Halaman

Selasa, 2 Mac 2021

Apakah dia hari-hari putih (cerah)?

Fiqh >

Apakah dia hari-hari putih (cerah)?

 بسم الله الرحمن الرحيم.

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا.

﴿رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا 

Rabbi Adkhilnī Mudkhala Ṣidqiw Wa Akhrijnī Mukhraja Ṣidqiw Waj3al Lī Mil Ladungka Sulṭānan Naṣīrā

Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

Hari-hari putih (cerah): adalah hari-hari ketiga belas, empat belas dan kelima belas setiap bulan qamari.

Malam-malam pada hari-hari ini juga disebut malam putih, kerana malam-malam ini cerah dengan terbit dan disinari cahaya bulan penuh.

Dan mustahab dilakukan pada hari-hari putih adalah berpuasa.

Diriwayatkan oleh Ali bin Musa bin Thawus dalam Al-Duru3i Al-Waqiyah, dipetik dari Kitab Tuhfati l-Mu’min yang ditulis oleh Abdul Rahman bin Muhammad bin Ali Al-Hulwani, dari Ali bin Abi Talib (as) bahawa dia mengatakan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ( صلى الله عليه و آله ) : أَتَانِي جَبْرَئِيلُ ، فَقَالَ : قُلْ لِعَلِيٍّ صُمْ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ يُكْتَبْ لَكَ بِأَوَّلِ يَوْمٍ تَصُومُهُ عَشَرَةُ آلَافِ سَنَةٍ ، وَ بِالثَّانِي ثَلَاثُونَ أَلْفَ سَنَةٍ ، وَ بِالثَّالِثِ مِائَةُ أَلْفِ سَنَةٍ. قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَ لِيَ ذَلِكَ خَاصَّةً أَمْ لِلنَّاسِ عَامَّةً ؟ فَقَالَ : يُعْطِيكَ اللَّهُ ذَلِكَ وَ لِمَنْ عَمِلَ مِثْلَ ذَلِكَ. فَقُلْتُ : مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْأَيَّامُ الْبِيضُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَ هِيَ الثَّالِثَ عَشَرَ ، وَ الرَّابِعَ عَشَرَ ، وَ الْخَامِسَ عَشَرَ .

Rasulullah (S) bersabda: "Jibril datang kepadaku, dia berkata: Katakanlah kepada Ali, berpuasalah tiga hari setiap bulan nescaya akan ditulis pada hari pertama puasamu seperti berpuasa sepuluh ribu tahun, pada hari kedua seperti berpuasa tiga puluh ribu tahun, dan pada hari ketiga seperti berpuasa seratus ribu tahun."

Aku berkata: Ya Rasulullah, apakah itu untukku secara khusus atau untuk manusia umumnya?

Baginda bersabda: Allah memberikannya kepadamu dan kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara seperti itu.

Aku berkata: Apa itu, ya Rasulullah?

Baginda bersabda: “Hari-hari putih setiap bulan, adalah hari ketiga belas, empat belas, dan kelima belas. Sumber: [Wasail Al-Syiah].

Sesiapa yang beramal pada malam putih dalam bulan Rajab dan Sya’ban ..

Malam putih adalah:

Malam ketiga belas, keempat belas dan kelima belas dari bulan Rajab dan Sha'ban, begitu juga pada setiap bulan.

Amalan malam ketiga belas

Mustahab pada malam ketiga belas, iaitu:

Malam pertama dari malam-malam putih, mendirikan sholat dua rakaat, dia membaca dalam setiap rakaat: Fatihah Al-Kitab, Surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Tauhid.

Juga berpuasa pada hari ini mempunyai pahala yang besar

Amalan malam keempat belas

Mustahab pada malam keempat belas, yang merupakan malam kedua dari malam-malam putih, adalah bersholat empat rakaat dengan dua salam, membaca dalam setiap rakaat: Fatihah Al-Kitab, Surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Tauhid.

Dan berpuasa pada hari ini mempunyai pahala yang besar

Dan pada malam kelima belas,

Dan ini adalah malam ketiga dari malam-malam putih .. Mustahab bersolat .. enam rakaat. Memberi salam antara setiap dua rakaat, dan dalam setiap rakaat dia membaca: Fatihah Al-Kitab, Surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Tauhid.

Dan berpuasa pada hari ini mempunyai pahala yang besar

Terdapat banyak amalan pada malam yang mulia ini yang disebut dalam kitab-kitab doa seperti (Mafatih Al-Jinan)

Diriwayatkan bahawa Imam Al-Sgadiq (as) katanya:

Sesiapa yang beramal seperti itu akan memperoleh kebajikan ketiga-tiga (hari/malam putih) ini pada setiap bulan, dan akan diampunkan semua dosa kecuali syirik.

Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan saudara... dan doakanlah kami.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan