Halaman

Isnin, 16 Mac 2015

Soalan 311: Rahsia Tujuh


Soalan 311: Rahsia Tujuh

Mengapa Tawaf, Sa’ei dan melontar Jamrah tujuh kali, hari-hari dalam seminggu ada tujuh, dan langit serta bumi ada tujuh lapis, dan kehidupan kanak-kanak tujuh, anggota sujud ada tujuh, bintang-bintang petunjuk ada tujuh kepentingan, tujuh ayat berulang dan tujuh perjanjian Sulaimani.... dan mereka memberitahu saya mengenai sesuatu dengan tujuh perkara, Saya harapkan jawapan dari Ahmad Al-Hassan sepenuhnya dan, Insya-Allah, apabila dijawab oleh saya akan menjadi ansas Ahmad Al-Hassan dengan dalil yang muktamad, terima kasih.
        

Dihantar oleh: Alnorin - Arab Saudi
   

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Tujuh langit, semuanya hendaklah dirujuk kepada langit-langit, Tawaf dan Sa’ei adalah untuk beristighfar (mohon ampun) dan bertaubat dari dosa ingkar dan lalai dari mengingati Perjanjian dan Persetiaan (3ahd wa Al-Mitsaq), dipadankan dengan Tawaf semua tujuh langit dari ke tujuh-tujuh lapis langit-langit.


Manusia wujud (tinggal) di Langit Dunia tubuhnya ada di Alam Jasmani atau langit Jasmani ini dan ia mempunyai roh dan ia adalah pada bahagian terendah Langit Pertama. Roh manusia mengendali (urus) tubuhnya, dan manusia itu wujud di Langit Dunia, dan dia perlu berusaha meningkat (martabatnya) sehingga Langit Ketujuh menyempurnakan akalnya dan mengenal Tuhannya, Allah SWT berfirman:


﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى مِن قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُّسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [44],

Iaitu supaya kamu boleh naik ke Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kulliyah); Langit Akal (Samaa’ Al-3aql).
Allah SWT berfirman:

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [45]

iaitu supaya mereka mengenal-Ku, fitrah manusia layak untuk sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan dan dengan itu maka Tawaf dan Sa’ei adalah untuk mengumumkan (mengisytiharkan) taubat dan istighfar (mohon ampun) serta kesanggupan untuk berlari (bersa’ei) ke jalan Allah dan kepada jalan yang lurus untuk sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan, langit akal .. . Anda boleh membaca dengan lebih terperinci dalam Kitab Al-Mutasyabihaat.


Ahmad Al-Hassan

Zhu Al-Qa3edah 1430 H



✡✡✡✡✡

______________________________
 [44] – Ghafir 40:67.
[45] – Al-Zhaariyat 51:56.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan