Halaman

Sabtu, 14 Ogos 2021

Hak wanita untuk mendapat pelajaran

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 105

 

Wanita Dalam Masyarakat >> Hak wanita untuk mendapat pelajaran

 

[Zainab binti Ali (as) adalah seorang alim (berilmu), dan bagi wanita yang beriman patut untuk mengikuti teladannya, adalah perlu untuk mendirikan hauzah yang menjamin pelajaran wanita yang beriman.] [1]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.

Saya menghantar surat ini kepada tuan untuk melengkapkan perjalanan saya dalam meletakkan semua yang saya ada dalam berkhidmat dengan dakwah ini .. Maka sekarang, saya berlindung dangan Allah, saya berada di kelas dua belas dan akan lulus, insya Allah, setelah kira-kira setengah tahun .. Jadi saya suka bertanya kepada tuan, Maulai, bidang (jurusan) apa yang tuan mahukan saya masuk, apa sahaja yang tuan mahukan, kerana kehendak tuan adalah kehendak Allah.. dan saya mohon kepada Allah untuk menjadikan hati kita menjadi pembawa kehendak-Nya .. Saya tidak berusaha melainkan berasa dihormati dapat berkhidmat dangan tuan dan saya akan melalui debu yang diinjak oleh kaki tuan.. Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Semoga Allah memberkati anda dengan segala yang terbaik dan membimbing langkah anda kepada apa yang diredhai-Nya SWT.

Mengenai pelajaran anda, semoga Allah memberikan anda kejayaan, lebih baik tempat yang paling dekat dengan keluarga anda untuk berada di antara mereka. semoga Allah membimbing langkah anda,, Dan lelaki atau wanita yang beriman dapat berkhidmat kepada agama Allah dan menjadi antara mereka yang menyampaikan Risalah Ilahiyah kepada manusia, tanpa mengira pengkhususan duniawi mereka. dan saya harap anda tidak melupakan saya dalam doa anda, semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada anda.][2]

________________

1 - Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi – hlm. 67

2 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet

- Jz 5, hlm. 93

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 106

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as).

Soalan pertama: Saya belajar bidang pergigian di Eropah, dalam kerja dan pengajian itu saya harus menunjukkan seluruh tangan saya dan ianya terikat kepada (curang - Al-3akas)[1], ini tidak dibenarkan menurut hijab syar’ei yang telah diterangkan oleh tuan, saidi wa maulai.

Apa yang harus saya lakukan, jika saya tidak menunjukkan tangan saya, ini melanggar undang-undang di klinik pergigian?

Soalan kedua: Di tempat kerja saya bertemu lelaki dan wanita dan kepalanya mesti dekat dengan perut saya supaya saya dapat bekerja dengan lebih baik. Apa hukum mengenai hal itu dengan memperlakukan lelaki dengan cara ini?

Semoga Allah membalas tuan dengan ganjaran yang terbaik, saidi wa maulai Qaim Aali Muhammad. Saya harap tuan akan menjawab soalan saya, saidi wa maulai, Qaim Aali Muhammad (as).

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Hukum hijab syar’ei wajib dipatuhi, dan tidak dibolehkan mengambil bidang ini jika ia mengarah pada pelanggaran hijab syar’ei. Berkenaan dengan membuka lengan, tidak dibenarkan, dan kaedah penutup yang dapat diterima harus dicari, dan tidak ada masalah dalam merawat lelaki.[2]

 

_____________________

[1] Al-3akas - curang - adalah perkataan yang bermaksud keterikatan.

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi – hlm. 339

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 107

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, bapaku yang tersayang.

Kami minta tuan mendoakan saya, tuan, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan mengenai pengajian saya di Norway, adakah saya harus melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian atau menukar pengajian saya, tuan? Saya berhajat tuan mendoakan saya, bapaku yang tersayang. Saya mohon kepada Allah agar melapangkan tuan dengan segera, dengan haq Muhammad dan keluarga Muhammad (as).

J / Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Selesaikan pengajian anda, tetapi jaga hijab syar’ei anda, masalah membuka lengan tidak diperlukan oleh kolej pergigian di universiti yang berada di kedudukan teratas senarai universiti terbaik di dunia, dan saya sendiri yang memeriksanya, ianya tidak dianggap sebagai syarat yang sah atau mempunyai nilai yang besar, dan saya fikir anda boleh memintasnya atau berbincang dengan profesor atau kolej atau pihak pentadbiran universiti mengenai perkara ini atau mengatur perlindungan tangan yang boleh diterima oleh mereka. [1]

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, bapaku yang tersayang.

Tuan, setahun yang lalu saya mengemukakan soalan syar’ei kepada tuan tentang menunjukkan minat belajar dan bekerja di bidang pergigian. Pada masa itu, tuan, saya cuba bercakap dengan mereka dan meminta mereka penyelesaian tentang melabuhkan pergelangan tangan dan kaki, tetapi mereka menolak, dan tindak balas mereka bahawa tahun depan mereka akan lebih menekankan peraturan ini.

Saya tidak mempunyai jalan penyelesaian selain meninggalkan bidang pengajian di kolej itu. Saya pergi, tuan, ke farmasi, dan saya mohon kepada Allah agar menolong saya dalam bidang ini.

Tuan, saya mengikuti pelajaran khusus tahun ini untuk melayakkan saya ke Universiti Farmasi.

Al-Hamdu Lillah, Allah kurniakan saya kejayaan dalam perkara tersebut. Tuan, ia telah diserahkan kepada universiti.

Saya mohon agar tuan mendoakan saya, wahai bapaku, agar saya memasuki universiti berhampiran dengan kami. Semoga Allah memelihara tuan dan kami, ayahku yang tersayang.

 

_______________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi – hlm. 379

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 108

                                           

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Saya mohon kepada Allah agar mempermudahkan urusan anda untuk kebaikan akhirat dan dunia anda.

Sekiranya anda ingin belajar bidang pergigian, saya rasa ada pilihan lain, dan perkara ini tidak terhad kepada masalah pendedahan atau meninggalkan kajian dalam bidang yang anda ingin belajar dan kerjakan. Terdapat universiti lain, misalnya, yang tidak memerlukan syarat seperti itu, dan ada juga perubatan tapak tangan dan lain-lain. Mengenai pertanyaan anda kepada mereka, saya rasa tidak banyak faedahnya. Anda boleh meletakkannya di hadapan suatu perkara yang tidak dapat dicapai dan mereka akan terpaksa mencari jalan keluar kerana kehadiran anda adalah untuk tujuan pendidikan sementara dan bukan untuk bekerja.] [1]

 

S / Mana yang lebih utama, belajar di Hauzah Mahdawiyah, atau tinggal bersama suami (demi hubungan mesra)? Di Hauzah atau duduk bersama ibu hanya untuk tujuan yang sama seperti sebelumnya?

Menyedari bahawa saya mendapat banyak manfaat dari Hauzah Mahdawiyah yang diberkati, dan mengetahui bahawa mereka berdua tidak beriman dan tidak ada gunanya berbicara dengan mereka dalam bidang dakwah Al-Haq.

J / Tidak wujud pertentangan antara kebaikan dengan suami, ibu atau ibu bapa dan pelajaran, jadi anda dapat menggabungkannya seberapa boleh, Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda kepada apa yang diredhaiNya.[2]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Allahumma shalli 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima

Al-Salamu 3alaika Saidi wa Maulai, Yamani Aali Muhammad (as), Salam atas mu Saidi Wa Maulai. Yamani Aali Muhammad (as) dan pada setiap Ansar. Semoga Allah menjadikan kita teguh atas Al-Wilayah Insya Allah.

Tuan, Saya ada soalan, saya berharap dapat dijawab jika saya berhak mendapatkan jawapannya.

 

_______________

1 - Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi – hlm. 507

2 - Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3, hlm. 46

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 109

 

Soalan saya ialah: Manakah yang lebih baik untuk seseorang gadis berkahwin atau belajar? Apabila seorang ansar melamarnya dia berhenti dari belajar dan berkahwin lebih baik atau menghabiskan pelajarannya? Apabila menolak untuk berkahwin adakah ia satu dosa kerana keengganannya pada auliak Allah dan dia menolak, kerana mereka tidak menerima wanita yang menghabiskan pelajarannya, Bolehkah dia berkahwin dengan yang bukan seorang ansar? Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan seorang winita bukan ansar? Inilah soalan-soalan saya dan saya berharap tuan menjawabnya dan mendoakan saya apa yang tuan lihat sesuatu yang mengislah saya.

J /[Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Jika terdapat percanggahan antara perkahwinan dan meneruskan pelajaran, maka perkahwinan adalah lebih baik bagi wanita, tetapi ia boleh meninggalkan perkahwinan itu dan menamatkan pelajarannya jika dia lebih suka belajar, atau berkahwin dan menamatkan pelajarannya jika tidak ada pertentangan antara keduanya.

Dan wanita yang beriman dengan kebenaran boleh berkahwin dengan seorang yang beriman dengan Imam-imam dan Mahdi-mahdi dari ahli (pengikut) kebenaran, atau berkahwin dengan seorang Islam yang berbeza (bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi. Dan berkahwin dengan bukan mukmin adalah makruh bagi seorang mukminah, adalah lebih baik bagi mereka mengelakkan berpasangan dengan yang bukan mukmin.

Bagi lelaki beriman, dia boleh berkahwin dengan mukminah (ansariah) atau muslimah yang berbeza (bukan ansar) yang tidak menentang dan kekal bermusuh (nasibi) dengan Imam-imam atau Mahdi-mahdi, dan juga dibenarkan untuk beliau berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi Ahli Kitab.

Dan saya bermohon kepada Allah untuk anda kebaikan di dunia dan akhirat, dan menjadikan anda teguh atas kebenaran dan mendokong kebenaran, dan memudahkan urusan anda yang disukai dan diredhai Allah Yang Maha Suci.][1]

__________________

1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet

- Jz 5, hlm 81

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 110

 

Saya ditanya oleh seorang Ansariah dari Republik Iran tentang bekerja di luar rumah, belajar dan menyampaikan dakwah bagi wanita: [1]

C / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati anda.

Anda boleh menulis dalam bahasa Parsi sekiranya anda tidak tahu bahasa Arab

Saya mohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan di perjalanan akademik anda, dan semoga Allah memberikan anda kejayaan di akhirat dan dunia, dan Dialah yang paling penyayang di antara para penyayang.

Tidak ada masalah pada wanita berkerja, tetapi ada masalah apabila mencegah wanita dari pelajaran dan pekerjaan kerana ia menyebabkan masalah sosial dan ekonomi yang besar.[2]

 

S / Seorang pelajar di Fakulti Seni Halus, Jabatan Pendidikan Seni, tidak menyedari bahawa muzik adalah antara subjek pengajian, dan kerana berakhirnya tempoh perpindahan dari satu jabatan ke jabatan lain, dia tidak dapat mengubah jurusannya. Maka apakah hukum mempelajari muzik?

C / [Mempelajari muzik adalah dibolehkan.] [3]

 

__________________

[1]  Kami telah memendekkan soalan agar jelas kepada pembaca.

[2] Ulasan pada Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada: 19 Jun 2018

[3] Jabatan Ilmiah, pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 1442 H - Link ke siaran

 

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan