Halaman

Isnin, 1 Mac 2021

Dakwah Untuk Memecahkan Kotak Pemikiran Pada Bulan Al-Hussein as

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Dakwah Untuk Memecahkan Kotak Pemikiran Pada Bulan Al-Hussein as

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 24 Oktober 2014:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Setiap orang kecuali yang dirahmati Allah terganggu dengan mengurung dirinya di dalam kotak ingatannya, dan biasanya pada ingatan jangka pendek, anda dapati dia mengunci dirinya dalam kotak sempit dengan serangkaian masalah atau perkara yang dihadapinya setiap masa dalam hidupnya. Kerana masalah dan perkara yang dihadapi seseorang tidak akan berakhir melainkan dengan kematiannya. Maka anda dapati semua orang kecuali yang dirahmati Allah walaupun dia sedang berdoa memikirkan apa yang ada di dalam kotaknya di mana dia mengurung dirinya sendiri dan bahkan mati sementara dia memenjarakan dirinya masuk ke dalam kotak sempit yang menghimpit ini.

Pada kesempatan kedatangan bulan Al-Hussein, bulan kebebasan hakiki, bulan Muharram Al-Haram, dakwah ini adalah bagi seseorang manusia untuk memecahkan kotak dan keluar darinya. Kebebasan yang ada di luar kotak masalah dan perkara yang anda hadapi di dunia ini adalah usaha yang sewajarnya, tetapi anda pasti bahawa dalam kebebasan ini ada penyelesaian untuk semua masalah dan perkara anda dengan cara yang terbaik.

Hancurkan kotak dan lepaskan diri anda dari kurungan yang anda pilih sepanjang hayat anda sebelumnya.

Bersamalah dengan Allah, dan ingatlah Allah selalu, dan berenanglah di ruang rahmat Allah, ruang kebebasan sejati yang luas, dan hancurkan kotak itu. Setiap kali fikiran, perkara dan masalah yang anda hadapi di dunia ini mengundang anda untuk memasuki kotak pengasingan dengannya, hadapilah dengan mengingati Allah dan cuba untuk tidak masuk ke dalam kotak itu sekali lagi.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 26 Oktober 2014:

Salam atas Al-Hussein bin Ali, Salam atas Zainab, puteri Ali, salam atasmu, Ya saidi Al-Abbas bin Ali, salam atas Ali bin Al-Hussein, salam atas Abdullah yang masih bayi, salam atas para sahabat Al-Hussein. Salam bagi mereka yang menyokong Al-Hussain, dan salam bagi mereka yang mati syahid bersama Al-Hussain.

Kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya kita akan kembali, Dan orang-orang yang menzalimi Aali Muhammad itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.


✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan