Kitab Tauhid: Tafsir Surah
  Al-Tauhid 
Dialah
  Allah, Yang Maha Suci Maha  Esa lagi
  Tunggal dari segala Yang bersamaan dengan makhluk-Nya 
 | 
 
هو الله سبحانه الواحد الأحد وكل من سواه خلقه
Allah SWT
  telah menafikan di dalam Al-Quran kepada mereka yang telah mengatakan bahawa
  Allah Yang Maha Suci, mempunyai anak yang terpisah dari-Nya, atau seorang
  anak dariNya, atau seorang anak yang  bersumber
  dari-Nya, yang bermaksud, satu Ketuhanan (Lahut) Mutlak yang dihasilkan dari
  Ketuhanan (Lahut)  Mutlak. Atau mereka yang mengatakan bahawa manusia
  yang dicipta boleh naik (makamnya) sehingga dia boleh sampai kepada Ketuhanan
  Mutlak. iaitu hakikat manusia ini menjadi Ketuhanan Mutlak. kerana dia telah
  bersatu dengan Ketuhanan Mutlak, menurut pemikiran mereka. Oleh itu,
  Ketuhanan (Lahut) Mutlak telah turun ke Alam Nasut (Alam Manusia) dan
  berjasad, atau di antara manusia pada seorang manusia, dan dari  manusia ini menjadi anak Allah. 
Dan
  hakikat ajaran akidah ini telah diterima pakai oleh ulamak yang tidak beramal
  yang batil. Tetapi Allah SWT, dengan rahmat-Nya, telah bercakap dengan mereka
  dan berkata-kata dengan mereka sehinggakan mengenai perincian pandangan
  iktikad ini. jadi kamu dapati Dia SWT menjelaskan kepada mereka secar
  terperinci  kedudukan-kedudukan
  kekeliruan dalam iktikad (kepercayaan) mereka. 
Allah swt
  berfirman: 
﴿بَدِيعُ
  السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنَّى يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُنْ لَهُ
  صَاحِبَةٌ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾   
{Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana
  Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai pasangan. Dia menciptakan
  segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu.} [1]  
{Bagaimanakah
  Dia mempunyai anak sedangkan Dia tidak mempunyai pasangan?}: Penafian
  lengkap ini yang dibicarakan Allah kepada mereka tidak boleh ditolak oleh
  sebarang bentuk atau rupa bentuk (imej), kerana maksudnya adalah: Kamu
  mengatakan wujud seorang anak bagi Allah SWT, dan anak ini adalah Lahut
  Mutlak (Tuhan mutlak) [bermaksud bahawa anak ini adalah sempurna mutlak dan
  kaya mutlak dan tidak memerlukan selain dirinya]. Maka, jika kamu mengatakan
  bahawa anak itu dihasilkan sendiri dari-Nya SWT, maka ini bermakna anak mesti
  mutlak (tepat) sama dengan bapa - tanpa mengira hakikat bahawa hubungan
  mutlak yang mudah adalah mustahil ianya berbilang-bilang. Jadi apa makna dan
  apa hikmah dari penciptaan (anak) ini jika tidak ada apa-apa yang membezakan
  antara keduanya atau ketidaksamaan [antara Bapa dan Anak] atau kelainan yang
  boleh dibayangkan?! Begitukah maknanya kamu mengatakan bahawa Bapa tidak
  bijak kerana mengeluarkan atau melahirkan seorang anak yang tidak mempunyai
  manfaat bagi-Nya Yang Maha Suci atau bagi yang lain dari yang dikeluarkanNya? 
Dan jika
  kamu mengatakan bahawa terdapat perbezaan atau yang membezakan atau
  ketidaksamaan. - seperti sebahagian orang Kristian akui hari ini bahawa Tiga
  Oknum 
yang berbeza
  - maka ini tidak dapat dielakkan kewujudan Lahut Kedua (PasanganTuhan)
  {.... Shohibah - pasangan....} supaya anak itu boleh dihasilkan dari kedua-duanya,
  yang tidak serupa seorang pun dari mereka. kerana dihasilkan dari kedua-dua
  mereka bersama. Oleh itu, kenapa kamu mengatakan terdapat (pasangan) Lahut
  Kedua yang telah mendahului anak itu??!! [2] 
Maka
  ketahuilah jika kamu mengatakan wujud seorang anak, maka kamu juga perlu
  mengatakan bahawa terdapat (pasangannys) Lahut Kedua sebelumnya, dan
  bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa terdapat seorang anak (Lahut mutlak
  yang dihasilkan daripada-Nya) tanpa wujud (pasangan) Lahut Kedua mutlak dari
  awal lagi bersamaNya Yang Maha Suci. Dan (pasangan) Al-Ilah (Tuhan)
  mutlak Kedua dari awal lagi bersamaNya SWT adalah mustahil; kerana Lahut
  Mutlak adalah hakikat bahawa (hubungan) mudah yang mutlak adalah mustahil
  untuk (sifat) berbilang-bilang. {Bagaimana Dia mempunyai anak padahal
  Dia tidak mempunyai pasangan.? } 
Dan Allah
  telah berfirman: 
﴿مَا
  اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذاً لَذَهَبَ
  كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ
  عَمَّا يَصِفُونَ﴾  
{Allah sekali-kali tidak mempunyai anak,
  dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan
  beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya,
  dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha
  Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu!} [3]  
Maknanya,
  jika kamu martabatkan apa yang kamu bayangkan dari wujud Tiga Oknum (atau
  Usul Tiga), dengan bentuk yang berikut: kamu mengatakan wujud Bapa (Allah
  SWT), dan Lahut Mutlak Kedua Pasangannya (Anak), kemudian dihasilkan dari
  mereka Lahut Mutlak Ketiga (Oknum Ketiga) Roh Kudus. maka kamu katakan pada
  wujud Lahut Mutlak Kedua dari mula bersama Allah SWT. Maka adakah terdapat
  perbezaan antara mereka atau tidak? Maknanya, adakah kedua-duanya satu? 
Sesiapa
  yang memutuskan bahawa keduanya adalah satu (dan sama) maka dia hendaklah
  menghadapi penyangkalan sebelumnya; kerana yang dihasilkan daripada mereka
  adalah khas untuk setiap satu daripada mereka. Dan sesiapa yang memilih
  bahawa terdapat perbezaan di antara keduanya, maka Ketuhanan (Uluhiyah) Kedua
  adalah Ketuhanan Mutlak, setelah menerima kekurangan atasnya, Pembezaan tidak
  sempurna melainkan dengan Kesempurnaan Mutlak {..... dan sebagian
  dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah
  dari apa yang mereka sifatkan itu!} 
Dan para
  ulama yang tidak beramal, fitrah mereka telah diterbalikkan dan mereka
  dibolak-balikkan atas yang berikut. Mereka telah mengatakan bahawa Allah
  mempunyai anak, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan 
 | 
 
﴿أَلا إِنَّهُمْ مِنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ * وَلَدَ وَإِنَّهُمْ
لَكَاذِبُونَ﴾
{Ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka
  dengan kebohongannya benar-benar mengatakan: * "Allah beranak". Dan
  sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.} [4]  
Jika
  mereka kembali kepada fitrah Allah dan berfikir tentang nikmat-nikmat Allah.
  mereka akan menyelamatkan diri mereka dari kebinasaan yang jelas ini dan
  mereka mengelakkan bercakap dari apa yang mereka tidak tahu. Dan ucapan
  manusia yang tidak diketahuinya ada pembohongan {sesungguhnya mereka
  benar-benar orang yang berdusta}. 
Allah
  telah berfirman: 
 | 
 
﴿وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَداً * مَا
لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ
أَفْوَاهِهِمْ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِباً﴾
{Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang
  yang berkata: "Allah mengambil seorang anak".* Mereka sekali-kali
  tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka.
  Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak
  mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.} [5]  
Allah SWT
  juga telah menyangkal dasar  berbilang-bilangnya
  Al-Lahut Mutlak (Ketuhanan Haqiqi) dari apa sahaja dasar kepercayaan
  (iktikad) yang seperti itu. 
Allah
  telah berfirman: 
 | 
 
﴿قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَداً سُبْحَانَهُ هُوَ الْغَنِيُّ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ إِنْ عِنْدَكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ
بِهَذَا أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
{Mereka berkata: "Allah mempuyai
  anak". Maha Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya; kepunyaan-Nya apa yang
  ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai kuasa (hujjah)
  tentang ini. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu
  ketahui?} [6]  
{Allah
  mempuyai anak". Maha Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya}: dan
  dasar penyangkalan ini ke atas semua orang yang mengatakan berbilang-bilangnya
  Al-Lahut Mutlak - sama ada dengan anak atau dengan apa-apa bentuk rupa yang
  boleh dibayangkan oleh orang yang sesat, adalah jalan yang sama - bahawa
  Allah telah meletakkan dalam sifat manusia itu apa yang dia boleh bezakan
  antara Kebijaksanaan dan kebodohan 
﴿فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴾ 
{maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
  (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.} [7].  
Oleh itu,
  sesiapa menggunakan neraca ini untuk mengadili anggapan berbilang-bilangnya Al-Lahut
  dengan yang tidak wujud itu adalah hasil kebodohan dan tidak bijaksana. Oleh
  itu. tidak ada yang tinggal kecuali mengatakan bahawa terdapat perbezaan, dan
  ia disangkal dengan satu kalimah: 
﴿سُبْحَانَهُ هُوَ الْغَنِيُّ﴾  
{Maha
  Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya}, bagi pembezaan pada Al-Lahut tidak
  terjadi melainkan dalam Kesempurnaan. Maka jelaslah kekurangan dan kelemahan
  dari yang lain dariNya. Dengan itu dikatakan bahawa selain daripada-Nya bukan
  Lahut Mutlak. 
Ada pun
  pada persoalan peningkatan (darjat) manusia, maka sesungguhnya Allah telah
  menciptakan manusia dan diletakkan di dalamnya sifat (fitrah) yang
  melayakkannya untuk meningkat dan peningkatan yang sehinggakan dia menjadi
  nama-nama Allah dan imej Allah dan Tajalli Allah dan Allah pada Penciptaan.
  Walau bagaimanapun, tidak kira berapa tinggi darjat naiknya, dia tidak akan
  menjadi 
لاهوتاً
  مطلقاً ولا غنياً مطلقاً 
Tuhan
  Yang Mutlak tidak juga Kaya Yang Mutlak, tetapi kekal sebagai makhluk yang
  serba kurang di sisi Allah SWT 
 | 
 
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ
عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ﴾
{minyaknya hampir bercahaya walaupun
  tidak disentuh oleh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memberi petunjuk
  kepada cahaya-Nya sesiapa saja yang dikehendakiNya } [8].  
[Hampir bercahaya].
  bahawa ia tidak bercahaya dari dirinya sendiri, dengan itu untuk menjadi
  Lahut Mutlak iaitu yang sama selain-Nya, penciptaanNya dan yang serba kurang
  di sisiNya SWT: 
 | 
 
﴿مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا
قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾
{Tidak layak bagi Allah
mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia
hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia.} [9].
Dan
  sangkalan yang  dibentangkan sebelum
  ini didatangkan dari Al-Quran Al-Karim sudah cukup diberikan bagi orang yang
  mendengar dan yang menyaksikan). 
Bagi
  mereka yang mengatakan bahawa Dia adalah Esa, satu dalam kata bersama Tiga
  Oknum, yang dibezakan, yang bebas pada zatnya dan yang mengutus antara satu
  sama lain pada iktikad mereka, dan mereka mengatakan mengenai wujudnya
  hubungan antara mereka sebagaimana hubungan anak dan bapa .... dan lain-lain.
  Iaitu percakapan orang-orang bodoh [10]. Bagaimana
  boleh berhimpun Yang Esa lagi Tunggal dengan  berbilang-bilangNya dan Bahagian-bahagianNya
  dan perbezaan antara bahagian-Nya, walaupun mereka tidak memanggilnya
  bahagian-bahagian (Juzuk-juzuk)? 
 | 
 
Dan jika kita berpaling daripada semua yang
telah dikemukakan, maka masih menjelaskan  kebatilan mereka, tidak memerlukan lebih
daripada penjelasan [berikut], jika mereka adalah antara orang-orang yang
memahami dan menggunakan fikiran mereka, dan penjelasannya adalah:
Sesungguhnya
  Allah adalah cahaya tanpa kegelapan di dalamnya, dan semua alam
  Penciptaan adalah cahaya bercampur dengan Kegelapan dan segala yang wujud
  yang telah muncul oleh tajalli (kenyataan) cahayaNya Yang Maha Suci, dalam
  kegelapan. Dengan itu tidak boleh dianggap bahawa Allah telah datang
  (bergabung) pada makhluk atau muncul (zuhur) pada makhluk dalam penampilan
  yang lengkap dalam alam-alam Penciptaan – seperti mana mereka mendakwa pada
  Isa dan Roh Kudus - kerana ini bermakna tidak akan kekal (tinggal) bahkan ia
  akan lebur (fana) dan tidak akan kekal (tinggal) melainkan cahaya yang tiada
  kegelapan di dalamnya. iaitu tiada penciptaan akan kekal. sebaliknya, hanya
  Allah SWT Yang Maha Suci. dan Dia adalah cahaya yang tiada kegelapan di
  dalamnya. Dan oleh itu kita kata dan kita akan kata berulang-ulang bahawa
  Muhammad beralun (mengepak) di antara Ketuhanan dan,Ana (Aku) dan
  kemanusiaan. 
Ini
  disahkan agar tidak menimbulkan waham (ilusi) bahawa Allah: 
 | 
 
وهو
نور لا ظلمة فيه - يحل في عوالم الخلق تعالى الله علواً كبيراً، والأمر بيّن واضح
فمعنى ظهور النور الذي لا ظلمة فيه في عوالم الخلق ظهوراً تاماً هو فناؤها
واندثارها ولا يبقى لها اسم ولا رسم ولا معنى، بل لا يبقى إلا الله النور الذي لا
ظلمة فيه تعالى الله علواً كبيراً
Dia adalah cahaya tanpa kegelapan di dalamnya –  meletakkan di dalam alam-alam Penciptaan,  Maha Tinggi Allah dengan Ketinggian Yang Tertinggi.
  Dan perkara itu adalah jelas dan terang, Bagi pengertian [kemunculan cahaya
  (Zuhur Al-Nur) - yang tidak ada kegelapan di dalamnya di Alam Penciptaan
  penampilan yang lengkap, adalah kefanaknya (lebur) dan kehilangannya. dan
  tidak (tinggal) kekal padanya nama, tidak juga gambar mahupun makna, bahkan
  tidak akan kekal (tinggal) melainkan Allah Cahaya yang tiada kegelapan di
  dalamnya. Maha Tinggi Allah dengan Ketinggian Yang Tertinggi . 
------------------------------- 
[1] Surah Al-An'am 6:101 
 
[4] Surah Al-Shaffat 37:151-152 
[5] Surah Al-Kahf 18:4-5 
[6] Surah Yunus 10:68 
 
[8] Surah Al-Nur 24:35 
  | 
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡  Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡

Tiada ulasan:
Catat Ulasan