Halaman

Ahad, 29 Ogos 2021

Hukum Bersuci (Thaharah)

 Hukum Bersuci (Thaharah)

 

·               Ghusl dan berwuduk

·               Haidh dan istihaadah

·               Mengenai wanita yang sudah berkahwin

·                Perempuan Simpanan

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 233

 

Mandi dan berwuduk

 

Soalam 760 / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai Ahmad, dan semoga Allah menempatkan tuan di bumiNya secepat mungkin dan semua ansar yang terhormat.

Soalan: Apa hukum celak jika cair atau kering, bolehkah berwuduk dengannya? Apakah hukum seseorang yang memakai celak dan menghabiskan waktu lama untuk membuang celak, dan dia mungkin terlepas sholatnya dan terpaksa qadha sholatnya disebabkan perkara ini? Dia bersusah-payah supaya dirinya tidak terdapat titik yang sangat kecil sehingga dia hampir tidak dapat melihat apa-apa kecuali dengan fokus yang kuat, dan kemudian mata menjadi merah dan disertai dengan rasa sakit. Apakah hukum mengenai celak yang ada di dalam kelopak mata (tempat di mana kelopak mata atas dan bawah bertemu) adakah perlu menghilangkannya untuk berwuduk? Dan maafkan kami, tuan, atas kekurangan kami di sisi Allah AWJ dan hak tuan , dan semoga Allah membalas tuan dengan kebaikan dan semoga Allah menyokong tuan dengan kemenangan yang cepat dan hampir, dan Washalla Allahu 3alaika Wa 3ala Aalaka .

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Tasliman Katsiraa.

Celak, sama ada cair atau kering, tidak merosakkan sah wudhu melainkan melanggar kawasan bulu mata dengan cara yang melebihi tahap sederhana. Sekiranya celak digunakan dengan cara semula jadi (biasa), tidak wajib menghilangkannya untuk berwuduk.

 

S / Seorang wanita mengatakan bahawa dia adalah seorang pelajar Hauzah dan bertanya tentang dalil ilmiah mengenai suatu masalah yang dihidapinya, adalah diketahui bahawa dia bertanya pada para fuqahak akhir zaman tentang hukum Fiqah dan keterangan ilmiah kerana fenomena (gejala) ini ada padanya, dia berkata: Saya dapati keluar

                         

________________________

1 - Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 96

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 234

 

udara selepas berwuduk, tetapi dari arah depan (qubul) dan bukan dari belakang (dubur), maka apakah hukum syar’einya dan apakah huraian ilmiah mengenai fenomena (gejala) ini?

J / [Hukum syar’einya bahawa ia tidak membatalkan wudhuk.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Bapaku tercinta. Saya mohon kepada Allah agar tuan dan keluarga tuan yang mulia dalam keadaaan baik. Tuan, saya mempunyai soalan yang datang dari Allah untuk meminta kami mendapat jawapan. Tuan, ada inai yang terlukis di anggota tubuh, tetapi mengandungi nisbah pewarna (celupan). Adakah boleh berwuduk dengannya atau dianggap sebagai penghalang? Semoga Allah memberi tuan ganjaran yang terbaik, dan kami mohon kepada Allah agar melindungi tuan dan mempercepat penempatan tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, semoga Allah memberkati kamu. Ia tidak dianggap sebagai penghalang selagi ia telah mewarnakan kulit itu sendiri.][2]

 

S  / Kerana keadaan perubatan tertentu pada wanita hamil, cairan air mengalir keluar dari rahim, kemungkinan besar cairan yang mengelilingi janin berada di dalam rahim, dan waktu pembuangannya sekali di akhir pada bulan ketujuh kehamilan, dan sekali lagi pada pertengahan bulan kelapan. Persoalannya ialah: Apakah hukum cairan ini dari segi najis atau kesuciannya?

J / Suci.][3]

 

S / Saya baru sedar di bawah kuku saya ada noda dari pewarna kuku yang telah wujud sejak dua minggu lalu, Adakah saya perlu mengulang sholat dan bersuci (mandi) saya, dan pada hari ini saya berpuasa. Adakah diterima puasa saya atau telah batal?

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 119

[2] Kitab Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - h 385

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, h 7

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 235

 

J / [Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Tidak wajib mengulang ghusl (mandi) dan wudhuk, sholat dan puasa adalah sah, dan secara amnya air tidak wajib sampai ke bawah kuku.][1]

     

S / Seorang gadis yang (kembali) suci pada waktu malam dalam bulan Ramadan, tetapi dia tidak dapat melakukan ghusl kerana malu pada ayahnya atau saudara-saudaranya, adakah dia harus melakukan ghusl, atau adakah dia boleh berbuka puasa? Hal yang sama berlaku untuk hukum-hukum istihaadah, jika seorang gadis tidak dapat ghusl pada waktu fajar dengan alasan yang sama, apakah penyelesaiannya?

J / [Malu bukanlah alasan untuk tidak melakukan ghusl, tetapi secara umumnya jika seseorang tidak dapat membersihkan dirinya dengan air, dia tukar (gantikan) kepada tanah (debu), iaitu tayammum.] [2]

 

S / Sekiranya matahari terbit dan seorang wanita mula istihaadah pada waktu pagi (dhuha) atau tengah hari dan tidak melakukan ghusl, adakah puasanya batal?

J / [Jika dia melanggar ghusl (mandi) wajib, puasanya tidak sah, dan inilah yang saya sebutkan dalam "Al-Syarai3". Dan jika tidak melanggar ghusl (mandi) wajib, maka puasanya sah, dan ghusl (mandi) wajib untuk suci dari istihaadah diperincikan dalam "Al-Syarai3".][3]

 

S / Adakah wanita yang sedang haid boleh mengambil ghusl pada ghusl hari Jumaat?

J / [Ya, ia dibenarkan dan dia diberikan ganjaran sebagaimana diberikan ganjaran kerana mengingati (berzikir) Allah dan untuk dia duduk di tempat solatnya.][4]

 

__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 63

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, hlm. 6

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, hlm. 14

[4] Kitab Soal-Jawab Fiqh - - Al-Thaharah, hlm.18

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 236

 

S / Apa hukum wanita yang melambatkan ghusl haid hingga terbit fajar pada bulan Ramadhan, dan dia berniat melakukan ghusl?

J /] Sekiranya ada alasan seperti tertidur sekali, maka dia mandi selepas fajar, dan puasanya sah.][1]

 

S / Sekiranya rambut wanita yang panjang dan ditenun (dijalin)), maka semasa mandi wajib, wajibkah air sampai ke seluruh rambutnya sehingga air itu meresap ke seluruh tisu rambut?

J / [Rambut mesti disesuaikan sehingga air mandian meresap, sehingga anda tahu secara umum bahawa air sampai ke semua helaian rambut. Dan anda tidak wajib memastikan bahawa air itu sampai ke semua rambut di kepala.][2]

 

_________________________

[1] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Muharram 25, 1442 H. - Link ke penerbitan

[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan