Rabu, 8 September 2021

Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa

 4 Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa

 

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 5

 


 

6 Panduan Bagi Haiwan Halal

 

 

بســــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــم الله الرحمن الرحــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــيم

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasih

 

Pengenalan Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa.

 

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

 

Penerangan ringkas mengenai kitab:

Pembaca yang dihormati sekalian ...

Di tangan anda adalah kitab "Panduan Bagi Haiwan Halal" karya Profesor Ali Abu Qalam, semoga Allah memberinya kejayaan.

 

1. Kitab yang unik, penuh dengan bab-bab yang berguna; Kerana topik-topik permasalahannya merangkumi persoalan yang sering berlaku bagi penduduk dunia yang mementingkan perkara halal dan haram yang berkaitan dengan makanan yang dimakan manusia mengikut syariat yang suci.

2. Kitab ini memuat empat bab, di mana binatang-binatang itu diedarkan mengikut jenis haiwan yang terkenal, dan ianya adalah seperti berikut:

·        Ikan dan Hidupan Laut.

·        Haiwan.

·        Burung.

·        Serangga.

3. Kitab ini bergantung pada peraturan fiqh yang kukuh dalam membezakan haiwan yang halal, yang haram dan yang makruh dalam setiap bab.

4. Ia menggunakan gaya penerangan yang mudah difahami oleh semua orang. dimulai dengan menunjukkan gambar setiap binatang, diikuti dengan menyebut namanya dalam bahasa Melayu (yang diterjemahkan dari Bahasa Arab) pada kebiasaan dan nama ilmiahnya, menambahkannya dengan hukum-hukumnya yang berkisar di antara (halal, haram dan makruh).

5. Walaupun terdapat pernyataan mengenai halal dan haram ikan dalam bab pertama, "Lampiran Pertama" dimasukkan dalam kitab untuk menunjukkan ikan yang halal dan haram mengikut lokasi geografi pada mulanya; yang akan memudahkan kefahaman bagi orang yang mementingkan masalah kitab di negara-negara Arab khususnya.

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 8

 

6. Institut Pengajian Tinggi telah membuat pengenalan fiqh ringkas yang merangkumi hukum-hukum fiqh penting pada awal bab dari setiap bab kitab, yang berkaitan dengan artikel bab itu sendiri. Untuk melengkapkan manfaat yang dimaksudkan dari kitab ini.

 

Hukum-hukum Fiqh dalam kitab ini:

 

Masih ada bagi kita untuk menunjukkan masalah yang sangat penting yang berkaitan dengan apa yang disebutkan dalam kitab "Panduan Bagi Haiwan Halal":

Pengenalan fiqh pada awal setiap bab.

- Peraturan umum fiqh yang disebutkan dalam bab.

Hukum-hukum yang digunakan oleh penulis untuk semua makhluk hidup dalam kitab ini dan menggambarkan setiap haiwan yang halal, yang haram atau yang makruh.

Kami mengatakan: Semua peraturan, dan hukum-hukum fiqh yang disebutkan di atas diambil dari Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), tanpa sedikitpun pandangan atau pendapat peribadi.

Oleh itu, Institut Pengajian Tinggi di Najaf Al-Asyraf mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan atas usaha dan waktunya dalam mengkaji kitab tersebut dan menjelaskan hukum-hukum syari;ah dan peraturan fiqhnya.

Ucapan terima kasih juga kami sampaikan kepada profesor Ali Abu Qalam yang dikasihi atas usaha yang dilakukannya dalam menulis kitabnya yang bernilai ini "Panduan Bagi Haiwan Halal" dan membawa mengeluarkannya dalam bentuk yang ada di hadapan kita sekarang, Semoga Allah Yang Maha Suci menerima dari dia dengan penerimaan yang baik, yang memberi manfaat kepada penciptaanNya, dan menjaganya dengan kurnia dan rahmat-Nya, Dialah penjaga kita dan Dia menjaga orang-orang soleh.

Wal-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin.

 

Institut Pengajian Tinggi

Najaf Al-Asyraf

26/7/2016

 

Pengenalan

 

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Adapun selepas itu.

Kitab "Panduan Bagi Haiwan Halal" merangkumi tiga bab utama: Bab pertama berkaitan dengan ikan dan hidupan laut. Nama-nama ikan tersebut disebut dalam bahasa Arab (terjemahan Melayu) dan Inggeris, serta nama saintifik ikan tersebut diletakkan gambar ilustrasi untuk memudahkan pembaca membezakannya. Senarai ini telah dibahagikan kepada: ikan yang halal dimakan, dan ikan yang haram dimakan. Peraturan syari’ah telah digunakan untuk mengklasifikasikan ikan ini, dan peraturannya adalah :

"Semua ikan yang hidup di dalam air, baik dalam air masin atau air tawar, halal dimakan jika ianya mempunyai sisik, kulit kerak atau (berbentuk) duit-duit selama jangka hayatnya, dan haram memakannya jika tidak memiliki kulit kerak.” Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Terdapat sekumpulan ikan yang tidak mempunyai sisik atau duit-duit yang boleh dilupuskan dari kulit ikan, tetapi memiliki sisik besar yang melekat pada kulit ikan dan tidak dapat dikeluarkan tanpa merobek kulit ikan itu. Misalnya: sisik yang menutupi badan ikan rawan, seperti badan ikan yu dan ikan pari, Ia adalah sisik yang tertanam di kulit dan memiliki struktur gigi vertebrata, dan ada ikan yang memiliki kulit kerak, tetapi hanya dalam jangka waktu hidupnya, seperti ikan todak. Ianya adalah sisik yang tertanam di kulit dan memiliki struktur gigi vertebrata, dan ada ikan yang memiliki sisik, tetapi hanya dalam jangka waktu hidupnya, seperti ikan todak. Ada ikan yang mempunyai kulit kerak, tetapi sangat kecil, seperti belut. Selepas menyebut satu-persatu ikan yang terpenting di peringkat antarabangsa, sumber saintifik telah mencari jenis kulit kerak atau sisik yang menutupi badan ikan, dan dengan menerapkan peraturan di atas, ianya dikategorikan kepada: ikan yang halal, atau haram dimakan.

Adapun bab kedua, ini termasuk senarai haiwan, nama haiwan tersebut disebutkan dalam bahasa Arab (terjemahan Melayu) dan Inggeris, serta nama saintifik haiwan tersebut disebutkan dengan gambar ilustrasi untuk mempermudah membezakan haiwan ini. Senarai ini dibahagikan kepada: haiwan yang halal dimakan, haiwan makruh dimakan, dan haiwan yang haram dimakan. Adapun haiwan yang halal dimakan, ianya termasuk: lembu, unta dan rusa, dan haiwan ini diklasifikasikan sebagai ruminant (makan daun), yaitu, ianya memakan makanannya melalui amalan mengunyah berkali-kali. Adapun binatang yang makruh dimakan, ianya termasuk binatang yang pengangkut atau yang ditunggang oleh manusia, seperti: kuda, keldai, dan baghal. Kategori ketiga merangkumi haiwan-haiwan

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 10

 

yang haram dimakan, dan ia terutamanya karnivor (makan daging), iaitu binatang pemangsa seperti: kucing, keluarga kucing - anjing, babi, dan reptilia. Semua haiwan ini adalah pemangsa, yang bermaksud bahawa makanannya didasarkan pada mangsanya iaitu binatang yang lebih kecil.

 

Mengenai bab ketiga kitab ini, ia memuatkan senarai burung-burung, di mana namanya disebut dalam bahasa Arab (terjemahan Melayu) dan Inggeris, serta nama ilmiah, dengan gambaran ilustrasi burung-burung ini agar lebih mudah untuk membezakannya. Senarai ini dibahagikan kepada: burung yang halal untuk dimakan, burung yang makruh dimakan, dan burung yang haram dimakan, berdasarkan kaedah syar’ei, iaitu:

"Diharamkan semua burung yang menangkap mangsa dengan kuku tajamnya (cakar), sama ada membunuh mangsanya dengan sendiri, seperti helang dan sebahagian burung rajawali, atau memakan terutamanya bangkai binatang lain, seperti sebahagian burung helang. Halal untuk dimakan setiap burung, selain pemangsa yang mencakar mangsa, jika kemudinya lebih dari satu barisan atau sama dalam penerbangan, dan dilarang jika lariknya lebih banyak, dan halal dimakan semua burung - selain pemangsa yang mencakar mangsa - walaupun tidak terbang jika ada tembolok, hempedal atau taji. ”Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Selepas menyebut satu-persatu burung terpenting disenaraikan di dunia, sumber ilmiah berdasarkan penerapan peraturan ini untuk setiap burung-burung ini, dan halal dan haramnya adalah berdasarkan asas-asas ini.

 

Bab keempat termasuk senarai serangga, dan diklasifikasikan dengan cara yang sama yang disebut dalam klasifikasi ketiga-tiga bab yang disebutkan sebelumnya.

 

Mengapa kita makan yang halal dan mengelakkan makanan haram?

 

Imam Al-Ridha (as), berkata: "Ketahuilah, Allah merahmati kamu, bahawa Allah TWT, tidak mengizinkan makanan atau minuman kecuali yang bermanfaat dan pembaikan, dan tidak mengharamkannya kecuali yang mengandungi bahaya (mudarat), kerosakan dan kebinasaan. Maka setiap yang memperkuat, bermanfaat untuk tubuh mempunyai kekuatan untuk badan adalah dihalalkan. dan semua memudaratkan yang menghilangkan kekuatan atau pembunuh diharamkan seperti racun, bangkai, darah, daging babi, binatang bertaring, burung yang mempunyai cakar (kuku tajam), (burung) yang tidak mempunyai hempedal, dan seperti telur jika kedua hujungnya rata (sama bentuk), ikan yang tidak mempunyai sisik maka diharamkan memakannya kecuali jika dharurat.". ”Kitab Al-Fiqh Al-Mansub Li Al-Ridha: hlm 254

Dan dalam jawapannya oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) dalam hal ini, dia memutuskan daripadanya sebagai saksi yang menghalalkannya:

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 11

 

Dan makanan yang haram memberi kesan kepada jantung (hati), kerana ia mengalir di dalam darah dan sebahagian besarnya sampai ke jantung (hati) jasmani di dalam dada, dan dada adalah kedudukan (tempat) yang menghubungkan roh dan jasad, dan makanan yang baik juga memberi kesan yang baik pada jantung (hati) manusia dan hubungannya kepada Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat) dan rukya (mimpi-pengelihatan) ke dalam Malakut Al-Samawaat. Ini adalah peringatan Allah SWT bagi sesiapa yang mencari hidangan dari langit, jika mereka ingkar mereka akan dihukum dengan azab yang tidak pernah dikenakan di seluruh alam:

         

﴿قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ فَمَنْ يَكْفُرْ بَعْدُ مِنْكُمْ فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ عَذَاباً لا أُعَذِّبُهُ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ﴾؛

 

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia". [Al-Maidah 5:115] 

dan kerana hidangan langit adalah makanan halal dan baik dan memberi kesan kepada jantung-hati maka ia melihat Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat) yang akan menenteramkan hati-hati mereka dengan (makanannya) itu, dan untuk ini diri-diri mereka memberi alasan mencari hidangan langit untuk menenteramkan hati-hati mereka:

﴿قَالُوا نُرِيدُ أَنْ نَأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا﴾

Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami.” [Al-Maidah 5:113] 

 

Tidaklah ia bermaksud bagi sebenar-benar mukjizat (keajaiban) seperti mukjizat-mukjizat yang banyak diperlihatkan oleh Isa (as) dan tidaklah dikhususkan bagi hidangan langit sebagai mukjizat yang menyebabkan hati tenteram tanpa sesuatu yang lain, tetapi yang menyebabkan hati tenteram adalah makanan (hidangan) langit yang halal, baik lagi berkat yang membuat mereka melihat ke dalam Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat):

﴿إِذْ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ أَنْ يُنَزِّلَ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * قَالُوا نُرِيدُ أَنْ نَأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا وَنَعْلَمَ أَنْ قَدْ صَدَقْتَنَا وَنَكُونَ عَلَيْهَا مِنَ الشَّاهِدِينَ * قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيداً لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ * قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ فَمَنْ يَكْفُرْ بَعْدُ مِنْكُمْ فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ عَذَاباً لا أُعَذِّبُهُ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ﴾

 

(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut Isa berkata: "Wahai Isa putera Maryam, sanggupkah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?". Isa menjawab: "Bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman * Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu * Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berilah kami rezeki, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama". * Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia". [Al-Maidah:112-115]” Ahmad Al-Hassan, Al-Jawab Al-Munir: Jz 3 Soalan 219 – Bhg. Soalan No. 2

 

Kisah kitab ini:

 

Akibat kurangnya rujukan bagi umat Islam untuk mengklasifikasikan daging yang halal dari haiwan, burung dan ikan, saya terfikir untuk meletakkan kitab mengenai klasifikasi daging untuk mengetahui halal dan haramnya dengan cara yang mudah. Pada awalnya, diputuskan bahawa kitab ini akan terhad kepada halal dan haram bagi ikan-ikan, khususnya bagi ikan-ikan di negara-negara Arab, yang telah diterima banyak pertanyaan tentangnya. Mengenai alasan yang mendorong saya untuk meluaskan ruangannya, itu adalah kebetulan, dan untuk memindahkan kebetulan ilmiah sahaja, dan kami merasa perlu bagi kami untuk melihat perincian kebetulan ini sebagai pengesahan kejujuran ilmiah disertai dengan kesetiaan dari pelajar kepada profesornya, yang tidak memalukan pelajarnya untuk meletakkan mereka di hadapan paksi pilihan dalam perkhidmatan penyelidikan ilmiah, untuk menghasilkan kesan yang lebih sempurna dan lebih mendalam, dan oleh itu, nilai yang dicirikan oleh ciri-ciri khusus dan kepemimpinan.

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 12

 

Dalam salah satu lawatan saya ke Iraq, saya bertemu dengan profesor saya yang terhormat, Dr. ‘Alaa Al-Salem, di perpustakaan bangunan Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa di Al-Najaf Al-Asyraf, untuk membuat kesimpulan dari pengalamannya mengenai paksi kitab, dan menambah pemerhatian dan arahannya, dan kemudian meminta bantuan beberapa sumber yang mungkin. Profesor ‘Alaa Al-Salem bertanya kepada saya mengenai tajuk kitab yang ingin saya tulis. Saya menjawab "Panduan bagi ikan yang halal". Setelah berhenti sebentar, dia berkata kepada saya: Apa pendapat kamu agar tajuk kitab ini harus lebih luas dan lebih menyeluruh? Apa pendapat kamu agar ia menjadi "Panduan bagi Haiwan Halal"?

Idea itu saya sambut, tetapi saya tidak umumkan pada masa itu. Itu adalah proses pengadilan yang mengikuti bimbingannya, dan kemudian mulai memperluas lingkaran penelitian untuk memasukkan binatang, burung dan serangga selain ikan. Oleh itu, tiga bab tambahan ditambahkan ke dalam kitab ini, termasuk: senarai binatang, senarai burung, dan senarai serangga.

Kitab ini disemak dan dibaca melalui pertukaran surat-menyurat antara saya dan Institut Pengajian Tinggi.

Saya meletakkan kitab ini di tangan anda, dan saya meminta Allah untuk menjadikannya berguna bagi orang-orang yang beriman dan menerimanya dari saya sebagai perbuatan ikhlas bagi saya dan ayah dan ibu saya "Rahimahuma Allah." Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi mengabulkan.

 

Ali Abu Qalam

Ramadan 1437

 

Panduan Bagi Haiwan Halal 13

 

 

Kandungan Kitab

 

Bab Satu: Organisma Ikan dan Laut

 

Pertama: Senarai ikan yang halal dimakan

Kedua: Senarai ikan yang haram dimakan

Ketiga: Senarai hidupan laut yang halal dimakan

Keempat: Senarai hidupan laut yang haram dimakan

 

Bab Dua: Haiwan

 

Pertama: Senarai haiwan yang halal dimakan

Kedua: Senarai haiwan yang makruh dimakan

Ketiga: Senarai haiwan yang haram dimakan

 

Bab Tiga: Burung

 

Pertama: senarai burung yang halal dimakan

Kedua: Senarai burung yang makruh dimakan

Ketiga: Senarai burung yang haram dimakan

 

Bab Empat: Serangga

 

Senarai serangga

 

Lampiran: Senarai ikan-ikan di beberapa negara Arab

 

Sumber-sumber

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: