Halaman

Isnin, 16 Mac 2015

Soalan 310: Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu

Soalan 310: Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu
Soalan 310:

السلام عليكم سيدنا الجليل
Al-Salamu 3alaikum Saiyidina Al-Jalil

Saya mendengar tuan lebih mengetahui dari Al-Marji3iyah tentang Al-Quran. Saya mempunyai soalan tentang Al-Quran yang tidak mendapat jawapannya dari Al-Marji3iyah sebelumnya. Saya inginkan jawapan dari tuan; kerana lebih mengetahui dari mereka tentang Al-Quran.

Soalannya adalah: bahawa Allah Taala berfirman dalam Al-Quran:

﴿وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ﴾

Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu. [37],

Ayat ini mengatakan bahawa Allah telah menurunkan Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu, dan saya tidak dapati segala-galanya dalam Al-Quran, jika Al-Quran telah menjelaskan segala-galanya di manakah bakteria dalam Al-Quran, atau di manakah kereta api dalam Al-Quran, atau di manakah untuk mencari komponen kayu daripada Al-Quran dan Al-Quran, sesuatu antara segala-galanya?

Saya minta tuan untuk menerangkan kepada saya bagaimana Al-Quran menerangkan kepada daya segala sesuatu dari urusan agama dan dunia, (Maaf terdapat banyak hadits-hadits yang tidak menyebutkan dan yang menunjukkan kesempurnaan Al-Quran bagi semua hukum dan muamalat, dan sudah tentu kita tidak menemuinya dalam Al-Quran yang boleh dirujuk penjelasannya).

Terima kasih tuan dan semoga Allah menjadikan kami dari pengikut tuan.


Dihantar oleh: Hashim atas – Kuwait


Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.


Dia SWT berfirman:

﴿وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيداً عَلَيْهِم مِّنْ أَنفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيداً عَلَى هَؤُلاء وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ﴾

(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. [38].

Dia SWT berfirman:

﴿وَلَوْ أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَل لِّلّهِ الأَمْرُ جَمِيعاً أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُواْ أَن لَّوْ يَشَاءُ اللّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعاً وَلاَ يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُهُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيباً مِّن دَارِهِمْ حَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ﴾

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki, tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. [39].

Sebelum melihat kepada Al-Quran dan menerangkan hal bagaimana terjadibya semua perkara-perkara duniawi dan agama supaya memberi perhatian kepada kenyataan bahawa seluruh undang-undang di bawahnya banyak bahagian-bahagian atau sebahagian peraturan adalah kenyataan daripada bahagian-bahagian atau sebahagian peraturan, dan seperti contoh kata-kata ini:
      
Jika saya katakan (semuanya bersih bagi anda sehingga jelas kepada anda ia ternyata ada najis) Ini undang-undang syar3i am melibatkan banyak peraturan di bawahnya, termasuk masalah air yang tidak diketahui dan mengenai cara menyuci, sehingga masalah bekas yang tidak diketahui mengenainya dan diletakkan di atas tanah yang bersih, sehingga masalah perkara yang tidak diketahui kebersihannya di jalan laluan kenderaan atau bekas di halaman rumah, dan ini semua boleh menjadi banyak pecahan-pecahan peraturan mengenai undang-undang keseluruhannya.

Begitu juga dalam bidang ilmu jisim-jisim (fizik - benda) yang dikenali jika dikatakan (bagi setiap perbuatan meninggalkan tindak balas), undang-undang umum fizik (benda) ini terlalu banyak pecahan-pecahan peraturannya, ia adalah dari tindak balas geseran zarrah dan bahagian-bahagiannya kepada peraturan geseran, kepada peraturan pelepasan, kepada terlalu banyak peraturan yang kesemuanya terletak di dalam peraturan umum ini iaitu (bagi setiap perbuatan meninggalkan tindak balas).

Sekarang kita kembali kepada Al-Quran dan bagaimana mengatakan Al-Quran menjelaskan segala sesuatu? Dan di mana Al-Quran menjelaskan segala sesuatu itu?

Dan akan dibincangkan dalam dua arah (aspek) sekurang-kurangnya kedua-dua aspek agama dan dunia, manakala aspek agama yang dengannya Al-Quran telah memberikan keselamatan Akidah dan ia adalah Hakimiyah Allah yang berhubung dengan KhalifahNya SWT, yang akan diuji penciptaannya di muka bumi ini pada setiap zaman, dan agama melibatkan di bawah kesucian Khalifah Allah pada setiap zaman, Maka keselamatan adalah dengan mengikutnya dan melaksanakan sebagaimana yang diperintahkanNya

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". [40],

Sebagaimana yang diterangkan Al-Quran cara-cara beribadah keseluruhannya, seperti mendirikan solat diterangkan terdiri dari membaca Al-Quran, rukuk dan sujud, berpuasa diterangkan sebagai meninggalkan keinginan hawa nafsu di bulan Ramadan, dan semua ini diterangkan oleh Al-Quran berkenaan dengan keseluruhan peraturan dan semuanya adalah ibadah yang dikhaskan disebut dan diambil dari apa yang dikuatkuasakan oleh Khalifah Allah di muka bumiNya.

Bagi yang dikhaskan pada dunia, Al-Quran menerangkan contoh-contoh ketetapan umum (undang-undang umum) dan ia adalah alam jisim-jisim (benda-benda dunia) keseluruhannya kembali kepada kekuasaan awal yang dijadikannya dan tidak sentiasa kekal keteguhannya.

﴿وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُن فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّوَرِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ﴾

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [41],
Dengan itu Al-Quran menerangkan bahawa Kebendaan jisim-jisim kembali kepada kuasa atau tenaga sebagaimana mereka memanggilnya kerana kebendaan hanya meningkatkan tenaga, dan perkara ini diterangkan kini, selepas lebih daripada seribu tahun dari penerapan teori Einstein mengenai relatif khas dan melalui ujikaji makmal dan menukar benda menjadi tenaga, dan juga sebaliknya.
Undang-undang umum ini mengawal Alam Jasmani dan termaktub di bawah peraturanNya.
Jadi segala sesuatu yang telah wujud diterangkan dalam Al-Quran, sama ada diterangkan Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya atau agama. Ada pun apa yang masih merangkumi soalan kamu adalah dari contoh jasmani (kebendaan) dan adalah termaktub seperti bahagian-bahagian yang merangkumi kenyataan keseluruhan dan secara umum di dalam Al-Quran kepada Alam Jasmani ini, maka kenyataan undang-undang keseluruhan, yang mengtadbir kewujudan dan kekekalan kelangsungan binaannya, dan diharap tidak terjadi di sana percampuran di antara disebut secara terperinci dengan kenyataan yang kita hadapi, maka diingatkan urusan benda-benda jisim ini yang dinyatakan pada kamu secara khusus tidak ada di dalam Al-Quran, kerana Al-Quran bukan kitab huraian dan catatan bagi kewujudan dalam Alam Jasmani dan Malakut kerana terdapat kitab catatan yang bukan Al-Quran, Allah Taala SWT berfirman:

﴿إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ﴾

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Imamin Mubin). [42],

Seterusnya pada perbezaan di dalam ayat ini dari ayat yang dihadapkan kepada kita
﴿وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ﴾
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu.
Di sini terdapat perbezaan yang besar di antara catatan segala sesuatu dengan kenyataan segala sesuatu. Pada kenyataan kewujudan dalam Al-Quran merangkumi dalam satu kenyataan am bagi alam-alam penciptaan dan hakikatnya, dan kurangnya kesedaran manusia terhadap kenyataan keseluruhan ini adalah tidak sama, tetapi kekurangan mereka pada kesedaran, dan kekurangan ini juga adalah disebabkan oleh dengan cara lain memiliki kefahaman pada keupayaan fitrah mereka untuk menyedari kenyataan ini.

Pemahaman mengenai hakikat iman mereka dicemari dengan syak dan keraguan yang menjadikan sekurang-kurangnya mereka menjauhi takdir dari pengambilan dari sumber walaupun mendakwa beriman kepada sumber itu, sebagai contoh, apabila mereka melaungkan Al-Quran sejak lebih seribu tahun, dengan firman Allah SWT:

﴿وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. [43],

dan ketika dikatakan kepada mereka oleh nabi-nabi dan aushiak, bahawa kamu hidup di dunia ini dalam ilusi (waham) dan hakikatnya adalah kehidupan yang lain (satu lagi – akhirat) mereka mentertawakannya.

Ya, orang-orang yang ada di zaman mereka sentiasa mentertawakan mereka dan bersifat angkuh terhadap mereka; mereka asalnya dengan mendustakannya, dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka mendustakan riwayat-riwayat mereka atas alasan yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal, sehinggalah manusia tidak menerima yang ghaib; kerana mereka tidak beriman kepada yang ghaib, tetapi hanya beriman dengan benda-benda ini sahaja, jadi kamu dapati mereka tidak membenarkan apa yang diberikan dan disampaikan anbiak, aushiak dan Al-Quran dari laluan kediaman dunia (yang rendah), dan kebendaan yang bersifat jasmani hanyalah sebuah ilusi (waham - terkaan), dan akhirat adalah hakikat yang utuh, manakala apabila diberitahu tentang makmal perintis, sebagai contoh, makmal Eropah bahawa kebendaan adalah ilusi (waham) dan ianya tidak wujud dan yang wujud hanyalah satu kekuatan dan kebendaan menjadi (lebih) kuat atau kukuh kembali pada asal kekuatan, satu faham yang akan diterima dari perkhabaran ini dan dengan senang hati membenarkannya, walaupun mereka tidak boleh memahami atau mengetahuinya, mereka mempercayai ahli sains fizik dan dengan kata-kata mereka, misalnya, kerana mereka telah menyentuh pembelaan dunia jasmani ini dengan perkataan mereka pada masa lalu, manakala kata-kata para anbiak dan aushiak adalah yang tidak dapat dilihat dan kadangkala lebih jauh dari alam jasmani ini, dan memerlukan manusia mempercayai yang ghaib dan hakikat kekuatan ghaib untuk menyentuh kesannya, iaitu, keyakinan di sini mendahului kesan, sementara mereka telah disentuh oleh kesan secara jasmani, jisim-jisim kebendaan, dan kemudian mempercayainya, dan disebabkan semua orang memberi tumpuan kepada alam (dunia) ini
Kita kerapkali melihat orang lain yang hasilnya sama sahaja, iaitu mereka beriman kepada benda-benda jasmani dan tidak beriman kepada yang ghaib, atau beriman dengan iman yang lemah mudah goyah, hasil usahanya yang terdapat di dalam diri mereka atau keyakinannya juga melalui kesan sentuhan jasmani yang ketara, iaitu beriman separuh atau suku, atau sepersepuluh daripada iman, pasti dan selamanya, imannya tidak akan sempurna kepada yang ghaib, dalam hal ini adalah kerana ia dicemari oleh kesan sentuhan ketara sifat jasmani atau mukjizat atau karamah seperti apa yang mereka gelarkan.

Malangnya, ia menjadi pilihan kebanyakan manusia yang tidak akan berubah, ia adalah Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya, sehinggakan jika mereka mahu memilih beriman kepada yang ghaib maka mereka akan meletakkan dasar iman ini melalui Alam Jasmani ini dan mereka ditarik ke dalam percanggahan besar, apabila mereka mencarinya akan menjadi beban untuk mengenal kepada yang ghaib dan ia merupakan keajaipan jasmani. Malah mereka sering terbeban dan terpaksa tidak menerima tafsiran atau ragu-ragu, mereka mahu menjadikan yang ghaib menjadi jasmani semata-mata, lalu jadilah iman mereka pada yang ghaib kosong di halaman seruan iman mereka. Bagaimanapun, mereka menganggap tuntutan mereka itu adalah benar dan sah untuk beriman kepada yang ghaib. Tidakkah kamu lihat betapa jelas perbezaannya apa yang mereka tuntut ini dengan apa yang dikehendaki Allah daripada mereka, adakah ia beriman kepada yang ghaib? Jika kita tahu bahawa Allah SWT hakikatNya adalah Yang Maha Ghaib dan jika kita menguruskan hal itu untuk melihat mereka benar-benar menyembah berhala seratus peratus, mereka telah mengabdikan diri mereka kepada berhala yang paling besar atau Alam Jasmani ini.

Ya, terdapat pengecualian ia adalah beberapa contoh kecil yang membantu yang ghaib dan hakikat mereka melihat kesan dalam diri mereka dan dalam jangkaan, sehingga seolah-oleh mereka semua mendengar kata-kata:
يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ
(Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui), maka pada hakikatnya keupayaan yang mesti dikenal oleh manusia yang mengaku beriman, pertamanya dengan menghadapi dirinya untuk mengenal hakikat bahawa dia tidak memiliki iman yang tulen dan ikhlas, tetapi jika imannya - apabila dia mempunyai bahagian iman kepada yang ghaib - dicemari dengan syak dan keraguan, dan manakala ada syak yang terbit itu tidak boleh meningkatkan kesempatan dan manfaat.

Ya, ini adalah hakikat yang melibatkan hati ramai manusia yang mengaku beriman, dan tidak peduli jika mengakuinya atau menafikannya secara umum, lalu mereka beriman kepada kewujudan makanan dan minuman, dan dengan kewujudan Amerika, dan kewujudan bom nuklear, dan kewujudan Alam Jasmani ini seribu kali lebih daripada keimanan mereka terhadap kewujudan Allah SWT, ini adalah hakikat dan itu adalah penyakit dan ia tidak menghadapkan diri mereka denganNya, dan jika tidak mengesan kewujudan dan untuk menyatakan kebenaran diri mereka denganNya, maka tidak menemui ubat yang akan menyembuhkan penyakit yang tidak boleh diubati selamanya.

      
Ahmad Al-Hassan

Zhu Al-Qa3edah 1430 H



✡✡✡✡✡

______________________________
[37] – Al-Nahl 16:89.
[38] – Al-Nahl16:89.
[39] – Al-Ra3d 13:31.
[40] – Al-Baqarah 2:30.
[41] – AL-An3aam 6:73.
[42] – Yaa Sin 36:12.
[43] – Al-3ankabut 29:64.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan