkan dari seorang ibu tanpa bapa, sementara Adam dilahirkan dari ibu dan bapa namun mereka tidak mempunyai jiwa (nafs) manusia dan roh seperti yang dipunyai oleh Adam.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan