Halaman

Khamis, 10 Februari 2022

Bab 3.13 Skriptur Agama Yang Dikatakan Bercanggah Dengan Evolusi: Perihal Komuniti Adam

 

Perihal Komuniti Adam

 

Menurut teks agama, Adam adalah seorang Nabi. Jika jiwa (nafs) Adam (as) disambungkan ke badan biologikal yang berada di kalangan kumpulan yang lebih rendah tahap kemajuan rohnya, bagaimana beliau hidup bersama mereka? Bagaimana sikap beliau di kalangan mereka? Ke manakah mereka pergi?

 

Jawapannya adalah seperti berikut:

 

Perlu kita ambil perhatian bahawa untuk jiwa (nafs) Adam dihubungkan dengan sebuah jasad, jasad tersebut perlu dipersiapkan untuk menerima sambungan tersebut. Otak perlu mempunyai saiz dan kualiti yang bersesuaian, yang mencukupi untuk kemampuan berfikir, kesedaran dan penaakulan (intelektual dan logik). Ini bermakna, saiz purata otak adalah 1400 ml, seperti otak kita.

Perkara yang sama untuk kualiti otak yang mengembangkan sel-sel, struktur dan korteks (lapisan luar) otak juga perlu berevolusi sewajarnya.

 

Jika Adam (as) dilahirkan ke kelompok ini, maka komuniti tersebut pastinya adalah sebuah masyarakat berfikir yang berkeupayaan untuk mempunyai kesedaran dan saling memahami. Oleh itu, sebagai Nabi, Adam (as) boleh sahaja diutuskan kepada makhluk Allah setelah mereka mempunyai keupayaan untuk untuk mengenali Allah pada tahap risalah yang Adam diutuskan.

Oleh itu, jiwa Adam (as) diturunkan dan dihubungkan kepada sebuah jasad,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 162

 

 

dan beliau menyeru mereka kepada penyembahan Allah SWT. Setelah itu, Adam, isterinya dan mereka yang beriman, telah mengasingkan diri mereka dari keseluruhan masyarakat, seperti mana yang telah dilakukan oleh Ibrahim. Ibrahim dan isterinya telah meminggirkan diri mereka serta berhijrah jauh dari mereka, setelah beliau berdakwah namun ditolak oleh komuniti beliau.

Kemudian, Allah mahu menjadikan Adam (as), keturunannya dan pengikutnya menang ke atas komuniti mereka, dan seterusnya menjadikan komuniti tersebut pupus, walaupun ia berlaku dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh, peristiwa kepupusan ini boleh sahaja berlaku di zaman Nuh (as), setelah spesis Adam dan keturunannya telah terpelihara dalam suatu tempoh masa.

Al-Quran menyebutkan Allah telah memilih Adam (as). Dengan kata lain, Dia telah memilih Adam dari suatu kumpulan:

﴿إنَّ اللّهَ اصْطَفَى آدَمَ وَنُوحاً وَآلَ إبْرَاهِيمَ وَآلَ عمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

 [Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat.] [1]

Terdapat sebuah riwayat yang menunjukkan seorang Nabi diutuskan kepada suatu kaum yang langsung tidak mengetahui beberapa hal rohani sebelumnya. Mereka juga tidak mengetahui cara Allah memberi kesaksian kepada para KhalifahNya di muka bumi, iaitu melalui rukya, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran. Hakikatnya, kisah ini merujuk kepada kaum yang mendahului pengutusan para nabi dari keturunan Adam. Kumpulan ini tidak lain dan tidak bukan pasti merujuk kepada nabi pertama dari umat manusia kita – Adam (as) – yang telah diutuskan kepada mereka.

 

Dari Al-Hasan bin Abdi Al-Rahman dari Abi Al-Hasan (as) katanya: “Mimpi tidak wujud di awal penciptaan. Sebaliknya ia bersifat baru.” Aku bertanya: “Apakah sebabnya begitu?” Beliau menjawab: “Allah telah mengutuskan seorang Rasul kepada sekumpulan kaum di zamannya, dan beliau menyeru mereka untuk menyembah dan mentaati Allah. Mereka berkata: “Jika kami berbuat demikian, apa yang kami dapat? Maka demi Allah, kamu bukanlah lebih kaya dari kami, dan bukan juga dari kabilah yang lebih baik.” Sang Rasul itu berkata: “Jika kamu mentaatiku, Allah akan memasukkan kamu ke dalam syurga, dan dan jika mendurhakaiku kamu akan dimasukkan ke neraka.” Mereka bertanya: “Apa itu syurga dan neraka?” Maka beliau menerangkan kepada mereka, lantas terus bertanya: “Bilakah kita akan pergi ke sana?” Beliau menjawab: “Selepas kamu mati.” Mereka berkata: “Kami telah melihat orang mati dari kalangan kami hanya menjadi mayat dan tulang.” Maka semakin bertambahlah mereka mendustakannya dan meremehkannya. Kemudian Allah menjadikan mereka mendapat mimpi. Lalu terus mereka mendatangi sang rasul tersebut dan menceritakan kepada beliau apa yang telah mereka lihat dan nafikan sebelumnya. Beliau bersabda: “Allah mahu menjadikan mimpi ini sebagai bukti ke atas kalian. Inilah yang akan terjadi kepada roh kalian setelah kalian mati dan jasad kalian mereput: Roh akan dihukum sehingga jasad dibangkitkan.”[2]

 

Jelas dari riwayat di atas, bahawa kaum yang disebutkan tidak mengetahui apa-apa tentang perhubungan rohani dengan langit atasan. Jika mereka telah pun mempunyai agama sebelum ini, maka peringkatnya adalah lebih rendah dari peringkat Adami yang kita ketahui. Adam adalah seorang Nabi, dan keturunannya mempunyai ilmu dalam bab ini serta ilmu tersebut diajarkan kepada sesama mereka. Oleh itu, adalah mustahil bagi keturunan Adam untuk tidak mengetahui tentang rukya, atau syurga dan neraka, walaupun hanya secara umum sahaja. Sebagai tambahan, urusan penyeruan dilaksanakan oleh Adam dan para Khalifah selepasnya.

 

_______________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Ali Imran Ayat: 33

[2] Sumber (Al Kulaini - Al Kafi): J 8 ms 90

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 163

 

 

Ini bermakna, riwayat ini hanya terhad kepada Adam, yang mana kaumnya telah diseru buat pertama kali untuk menyembah Allah Yang Maha Suci berdasarkan kaedah agama Adam.

 

Dari Imam Ali (as): “Bahawa Allah TWT berfirman, {Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi} yang akan menjadi Hujjah Ku ke atas makhluk di bumi…  dan aku akan hapuskan Nisnas dan membersihkan bumi darinya.”

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan