Halaman

Isnin, 1 Mac 2021

Malam Al-Qadar / Eid Al-Fitr / Hari Al-Tarwiyah / Eid Al-Adhha / Eid Al-Ghadir

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 20 Julai 2014:

Malam Al-Qadar

Ya Allah, kami bermohon kepadaMu agar jadikan apa yang Engkau tentukan dan perkirakan pada Malam Al-Qadar dari perkara yang tidak dapat dielakkan yang tidak dikembalikan dan tidak digantikan agar Engkau menjadikan kami hamba-hamba terbesarMu sebagai sebahagian dari sisiMu dengan setiap kebaikan yang Engkau turunkan atau yang jahat yang Engkau hindari. Kerana kami tidak pernah melakukan sesuatu yang baik kecuali dari Engkau, dan tidak ada yang pernah menghindari kami dengan yang buruk kecuali Engkau.

Ya Allah, jadikan tahun ini yang terbaik yang diturunkan kepada kami dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 29 Julai 2014:

Eid Al-Fitr

Semoga sepanjang tahun saudara berada dalam keadaan baik dan sihat. Keberkatan kepada saudara-saudara pada Eid Al-Fitr yang diberkati.

Saya mohon kepada Allah agar menerima amalan saudara dengan penerimaan yang terbaik.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 2 Oktober 2014:

Hari Al-Tarwiyah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada hari kelapan Zhu l-Hijjah, atau hari Al-Tarwiyah seperti yang diketahui dalam manasik Haji, kita dapati Al-Hussein Bin Ali (as) dan Ibnu Fatimah binti Muhammad (S), Penghulu pemuda Syurga dan satu-satunya keturunan yang terpelihara dari kesesatan seperti yang dinashkan oleh Rasulullah dan pewaris seruan datuknya Ibrahim (as)

﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ﴾

Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu. [A-Hajj:27]. Dia keluar dari Mekah ke Iraq, meninggalkan rencana ibadah haji di belakangnya, walaupun sudah berbulan-bulan dia tinggal di Mekah.

Inilah bagaimana Hussain (as) meletakkan seruan Islam dalam kedudukan yang mereka tidak boleh merasa iri hati kepadanya.

Dan menjadikan ziarah haji mereka sebagai siulan dan tepukan,

﴿وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً ۚ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ﴾

Sholat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. [Al-Anfal: 35]. Hingga manusia hari ini.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 5 Oktober 2014:

Eid Al-Adhha

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mohon kepada Allah agar saudara berada dalam keadaan baik dan sihat.

Semoga sepanjang tahun saudara berada dalam keadaan baik dan saya mohon kepada Allah agar memberkati saudara-saudara pada hari yang mulia ini.

Dan menjadikan saudara hamba-hamba yang dilimpahkan sebagai sebahagian dari sisiNya dengan setiap kebaikan yang diturunkanNya dan dari yang jahat yang dihindariNya.

.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 13 Oktober 2014:

Eid Al-Ghadir

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Semoga sepanjang tahun saudara berada dalam keadaan baik pada ulang tahun mengingati Rasulullah Muhammad (S) mengumumkan (memasyhurkan) perintah Allah Yang Maha Suci bahawa Ali (Shalawatu Allah 3alaih) adalah Khalifah Allah yang pertama selepas baginda.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan