Halaman

Rabu, 9 Jun 2021

Mengenai Wanita: S 101 - 114

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3


Mengenai Wanita: 


S 101 / Terdapat sejenis alat sonar yang dimasukkan ke dalam perut wanita, dan ia berisi kamera untuk melihat di dalam rahim dan keadaan ovari untuk mengenal pasti (diagnos) penyakit. Soalannya:

1. Adakah wanita beriman boleh menjalani ultrasound seperti itu jika doktor wanita menjalankannya?

2. Sekiranya dibolehkan, adakah wanita tersebut perlu berbuka puasa?

J / Dibolehkan jika doktor wanita melakukan pemeriksaan, dan tidak membatalkan puasa, apabila memasukkan alat pemeriksaan ke dalam saluran kemaluan itu sendiri.

 

S 102 / Apakah hukum penggunaan kosmetik wanita, adakah boleh meletakkannya atau meletakkannya sedikit dan keluar dengannya di luar rumah? Adakah hukumnya berbeza antara wanita yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin?

J / Memakai make-up (kosmetik) dan keluar dengannya di hadapan bukan muhrim dan suami tidak dibenarkan, dan tidak ada perbezaan hukum sama ada wanita itu sudah berkahwin atau tidak.

 

S 103 / Adakah diperbolehkan menghiasi dirinya (bersolek) untuk orang lain selain suami, seperti orang luar dan bukan muhrim?

J / Wanita boleh menghiasi dirinya di hadapan suami dan muhrimnya, seperti bapanya, dan tidak dibenarkan baginya untuk menghiasi dirinya di hadapan bukan muhrim.

 

S 104 / Adakah wanita diperbolehkan pergi berziarah para imam (as) dengan berjalan kaki?

J / Hal ini dibenarkan jika jalan tersebut selamat dan tidak ada rasa takut untuk mendedahkan penutup (kepala) dan seumpamanya.

 

S 105 / Sudah menjadi hal biasa pada zaman kita bahawa doktor mencadangkan agar wanita menggunakan anestesia epidural[a] (bius) ketika melahirkan anak untuk mengurangkan kesakitan. Apakah nasihat tuan untuk melakukannya, atau adakah ini mengambil sebahagian daripada upah untuk kelahiran anak itu, seperti yang dijelaskan?

J / Sebaiknya dielakkan jika tidak perlu (dharurat).

 

S 106 / Apa hukum membuka wajah (muka) wanita di negara yang menutupinya, dan adakah membuka wajah lebih baik atau menutupinya, dan apakah Al-Zahraa’ (as) menutup wajahnya?

J / Dibolehkan menampakkan wajah (muka) bagi seorang wanita, dan Al-Zahraa’, shalawatu Allah 3alaiha, tidak menutup wajahnya, dan bahkan Nabi Muhammad (S) tidak memerintahkan isteri-isteri baginda menutup wajah mereka. Ya, wanita di Semenanjung Arab biasa menutup wajah mereka ketika melakukan perjalanan, bukan atas alasan syar’ei, tetapi kerana panas terik matahari. Adapun di negara atau masyarakat di mana menutup wajah adalah lazim, lebih baik menutupnya dengan mempertimbangkan kebiasaan yang berlaku, tetapi itu bukan suatu kewajiban. Tidakkah anda melihat bahawa seorang wanita semasa Haji membuka wajahnya, jika ia adalah suatu kewajiban atau mustahab, tentulah ia sangat perlu (wajib) atau sangat mustahab semasa dia mengerjakan Haji dan dalam keadaan beribadah dan di antara kumpulan lelaki yang ramai. Islam, memberikan peranan penuh kepada wanita, dan menutup wajah adalah halangan bagi banyak pekerjaan yang dapat dilakukan oleh wanita dan menjadikannya lebih sempurna di mana mereka memberikan perkhidmatan yang besar kepada masyarakat.

 

S 107 / Saya seorang wanita hamil dan darah telah turun dengan kesakitan yang amat sangat, dan saya tidak tahu sama ada janin di dalam perut saya mati atau tidak, dan saya tidak dapat pergi ke hospital untuk memastikan bahawa dia sudah mati, dan dia masih di dalam perut saya. Apa yang harus saya lakukan berkaitan dengan sholat dan puasa??

J: Anda mesti sholat dan berpuasa.

 

S 108 / Adakah wanita boleh bekerja di tempat bercampur, dan adakah hukumnya berbeza antara persetujuan suami dan penolakannya? Menyedari bahawa dia memerlukan gaji hasil dari kerjanya, dan bahawa suaminya menyediakan kemudahan untuk kehidupan yang layak, dan dengan ketiadaannya di rumah akan mengundang pendedahan aurat anaknya yang baru berusia empat tahun.

J / Wanita bekerja dibenarkan dan tidak ada masalah dengannya, dan jika suami tidak membenarkan dia bekerja dan menjamin kehidupannya, tidak dibenarkan baginya untuk tidak mematuhinya dan meninggalkan rumah tanpa izinnya.

 

S 109 / Saya mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 12 tahun, dan, Al-Hamdu Lillah, dia beriman dengan Al-Haq dan ingin mematuhi syari’at Allah SWT, dan saya sudah lama mengatakan kepadanya bahawa dia mukallaf (diberati syarak) sejak umur sembilan tahun mengikut tarikh Hijriah, dan dia ingin memakai tudung (Jilbab), tetapi ayah dan ibu saya sangat keberatan, dan setiap kali perkara ini dibincangkan, pertengkaran besar akan berlaku, dan jika saya tahu bahawa dalam pendirian lain dari nasihat sebelumnya, pada saudara-saudara lelaki dan perempuan untuk tidak membiarkan tindakan mereka menghalang manusia daripada dakwah, tetapi saya tidak tahu apa hadnya? Hijab adalah wajib dan ia adalah Syari’at Allah, dan juga kita ketahui bahawa dalam Al-Quran Al-Karim Allah berfirman:

﴿وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۖ وَإِن جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۚ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾.

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kamu kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Adakah kita terus berbincang dengan mereka (yang setiap kali menimbulkan pertengkaran), atau apakah ada cara lain untuk meyakinkan mereka, atau hanya memakainya dan meletakkannya di depan peristiwa yang telah terjadi (seperti yang terjadi pada saya)?

J / Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dan keluarga anda dan memberikan anda yang terbaik untuk akhirat dan dunia. Dialah pelindungku dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh. Jangan tertunggu-tunggu untuk taat kepada Allah atas pendapat orang tua anda, tetapi berbuat baiklah kepada mereka dan atas pendapat mereka dalam apa jua keadaan. Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda. Pakailah tudung (Hijab) dan, insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan anda untuk kebaikan akhirat dan dunia anda.

 

S 110 / Saya menderita masalah terhadap suami saya mempunyai sikap buruk, mengambil dadah dan tidak sholat, dan saya menasihatinya, tetapi tidak berjaya. Apa yang anda nasihatkan untuk saya lakukan?

J / Sekiranya dia mengambil dadah dan tidak sholat, beri nasihat kepadanya. Sekiranya nasihat itu tidak diendahkannya, maka mintalah sebahagian orang yang beriman untuk menasihatinya, mungkin Allah akan memperbaikinya dan membimbingnya untuk beriman. Sekiranya anda mendapati bahawa anda menemui jalan buntu dan anda ingin berpisah dengannya, ini adalah urusan anda dan ia adalah hak anda. Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dalam usaha anda dan Dialah Maha Penyayang di antara para penyayang.

 

S 111 / Seseorang memukul isterinya dengan teruk sehingga kesannya terlihat pada tubuhnya, begitu juga dengan anak perempuannya, kerana menolak pertunangan anak perempuannya. Apakah dikenakan diyah (denda) kepadanya, atau apa hukum kerana memukul?

J / Dia harus meminta pengampunan atas apa yang dia lakukan. Bagi diyah, orang yang menjadi mangsa boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Syariah untuk melihat apakah ada sesuatu yang patut dikenakan diyah atau tidak.

 

S 112 / Adakah boleh mengambil gambar wanita dengan kepalanya yang tidak ditutup dengan tujuan membuat pasport, adalah diketahui bahawa ini adalah syarat dari negara di mana mereka berada?

J / Jika dia dipaksa untuk mengambil gambar dan hijabnya adalah rambut palsu atau rambut sintetik di kepalanya, dan tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk mendedah kepalanya di hadapan orang asing.

 

S 113 / Saya tahu bahawa solekan dilarang, sekiranya terdapat kecacatan pada kulit dan untuk menghindarkan muka dari diperhatikan, terpaksalah saya menutupi kecacatan dengan krim asas ringan di tempat-tempatnya untuk mengelakkan rasa malu. Adakah itu dibenarkan?

J / Dibenarkan.

 

S 114 / Mana yang lebih utama, belajar di Hauzah Mahdawiyah, atau tinggal bersama suami (demi hubungan mesra)? Di Hauzah atau duduk bersama ibu hanya untuk tujuan yang sama seperti sebelumnya?

Menyedari bahawa saya mendapat banyak manfaat dari Hauzah Mahdawiyah yang diberkati, dan mengetahui bahawa mereka berdua tidak beriman dan tidak ada gunanya berbicara dengan mereka dalam bidang dakwah Al-Haq.

J / Tidak wujud pertentangan antara kebaikan dengan suami, ibu atau ibu bapa dan pelajaran, jadi anda dapat menggabungkannya seberapa boleh, Semoga Allah memberi kejayaan kepada anda dan membetulkan kesilapan anda ke apa yang diredhaiNya.

 

__________

[a] Anestesia epidural merupakan satu cara untuk memberi anestesia dengan menyuntiknya ke dalam ruang epidural tulang belakang. Ia menghalang isyarat sakit daripada sampai ke otak. Ia adalah satu kaedah mengawal/melegakan kesakitan yang biasa digunakan oleh wanita ketika melahirkan bayi. Epidural dilakukan oleh seorang pakar bius.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan