Isnin, 6 September 2021

Nazar - Bekam dan derma darah - Hukum Umum

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 279

 

Pelbagai masalah >> Nazar

 

S / Seorang wanita bernazar untuk mencuci mata anaknya (berusia 11 tahun) dengan air Zamzam di Kaabah yang mulia, dan suaminya yang menceraikannya (bapa kepada anak) tidak menerima untuk dia membawa anaknya mengerjakan Umrah untuk menunaikan nazar, jadi apa yang mesti dia buat?

J / [Dia tidak perlu melakukan apa-apa.][1]

 

_____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm. 21

 

✡✡✡✡✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 280

 

Pelbagai masalah >> Bekam dan derma darah

 

S / Apa hukum berbekam bagi seorang wanita, kerana saya mendengar dari salah seorang saudara bahawa dia pernah membaca riwayat yang mengatakan bahawa berbekam makruh bagi wanita khususnya?

J / [Dibolehkan kepadanya berbekam dengan menderma darah, sama ada untuk lelaki atau wanita, semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membimbing langkah anda.][1]

 

________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm. 34

 

✡✡✡✡✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 281

 

Pelbagai masalah >> Hukum Umum

 

S / (Ibu saudara), yang merupakan adik kepada ibu (dari bapa beliau), iaitu bukan dari ibunya, adakah dia seorang ibu saudara kepada anak saudaranya dan ke atas? Serta (bapa saudara) adakah diperbolehkan pada anak kepada saudara perempuan dari bapanya sahaja? Itulah realiti dalam tempat kami, Wahai Tuan, wahai Washiy (as). kepadamu Allah Ta’ala memberikan sokongan.

 

Jawapan: [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Ibu saudara muhrim, sama ada saudara perempuan kepada ibu atau bapanya atau kedua-duanya, dan begitu juga bapa saudara.][1]

 

S / Apa hukum menutup dua lelaki atau dua wanita dalam satu selimut ketika tidur?

J / [Makruh jika tidak dalam keadaan dharurat dan ada keperluan melakukannya.][2]

 

__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, ms 173

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 25 Muharram 1442 H - Link ke penerbitan

 

✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

                                                

Tiada ulasan: