Halaman

Khamis, 26 Ogos 2021

Nasihat untuk ibu

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 212

 

Keibuan Dan Didikan >> Nasihat untuk ibu

                           

S / Saya menyampaikan surat saya kepada tuan dari seorang ibu yang dizalimi: Saya menderita kemurungan psikologi yang teruk, ketika berusia 60 tahun, dan keadaan kesihatan saya buruk, dan saya mengidap beberapa penyakit pada usia tua saya. Allah SWT telah menganugerahkan kepada saya dengan empat orang anak perempuan yang melelahkan untuk membesarkan mereka dan menjaga keselesaan mereka, dan saya telah berusaha sekuat tenaga untuk mencari jalan agar mereka dapat menenangkan dan meyakinkan, dan saya telah berjuang untuk memberi pelajaran sehingga mereka memperoleh ijazah lebih tinggi, dan Al-Hamdu Lillah mereka sudah berkahwin, saya tidak mahu memanjangkan kata-kata saya. Saya menyampaikan masalah saya kepada tuan: Saya mengadu tentang anak perempuan saya yang lebih tua dan dia adalah seorang doktor akademik, dia sudah berkahwin, Al-Hamdu Lillah, hidupnya selesa, dan keadaan kewangannya sangat baik. Dia enggan menolong saya kerana saya memerlukan rawatan dan ubat-ubatan, dan saya mempunyai keperluan makanan dan minuman harian saya, dan keadaan kami sukar, dan dia menolak dari menolong saya, yang membuat saya melepaskan maruah saya sebagai seorang ibu untuk mengambil sebahagian kecil daripadanya. Begitu juga dia susah untuk bertanya pada saya tentang penyakit saya. Apa yang perlu saya lakukan pada Allah, pada tuan? Saya mengharapkan bantuan, dan apakah hukum dalam agama Islam?

[Dengan hak berkat tuan doakanlah untuk saya supaya anak perempuan saya dengan rela hati membina rumah untuk saya dan membawa saya bersama-sama dengan anak-anak perempuan saya, dan menghapuskan dari kami kejahatan orang-orang yang mencari kepentingan keduniaan mereka, dan saya sedang menunggu kelapangan dari Allah Taala, dan saya yakin dengan jawapan tuan.]

J / Budaya manusia berlaku untuk orang yang berterima kasih kepada orang yang telah memberikan layanan (berjasa) kepadanya, jadi bagaimana jika ada banyak darah dan tanpanya orang ini tidak akan dapat bertahan hidup, dan bagaimana jika keadaan seseorang pada masa mereka melaksanakannya dia menjadi tidak mampu sepenuhnya, Yang paling kurang dan dapat diingat oleh seseorang ialah ibu bapanya menjaganya ketika dia masih muda, sehingga dia harus membalas budi kepada mereka berdua, dan dia menganggap mereka berdua sebagai orang yang berhak diberikan terima kasih, dan memberi balasan kepada mereka berdua dengan kebaikan dan kebajikan..

Firman Allah:

﴿وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 213

 

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".[1]

Saya mohon kepada Allah agar meluruskan urusan anda, dan mengasihani hati sebahagian dari anda kepada sebahagian yang lain, dan Dialah Yang Maha Penyayang dari para penyayang.] [2]

 

S / Tanggungjawab keibuan, seperti memdiamkan anak, menyusui dan melindunginya, sering kali bertentangan dengan kewajiban menjaga sholat pada awal waktunya, dan kadang-kadang wanita itu diberi pilihan pada waktu yang sempit (suntuk) antara memenuhi keperluan mendesak anaknya atau melaksanakan kewajipan pada waktunya. Jadi bagaimana seorang wanita harus lakukan dan yang mana satu patut didahulukan?

J / Sesiapa yang menginginkan sesuatu, sediakan tempoh menunggu untuknya. Sebagai contoh, jika seorang wanita ingin menunaikan sholat Dzohor pada awal waktu, dan takut bayi akan meminta penyusuan pada awal waktu sholat, dia dapat menawarkannya susuan setengah jam sebelum masuk waktu sholat dan begitu juga dengan perkara-perkara lain. Tetapi sekiranya masalah itu tidak disengajakan, sudah pasti dia mesti memastikan keadaan bayinya stabil dan kemudian pergi bersholat; Kerana jika tidak, dia mungkin sibuk memikirkan keadaan bayinya yang bermasalah semasa sholatnya.][3]

                        

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim.

Maulai, anak perempuan saya yang berusia dua tahun sentiasa terkejut dan takut-takut, jika boleh tuan berikanlah saya pelindung atau doa untuk menstabilkan keadaannya, Adalah diketahui keadaan ini berlaku sejak 3 bulan lalu. Apabila ia berlaku, kami membaca ayat-ayat zikir tetapi keadaannya masih sama, Saya harap saya tidak akan membebankan tuan dengan permintaan saya. Maulai, Saya harap tuan dapat doakan agar mengukuhkan kami di atas kebenaran dan berdoa kepada Allah agar mempercepat kelapangan tuan; kerana tuanlah yang mempersiap kezuhuran Maulana Shohib Al-3ashar (Semoga Allah mempercepatkan kemunculan semula beliau).

              

_________________________

[1] Surah Al-Ahqaf: Ayat 15

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 2 h 27

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, h 9

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 214

 

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Tuliskan dengan Al-Za’faran (sejenis air kunyit) pada kertas putih ayat Ayat Al-Kursiy dan juga Ayat Al-Sukhrah [Surah Al-A3raaf 7:54,55 dan 56].dan masukkan ianya ke dalam beg plastik untuk melindunginya dari kemungkinan terkena sebarang najis dan gantungkan pada pakaiannya jika mungkin atau letakkan di bawah kepalanya. Ayat Al-Kursiy diketahui, dan Ayat Al-Sukhrah ada dalam [Surah Al-A3raaf 7:54,55 dan 56]..

﴿إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ *‏ ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ *‏ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ﴾

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam * Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas * Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. .

Dan juga sentiasa membaca untuknya Surah Al-Tauhid dan Al-Mu3auwizhatain (Surah Al-Falaq dan Surah Al-Nas) terutama pada waktu malam. Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.][1]

 

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menganjurkan ibu-ibu tersebut, dengan mengatakan:

[Pastikan untuk mengimunisasi (mememberikan pelalian) anak anda dari kejahatan manusia dan jin dan dari setiap binatang dengan Al-Quran dan doa, kerana ketika dia tidur setiap malam, dia dibentengi dengan Al-Mu3auwizhatain dan Ayat Al-Kursi, dan cuba membuatnya membacanya bersama anda dan dengan berlalunya hari dia akan menghafalnya.

Ketika seorang anak keluar dari rumah ke sekolah, misalnya, ajarkan dia mengucapkan Zikirullah, sehingga dia akan memiliki kebiasaan ketika membesar setiap kali kali dia keluar dari rumah dengan Zikirullah. Dan memadai anda boleh mengatakan, Ya Allah, setiap kali dia keluar.

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, h 109

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 215

 

Mengingati Allah (Zikirullah) bukan sahaja memperbaiki akhirat anak anda, tetapi dengan Zikirullah akan melindungi anak anda diri anda di dunia dari kejahatan manusia dan jin dan dari semua kejahatan, dan anda semua mengharapkan keselamatan anak-anak anda, dan saya berpendapat bahawa amalan yang bernilai ini dapat dilaksanakan oleh setiap orang.][1].

 

_____________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - h 76

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan