,Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Lampiran
  5 (Bahagian 1) 
Dari Ali Ibn Ibrahim, daripada bapanya, daripada bin Umair, dari bin
  Azhina, dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata: 
Beliau (as) berkata: Apakah penglihatan Nashibah ini? (Nashibi-
  orang-orang yang menentang / membenci Ahlul Bayt as dan pengikut (Syiah)
  mereka) 
Lalu aku berkata: Jiwaku jadi tebusanmu, apa halnya ini? 
Maka ia berkata: Pada azan mereka, rukuk dan sujud mereka? 
Lalu aku berkata: Sesungguhnya mereka berkata: Ibn Ka'ab melihatnya
  (azan) dalam tidurnya. 
Oleh itu dia berkata: Pendusta! Agama Allah Azza Wa Jalla, adalah
  lebih mulia daripada dilihat dalam tidur 
Dia menjawab: Demikian Sudair Al-Sirfi berkata kepadanya: Semoga aku
  menjadi tebusanmu! Cakapkanlah pada kami mengenainya. 
Jadi Abi Abdillah (as) berkata: Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla,
  telah mikraj-kan nabi (S) ke Tetujuh Langit-Nya, Adapun (Langit) yang pertama
  diberkati atasnya, dan pada Langit Kedua diajarkanNya yang fardhu, maka Allah
  menurunkam bekas cahaya, di dalamnya ada empat puluh jenis cahaya, yang menjulang ke Arasy Allah dan
  membutakan mata yang melihatanya, salah satu darinya berwarna kuning, yang
  kuning kekuningan, dan salah satu dari yang lainnya
  berwarna merah, merah kemerah-merahan, dan yang lain berwarna putih, yang
  menjadi putih keputih-putihan, dan yang selebihnya adalah mengikut bilangan
  warna dari Penciptaan Cahaya, di dalam bekas relung cahaya* dan rantai
  dari perak, ((bulatan) relung cahaya: julang, naik, terbang-Pent) 
 | 
 
Kemudian Dia mengangkatnya ke Langit. Para malaikat berterbangan ke
  penjuru-penjuru langit dan mereka semua tersungkur sujud. sambil berkata: 
سبوح قدوس ما أشبه هذا
  النور بنور ربنا  
"Maha Suci dan Maha
  Kudus, betapa serupanya cahaya ini dengan Cahaya Tuhan kami!" 
Kemudian Jibra’il (as) berkata: 
الله
  أكبر الله أكبر  
Allahu Akbar! Allahu Akbar! 
"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!" 
Kemudian pintu langit terbuka, dan segala malaikat berkumpul, mereka
  memberi salam kepada Nabi (S) mereka datang berkelompok-kelompok 
Dan mereka berkata: "Wahai Muhammad Bagaimana saudaramu Jika
  engkau berjumpanya, bacakan Salam kami kepadanya?" 
Nabi (S) bersabda: "Adakah kamu kenal dia? " 
Mereka berkata: " Dan bagaimana kami
  tidak mengenal dia kerana telah diambil janji setia (mitsaq)
  kamu dan janji setianya dari kami, dan janji setia Syiahnya, hingga datang
  hari kiamat kepada kita, dan sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah
  Syiahnya sehari semalam lima kali - yang mereka maksudkan dalam setiap waktu
  solat - dan sesungguhnya kami berselawat ke atas kamu dan ke atasnya." 
Baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh jenis
  cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. Dan menambah bekas relung
  cahaya dan rantai perak dan menaikkanku ke Langit Kedua, dan apabila aku
  menghampiri pintu langit, malaikat terbang ke penjuru-penjuru Langit dan
  turun sujud. Dan mereka berkata: 
 | 
 
سبوح
قدوس ما أشبه هذا النور بنور ربنا 
"Maha Suci Maha Qudus
  Tuhan para malaikat dan Roh, betapa serupanya cahaya ini dengan cahaya Tuhan
  kita!" 
Kemudian Jibra’il (as) berkata: 
أشهد
  أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله  
Asyhadu an La ilaha illa Allah! Asyhadu an La ilaha illa Allah!    
"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah! Aku
  bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah ! " 
Lalu malaikat berkumpul dan berkata: " Wahai Jibra’il siapakah
  yang bersama engkau ini? " 
Beliau berkata: "Ini Muhammad (S)." 
Mereka berkata: " Adakah dia telah diutus? " 
Beliau berkata: " Ya" 
Nabi (S) bersabda: Kemudian mereka datang kepada aku seolah-olah
  mereka memeluk antara satu sama lain, dan mereka mengucapkan salam, dan
  mereka berkata: "Bacakan salam kami kepada saudaramu. " 
Aku berkata: "Adakah kamu semua kenal dia?" 
Mereka berkata: "Dan bagaimana kami tidak mengenal dia
  kerana telah diambil janji setia (mitsaq) kamu, janji setianya
  dan janji setia Syiahnya, hingga datang hari kiamat kepada kita, dan
  sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya sehari semalam lima
  kali - yang mereka maksudkan dalam setiap waktu solat ." 
Baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh jenis
  cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. kemudian menaikkanku ke
  Langit Ketiga, dan malaikat terus sujud. Dan mereka berkata: 
 | 
 
سبوح قدوس رب الملائكة والروح ما هذا النور
الذي يشبه نور ربنا ؟ 
"Maha Suci Suci Qudus Tuhan para malaikat dan Roh, betapa
  cahaya ini serupa dengan cahaya Tuhan kita!?" 
Jadi Jibra’il (as) berkata: 
أشهد
  أن محمداً رسول الله، أشهد أن محمداً رسول الله  
Asyhadu an Muhammada Rasulullah! Asyhadu an Muhammad Rasulullah! 
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah! Aku menyaksikan
  bahawa Muhammad itu pesuruh Allah! " 
Maka para Malaikat berkumpul dan berkata, "Selamat datang Yang
  Awal, Selamat datang Yang Akhir, Selamat datang kepada yang menghimpun dan
  Selamat datang kepada yang menyebar, Muhammad yang terbaik dari para nabi dan
  yang terbaik dari para washiy" 
Nabi (S) bersabda: Kemudian mereka mengucapkan salam dan bertanya
  kepadaku mengenai saudaraku. Lalu aku bersabda: 
"Dia ada di Bumi. Adakah kamu semua kenal dia?" 
Mereka berkata: "dan bagaimana kami tidak mengenal dia, kerana
  kami membuat haji ke Al-Bait Al-Ma'mur (Kiblat Para Malaikat) setiap tahun,
  dan di sana ada satu kertas kulit putih yang di dalamnya mempunyai nama
  Muhammad (S), dan nama Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein, para Imam (as) dan
  Syiah mereka hingga ke hari kiamat dan sesungguhnya, kami memberkati mereka
  lima kali sehari dan semalam.- yang mereka maksudkan dalam setiap waktu solat
  - dan menyapu kepala mereka dengan tangan mereka. 
Kemudian baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh
  jenis cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. kemudian menaikkanku
  sehinggan sampai ke Langit Keempat, malaikat tidak berkata apa-apa, maka aku
  mendengar bunyi seperti ia datang dari dada dan malaikat-malaikat berkumpul,
  maka pintu langit terbuka, dan mereka datang kepada aku seperti mereka
  memeluk antara satu sama lain. Jadi Jibra’il (as) berkata: 
حي
  على الصلاة حي على الصلاة، 
حي
  على الفلاح حي على الفلاح  
Haiya ‘ala sh-shalah! Haiya ‘ala sh-shalah! 
Haiya ‘ala al-falah! Haiya ‘ala al-falah! 
Marilah solat! Marilah solat! 
Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan! 
Berkata para malaikat: Dua suara , dua tetuang dan dua pengenalan. 
Jadi Jibra’il (as) berkata: 
قد
  قامت الصلاة، قد قامت الصلاة  
Qad qamati sh-shalah! Qad qamati sh-shalah! 
Akan didirikan solat!  Akan didirikan solat!  
Malaikat berkata: Ia adalah untuk Syiahnya, sehingga hari kiamat
  " 
Kemudian malaikat berkumpul dan berkata: Bagaimana saudaramu ketika
  kamu tinggalkan dia? 
Jadi aku berkata kepada mereka: "Adakah engkau kamu semua kenal
  dia? " 
Mereka menjawab: Kami mengenalnya dan Syiahnya dan mereka adalah
  cahaya yang mengelilingi Arasy Allah. Dan sesungguhnya di Al-Bait Al-Ma'mur
  terdapat kertas kulit putih daripada cahaya [dalamnya ada sebuah kitab dari
  Cahaya] dan di dalamnya adalah nama Muhammad dan Ali, Al-Hassan dan
  Al-Hussein, Al-A’immah dan Syiah mereka sehingga hari kiamat. Tidak seorang
  pun ditambah di dalamnya, dan tidak seorang pun kurang daripada mereka. Dan
  sesungguhnya ia adalah perjanjian (mitsaq) kami, dan
  sesungguhnya ia dibacakan kepada kami setiap hari Jumaat. 
Kemudian dikatakan kepada aku: "Angkatkan kepalamu, wahai
  Muhammad" 
Jadi aku mengngkat kepala aku, terbentanglah Langit, telah ditembusi,
  dan hijab telah diangkat. 
Kemudian dikatakan kepada aku: "Tundukkan kepala kamu, lihat,
  apa yang kamu nampak? " 
Jadi aku tundukkan kepalaku ke bawah dan aku melihat ke arah rumah
  seperti rumah kamu ini, dan tempat suci seperti di tempat suci rumah ini,
  jika aku membuang sesuatu dari tanganku ia tidak akan jatuh kecuali kekal di
  situ. 
Maka dikatakan kepada aku: Ya Muhammad! Sesungguhnya, ini adalah
  adalah tempat suci. Dan engkau itu suci. Dan bagi tiap-tiap perumpamaan
  adalah contohnya. 
Kemudian Allah mewahyukan kepadaku: Ya Muhammad, mendekatlah pada
  Shad, dan bersihkan masjid-masjid kamu, dan sucikannya, dan solatlah kepada
  Tuhan kamu 
Maka Rasulullah (S) menghampiri Shad, dan ia adalah air yang
  mengalir dari Kaki kanan Arasy, jadi Rasulullah (S) mengambil air dengan
  tangan kanannya, maka sesiapa akan berwuduk hendaklah dengan tangan kanan.
  Kemudian Allah Azza Wa Jalla yang mewahyukan kepadanya: 
"Dengan membasuh muka kamu, kerana kamu melihat ke arah
  KeagunganKu. Kemudian basuh tangan kamu, yang kanan dan yang kiri, kerana
  engkau memenuhi perintahKu dengan tanganmu, kemudian sapu kepalamu dengan
  lebihan baki air di tanganmu, dan (sapulah kedua) kaki kamu hingga ke buku
  lali kamu, kerana aku memberkati kepadamu dan meletakkan kamu di tempat yang
  tidak pernah diletakkan selain kamu " 
Maka itulah sebab azan dan Wuduk. 
Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadaku: Ya Muhammad,
  hadaplah Hajar Aswad (Batu Hitam), dan bertakbirlah kepadaKu jumlah yang sama
  dengan bilangan hijabKu. Maka sesiapa yang akan melakukankannya bertakbirlah
  tujuh kali. Oleh kerana hijab ada tujuh maka ada pembukanya untuk mengangkat
  hijab. Maka sesiapa yang akan melakukankan Al-Iftitah (pembukaan) telah
  menjadi satu Sunnah. Dan hijab adalah sama, di antaranya adalah lautan
  cahaya, dan itu adalah cahaya yang telah diturunkan oleh Allah kepada
  Muhammad (S), dan itulah sebabnya Al-Iftitah telah menjadi tiga kali,
  kerana hijab dibuka tiga kali. Jadi takbir
  jumlahnya tujuh, dan Al-Iftitah tiga
  kali. 
Oleh itu, apabila dia telah bertakbir dan ber-Iftitah, Allah yang
  mewahyukan kepadanya: 
"Mulakan dengan menyebut NamaKu" 
Maka sesiapa yang akan melakukankannya jadikanlah 
بسم
  الله الرحمن الرحيم  
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani) "
  pada awal Surah, 
Kemudian Allah mewahyukan kepada baginda: "Pujilah Aku",
  kemudian apabila Dia berkata: 
الحمد
  لله رب العالمين  
Alhamdu Lillahi Rabbi l-‘Alamin 
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam, 
 
سمع الله لمن حمده  
Sami’a Allahu li man Hamidah 
 
✡ Sebelum ✡✡  Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡ 
 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan