Tesis Makhluk Asing
Tesis ini dicadangkan oleh Zecharia Sitchin,[1] penulis buku
Planet Keduabelas (The Twelfth Planet) dan buku Enki yang Hilang, dengan
dukungan para penyelidik yang lain. Idea yang sama turut dibincangkan oleh
jurutera Maurice Chatelain, penulis buku Nenek Moyang Kosmik Kita (Our Cosmic
Ancestors).[2]
Zecharia Sitchin mencadangkan thesis ini
berdasarkan data dar penggalian arkeologikal yang menyebutkan bahawa bangsa
Sumer tahu tentang sistem solar ribuan tahun yang lepas. Beliau juga menggunakan
lakaran Sumer akan raja-raja mereka dan tuhan-tuhan Annunaki untuk menunjukkan
perbezaan ketinggian yang ketara berbanding manusia biasa. Sebagai tambahan,
tablet-tablet tanah telah diterjemahkan oleh para pengkaji, termasuk Zecharia Sitchin,
dan beliau menafsirkannya dengan maksud makhluk asing telah datang ke bumi
ratusan ribu tahun yang lalu. Mereka juga menyimpulkan, bangsa Sumeria,
pendahulu ketamadunan manusia, adalah hasil persenyawaan silang antara makhluk asing
dan Homo erectus, atau hasil manipulasi gen Homo. Hasilnya, bayi-bayi tabung
uji atau sesuatu yang serupa telah dihasilkan, agar hasilnya adalah manusia
yang membina ketamadunan manusia, yang permulaannya pada tamadun Sumer
Mesopotamia (Iraq) kemudian
________________
[1] Zacharia Sitchin: Dia seorang Amerika (1920-2010),
pengarang buku terkenal "The Twelfth Planet" (Planet Keduabelas)
[2] Maurice Chatelain: Seorang jurutera Perancis
yang bekerja secara sementara di jabatan komunikasi di NASA.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 307
diikuti oleh tamadun Mesir.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang data yang
kuat untuk mengatakan ini benar terjadi. Sebagai contoh, pendukung tesis ini
mengatakan bateri elektrik yang telah dicipta oleh bangsa Sumer, besar
kemungkinan dicipta untuk komunikasi, dan kenyataan ini memerlukan bukti. Apa
yang lebih mungkin adalah ia digunakan untuk penyaduran logam, atau sesuatu
yang sama. Apa pun, tiada sebarang bukti bagaimana bangsa Sumer menggunakan
bateri ini.
Pendukung tesis ini juga menggunakan lukisan
keseluruhan sistem suria yang dilukis bangsa Sumer, termasuk Pluto yang ditemui
pada tahun 1930 sebagai bukti. Menurut mereka, ini menunjukkan bangsa Sumer
mempunyai pengetahuan yang maju. Namun hakikatnya, ini langsung tidak
menunjukkan kewujudan makhluk asing. Bukti-bukti yang lain, seperti ketinggian
badan dengan bentuk raja-raja dan tuhan-tuhan Sumer.
Apa yang merisaukan kami berkenaan tesis ini
adalah sesetengah orang bergantung kepadanya untuk menerangkan tamadun Sumer.
Ini adalah petunjuk dan pengakuan oleh sesetengah orang bahawa memang wujud
loncatan kebudayaan dan ketamadunan di kalangan bangsa Sumer, dan loncatan ini
perlu diperkirakan. Atas sebab ini, tesis tersebut telah dicipta dan diterima
oleh sesetengah orang. Walaubagaimanapun, tesis ini tetap tidak dapat menahan
kritis saintifik. Wujud bantahan terhadap terjemahan dan penafsiran Sitchin ke
atas teks-teks Sumer, dan wujud juga bantahan saintifik ke atas apa yang telah
dipersembahkan oleh Sitchin berkenaan kosmologi, serta faktanya yang bercanggah
dengan biologi evolusi.
Nampaknya Alim Subait Al-Nili (semoga Allah metahmatinya)
telah banyak dipengaruhi idea-idea Sitchin. Ini dapat kita lihat dalam tesis
beliau berkenaan Gilgamesh Sumer dan Zulqarnain, dan tafsiran beliau ke atas
permusafiran (perjalanan) Gilgamesh sebagai berbentuk luar dari bumi. Apa pun,
teori ini, di samping tidak mampu bertahan dari kritis saintifik, ia juga tidak
mempersembahkan fakta saintifik yang telah terbukti. Sebaliknya ia hanya
bergantung kepada penafsiran teks, peristiwa-peristiwa, lukisan-lukisan dan
penemuan arkeologikal, yang telah mempunyai tafsiran yang jauh lebih baik,
lebih realistik dan lebih masuk akal.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan