Halaman

Isnin, 14 Jun 2021

Mengenai Perkahwinan Kekal Dan Sementara: S 115 - 141

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 3

 

Mengenai Perkahwinan Kekal Dan Sementara;

 

S 115 / Adakah sah menjalankan akad nikah – kekal (Al-Daim) atau sementara (Al-Munqata’) - melalui telefon atau program sembang terkenal di Internet seperti Paltalk dan seumpamanya, dan saksi-saksi dan pasangan bakal suami isteri hadir di bilik peribadi dan akad dilaksanakan?

J / Dibolehkan jika ada pengenalan lengkap sebelumnya dari suami dan isteri pasangannya, baik dalam rupa atau nama, atau dengan cara untuk mengenal pasti yang membezakan seseorang dari orang lain dari jantina, dan saksi juga diperlukan untuk mempunyai bukti pengenalan setiap pasangan, sama ada kemampuan mereka untuk pengenalan atau maklumat pengenalan yang berguna seperti nama dan rupanya, begitulah halnya pada isytihar (mengumumkkan).

Perkara-perkara ini biasanya terdapat dalam akad (perjanjian) antara dua pasangan yang saling bertemu dan dalam masyarakat tempat mereka tinggal; kerana orang yang menjadi saksi atau orang-orang yang mengisytihar mengetahui pasangan dan mengenalinya, tetapi jika akad itu dilakukan melalui komunikasi jarak jauh seperti telefon dan Internet, ia mesti diperhatikan dan memastikan bahawa setiap orang mempunyai maklumat yang cukup untuk dikenalpasti.

Ada perkara yang harus diperhatikan, iaitu mendokumentasikan akad (perjajian) perkahwinan secara bertulis lebih baik daripada hanya secara lisan. Apa yang dituntut adalah memelihara keturunan (nasab) dan hak-hak, dan ini dicapai dengan menulis adalah cara yang lebih baik daripada jika akad dan pengesahan (kesaksian) hanya dengan lisan.

 

S 116 / Saya tidak tahu pendapat yang betul dalam fatwa ahli fiqah suuk bahawa dibenarkan untuk bernikah (akad) dengan seorang gadis muda dengan dalih memasuki rumah ibunya untuk melihat ibunya dan seumpamanya. Adakah ini dibenarkan?

J / Akad (nikah) terhadap seorang wanita itu untuk berkahwin dan bukan untuk saja-saja, (Saya tidak tahu pendapat yang betul dalam fatwa ahli fiqah suuk bahawa dibenarkan untuk bernikah (akad) dengan seorang gadis muda dengan dalih memasuki rumah ibunya untuk melihat ibunya dan seumpamanya), ini main-main dan saja-saja yang tidak ada kaitan dengan agama atau akhlak.

Ketika Islam mensyariatkan pernikahan seorang wanita muda dalam erti orang yang dekat dengan akil baligh dan bukan bayi atau kanak-kanak, dan bahkan perkahwinan dengan seorang gadis muda atau orang dewasa yang muda pada umurnya, Ia disyariatkan untuk keperluan yang mungkin atau menghindari manusia dari seperti berkekalan mempunyai bilangan ahli (anggota keluarga) yang kecil dan takut kepupusan manusia atau orang-orang yang beriman, maka perkahwinan dilakukan pada usia muda untuk melahirkan seboleh mungkin bilangan yang besar untuk melindungi umat manusia atau orang-orang yang beriman, dan ia bukanlah syariat yang saja-saja, semoga Allah memberi taufiq kepada anda. Maka m engahwini gadis muda bukanlah bermakna ia adalah syariat untuk keperluan dan bukanlah untuk main-main dan saja-saja.

 

S 117 / Seorang lelaki yang telah menikah selama kira-kira dua minggu, menginginkan keturunan yang saleh untuk menyokong Al-Qaim dan Mahdi-mahdi (as), adakah adab sebelum melakukan persetubuhan, doa-doa atau sholat khas untuknya?

J / Saya telah menerangkannya dalam Al-Syarai3, dan saya akan memetik teksnya kepada anda:

[Adalah mustahab bagi orang yang ingin bersetubuh agar sholat dua rakaat dan berdoa selepasnya, dan jika dia menyuruh wanita itu untuk datang kepadanya, suruhlah juga dia bersholat dua rakaat dan berdoa, dan agar mereka dalam keadaan suci, dan bahawa dia meletakkan tangannya di ubun-ubun isterinya ketika dia menggaulinya, dan berkata:

"اللهم على كتابك تزوجتها، وفي أمانتك أخذتها، وبكلماتك استحللت فرجها، فإن قضيت لي في رحمها شيئا فاجعله مسلما سويا ، ولا تجعله شرك شيطان"،

"Ya Allah, menurut kitab-Mu, aku menikahinya, dan dalam amanah-Mu, aku mengambilnya, Dan dengan KalimatMu, dihalalkan farajnya, dan engkau tetapkanlah sesuatu untukku di rahimnya, maka jadikan ia seorang Muslim yang sempurna, dan jangan jadikan dia sekutu syaitan." Dan bersetubuhlah pada waktu malam, dan berdoalah semasa bersetubuh, dan minta kepada Allah Taala agar dikurniakan anak lelaki yang sempurna [Syarai3 Al-Islam: Jz 3.

 

S 118 / Jika dia berzina dengan wanita yang sudah berkahwin bertahun-tahun yang lalu dan mereka berpisah dan bertaubat kepada Allah dan setelah beberapa lama mereka bertemu secara kebetulan dan dia tahu bahawa suaminya telah meninggal beberapa tahun yang lalu, apakah sah berkahwin dengannya?

J / Sesiapa yang berzina dengan wanita tertentu tidak dilarang menikahinya. Dan jika dia berzina dengan pasangan yang sama (iaitu wanita yang sudah berkahwin), atau dalam masa iddah (talak raj’eiy), haram baginya selama-lamanya.

 

S 119 / Seorang pemuda berzina dengan seorang wanita yang sudah menikah dan dia menyesalinya, dan setelah beberapa tahun berlalu, adakah dia boleh mengusulkan perkahwinan dengan salah seorang saudaranya?

J / Boleh.

 

S 120 / Dia mempunyai (kekasih) yang dengannya dia bersenang-senang tanpa akad nikah, kemudian dia akad nikah dengannya (perkahwinan sementara), kemudian dia menikahinya sebagai perkahwinan tetap, apa hukumnya?

J / Sekiranya dia melakukan hubungan seks dengannya dengan cara zina (iaitu sebelum akad nikah) dan dia mempunyai suami (berkahwin) atau dalam iddah, maka haram atas penzina setelah perceraiannya atau berakhirnya tempoh iddahnya. Tetapi jika dia tidak mempunyai suami (tidak berkahwin) atau tidak dalam iddah, maka dia boleh menikahinya.

 

S 121 / Adakah seorang wanita ansar boleh mengahwini lelaki yang tidak beriman dengan dakwah Al-Haq dan Shohibnya (as)?

J / Dibolehkan jika dia beragama Islam dan bukan Nasibi, tetapi ia makruh.

 

S 122 / Orang yang belum berkahwin akan menikahi wanita biasa (Sunni), atau haruskah dia menunggu kelepangan?

J / Menikahi wanita Muslim yang tidak terus menerus bermusuhan (Nasibi), tidak ada masalah padanya, Dan jika anda menginginkan yang terbaik, maka bertindaklah sesuai dengan sabda Rasulullah, Muhammad (S): (Dapatkan (pilihlah) orang yang sama agamanya, nescaya kamu akan beruntung) [Al-Kafi: Bahagian 5.] ms 332

 

S 123 / Adakah sah menikahi lebih dari satu wanita tanpa lelaki itu mendapat persetujuan isterinya dalam hal ini, dan adakah isteri mempunyai pendapat dalam hal ini, atau adakah sah lelaki untuk menikah tanpa merujuk kepada isterinya?

J / Dia boleh berkahwin tanpa isteri pertamanya mengetahui tentang perkahwinan keduanya.

 

S 124 / Adakah wanita Alawiyah (bangsawan) boleh berkahwin dengan lelaki yang nasab keturunannya tidak kembali kepada Rasulullah (shalawatu Allah 3alaih wa Aalih)?

J / Boleh.

 

S 125 / Apakah hukum seseorang yang berkahwin tanpa persetujuan ibu bapanya?

J / Seorang lelaki boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia mahukan, walaupun ibu bapanya tidak bersetuju.

 

S 126 / Adakah ‘azal (mengeluarkan air mani di luar rahim) dibenarkan?

J / ‘Azal dari bebas dilakukan jika tidak disyaratkan dalam akad dan dia tidak mendapat keizinan isteri.

 

S 127 / Jika salah seorang dari mereka telah disetubuhi dengan yang lain, apakah diperbolehkan baginya untuk menikah dengan salah seorang yang dilarang berkahwin (muhrim) pasangan yang melakukannya?

J / Dilarang menikah dengan ibu orang yang disetubuhinya, adik perempuannya dan anak perempuannya, dan dia tidak haram untuk salah seorang daripada mereka sekiranya akad (ikatan perkahwinan) berlaku sebelumnya.

 

Soalan 128: Seorang wanita yang suaminya sakit gila secara berkala dan mengambil ubat untuk tetap normal, tetapi dalam hal mendekati dan berhubungan seks dengan isterinya, keadaan gila itu kembali kepadanya. Apakah hukum penolakan isteri untuk melakukan persetubuhan?

J / Dia tidak boleh menjauhkan diri dari suaminya kecuali untuk jangka waktu tertentu, misalnya, dengan harapan dia akan sembuh.

 

S 129 / Sekiranya perkahwinan kekal berlangsung secara syari’ah, dan disiarkan secaara rasmi dalam surat kabar negeri bagi wanita itu mendapatkan tempat tinggal atau bagi lelaki untuk mendapatkan tempat tinggal di negeri itu, apakah seorang lelaki boleh kehilangan haknya atas wanita dari pengukuhan dan lain-lain, dan adakah dibenarkan bagi seorang wanita untuk melepaskan haknya kepada seorang lelaki dari nafqah dan yang lain dan perkahwinan itu tetap berlaku di antara mereka dalam bentuk ini?

J / boleh.

 

S 130 / Adakah mungkin untuk menetapkan akad nikah sementara (mut’ah) untuk tempoh enam bulan dengan penetapan mahar dan kesaksianan saksi, dan syarat menunggu, semua bicara dan melakukan perjalanan tanpa persetubuhan dan sentuhan?

J / Boleh.

 

S 131 / Tuan, keselamatan demi keselamatan dari tindakan saya yang luar biasa dan perbuatan saya yang jelek, taubat demi taubat dari apa yang telah saya lakukan. Saya baru-baru ini mengahwini perkahwinan sementara (mut’ah) dan bersama (bersetubuh) dengan isteri saya (tanpa saksi atau isytihar), dan kemudian ketika saya merujuk masalah dalam Kitab Soal-Jawab Fiqh saya dapati kesilapan saya, tetapi pada masa itu saya jahil dengan hukum syar’ei, jadi apa yang harus dilakukan sekarang? Apa yang harus saya lakukan setelah mengetahui apa yang saya buat, dan apakah saya dianggap apa yang dilakukan itu sebagai perzinahan?

Saya bersaksi pada Allah Ta’ala dan malaikat-malaikatNya bahawa saya tidak sengaja meninggalkan kesaksian atau isytihar, melainkan itu adalah kejahilan saya tentang hukum dan kewajibannya, dan jika bukan kerana itu, saya tidak akan meninggalkannya sama sekali.

Tuan, penyesalan dan kesedihan menimpa saya, dan taubat adalah tujuan saya, lepaskanlah saya dari azab yang membebani saya, dan dari kejahilan yang menyebabkan saya meninggalkan yang wajib dan melakukan perbuatan haram?

J / Tidak ada apa-apa pada anda, insya Allah, selama anda tidak mengetahui tentang hukum syar’ei, semoga Allah memberi taufiq pada anda dan membimbing langkah anda, dan saya mohon kepada Allah agar menjaga anda dengan rahmatnya dan memberi anda pahala yang besar kerana ketakutan anda melampaui batas-batasNya, Dialah penjaga saya dan Dialah yang menjaga orang-orang soleh.

 

S 132 / Seorang lelaki melakukan nikah sementara dengan seorang wanita selama dua tahun, dan tidak ada pihak ketiga dengan mereka berdua kerana keadaan khusus bagi wanita itu kerana takut akan keluarganya dan anak-anaknya khususnya, dan lelaki itu juga ingin melindungi keluarganya daripada berpisah dengan mereka, apakah hukumnya?

J / Dalam keadaan yang anda sebutkan ini, mungkin sukar untuk diisytihar (diumumkan), tetapi tidak sukar untuk memberi kesaksian, jadi pernikahan dengannya akan dilanjutkan dengan kesaksian dan dikenakan dua saksi untuk menyembunyikan masalah tersebut melainkan bila perlu atau untuk menetapkan hak-hak.

 

S 133 / Dia mengahwini seorang wanita secara nikah sementara tanpa bersetubuh, dan sepanjang tempoh tersebut, dia menikahinya dengan perkahwinan tetap, apakah hukum dalam syari’at?

J / Dibolehkan dan perkahwinan tetapnya sah.

 

S 134 / Apakah hukum mengenai pernikahan sementara, dan apakah diizinkan untuk mengucapkannya dengan muhrim untuk dianalisis (dihurai) ucapannya sahaja, iaitu tidak benar-benar menikah jika ada hal peribadi pada orang ini dan tidak mungkin menikah, dan tujuannya adakah tidak jatuh ke dalam yang terlarang?

J / Perkahwinan sementara dibenarkan.

1- Perkahwinan sementara dan kekal memerlukan kesaksian (dua saksi yang adil) atau isytihar, dan mencukupi salah satu darinya.

2- Tempoh minimum untuk ikatan (akad) perkahwinan sementara adalah enam bulan.

Percakapan wanita dengan lelaki tidak dilarang dan perkahwinan itu tidak memerlukan ucapannya untuk dianalisis (dihurai).

 

S 135 / Adakah kerahsiaan perkahwinan sementara (mut’ah) menjadikannya tidak sah? Adakah perlu mempunyai saksi perkahwinan, atau hanya sempurnakan antara kedua-dua pihak dalam akad?

A / Syarat akad (ikatan) perkahwinan itu memerlukan kehadiran dua saksi atau isytihar (diumumkan). Sekiranya dua saksi hadir, adalah mustahab untuk mengisytiharkannya, dan jika dua saksi tidak hadir, perlu mengumumkannya (isytihar) sebelum bersama (bersetubuh).  Dengan ketiadaan saksi akad nikah bergantung pada isytihar, dan mereka melakukan perbuatan haram jika dia bersetubuh tanpanya, dan dosa itu diulang dengan pengulangan persetubuhan sehingga disempurnakan isytihar. Adapun anak yang dihasilkannya, adalah dalam syubhah.

Kesaksian diberikan oleh dua saksi, dan isytihar dan pengumuman dilakukan setelah akad nikah dan sebelum bersama (bersetubuh), dan dicapai dengan apa yang dikenali sebagai isytihar dan pengumuman, seperti undangan ke kenduri kahwin (Walimah Al-3urus) atau memberitahu kepada orang ramai dengan cara yang ada.

 

S 136 / Apa hak-hak (wanita) dalam perkahwinan sementara, dan apa kewajipannya?

A / Dalam perkahwinan ini tidak ada pewarisan antara pasangan, walaupun kedua-dua disyaratkan mewarisinya atau disyaratkan salah satu daripadanya diperlukan mengikut syarat tersebut. Dibolehkan memberi syarat untuk datang pada waktu malam atau siang sahaja. Dibolehkan suami ‘azal (mengeluarkan air mani di luar rahim) dan tidak berpegang pada izin isteri. Tidak ada perceraian dan ia jelas dengan berakhirnya tempoh akad, boleh dilakukan li'an, dan berlaku zihar dan ila’ [**], dan dilarang meninggalkan hubungan dengannya lebih dari empat bulan, seperti nikah tetap. Dia juga mendapat nafqah.

_______________

[**] li'an Beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Zihar: Seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik beradik perempuannya daripada sudut haram mengahwininya

Ila’ Suami yang berhak mentalakkan isterinya bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau secara mutlak (tanpa disebut tempoh masanya)

 

S 137 / Adakah dia mempunyai tempoh menunggu (iddah) setelah tamat tempoh (akad) atau sekiranya berlaku kematian orang yang dia nikahi selama tempoh dalam perkahwinan sementara?

J / Iddahnya adalah dua kitaran haid, atau dia dianggap iddah setelah mati, walaupun dia tidak bersama (bersetubuh) selama empat bulan sepuluh hari, sekiranya ia menjadi halangan, dan melampaui dua syarat sekiranya dia hamil.

 

S 138 / Adakah seorang ansar yang beriman boleh berkahwin secara perkahwinan sementara dengan salah seorang wanita yang berlainan mazhab atau Ahli Kitab, dan adakah sah perkahwinan kekal dengan wanita Ahli Kitab itu atau tidak?

J / Dibolehkan bagi orang beriman untuk menikahi wanita yang berlainan mazhab atau Ahli Kitab, tetapi tidak dibenarkan menikahi wanita Nasibi.

 

Q. 139 / Adakah wali muda dianggap sebagai wali untuk dirinya dalam perkahwinan sementara jika dia adalah pencari nafkah untuk dirinya sendiri, dia berumur (35) tahun, ayahnya sudah mati, dan tidak ada saudara lelaki yang tua darinya?

J / Seorang perempuan dewasa (baligh) yang rasional (dan dia adalah orang yang telah mencapai usia 18 tahun, bukan hanya yang sampai usia taklif (mukallaf yang diberati syarak) boleh menikahkan dirinya sendiri, dan tidak ada perbezaan antara nikah tetap dan sementara, dan walinya tidak boleh membantah, sama ada dia masih dara atau janda.

 

S 140 / Saya ingin mengahwini seorang gadis yang ayahnya adalah Sunni dan ibunya adalah Syiah, yang telah meninggal dunia, dia tinggal bersama neneknya, dan telah dibesarkan dengan mencintai Ahl Al-Bait (as), dan dia sekarang adalah seorang Syiah Jaafari, tetapi ayahnya menentang perkahwinan itu, jadi adakah jalan keluar untuk perkara ini? Adalah diketahui bahawa gadis itu berumur 21 tahun dan dia bersetuju dengan perkahwinan itu.

J / Jika usianya 21 tahun, dia tidak wajib mendapatkan persetujuan bapa atau datuk untuk perkahwinannya, dan dia boleh menikahkan dirinya sendiri walaupun ayahnya menolak. Penjagaan ayah dan datuknya ditetapkan (dengan syarat beriman dan adil) ke atas cukup umur (baligh) di bawah usia (18) tahun, sama ada dia janda atau anak dara. Penjagaan mereka tidak ditetapkan atas anak gadis yang rasional (yang telah mencapai usia 18 tahun), dan perwalian ditetapkan untuk dirinya sendiri untuk nikah kekal dan sementara.

Sekiranya salah seorang daripada mereka (wali) mengahwinkannya, akadnya tidak akan berlaku tanpa izinnya. Tetapi makruh untuk menikahkan dirinya sendiri tanpa izin wali. Dan jika wanita dewasa itu dicegah oleh wali, yakni dia tidak menikahkannya dengan seseorang yang sesuai dengan keinginan gadis itu, maka dibenarkan baginya untuk menikahkan dirinya sendiri, walaupun ia makruh.

 

S 141 / Soalan saya: Mana yang lebih baik untuk seorang gadis, perkahwinan atau pelajaran? Dan jika salah seorang ansar melamarnya, adakah lebih baik menikah dan meninggalkan pengajiannya, atau haruskah dia menyelesaikan pengajiannya? Dan jika dia enggan menikah, apakah dia berdosa kerana penolakannya, adalah diketahui bahawa alasannya penolakannya adalah untuk menyelesaikan pengajiannya, dan adakah dia boleh menikahi orang lain selain saudara ansar? Adakah lelaki boleh berkahwin dengan seseorang yang bukan ansar?

J / Jika ada konflik antara pernikahan dan pelajaran, maka pernikahan lebih baik bagi seorang wanita, tetapi diperbolehkan baginya untuk meninggalkan perkahwinan dan melanjutkan pelajarannya jika dia lebih sukakan pelajaran, atau berkahwin dan menyelesaikan pelajarannya jika tidak ada halangan antara keduanya.

Dibolehkan bagi seorang wanita yang beriman dengan Al-Haq untuk menikahi lelaki yang beriman kepada para Imam dan Mahdi-mahdi dari orang-orang yang benar, atau berkahwin dengan seorang Muslim yang berlainan aliran yang tidak bersangatan (nasibi) memusuhi para imam atau Mahdi-mahdi.

Perkahwinan dengan orang yang tidak beriman makruh bagi wanita yang beriman, jadi lebih baik baginya untuk tidak bergaul dengan orang yang tidak beriman.

Adapun lelaki yang beriman, diperbolehkan baginya untuk menikahi wanita yang beriman atau wanita Muslim yang berlainan aliran yang tidak bersangatan (nasibi) memusuhi para imam atau Mahdi-mahdi, dan juga dia boleh mengahwini wanita Ahli Kitab samada Kristian atau Yahudi.

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan