Halaman

Sabtu, 14 Ogos 2021

Pekerjaan Wanita

 Wanita Dalam Masyarakat >> Pekerjaan Wanita

 

S / Apakah imam (as) menganjurkan penampilan wanita di saluran TV, atau apakah dia (as) lebih suka kita menghindarinya? Apa yang dia nasihatkan kepada wanita yang muncul di saluran TV dalam program-program tersebut dan apa arahan beliau (as) kepada wanita?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.

Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Seorang wanita, seperti seorang lelaki, dapat bekerja dan muncul di media selama dia mematuhi hijab yang diwajibkan.[1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, maulai.

Tuan, bolehkah seorang wanita dalam bidang perubatan menyentuh seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaan, walaupun ada doktor lelaki di sana? Tetapi dengan cara ini, kita tidak akan belajar, dan kadang-kadang mereka memaksa kita untuk memeriksa lelaki dengan alasan bahawa kita bekerja di bidang perubatan secara umum dan bukan hanya untuk wanita. Apa hukummu, tuan? Tuan dan bapaku yang terhormat, saya memerlukan doamu yang murni. Jangan lupakan saya, membina orang-orang yang baik. Saya sangat memerlukan doa tuan.

J /] Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati anda. Dibolehkan dengan memakai sarung tangan, dan juga dibenarkan dengan keperluan, seolah-olah ini adalah satu-satunya cara rawatan. Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan.[2]

_______________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jz 7, hlm.67

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook – hlm. 322

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 112

 

S: Al-Salamu 3alaikum, Saidi wa Maulai.

Saya mempunyai banyak soalan yang melanda saya dalam bidang kerja saya sebagai seorang guru (perempuan).. dan saya berharap mendapat jawapan mengenainya daripada tuan. Kadang-kadang pelajar perempuan melanggar peraturan dengan memakai pakaian yang tidak mematuhi undang-undang, dan setelah diberi amaran berulang kali, kami menarik balik (mengambil) pakaian ini dan yang lain seperti sepit rambut dan gelang. Adakah dibenarkan memusnahkannya atau mesti dikembalikan kepada pelajar atau diserahkan kepada penjaga? Dan sekiranya keperluan itu kekal lama dan pelajar telah keluar, bagaimana kita menangani keperluan tersebut? dan apakah tindakan yang harus diambil sekarang sebelum ianya musnah. Perlukah kami menghubungi pelajar-pelajar ini agar kami dapat membebaskan diri?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati anda.

Oleh kerana ia adalah hak milik peribadi pelajar, maka perlulah ia dikembalikan kepadanya. Kerana ia sudah berlalu, dan ia adalah perkara sederhana, tidak perlu mempertimbangkan apa yang telah berlalu, dan adalah lebih baik sedekahkannya atau mengikut nilai harganya...] [1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, tuan yang dikasihi. Saya mohon kepada Yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa agar memberikan pertolongan dan melalui pertolongan tuan agar menjadikan kami penolong yang baik untuk tuan, wahai Aali Bait Nubuwah. Tuan, berdasarkan pekerjaan saya, ada beberapa wanita yang mungkin terlupa beberapa barang-barangnya (yang dititipkan) pada saya, jadi saya mengasingkannya sehingga mereka kembali nanti. Tetapi ada yang tidak mengambilnya kembali, mengetahui bahawa beberapa barang-barang itu bernilai dan ada juga yang tidak bernilai. Apa yang saya patut lakukan dengannya? Semoga Allah mengekalkan tuan dan melindungi tuan dan kami semua ansar tuan. Saya mohon tuan mendoakannya.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati kamu. Ia patut disedekahkan.] [2]

_____________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook – hlm. 341

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook – hlm. 375

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 113

 

S / Al-Salamu 3alaika, Saidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan. Saya berharap agar Allah AWJ mengabulkan pertanyaan saya dalam masa terdekat. Saya seorang guru di salah sebuah Hauzah yang mengikut salah seorang Marajik dan saya sangat mencintai profesion saya. Saya mengajar Fikih, Sirah dan Akhlaq. Saya berharap dapat terus berada di Hauzah untuk membetulkan beberapa perkara yang secara tidak langsung berkaitan dengan dakwah. Tuan, saya bingung, adakah saya harus tinggal di Hauzah, atau adakah saya harus melepaskan profesion saya? Terima kasih banyak tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati kamu. Fahami dan kajilah dengan segala perinciannya mengenai aqidah yang telah saya jelaskan dan tidak ada halangan jika anda kekal di Hauzah mereka sehingga beberapa ketika. Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan dan pimpinan, Dialah waliku dan Dialah menjaga orang-orang yang sholeh.][1]

 

S / Seorang ansariah bekerja memperbaiki pakaian dengan menjahit, tetapi dia tidak menjahit pakaian baru, melainkan membetulkan pakaian yang dijahit. Wanita dan gadis membawa pakaiannya dan mereka mahu dia membuatnya ketat untuk mereka, dan dengan itu pakaian menjadi ketat yang boleh menggambarkan tubuh, dan ansariah itu merasa dirinya berdosa dengan perkara tersebut. Dia ingin mengetahui hukum syar’ei dari Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Ada juga seorang ansariah yang melukis gambar dengan inai di telapak tangan wanita, dan dia tahu bahawa mereka keluar dengan cara ini ke jalan raya dan memperlihatkan kepada lelaki asing (Ajnabi), dan dia merasa berdosa dengan hal itu, jadi apa hukum dalam syar’ei, semoga Allah merahmati tuan?

J / Tidak ada masalah dengan pekerjaan mereka di atas, dan mereka tidak ada kaitan dengan apa yang orang lain lakukan dengan pakaian atau perhiasan tersebut.] [2]

 

S / Seorang pelukis meminta kanak-kanak perempuan untuk dilukis gambar mereka, dan kadang-kadang dia mengambil gambar mereka untuk menunjukkannya kepada orang lain, dan gambar mereka itu dilukis semasa mereka tanpa hijab di kepala, kanak-kanak perempuan tersebut pula tidak keberatan.

________________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi hlm. 474

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 5, ms 27

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 114

 

Tetapi mereka hanya ingin mengetahui hukum syara’ terlebih dahulu, kerana gambar mereka muncul tanpa hijab dalam lukisan? Adakah ada perbezaannya jika gambar berwarna atau tidak, atau hanya terhad tanpa perincian?

J / [Tidak dibenarkan memaparkan gambar wanita dan dia tanpa hijab.] [1]

 

S / Saya bekerja sebagai jurujual pakaian wanita (abaya dan pakaian yang longgar) dan saya mempunyai potongan yang saya tunjukkan kepada seorang wanita yang bekerja sebagai model fesyen dan berkomitmen untuk memakai hijab dan solekan ringan, tetapi dalam gambar solekan itu jelas kelihatan.

Adakah saya berdosa jika saya menyiarkan gambarnya dan gambar itu dihubungi lelaki dan wanita?

J / [Tidak ada masalah dalam hal itu, bahkan tidak ada masalah jika anda berurusan dengan model yang tidak bertudung (berhijab), dan tidak ada masalah jika anda memutuskan untuk menjual pakaian kepada wanita yang tidak bertudung atau non-muslim.] [2]

_________________________

[1] Jabatan Ilmiah, pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Rajab 24, 1442 A.H. - ke Link siaran

[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan