Di Antara
  Khawarij Masa Lalu Dan Wahabi 
بين
  خوارج الأمس والوهابية  
Pegangan
  asas yang menyebabkan Khawarij keluar untuk menentang Ali bin Abi Talib (as),
  sehinggakan mereka terkeluar dari Islam adalah kata-kata mereka: ( لا حكم
  إلا لله- Tiada pemerintah melainkan bagi Allah).
  Jelas sekali kepalsuannya secara lahiriah dan hitam pada batinnya, dan tiada
  siapa yang boleh ditipu olehnya kecuali orang-orang Arab dusun yang jahil,
  yang tidak boleh memahami ucapan 
 | 
 
﴿الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْراً وَنِفَاقاً وَأَجْدَرُ أَلّا
يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ
حَكِيمٌ﴾ 
{Orang-orang Arab dusun lebih keras
  kufurnya dan sikap munafiknya dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui
  batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah
  Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} [1].    
Inilah
  apa yang dikatakan oleh Khawarij: (Tiada pemerintah melainkan bagi
  Allah). Kata-kata ini adalah benar, kerana kekuasaan hanya untuk
  Allah.  
Adapun
  ibadah-ibadah mereka secara lahiriah, mereka adalah manusia yang paling
  banyak melakukan ibadat, dan mereka adalah paling banyak bersolat dan
  memenuhkan masjid.  
Adapun
  perjuangan mereka untuk mempertahankan akidah mereka, ianya cukup terbukti
  bahawa mereka telah berjuang bermati-matian di Nahrawan sehingga tiada
  [mereka] yang terselamat kecuali beberapa orang.  
Namun
  begitu, mereka tidak mengetahui apa-apa, malah, mereka langsung tidak
  menyumbang apa-apa kepada Islam. Di sini dibawakan dua Hadits daripada
  Rasulullah (S) tentang Khawarij di zaman permulaan Islam dan di akhir zaman
  (Wahabi).  
Hadis
  Pertama: Khawarij di masa permulaan Islam 
 | 
 
عن
أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: (بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم
وهو يقسم قسماً، إذ أتاه ذوالخويصرة وهو رجل من بني تميم، فقال: يا رسول الله
اعدل، فقال: ويلك ومن يعدل إذا لم اعدل ؟ قد خبت وخسرت إن لم أكن أعدل. فقال عمر: يا
رسول الله ائذن لي فيه فأضرب عنقه، فقال: دعه فإن له أصحاباً يحقر أحدكم صلاته مع
صلاتهم، وصيامه مع صيامهم، يقرؤون القرآن، لا يجاوز تراقيهم، يمرقون من الدين كما
يمرق السهم من الرمية، ينظر إلى نصله فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى رصافه فلا
يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى نضيه وهو قدحه فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى قذذه فلا
يوجد فيه شيء، قد سبق الفرث والدم آيتهم رجل أسود إحدى عضديه مثل ثدي المرأة أو
مثل البضعة تدردر، ويخرجون على حين فرقة من الناس.
قال أبو سعيد: فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه. فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته)
قال أبو سعيد: فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه. فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri
(ra), bahawa dia berkata:  Tatkala kami
bersama Rasulullah (S). dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Zzul
Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah
berbuat adillah!” Berkata Rasulullah (S)., “Celaka! Siapa yang akan berbuat
adil jika aku tidak berbuat adil? Niscaya aku celaka dan binasa jika aku tidak
adil.” Berkata Umar bin Al-Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal
lehernya.” Berkata Rasulullah (S)., “Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia
mempunyai banyak teman, dirnana dianggap remeh solat di antara kalian dibanding
solat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an
tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam
sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” ([maknanya seperti mangsa yang
terkena anak panah, dan anak panah yang melaluinya keluar dari sisi yang lain
dengan pantas tanpa ada apa-apa di atasnya]), maka kamu melihat anak panah dan
kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, kamu melihat di sisinya dan kamu tidak
menjumpai apa-apa, kamu melihat di bilah yang merupakan batang anak panah dan
kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, seterusnya kamu melihat pada bulu dan
anda tidak menjumpai apa-apa di atasnya, [dan anak panah] telah mendahului sisa
badan dan darah ([maknanya anak panah berlalu dengan cepat melalui mangsa dan
keluar tanpa darah atau mana-mana sisa badan di atasnya]). Tanda mereka adalah
seorang lelaki hitam, kedua–dua bahagian lengannnya seperti payudara seorang
wanita, atau seperti sepotong daging yang bergetar, dan mereka akan keluar
ketikamana terdapat perpecahan di kalangan orang ramai." 
Abu Sa'id berkata: (Aku bersaksi bahawa aku mendengar
  ucapan ini dari Rasulullah (S), dan aku bersaksi bahawa Ali bin Abi Talib
  telah berperang dengan mereka dan aku bersama-sama dengannya. Maka, dia
  memerintahkan supaya memanggil lelaki itu, tetapi dia [lelaki] merayu, lalu
  dibawanya keluar, sehingga aku dapat mengenalpasti sifatnya adalah
  sebagaimana yang telah Nabi (S) sifatkannya) [2]  
Hadits
  Kedua mengenai Khawarij di akhir zaman (Wahabi):  
 | 
 
عن
سويد بن غفلة، قال: (قال علي: إذا حدثتكم عن رسول الله فلإن أخرّ من السماء أحب
إلي من أن أكذب عليه، وإذا حدثتكم فيما بيني وبينكم فإن الحرب خدعة، سمعت رسول
الله صلى الله عليه وسلم يقول: يأتي في آخر الزمان قوم حدثاء الأسنان، سفهاء
الأحلام، يقولون من خير قول البرية
Dari Suwaid bin Ghaflah, dia berkata: Ali telah
  berkata: "Sekiranya aku khabarkan kamu dari Rasulullah, maka
  sesungguhnya, aku lebih suka disembamkan (jatuh dengan muka melekat di tanah)
  dari langit daripada berbohong ke atasnya, dan jika aku khabarkan kamu, apa
  yang ada di antara kamu dan aku, maka sesungguhnya, peperangan itu adalah
  tipu helah. Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: 'Maka akan datang di akhir
  zaman orang-orang, yang berbicara di tepi gigi, yang impiannya adalah bodoh,
  percakapan mereka adalah sebaik-baik percakapan makhluk.[3] Mereka
  keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar dari mangsa, iman mereka
  tidak melepasi kerongkong mereka. Oleh itu, di mana jua kamu bertemu mereka,
  bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya, bagi yang membunuh mereka adalah
  ganjaran pahala pada hari kiamat." [4]  
Aku dapati
  bahawa amat perlu untuk menganalisa asas kepercayaan Khawarij, dan apa yang
  mereka maksudkan dengan (Tiada pemerintahan melainkan bagi Allah),
  sekaligus menunjukkan persamaan antara kepercayaan mereka dan Tauhid yang
  dituntut oleh Wahabi, supaya ia boleh menjadi jelas bahawa Wahabi adalah
  Khawarij di akhir zaman.  
Apabila
  Ali (as) mendengar Khawarij mengatakan bahawa "Tiada pemerintahan melainkan
  bagi Allah", maka beliau berkata: (Perkataan yang benar tetapi yang
  dimaksudkannya adalah batil. Ya, ianya benar bahawa tidak ada kekuasaan
  melainkan bagi Allah. Tetapi mereka ini mengatakan bahawa 'tidak ada
  pemerintahan kecuali Allah', dan sesungguhnya, mesti ada bagi manusia seorang
  pemimpin soleh atau pemimpin jahat, yang memimpin orang-orang
  beriman, dan akan bersenang-senang  orang-orang
  kafir. Allah menyampaikan segala-galanya melalui sebab. Melalui [pemerintah]
  cukai dikutip, berjuang memerangi musuh, jalan-jalan akan aman, dan diambil
  [zakat] dari yang kuat buat yang lemah. Sehingga orang yang baik mendapat
  keamanan dan dilindungi dari orang yang jahat.”  
Dalam riwayat
  lain, bahawa ketika Ali (as) mendengar pendirian mereka, dia berkata:
  "Aku menunggu hukum Allah dalam hal ini ke atas kamu." Kemudian dia
  berkata: "Bagi pemerintah yang baik, orang-orang yang bertaqwa dapat
  beramal [soleh] di bawahnya. Manakala bagi pemerintah yang jahat, maka  pelaku kejahatan bersenang-senang di
  bawahnya sehingga akhir pemerintahannya atau dia mati."[5]  
Sesungguhnya,
  makna slogan ini (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah) ini adalah:
  Hakimiyyah (pemerintahan) Allah, iaitu bahawa sesiapa jua yang mengangkat
  slogan ini tidak boleh menerima selain dari pemerintahan Allah, yang diwakili
  oleh Undang-undang Ilahi dan pemerintah yang dilantik oleh Allah. Oleh itu,
  barangsiapa yang mengangkat slogan ini sepatutnya menuntut perlaksanaan
  Undang-undang Ilahi dan pemerperkasakan pemerintah yang dilantik oleh
  Allah.  
Inilah
  yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tiada pemerintahan melainkan bagi Allah',
  dan ini sepatutnya tujuan atau tuntutan bagi sesiapa yang membangkitkannya
  sebagai slogan. Tetapi Khawarij datang dengan kalimah ini untuk melanggar
  Ketuanan Allah, dan mereka benar-benar melemparkannya khusus ke muka Ali
  (as). Sedangkan dia adalah Khalifah Allah dan washi (pemegang wasiat) yang
  dilantik oleh Allah. Secara lahiriah nampak seolah-olah mereka tidak menolak
  Allah, kerana mereka hanya menolak Ali (as). Walau bagaimanapun, jika kita
  melihat dengan teliti dan memahami pendirian mereka, kita akan dapati bahawa
  pendirian mereka adalah sama seperti pendirian iblis yang tidak menolak untuk
  sujud kepada Allah. Malah, dia digelar Thawus Malaikat kerana banyak
  beribadah, tetapi dia hanya menolak untuk bersujud kepada Adam (as) sebagai
  Khalifah Allah.  
Jawapan
  Imam Ali (as) bagi menyangkal tujuan mereka, adalah bertepatan dengan realiti
  yang berlaku sekarang, kerana kewujudan masyarakat manusia, mesti bersekali
  dengan Undang-Undang dan pemerintah yang melaksanakan undang-undang bagi
  mengatur kehidupan masyarakat tersebut. Oleh itu, apabila ditolak
  Undang-undang Ilahi dan pemerintah (baik / taqwa) yang telah dilantik oleh
  Allah. Maka sudah pasti ia akan diambil alih oleh undang-undang ciptaan
  manusia dan pemerintah taghut yang zalim, kerana realiti tidak pernah
  terlepas dari menghadapi salah satu daripadanya. Beliau (as) berkata: “Dan
  sesungguhnya, amat perlu bagi manusia mempunyai seorang pemimpin samada yang baik
  atau pemimpin yang jahat.”  
Sekarang,
  saya hanya meminta kita menganalisa tiga pendirian:  
Iblis (laknat Allah ke atasnya): Enggan sujud kepada Adam, (enggan
  mengakui bahawa Adam menjadi "Khalifah Allah" dan pengantara di
  antara dia dan antara Allah.)  
Khawarij: Enggan menerima manusia yang dilantik oleh Allah sebagai
  pemerintah, tatkala mereka berkata “Tiada pemerintah melainkan bagi Allah”,
  iaitu mereka menginginkan tiada pemerintah melainkan bagi Allah. Atau dalam
  erti kata lain, mereka menolak untuk menjadikan manusia (Khalifah Allah)
  sebagai perantaraan di antara mereka dan Allah. Dan mereka mendakwa ini
  sebagai Tauhid dan penolakan syirik!!  
 | 
 
Wahabi: Mereka
enggan menerima bahawa seorang manusia (Khalifah Allah) boleh menjadi
pengantara di antara mereka dan Allah, malah mereka mendakwa ianya sebagai
Tauhid dan juga penolakan syirik!! 
Apakah
  perbezaan di antara ketiga-tiga pendirian ini?!!  
Jika kita
  mendalami ke tiga-tiga pendirian, kita akan dapati bahawa persamaan antara
  pendirian Khawarij dan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya) barangkali
  memerlukan penjelasan yang telah dibentangkan sebelum ini. Tetapi dalam hal
  persamaan antara pendirian Wahabi dan pendirian iblis, maka saya tidak fikir
  [bahawa ia memerlukan sebarang penjelasan], kerana pendirian mereka
  (kepercayaan mereka) adalah imej sebenar pendirian iblis. Justeru itu. Maka kedudukan
  mana lagi yang mahu kita jelaskan? (Bermakna ia sudah jelas dan tidak perlu
  sebarang penjelasan lagi).  
_____________________  
 | 
 
[1] Surah Al-Taubah 9:97
[3]  Iaitu, Tauhid. Pengikut Wahhabi mendakwa bahawa mereka mencari  Tauhid dan menjauhi syirik.
[4] Sahih Al-Bukhari - oleh Bukhari: Jilid 4, halaman 179. 
[5] Nahjul Balaghah, Jilid 1, halaman 91
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡  Kandungan
  Kitab ✡✡ Selepas ✡ 
 | 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan