Halaman

Selasa, 17 Mac 2015

Soalan 312: Sistem Kewangan dan Ekonomi Negara Al-Mahdi


Soalan 312: Sistem Kewangan dan Ekonomi Negara Al-Mahdi
السلام عليكم، كل عام وأنتم بخير.

Al-Salamu 3alaiku, Semoga tuan selamat di sepanjang tahun.
Apakah wang yang digunakan di Negara Imam Mahdi (as) adakah emas dan perak atau wang kertas seperti wujud di dunia sekarang?


Dihantar oleh: Jafar - Arab Saudi


Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Untuk soalan anda tentang alat pertukaran untuk urusan nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan di Negara Al-Mahdi adalah - Allah merahmati kamu - tidak hanya pada emas, perak dan beberapa jenis logam yang tinggi nilainya dan sebagai alat pertukaran nilai yang lain, bahkan mungkin pertukaran nilai saham (sekuriti) dan bon-bon kerajaan dan wang elektronik dan lain-lain cara yang boleh diguna pakai untuk menyatakan pertukaran nilai barangan dan perkhidmatan (pertukaran nilai pengeluaran dan nilai upah kerja), sehinggakan emas, perak dan logam berharga jika telah digunakan untuk menyatakan nilai keperluan pengeluaran untuk pertukaran nilai tertentu untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan, Negara Al-Mahdi yang akan mengunjurkan apa yang dikehendaki Allah SWT yang akan melampaui nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam berbagai cara yang tidak akan hanya tertakluk (terhenti) pada emas, perak dan sekuriti yang diterima umum hari ini. Ya, perjalanan negara yang barkah ini menentukan syarat-syarat pada tempoh-tempoh tertentu yang boleh mendorong mereka untuk mengendalikan medium tertentu, tetapi ini tidak bermakna terhenti pada medium yang mengendalikan nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan, dan apa yang perlu kita tahu adalah keadilan manusia yang menyeluruh, yang akan disebarkan di Negara Al-Mahdi adalah amalan utama dalam penyebaran Keadilan dan kesaksamaan, dan dengan itu mencegah kemiskinan keperluan barangan dan perkhidmatan.

Di dalam Negara Al-Mahdi manusia akan bersifat adil, walaupun sekadar apa yang ada pada Tuhannya apabila dia bertawajjuh kepadaNya dengan keikhlasan beribadah dan bersyukur. Manusia akan bersifat adil dengan masyarakat sekeliling apabila dia mengasihi orang lain seperti dia mengasihi dirinya sendiri, iaitu dengan akhlak Ilahiyah yang akan disebarkan Al-Mahdi yang dengannya akan menghasilkan masyarakat manusia yang akan membawa kepada penafian kemiskinan kebendaan selepas menyempurnakan penghapusan kemiskinan rohani, dan ini akan terlaksana di peringkat individu (peribadi) dan masyarakat. Peribadi yang kaya rohaninya semestinya akan bersifat kaya kebendaan dengan berpada (qanaah) yang merupakan harta yang tidak binasa, dan masyarakat yang kaya rohani sudah semestinya akan menangkis kemiskinan kebendaan pada ahli-ahlinya yang saling bergantung dari segi sosial dan ekonomi (ijtima3iy dan Iqtishadiy).



Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah 1430 H




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan