Halaman

Sabtu, 28 Ogos 2021

Hukum-hukum Syari’ah

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 216

 

Keibuan Dan Didikan >> Hukum-hukum Syari’ah

 

S / Tuan anak saudara perempuan saya berumur sepuluh tahun, dan puasa wajib atasnya. Dia tinggal di Amerika, dan siang hari panjang bagi mereka. Dia sangat lemah dan tidak mempunyai cukup tenaga untuk melawannya. Dia bahkan tidak dapat bercakap. Kakak saya memberitahu saya bahawa dia sangat letih dan sedang meningkat remaja, adakah dia harus berpuasa? Adalah diketahui bahawa ayahnya tidak menerima bahawa dia berbuka puasa, dan ibunya melihat keadaannya.

J / [Secara amnya, puasa tidak membahayakan, insya Allah. Saya juga mempunyai anak perempuan berusia sembilan tahun yang fizikalnya tidak kuat dan dia berpuasa, dan Al-Hamdu Lillah. Secara amnya, jika anda yakin bahawa berpuasa membahayakannya, dia boleh berbuka puasa dan qadha’ (ganti) pada waktu yang lain.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Bapaku .. Salah seorang ansariah mengemukakan soalan ini, memohon kepada Allah agar diberikan jawapannya. Soalan: Ketika saya dalam keadaan tidak suci, saya berdiri seperti sholat di depan anak perempuan kecil saya kerana dia selalu bersholat dengan saya, tetapi saya tidak mengulangi ucapan sholat, saya hanya berselawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad semasa melakukan semua perbuatan sholat ini. Adakah ini dibenarkan?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Semoga Allah memberkati kamu. Ia dibenarkan.] [2]

 

S / Kami mengetahui dari imam bahawa boleh mencium tangan ibu bapa dan anak-anak kecil. Adakah hal itu juga dibenarkan bagi saudara lelaki dan perepuan dan mu’alim, yakni dibenarkan mencium tangan orang-orang bukan ulamak?

J / [Hindarkannya, semoga Allah memberi anda kejayaan dan membimbing langkah anda, kerana ini adalah sunnah yang buruk dan sering menimbulkan kesombongan, Sebaliknya, orang tua, anak lelaki, isteri dan suami, memandangkan jarak fizikal mereka, tidak mungkin mencium tangan ayah, ibu, anak lelaki, suami atau isteri akan menjadi penyebab kesombongan mereka.] [3]

 

_________________________

[1] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - h 296

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - h 394

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 34

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 217

 

S / Pada usia berapa dilarang bagi ibu bapa untuk melihat bahagian peribadi anak-anak mereka?

J / [Ibu bapa seharusnya tidak melihat bahagian peribadi anak mereka - anak-anak kecil - kecuali sejauh mana keperluan pembersihan dan seumpamanya. Jika anak dapat membersihkan diri dari kekotoran dan mencuci dirinya dan memakai pakaiannya sendiri tanpa memerlukan pertolongan ibu bapa, maka ibu bapa harus mengelak daripada memandang peribadi bahagian anak kerana tidak ada keperluan.][1]

 

S / Apakah isteri wajib menjaga anak, membersihkannya, memberinya makan dan memperhatikannya, dan jika dia tidak melakukannya, dia berdosa, seperti mana dia berdosa kerana tidak perkenankan permintaan suaminya seboleh mungkin?

Dan bagaimana jika dia memutuskan untuk belajar atau bekerja, bahkan selama beberapa jam, apakah ia menjadi kewajiban suami di sini untuk menjaga anak kerana dia tidak akan dapat melakukannya, atau apakah ia kewajiban suami?

Adakah hak penjagaan adalah tanggungjawab isteri atau tanggungjawab suami, dan jika isteri melakukannya ia adalah secara mustahab seperti memasak dan membersihkan rumah suaminya?

J / Perhatian pada anak-anak adalah kewajiban bagi kedua pasangan, dan masing-masing mengikut waktu yang ada padanya. Sekiranya suami bekerja dan isteri tidak bekerja, maka bahagiannya dalam menjaga anak adalah yang lebih besar.

Adapun melakukan pekerjaan rumahtangga perkahwinan, walaupun ia bukan kewajiban dalam akad nikah, tetapi dia harus melakukan bahagian pekerjaan yang berkaitan dengan kehidupan isteri sendiri. Contohnya, dia harus membersihkan rumah di mana dia tinggal di dalamnya begitu juga isterinya yang tinggal bersamanya harus memasak untuk dirinya sendiri dan anak-anaknya ... dll.][2]

 

____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh – Al-Taharah, hlm.11

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 5, hlm. 24

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 218

 

S / Al-Salamu 3alaikum Saiyidi Yamani Aali Muhammad Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Saya ada soalan, tuan, dan saya harap mendapat jawapan daripada tuan. Mengenai menonton drama bersiri dan filem-filem, sama ada dalam bahasa Arab atau asing, seperti Turki, Hindi atau Inggeris. Karya-karya ini biasanya: bersiri-siri, terutama bahasa Turki, episodnya panjang dan banyak pula episodnya. Maksudnya, banyak masa terbuang untuk mengikutinya. Ia tidak mengandungi idea sosial yang penting dan berguna. Ia menunjukkan perkara-perkara negatif dalam masyarakat, politik, sains fiksyen, tetapi mengandungi apa jua jenis cerita seperti di atas. Karya-karya tersebut biasanya mengandungi: Wanita yang tidak senonoh, bersekedudukan intim, berpakaian pornografi, hubungan cinta yang tidak syar’ei, percampuran antara lelaki dan wanita yang tidak terkawal oleh peraturan syari’ah. Sindiran, tanda, dan pandangan terlarang antara lelaki dan wanita. Dan menzahirkan semua atau beberapa perkara ini disebutkan dalam kejadian semula jadi dan kejadian berulang. Maksudnya, mempersembahkannya sebagai perkara semula jadi dan karya itu tidak dikritik.

Adakah dibenarkan menonton karya-karya ini?

Adakah hukumnya berbeza di antara sama ada penonton adalah lelaki atau wanita, anak-anak lelaki atau perempuan, berkahwin atau tidak, Seorang remaja yang mudah terpengaruh kepercayaannya dan fikirannya atau orang dewasa kurang terpengaruh. Apakah kewajipan ibu bapa terhadap anak-anak mereka sekiranya mereka menonton karya ini? Saya harap mendapat jawapan penuh, tuan, Wahai yang dirahmati Allah, dan saya mohon maaf kerana terlalu panjang.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah memberkati anda

Dari sudut hukum syar’ei, menonton filem atau drama bersiri di atas adalah dibolehkan (mubah) selagi tidak ada apa-apa di dalamnya yang menimbulkan rangsangan seksual.]

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 219

 

Saya faham bahawa kita boleh membiarkan anak-anak kita tidak menonton siri dan filem ini? Bagaimana kita membuang bahaya dari mereka?

Semoga Allah memberkati anda

Saya telah memberi anda hukum syar’ei di atas, tetapi jika anda mahukan nasihat saya, tentunya lebih baik mengarahkan anak-anak anda belajar, meneliti dan membuat kerja-kerja bermanfaat sebanyak mungkin, dan jangan biarkan mereka membuang masa mereka.

 

S / Allahumma Shalli 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsira. Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh Wahai bapaku, saya bermohon kepada Allah agar tuan dan keluarga tuan yang diberkati dalam keadaan baik dan sihat dan semua orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, insya Allah, dan untuk menganugerahkan dengan pembukaan yang nyata, insya Allah.

Adakah dibenarkan untuk menyanyikan lagu-lagu untuk kanak-kanak (bayi) baru lahir? Atau kanak-kanak secara umum? Wal-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Lagu-lagu dengan muzik secara umum tidak dibenarkan, tetapi jika kamu maksudkan ibu-ibu yang mendodoikan (melagukan) untuk anak-anak mereka, maka tidak ada masalah dengannya.][2]

 

S / Bayi perempuan saya berumur 5 bulan dan saya ingin tahu tempoh awal melengkapkan penyusuan, adakah ia tidak diberi makanan selain susu untuk tempoh dua tahun? Dan saya juga berharap yang membolehkan saya ya tuan, adalah untuk

 

______________________

[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 17 Jun 2018

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 66

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 220

 

menyeru suami saya dan saudara-saudara saya di negara ini, dan bagi saya dengan kemuliaan diri tuan yang bersih dan suci, bahawa tuan ahli semua yang terbaik. Segala puji bagi Allah semata-mata.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Anda boleh memberi dia makanan dan Allah memberkati anda padanya, tetapi adalah makruh (dibenci) bagi ibu yang menyusukan bayinya dari susunya ketika dia sedang hamil, dan saya bermohon kepada Allah memberikan anda kejayaan bagi semua yang baik dan menjauhkan anda dari segala yang jahat di dunia dan di akhirat, dan Allah memberikan pertolongan kepada anda dengan pertolongan yang bernilai dan pertolongan anda kepada agamaNya.][1]

 

S / Perkara ini sering berlaku di kalangan sebahagian orang kerana tidak mengetahuinya, iaitu: Sekiranya seorang ibu menyusui anaknya atau anak perempuannya dengan neneknya (ibu kepada emak) menyusu sepenuhnya hingga kenyang, apakah ini menyebarkan keselamatan (perlindungan) antara bapa susuan dan ibunya?

J / Tidak terbit dalam keadaan yang disebutkan di atas, tetapi yang lebih utama meninggalkan perkara sedemikian.][2]

 

S / Seorang wanita datang kepada saya dan dari penampilannya diketahui dia berkelakuan buruk dan penzina, menghisap dadah dan melakukan semua perkara terlarang dan tidak ambil peduli. Dia meninggalkan bayi perempuan berusia satu bulan, iaitu meninggalkannya kepada isteri saya, dan ibu bayi itu pergi selama berbulan-bulan. Bayi perempuan itu dibesarkan bersama saya dan sekarang dia berusia 8 bulan dan kami semua berteman dengannya, Adakah saya boleh memelihara anak ini dan memberikan sijil ke rasmi supaya dia tidak akan kehilangan pelajaran dan lain-lain pada masa hadapan, adalah diketahui bahawa ibunya datang menemuinya beberapa kali dan dia membiarkannya dibesarkan dan tidak mengambilnya kerana dia tinggal di jalanan dan tidak mempunyai tempat perlindungan?

                          

________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Jz 3, hlm. 76

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 5, hlm.22

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 221

 

J / Masalah membesarkannya dan mendaftarkannya dengan sijil rasmi tidak ada masalah padanya, tetapi mesti juga ada kenyataan mengenai keadaannya dan bahawa dia bukan anak perempuan Salibiyah (Kristian), tetapi dia adalah anak angkat dan perlu untuk memelihara hak-hak waris.][1]

 

S / Adakah ayah atau ibu boleh meminta anak perempuannya yang sudah berkahwin semasa dia berada di rumah suaminya untuk membayar sejumlah wang secara paksa, dengan menuntut hak untuk membesarkan mereka semasa dia berada di rumah mereka?

J / [Dia tidak wajib membayar apa-apa.][2]


________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, hlm. 49

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Rajab 24, 1442 H - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan